Anda di halaman 1dari 14

1.

PENDAHULUAN

Kebakaran merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran boleh menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa Memandangkan ,hospital ialah tempat memberi rawatan kepada orang sakit yang kurang berkemampuan untuk menyelamatkan diri tanpa bantuan jika berlaku kebakaran, maka kakitangan hospital harus sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi situasi kebakaran. Hospital Tampin mempunyai pelan kontegensi kebakaran dan setiap tahun mengadakan Mock Drill kebakaran untuk memberi pendedahan kepada staff-staff hospital supaya sentiasa siapsedia dan tindakan tindakan yang perlu diambil bila berlaku kebakaran. Latihan ini juga dapat mendedahkan anggota dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

2.OBJEKTIF LATIHAN 2..1. Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap anggota Hospital Tampin mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara bertindak dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan hingga keadaan diistihar selamat. 2.2. Mengenal pasti kelemahan kelemahan yang ada dan mengambil langkahlangkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti yang sedia ada,prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa latihan. 2.3. Mendedahkan anggota Pasukan Keselamatan Kebakaran cara-cara penggunakan peralatan pemadam api dan memindahkan mangsa. 2.4. Mewujudkan semangat kerjasama diantara pihak Polis,Bomba dan Hospital.

3.SENARAI ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN KEBAKARAN (PPK) HOSPITAL TAMPIN 1.En Mohd Nurul Azmi bin Sabtu 2.En Selvan a/l Muruthimuthu 3.En Mohd Fakrul Nizam bin Adam 4.En Mohd Azmy bin Jantan 5.En Kamarulzaman bin Jalal 6.Mohd Hafizi bin Mohd Nor Hazalin 7.En Aznan bin Malek 8.En Zakaria bin Hj Abd Wahab 9.Pn Vasandra Devi a/p Arumugam 10.Pn Nithry Sri 11.Pn Norhaslizan bte Md Yusof 12.En Daud bin Sidin 13.En China Tamby a/l Ramayah 14.En Nazri bin Zainuddin 15.En Zainal Abidin bin Aziz 16.En T,Gunalan 17.Pn Zahidah bte Md Rahim 18.Hj Pilus bin Lebai Bador 19.Pn Arsitah bte Radin 20.Pn Siti Norini bte abu Hassan 21.En Norisham bin Razali 22.Pn Norlela bte Jantan 23.Pn Norhayati bte Abdul Wahab 24.En Zamri bin Salleh 25.En Izat bin Nor Mokhtar 26.En Mohd Rodzib bin Salim Ketua Pasukan. Ahli

4. AKTIVITI DAN PERLAKSANAAN KEARAH LATIHAN BIL TARIKH 1 2 3 4 5 20/7/2011 8/7/2011 19/7/2011 21/7/2011 27/7/2011 AKTIVITI Latihan penggunaan alat pemadam api oleh Pantai Kursus Keselamatan Kebakaran Peringkat Hospital Tampin. Mesyuarat bersama polis dan bomba Taklimat untuk pelakon dan PPK Mock drill dijalankan

5. PERANCANGAN SENARIO PADA HARI LATIHAN KEBAKARAN DI HOSPITAL TAMPIN 2010.

Tarikh Masa Tempat Masa 9 am

: 27.7.2011 : 9.00pagi hingga 12.00tg : Jabatan Kecemasan dan Trauma Kejadian / Aktiviti Kebakaran bermula dari plug di bilik asthma ( Beacon digunakan sebagai simbolik api) Apabila menyedari kebakaran, Penolong Pegawai Perubatan satu akan Memberi amaran dengan menjerit api,api,api. Mengunakan alat pemadam api untuk memadamkan api tetapi tidak berjaya. Mengarahkan Penolong Pegawai Perubatan dua menghubungi operator untuk meminta bantuan bomba dan polis. Memaklumkan kepada Pengarah Hospital, Penyelia Hospital,Pengawai Keselamatan Kebakaran, Penyelia Jururawat dan semua Ketua Unit. Mengarahkan Penolong Pegawai Perubatan dua menutup suis elektrik utama ( DB ) Mengarahkan Penolong Pegawai Perubatan dua dan
3

