Anda di halaman 1dari 6

CATATAN HARIAN Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke sebuah negeri lain.

Antara tempat yang dilawati, termasuklah kawasan perkelahan, tempat bersejarah, dan pusat membeli-belah. Tulislah catatan harian sepanjang lawatan kamu itu. Sabtu, 21 Februari 2008 7.30 pagi - Semua peserta rombongan berkumpul di sekolah. Cikgu Khusairi dan Cikgu Sharif sibuk mencatat kehadiran murid. 8.00 pagi - Bas bertolak ke Melaka. Semua kelihatan ceria. Ada yang menyanyi, termasuk saya. 10.30 pagi - Tiba di Bandar Melaka. Destinasi pertama ialah Kota A Famosa yang bersejarah. Masing-masing sibuk bergambar dan mencatat sejarahnya yang dipamerkan berhampiran kota itu. Kami juga membeli buah tangan berupa model kota itu. 12.30 tengah hari - Makan tengah hari di tepi laut Bandar Hilir. Mujur aku membawa bekal kerana harga makanan agak mahal. 2.00 petang - Singgah di pusat membeli-belah Melaka Parade. Memang besar dan indah. Aku membeli sehelai baju-T sebagai kenangan di Melaka. 4.00 petang -Singgah pula di Pantai Tanjung Bidara. Ramai orang berkelah. dibenarkan mandi kerana laut bergelora. Pantainya memang indah dan bersih. Kami tidak

5.30 petang - Bertolak untuk pulang ke Lumut. Masing-masing kelihatan letih. Ramai yang tidur. 7.30 petang - Kami tiba di sekolah. Lega rasanya kerana ayah sudah sedia menunggu. Walaupun letih tetapi menyeronokkan.

Isi-isi Penting Pendahuluan - berkumpul di sekolah cikgu mencatat kehadiran murid Isi - mula bertolak semua ceria - menyanyi - tiba di Melaka melawat kota A Famosa - bergambar membuat catatan - membeli buah tangan/ model kota - makan tengah hari di tepi laut makanan agak mahal - membeli-belah di Melaka Parade membeli baju T kenangan - singgah di Pantai Tanjung Bidara ramai orang berkelah pantainya indah - tidak dibenarkan mandi kerana laut bergelora - pulang letih tertidur Penutup - tiba di sekolah ayah sudah menunggu - letih tetapi seronok

CATATAN HARIAN

Tuliskan catatan harian aktiviti yang kamu lakukan setiap hari. Isnin, 2 Januari 2008 Seperti biasa saya ke sekolah. Pada sebelah petang, setelah makan tengah hari saya berehat seketika. Saya menyelesaikan kerja sekolah dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Saya bermain bola sepak dari pukul 5.30 hingga 6.30 petang. Pada sebelah malam pula, saya mengulang kaji pelajaran. Saya masuk ke bilik tidur pada pukul 10.00 malam. Selasa, 3 Januari 2008 Dari pukul 7.30 pagi hingga 1.00 petang berada di sekolah. Pada sebelah petang, seperti biasa menyelesaikan kerja sekolah dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Petang ini saya tidak bermain kerana membantu bapa menanam sayur di belakang rumah. Saya mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 hingga 9.30 malam. Rabu, 4 Januari 2008 Sebelah pagi di sekolah. Hari ini saya tidak balik ke rumah kerana ada perjumpaan ahli pengakap. Balik ke rumah pada pukul 5.00 petang. Setelah membersihkan diri, saya berehat. Saya membuat kerja rumah dari pukul 8.00 hingga 9.30 malam. Khamis, 5 Januari 2008 Seperti hari-hari yang lain, saya ke sekolah pada sebelah pagi. Mulai pukul 3.00 hingga 5.30 petang saya membuat kerja rumah. Petang ini saya tidak bermain. Pada sebelah malam, saya ke masjid. Saya tidur pukul 10.30 malam.

Isi-isi Penting Hari 1 - sekolah - petang menyiapkan kerja sekolah bermain bola sepak - malam mengulang kaji pelajaran Hari 2 - sekolah - petang membantu bapa menanam sayur - malam mengulang kaji pelajaran Hari 3 - pagi - sekolah - tidak balik sebab ada perjumpaan pengakap - malam membuat kerja rumah Hari 4 - pagi - sekolah - petang membuat kerja rumah tidak bermain petang ini - malam ke masjid

CATATAN HARIAN

Minggu lalu kamu telah menyertai kem motivasi di sekolah. Aktiviti yang diadakan untuk muridmurid tahun enam itu telah berlangsung selama dua hari. Tuliskan catatan harian sepanjang aktiviti tersebut. Sabtu, 6 Mac 2008 8:00 pagi - Mendaftar diri di dewan sekolah. 9:00 pagi - Taklimat ringkas tentang penginapan dan jadual aktiviti. Kemudian menyusun kerusi meja dan membersihkan kelas yang dijadikan bilik tidur. 10:00 pagi - Wisel berbunyi. Kami bergegas ke dewan. Ceramah 1 bertajuk Membuka Minda oleh Cikgu Anas. Kami juga dipecahkan kepada beberapa kumpulan. 12:00 tengah hari - Makan dan rehat. 2:00 petang - Sekali lagi wisel ditiup. Kami berkumpul di dewan. Setiap kumpulan membincangkan sebuah tajuk khusus. Tajuk perbincangan kumpulan kami ialah Faedah Belajar Secara Berkumpulan. 3:00 petang - Semua kumpulan membentangkan hasil perbincangan. 4:30 petang - Minum petang dan rehat. 5:30 petang - Riadah di padang sekolah. 7:00 petang - Murid-murid Islam ke surau, murid bukan Islam menghadiri kelas moral. Kemudian makan malam. 9:00 malam - Wisel berbunyi lagi. Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK1) dengan tema Bersatu Teguh memang menyeronokkan. Kami sedar betapa pentingnya hidup bekerjasama. 10:00 malam - Tidur. Rasa gembira kerana tidur beramai-ramai walaupun hanya berkatilkan susunan meja. Ahad, 7 Mac 2008 6:00 pagi - Wisel ditiup lagi. Kami ke surau, kemudian senaman pagi. 8:00 pagi - Selepas sarapan kami ke dewan. Ceramah 2 oleh Cikgu Mardiah bertajuk "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 10:00 pagi - LDK 2. Temanya Titian Hidup. Aktiviti ini berfaedah kerana dapat memberikan keinsafan kepada kami tentang cabaran yang akan ditempuhi. 12:00 tengah hari - Makan dan rehat. 2:00 petang - Ceramah akhir oleh Guru Besar bertajuk Yakin Boleh. 3:00 petang - Bersurai dengan laungan Kami Boleh!. Tergambar kepuasan pada wajah kami yang penuh semangat.

Isi-isi Penting Hari 1 Pagi - pendaftaran - taklimat penginapan dan jadual - menyusun kerusi meja dan kelas bilik tidur - ceramah 1 "Buka Minda - pembahagian kumpulan - rehat Petang - berkumpul di dewan - perbincangan kumpulan Faedah Belajar Secara Berkumpulan - pembentangan hasil kerja kumpulan - minum petang - riadah Malam - pelajar Islam ke surau, bukan Islam - moral - Latihan Dalam Kumpulan Bersatu Teguh seronok - tidur berkatilkan meja Hari 2 Pagi - ke surau - senaman pagi - sarapan - ceramah 2 - Latihan Dalam Kumpulan 2 Petang - ceramah oleh guru besar - bersurai laungan Kami Boleh - tergambar kepuasan

CATATAN HARIAN Pada musim cuti sekolah yang lalu kamu sekeluarga telah melawat ke ibu negeri tempat kamu tinggal. Keluarga anda telah menginap di sebuah hotel di bandar tersebut. Tulis sebuah catatan harian sepanjang lawatan tersebut. Selasa, 12 Mei 2008 11:00 pagi - Bertolak dari rumah dengan kereta. Semuanya dalam keadaan ceria. 11:45 pagi - Tiba di Jambatan Pulau Pinang. Adik begitu gembira melihat pemandangan laut yang indah. 1:00 petang - Kami sampai di bandar Georgetown. Keadaan lalu-lintas di bandar itu sesak. Kami singgah makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar. 2:30 petang - Masuk ke Hotel Seri Malaysia yang telah ditempah ayah sejak seminggu lalu. Seronok sekali kerana ada kolam mandi di situ. 4:00 petang - Kami bersiar-siar di sekitar bandar. Kemudian kami singgah makan pasembor di Padang Kota. Angin laut bertiup sepoisepoi bahasa. Sungguh nyaman sekali. 6:00 petang - Kami pulang ke hotel. Kemudian saya mandi di kolam bersama ayah. 8:00 malam - Berjalan-jalan di Komtar yang terletak bersebelahan hotel tempat kami menginap. Makan di Medan Selera. 10:00 malam - Pulang ke hotel. Semua tidur cepat kerana kepenatan. Rabu, 13 Mei 2008 9:00 pagi - Selepas bersarapan, kami ke Bukit Bendera. 9:30 pagi - Kami terpaksa beratur dan menanti giliran untuk menaiki kereta api Bukit Bendera kerana ramai pengunjung. 10:30 pagi - Sampai di puncak Bukit Bendera. Udaranya sungguh nyaman. Kami menikmati panorama Pulau Pinang yang indah sekali. 2:00 petang - Selepas turun dari Bukit Bendera, kami bersiar-siar sebentar di pantai Batu Feringgi. Ramai sekali orang berkelah di situ. 4:30 petang - Pulang ke hotel. Berkemas untuk pulang. 6:00 petang - Meninggalkan hotel. Pulang dengan menaiki feri. Saya dan adik tertidur sepanjang perjalanan.

Anda mungkin juga menyukai