Anda di halaman 1dari 6

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Yang Berusaha Encik Adam bin Majid, Guru Besar, yang dihormati guru-guru, serta rakan-rakan sekalian.Terima kasih atas kesudian hadir dalam Majlis Ramah Mesra ini sempena pengambilan ahli kelab baru. Penubuhan kelab ini pada tahun 2004 adalah hasil usaha Cikgu Mahani dan Cikgu Kamarul.Mereka bercita-cita tinggi untuk melahirkan remaja yang kreatif. Penubuhan kelab ini diharap dapat merapatkan remaja dengan kesenian warisan bangsa. Kelab ini telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 5 Januari 2004. Dalam mesyuarat tersebut, anggota-anggota jawatankuasa telah dilantik. Saya dan semua anggota jawatankuasa telah merangka beberapa kegiatan.Antara kegiatan termasuklah menganjurkan pameran kebudayaan bersempena dengan Majlis Anugerah Cemerlang, pertunjukan kesenian sempena Hari Guru , Pesta Tanglung dan Malam Kebudayaan 2004. Hadirin sekalian, Kegiatan tersebut dirancang dengan tujuan untuk melatih anggota kelab agar bekerjasama, berdisiplin, berdikari, yakin diri dan sebagainya.Sehubungan dengan itu, diharapkan agar suatu ketika nanti akan lahirlah anggota masyarakat yang berwawasan dan menghargai warisan bangsa. Selain itu, bakat semulajadi ahli kelab dapat dicungkil dan daya kreativiti mereka dapat ditingkatkan. Kelab ini juga dapat membantu usaha membanteras gejala vandalisme kerana masa lapang mereka telah diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Saya menyeru kepada yang belum menyertai mana-mana kelab agar menyertai kelab kesenian ini. Mudah-mudahan kita dapat menjadi orang yang lebih berjaya dalam aspek jasmani dan rohani. Akhir sekali, sebelum saya mengundurkan diri, saya berharap agar kelab ini terus maju dan semua anggotanya sentiasa berganding bahu menjayakan setiap kegiatan yang disusun. Sekian, terima kasih.

Apakah matlamat utama penubuhan Kelab Kesenian tersebut ? A B C D Untuk menonjolkan bakat yang ada pada murid. Untuk membentuk peribadi yang mulia dalam kalangan murid. Untuk melahirkan murid yang aktif dalam kokurikulum. Untuk menenangkan fikiran murid-murid.

Cikgu Mahani dan Cikgu Kamarul mungkin sekali... A B C D Pengerusi Kelab Kesenian Penaung Kelab Kesenian Penaja Kelab Kesenian Penasihat Kelab Kesenian

Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut ? A B C D Ketua murid Guru disiplin Pengerusi Kelab Kesenian Penasihat Kelab Kesenian

Pada pendapat anda, apakah yang ditekankan dalam ucapan tersebut ? A B C D Pentingnya disiplin anggota kelab Kegiatan yang akan dianjurkan oleh Kelab Kesenian Manfaat yang akan diperoleh oleh anggota Kelab Kesenian Masalah yang mungkin dihadapi oleh anggota Kelab Kesenian

Yang berikut adalah kebaikan menyertai Kelab Kesenian, kecuali... A B C D Dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan murid Meningkatkan kecergasan rohani dan jasmani Dapat mengharumkan nama sekolah Memupuk semangat bersatu

Jawapan ; 1 2 3 4 5 menonjolkan bakat penasihat pengerusi manfaat mengharumkan nama

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. Selamat sejahtera diucapkan kepada Cikgu Hamat, Yang Berusaha Puan Halimah, Guru Kelas 6 Melur, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk berucap pada majlis yang bersejarah ini. Sebenarnya saya tidak menyangka bahawa rakan-rakan akan mengadakan majlis perpisahan untuk saya. Terima kasih untuk kalian yang sudi mengadakan majlis untuk saya. Guru-guru dan rakan-rakan yang budiman, Saya akan berpindah ke Johor pada minggu hadapan. Hari ini ialah hari terakhir saya di sekolah ini.Saya berasa berat hati untuk meninggalkan rakan-rakan namun, saya terpaksa mengikut keluarga saya yang akan bertukar ke Johor. Ayah saya telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke jabatan lain di Johor Bahru. Selama saya di sini, banyak yang telah saya pelajari tentang masyarakat di negeri Terengganu. Mereka peramah dan suka menolong. Mereka juga sangat mementingkan kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yang membuatkan hati saya tertambat di sini. Rakan-rakan pula banyak membantu saya dalam pelajaran dan kehidupan. Begitu juga dengan guru-guru yang baik hati dan tidak jemu-jemu menyuntik minda kami dengan ilmu yang berguna. Jasa para guru dan rakan akan tetap terpahat di hati saya. Rakan-rakan yang dikasihi, Walaupun saya akan berpindah dan mungkin tidak akan berjumpa lagi dengan teman-teman di sini, tetapi saya berharap agar hubungan kita tetap terjalin. Janganlah hendaknya rakan-rakan sekelas melupai saya setelah saya jauh di mata. Saya juga akan mengirim surat setelah berada di sana nanti. Akhir sekali, ampun dan maaf saya pohonkan kepada guru-guru dan rakanrakan jika terdapat salah, silap dan keterlanjuran kata selama saya di sini. Sekian, terima kasih.