Pembantu Perawatan Kesihatan memindahkan pesakit ke zon tempat berkumpul kebakaran. Apabila api tidak dapat dipadamkan Penolong Pegawai Perubatan satu akan memecahkan Break Glass dan berjalan cepat tanpa panik untuk memastikan tiada orang di tandas dan wad. O902am Penolong Pegawai Perubatan satu akan melaporkan situasi semasa kepada Pengawai Keselamatan Kebakaran Hospital. 0903am Bilik Pegawai Perkhidmatan Pelanggan ( Operator ) Pengawai perkhidmatan pelangan akan Menghubungi Balai Bomba Tampin dan Balai Polis Tampin untuk memaklumkan satu latihan kebakaran sedang dijalankan di Hospital Tampin. Meminta pihak bomba datang untuk memadamkan api. Memberitahu tempat kejadian di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan anggota bomba perlu menggunakan pintu nombor 4. Menghubungi polis untuk menjaga keselamatan. Memaklumkan kepada Pengarah Hospital, Penyelia Hospital,Pengawai Keselamatan Kebakaran, Penyelia Jururawat dan semua Ketua Unit.

Staff yang Bertugas Di Jabatan Kecemasan dan Trauma Penolong Pegawai Perubatan U32 Penolong Pegawai Perubatan Pembantu perawatan kesihatan Pekerja sinar jernih Pegawai Perubatan Jururawat Pesakit yang Perlu Dipindahkan Dua orang pesakit berdrip di tolak dengan wheel chair Dua orang pesakit di tolak dengan katil ditolak dengan oksigen. Tiga orang pesakit yang boleh berjalan Seorang pesakit asthma yang melecor. Semua pesakit dan waris pesakit yang datang untuk ambil rawatan di klinik pakar dan Jabatan Kecemasan dan Trauma . Bilangan Mangsa Seorang waris pesakit yang pengsan dekat katil pesakit akan diselamatkan oleh staff Jabatan Kecenasan dan Trauma . Seorang waris pesakit yang pengsan dekat mja doktor akan diselamatkan oleh bomba. Semua mangsa dan pesakit akan dipindahkan melalui pintu hadapan. 0903 Apabila Alarm Kebakaran Berbunyi. Pengosongan bangunan di. Jabatan Kecemasan dan Trauma, makmal, bilik Ketua Jururawat, Bilik pemandu dan unit Rehabilitasi. 1 orang 2 orang 1 orang 1 orang 2 orang 2 orang

Bilangan Staff Yang Berkumpul Disassembly point Farmasi pesakit luar Pemandu Makmal Pejabat rekod Stor Unit kewangan Unit HDU Unir kecemasan Unit rehabilitasi Sinar jernih Wad 1 Wad 2 Wad 4 UBBS Pejabat pentadbiran Klinik pakar Tugas Pegawai Keselamatan Kebakaran Berada di tempat kejadian untuk mendapatkan maklumat kejadian daripada Penolong Pegawai Perubatan 1. Memberi laporan kepada Pengawai Bomba untuk tindakan selanjutnya. Melaporkan situasi terkini kepada Pengarah Hospital. Tugas Pegawai Keselamatan Hospital Menghantar pasukan perubatan ke zon tempat berkumpul ( assembly point ). Menyediakan walkie talkie. Membantu Pengarah Hospital di zon tempat berkumpul untuk membuat head count. Mengarahkan Pegawal Keselamatan berkawal di tempat kejadian dan kawalan lalu lintas. Pantai Medivest Memasang red tape kawasan kebakaran. Menyediakan lampu Beacon .
6

2 orang 2 orang 3 orang 2 orang 3 orang 1 orang 2 orang 5 orang 2 orang 2 orang 2 orang 2 orang 2 orang 2 orang 3 orang 2 orang

Pasukan Keselamatan Kebakaran Memadamkan api dengan menggunakan Hose Reel. Membantu dalam mengusian bangunan. Menghantar walkie talkie dan hailer kepada Pengarah Hospital. Menyediakan white board dan marker pen di zon tempat berkumpul. Menyediakan payung, kerusi dan meja di zon tempat berkumpul. Pengarah Hospital Perlu berada di bilik gerakan bersama seorang pencatit masa. Menerima input daripada Pegawai Keselamatan Kebakaran dan Pegawai keselamatan Hospital. Bertangungjawab sebagai PRO hospital dengan ajensi lain dan media massa. Mendapatkan nasihat Pegawai bomba untuk stand down . Post Mortem Di Dewan Ilmiah. Bersurai

6.SENARIO SEBENAR EVAKUASI MOCK DRILL JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

Satu kebakaran berlaku di BILIK ASTHMA Jabatan Kecemasan dan Trauma pada 27/07/2011 pukul 9.43 pagi .Senario dimulakan dengan menyalakan lampu beacon merah dan asap CO2.sebagai simbolik kebakaran.

Pukul 9.43 am kebakaran telah disedari oleh Penolong Pegawai perubatan satu dan menjerit api api dan menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api. Apabila api tidak dapat dikawal dengan alat pemadam api Penolong Pegawai perubatan dua telah break glass,loceng kecemasan berbunyi dan mengarahkan staff yang lain memindahkan pesakit dari jabatan kecemasan (ED) dan trauma ke tempat berkumpul(Assembly point).(tempat menunggu unit X-ray)

Beliau juga telah memberitahu operator untuk meminta bantuan Bomba . Staff ED mula membawa pesakit keluar dari ED Staff klinik pakar dan wad 6 turut serta membantu untuk mengeluarkan pesakit dan mangsa. 7. PADA MASA YANG SAMA Pada pukul 9.45 pagi Pegawai Kebakaran telah memaklumkan kepada Pengarah tentang kebakaran dan situasi sebenar di ED. Sebaik sahaja mendengar loceng kecemasan berbunyi,semua staff dari wad klinik pakar, makmal dan pejabat berhampiran telah keluar ke assembly point. Penyelia telah sampai di assembly point dan melakukan head count.

8. BILIK OPERATUR Pada pukul 9.45 am telah terima panggilan dari ED tentang kebakaran. Pada pukul 9.46am operatur dapat menghubungi Balai Bomba Tampin dan memaklumkan tempat kejadian dan bangunan yang terlibat pintu yang perlu digunakan. Beliau juga telah memaklumkan kepada Pengarah Hospital ,Penyelia Hospital , Pegawai Kebakaran dan semua Ketua Unit serta Polis Tampin. Pada pukul 9.47 Pasukan Keselamatan Kebakaran telah sampai ke tempat kejadian dan cuba mengawal kebakaran dengan hossrell . Mereka juga telah memindahkan pesakit yang pengsan .

9.TEMPAT BERKUMPUL

Pada pukul 9.50 am pesakit dan mangsa kebakaran telah di bawa ketempat menunggu X-Ray manakala kakitangan berkumpul di hadapan bangunan Warisan yang berbumbung. Head count telah dijalankan oleh Penyelia dan lapurkan kepada pengarah di bilik gerakkan.

8. KETIBAAN PASUKAN PERUBATAN

Pada pukul 9.49 am Pasukan Perubatan tiba di tempat kejadian dan merawat mangsa kebakaran dan menghantar kewad berhampiran dan rujuk pesakit yang melecur ke Seremban.

9.KETIBAAN BOMBA

Pada pukul 10.00 am Pasukan bomba dan penyelamat telah sampai ketempat kejadian . Mereka telah disambut oleh Pasukan Keselamatan Kebakaran dan Pegawai Keselamatan Kebakaran.

Pegawai Keselamatan Kebakaran telah memberi laporan awal telah kepada Pegawai Bomba. Pasukan bomba telah terus ketempat kebakaran dan melakukan penyelamatan.

10

Mangsa yang terperangkap telah diselamatkan dan dibawa ketempat berkumpul pada pukul 10.08 am. Mangsa telah di beri rawatan di tempat berkumpul .Api telah dikawal dan dipadamkan bersama-sama Pasukan Keselamatan Kebakaran.

10. STAND DOWN Pada pukul 10.15 pagi, Pengarah Hospital telah mengishtiarkan stand down setelah mendapat lapuran dari pegawai bomba yang api telah terkawal.

11.POST MORTERM

11.1

En.Razali Bin HJ Kadir ( Pengawai Penjaga Balai ) Tahniah kepada Hospital Tampin yang menjalankan mock drill kebakaran. Ia mengeratkan kerjasama antara hospital dan bomba. Hospital Tampin ialah hospital lama dan kawasannya terhad. Pengusian bangunan agak sukar. Kawalan kepada orang ramai penting supaya tidak masuk ke tempat kejadian.

11

11.2

En.Wong Swee Wan ( Pemerhati di Hadapan Jabatan Kecemasan ) 9.45 pagi alarm berbunyi. Kakitangan menunjukkan sikap bersungguh-sungguh semasa latihan. Pengawai mengarahkan orang awam kosongkan bangunan ke assembly point dengan cara yang baik dan peramah. Pesakit dipindahkan cepat dan berhati-hati. Ketua Pasukan Keselamatan Kebakaran telah mengarahkan PKK dengan baik untuk mengeluarkan mangsa dan memedamkan api. Kenderaan bomba tiba pada pukul 9.48 pagi. Anggota bomba telah menyelamatkan mangsa dan membuat kerja-kerja pengawalan api. Keadaan jabatan kecemasan yang sempit menyusahkan kerja-kerja pemindahan pesakit.

