Anda di halaman 1dari 3

Bangunan Unik di Kuala

Lumpur
Kuala Lumpur kaya dengan bangunan yang pelbagai
bentuk seni binanya.Bentik bangunan ini berbeza-beza
antara satu sama lain.Perbezaan ini terjadi kerana
berlakunya perubahan zaman.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan
tinggalan masa lampau.Reka bentuknya bercirikan seni
bina Islam dengan berpuluh-puluh kubah kecil dan
sebuah kubah besar.Bangunan ini menempatkan
Mahkamah Tinngi Kuala Lumpur.
Bangunan Istana Budaya mempunyai keistimewaan
tersendiri.Bangunan ini terletak di Jalan Tun Abdul
Razak.Reka bentuknya berteraskan gubahan sirih junjung
yang terdapat dalam adat perkahwinan Melayu.Pelan
bangunannya berkonsepkan rumah Melayu yang
mempunyai rumah ibu(dewan),rumah dapur(pentas) dan
serambi(lobi).
Atapnya berwarna birudan tannga masuk ke dewan
utama amat luas.Pentasnya pula amat luas dengan
system lampunya yang menggunakan teknologi terkini.Di
dewan ini dipentaskan drama bertaraf dunia.
Menara Kuala Lumpur merupakan sebuah menara
telekomunikasi yang ke-4 tertinggi di dunia.Menara
konkrit ini berdiri setinggi 421 meter dari aras laut.Reka
bentuknya yang unik menggunakan seni reka Islam yang
diberi nama Murqarnas.Seni reka ini hasil daripada

kerja tangan yang halus yang melambangkan tujuh


lapisan langit dengan sinar matahari di bahagian
tengahnya.
Bahagian kepala menara pula kelihatan seolah-olah
seperti buah nanas apabila dilihat dari udara dan secara
kebetulan menara ini terletak di Bukit Nanas,satusatunya kawasan hutan simpanan di tengah Bandaraya
Kuala Lumpur.Di bahagian inilah letaknya Pelantar
Pemandangan,Restoran Berputar dan peralatan
komunikasi dan penyiaran yang canggih.
Para pengunjung bukan sahaja dapat melihat
keunikan seni reka menara ini malah mereka dapat
melawat ke Pelantar Pemandangan di aras 276 meterv
untuk menikmati pemandangan sekitar Lembah Klang
dan Bandaraya Kuala Lumpur yang dikenali sebagai
Bandaraya Taman Bercahaya dengan menggunakan
teropong khas yang disediakan.
Satu lagi bangunan mercu tanda Kuala Lumpur ialah
Menara Berkembar Petronas.Bangunan berkembar
setinggi 88 tingkat ini adalah antara bangunan tertinggi
di dunia.Bangunan berkembar ini dihubungkan dengan
sebuah jambatan.
Di sekitar bangunan ini pula terdapat taman rekreasi
yang menyediakan tempat mandi untuk kanak-kanak dan
taman permainan kanak-kanak.Oleh sebab itu,tidak
hairan,pusat rekreasi ini menjadi tumpuan warga kota
pada hujung minggu.Sesungguhnya,di Kuala Lumpur
banyak terdapat bangunan unik yang menjadi

kebanggaan Negara.Bangunan-bangunan seumpana ini


semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai