Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN KATA SENDI NAMA

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

NAMA : ________________________________

1. Wei Khang dan kawan-kawannya akan pergi _____________perpustakaan untuk


mengulang kaji pelajaran.
A. ke B. di C. dari D. untuk

2. Murid-murid haruslah belajar dengan bersungguh-sungguhnya _____________


mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
A. ke B. di C. pada D. untuk

3. Rui Rung mengelap tingkap di rumahnya _______________ menggunakan kain buruk


supaya kelihatan bersih.
A. pada B. untuk C. dengan D. kepada

4. Pertandingan syarahan akan diadakan ____________ hari Rabu ini di dewan sekolah.
A. ke B. di C. pada D. untuk

5. Meja makan yang baru dibeli oleh ayah diperbuat____________ kayu jati yang bermutu
tinggi.
A. daripada B. kepada C. dengan D. untuk

6. Guru besar menyampaikan hadiah _____________ murid-murid yang telah memenangi


pertandingan melukis poster sempena Minggu Antidadah.
A. pada B. kepada C. daripada D. semenjak

7. Kita haruslah mendidik anak-anak ____________ kecil lagi agar mereka dapat menjadi
anak yang baik dan berdisiplin.
A. demi B. sejak C. kepada D. dengan

8. Encik Zambri berasal ______________ negeri Sarawak.


A. dari B. untuk C. pada D. dengan

9. Pak Cik Seman memerah keringat _____________ menyara kehidupan keluarganya.


A. di B. ke C. demi D. dengan

10. Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan _________ kemudahan
penduduk.
A. dengan B. daripada C. bagi D. tentang
LATIHAN SIMPULAN BAHASA
BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

NAMA : ________________________________

1. Orang yang suka mencuri


A. kaki ayam B. kaki botol C. panjang tangan D. lipas kudung

2. Orang yang melakukan sesuatu kerja dengan cepat dan pantasnya


A. lipas kudung B. titik peluh C. ringan tulang D. kaki ayam

3. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh.


A. cepat tangan B. baik hati C. titik peluh D. angkat kaki

4. Orang yang malas bekerja.


A. berat tulang B. ringan tulang C. berat hati D. kera sumbang

5. Orang yang tidak memakai kasut.


A. kaki bangku B. kaki botol C. kaki ayam D.cakar ayam

6. Tulisan yang sukar dibaca.


A. kaki ayam B. cakar ayam C. lipas kudung D. cepat tangan

7. Meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab.


A. angkat kaki B. kaki ayam C. anak angkat D. atas pagar

8. Bersiar-siar di tepi pantai pada masa lapang.


A. ambil hati B. ambil angin C. makan angin D. angkat kaki

9. Orang yang suka menghasut.


A. batu api B. panjang tangan C. lipas kudung D. lidah api

10. Orang yang bercakap banyak.


A. mulut tempayan B. mulut murai C. berat mulut D. cakap buruk

11. Orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.


A. atas pagar B. atas angin C. atas nama D. atas kadar

12. Orang yang bernasib baik atau beruntung.


A. langkah kiri B. langkah kanan C. langkah seribu D. langkah bendul

13. Orang yang rajin melakukan sesuatu kerja.


A. berat tulang B. ringan tulang C. banting tulang D. curi tulang

14. Orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain.


A. ayam tambatan B. kera sumbang C. langkah kanan D. bidan terjun

15. Orang harapan dalam sesebuah pasukan.


A. bidan terjun B. kera sumbang C. ayam tambatan D. batu loncatan

Anda mungkin juga menyukai