11.3 En.Masron Bin Dahlan ( Pemerhati di Assembly Point ) Pada pukul 9.55 pagi kakitangan mula berkumpul di assembly point di hadapan bangunan warisan. Mereka beratur mengikut unit masingmasing. Dua pasukan perubatan telah datang ke ruang menunggu unit X-ray dan memberi rawatan kepada mangsa. Pada pukul 10.00 pagi bomba membawa mangsa yang melecur. Pukul 10.00 pagi Penyelia telah membuat head count

11.4

Pn.Soo Kam Lin ( Pemerhati di bilik operator telifon) Pada pukul 9.45 pagi terima panggilan daripada JT Noraziah dari jabatan kecemasan. Operator telah maklumkan kepada Bomba, Polis, Pengarah Hospital, Penyelia, Pengawai Keselamatan Kebakaran dan semua ketua unit.

12

11.5

En.Zairi Bin Othman ( pemerhati di hadapan jabatan kecemasan ) Pada pukul 9.46 pagi PKK membuat kerja-kerja penyelamatan dan pengawalan api dengan hoss reel. Pada pukul 9.47 pagi Pengawai Keselamatan Kebakaran melaporkan kejadian kepada Pengarah Hospital. Pada pukul 9.48 pagi pasukan bomba tiba. Pengawai keselamatan kebakaran telah memberi laporan kepada pengawai bomba. Kakitangan jabatan kecemasan menjalankan tugas dengan baik.

11.6

En.Zulkifly Bin Abd. Rahman ( Pengawai Bomba ) Lampu perlu dipadamkan bila kebakaran supaya api tidak merebak. PKK perlu menyelamatkan mangsa sebelum membuat kawalan kebakaran. Alat pemadam api hendaklah digunakan dulu sebelum menggunakan hoss reel. TNB perlu dipanggil bila ada kebakaran. Pengawai Keselamatan Kebakaran perlu melaporkan situasi tempat kejadian dari masa kesemasa kepada bilik gerakan.

12.PENILAIAN LATIHAN Pada amnya tujuan dan objektif latihan tercapai . Kakitangan ED telah menunjukan sikap bersungguh-sungguh semasa menjalankan latihan. Kakitangan yang terlibat faham dan tahu tindakan yang perlu diambi bila berlaku kebakaran. Kakitangan ED faham aliran kerja dan tindakan yang perlu di buat bila berlaku kebakaran.

13

Pasukan Keselamatan Kebakaran faham cara-cara memadamkan dan mengawal api dengan hose reel dan alat pemadam api sebelum ketibaan pasukan bomba. Tugas penyelamatan dan evakuasi dapat dijalankan dengan teratur dan menggunakan laluan yang betul semasa mengosongkan bangunan. 13.PENAMBAHBAIKAN YANG PERLU BUAT Pegawai keselamatan hospital hendaklah memberi lapuran kepada Pengarah di bilik gerakan dari masa ke masa. Pegawai keselamatan hospital dikehendaki melapurkan kejadian dari assembly point dan tempat pesakit di beri rawatan.Msl.Bilangan mangsa,nama mangsa,kecederaan dan mangsa yang dirujuk. Pegawai Keselamatan Kebakaran dikehendaki memberi lapuran kepada pengarah situasi di tempat kebakaran ,mangsa yang terlibat ,mangsa yang di pindahkan dari bangunan. Pegawai kebakaran dikehendaki melapurkan kepada Pengarah bila perlu stand down setelah berbincang dengan Pegawai bomba. Pihak TNB juga perlu dilibatkan bersama. Pihak pengawal keselamatan perlu dimasukan dalam kursus kebakaran yang akan hospital anjurkan. Pasukan Keselamatan Kebakaran di kehendaki mengeluarkan mangsa dulu sebelum memadamkan api. Pasukan Keselamatan Kebakaran hendaklah menggunakan alat pemadam api yang ada dulu sebelum menggunakan hossreel untuk kawal api. Hossrell yang digunakan hendaklah di gulung semula untuk elakan orang tercedera.

14

Anda mungkin juga menyukai