Pada awal ucapan, penulis melahirkan perasaan... A B C D takut. sedih. panik. terkejut.

Apabila ayahnya dinaikkan pangkat,penulis terpaksa... A B C D menulis surat kepada kawan-kawannya. meninggalkan guru-guru, kawan-kawan dan sekolah. melupakan guru-guru dan kawan-kawannya di sekolah. menyampaikan ucapan perpisahan kepada guru-guru dan rakan-rakan.

Bagaimanakah cara penulis dan rakan-rakannya untuk terus berhubung setelah berpisah ? A B C D Telefon, surat dan E-mel. Telefon, wayarles dan radio. Telefon, televisyen dan radio. Surat, televisyen dan komputer.

Berikut adalah punca penulis berasa berat hati untuk berpindah kecuali... A B C D guru yang baik hati dan tekun mengajar. jiran yang peramah dan berbudi bahasa. rakan yang mudah menghulurkan bantuan. penduduk kampung sentiasa menghulurkan bantuan wang ringit.

Frasa terpahat di hati dalam petikan bermaksud... A B C D dekat di mata. sentiasa di sisi. segar dalam ingatan. mesra dalam sanubari.

Jawapan 1 2 3 4 5 terkejut meninggalkan guru , rakan dan sekolah telefon, surat emel menghulur wang ringit segar dalam ingatan

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Encik Ramli, pegawai-pegawai, penduduk kampung serta anak-anak sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terlebih dahulu jutaan terima kasih saya ucapkan atas kesudian mengundang saya menyampaikan ceramah tentang pentingnya air dalam kehidupan kita seharian. Hadirin yang dihormati, Walaupun kita beranggapan 70 % daripada bumi ini diliputi air dan 30 % sahaja yang terdiri daripada daratan, kita sebenarnya lupa bahawa daripada sejumlah air yang sebegitu banyak, hanya 2.5 % adalah air tawar yang dapat diminum dan digunakan manakala selebihnya adalah air masin. Oleh sebab itu, kita mestilah berjimat ketika menggunakan air. Jangan mandi terlalu lama kerana ini melibatkan pembaziran air yang banyak.Selain itu, kita juga dinasihatkan agar menggunakan mesin basuh hanya apabila membasuh banyak pakaian. Bagi menyiram pokok, mencuci longkang dan kereta pula, gunakanlah air hujan yang ditadah di dalam tempayan atau bekas plastik besar. Ada banyak faktor mengapa kita harus berjimat ketika menggunakan air, Misalnya pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan air meningkat secara mendadak dan kemungkinan besar empangan akan cepat surut terutamanya ketika musim kemarau panjang.Mungkin pada waktu itulah kita akan mulai terngadah kerana kekurangan air. Secara puratanya kita banyak menggunakan air untuk kegiatan harian seperti mandi, mengepam tandas, mencuci pakaian, pinggan mangkuk, kenderaan dan sebagainya termasuklah permaidani, jika dibandingkan dengan air yang kita gunakan untuk minum, iaitu hanya 2 hingga 5 liter sehari. Selain itu, pili bocor atau pili yang tidak diputar ketat turut menyebabkan pembaziran air. Sekiranya dibiarkan menitis sehari suntuk, kita telah membuang antara 70 hingga 80 liter air. Bayangkanlah berapa banyak pembaziran air akibat sikap manusia yang tidak prihatin. Oleh itu, apabila berlaku kebocoran air, teruslah membuat laporan ke Jabatan Bekalan Air yang terdekat. Air amat penting, jadi berjimatlah ketika menggunakan air walau di manamana sahaja. Jadilah warga yang bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.

Apakah tujuan utama ceramah ini diadakan ? A B C D . Memberitahu masyarakat tentang aktiviti yang menggunakan air Menegur sikap orang ramai yang tidak tahu memanfaatkan air Menyedarkan masyarakat bahawa negara hampir kehabisan air Memupuk sikap berjimat cermat dan menghargai air dalam kalangan pengguna

Cara-cara berikut mampu menjimatkan air kecuali... A B C D menutup pili air dengan sempurna menyiram pokok bunga seminggu sekali membersihkan kawasan luar rumah dengan air hujan menggunakan mesin cuci ketika membasuh pakaian yang banyak

Penceramah menyentuh tentang peratus kandungan air yang boleh diminum di bumi ini bagi menunjukkan... A B C D sumber air yang terhad kegiatan manusia yang membazirkan air kehilangan air terutama pada musim kemarau pertambahan penduduk yang semakin pesat

Nasihat penceramah supaya air hujan digunakan juga dalam aktiviti pembersihan bertujuan memupuk sikap... A B C D berhati-hati berjaga-jaga beringat-ingat bertolak ansur

Perkataan ditadah dalam petikan bermaksud... A B C D ditapis disorok disimpan ditampung

Jawapan 1 2 3 4 5 memupuk sikap menyiram pokok sumber air terhad beringat-ingat ditampung

Anda mungkin juga menyukai