Anda di halaman 1dari 52

Petikan 1

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.


Lesung Galang

Lesung galang adalah sejenis alat yang digunakan untuk menumbuk padi
atau menumbuk emping. Alat ini dianggap unik. Hal ini disebabkan oleh alat ini
dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring apabila digunakan.

Lesung galang diperbuat daripada kayu jati. Lesung galang mesti digunakan
bersama-sama dengan antan. Antan pula diperbuat daripada kayu bulat yang
berat dan tinggi. Kebiasaannya, aktiviti menumbuk padi atau menumbuk emping
menggunakan lesung galang dilakukan secara bersendirian atau beramai-ramai.

Pada masa dahulu, lesung galang digunakan untuk menumbuk emping


selepas musim menuai. Emping yang dihasilkan enak dimakan begitu sahaja atau
dicampur dengan sedikit kelapa dan gula. Di samping itu, emping juga sangat
sedap dimakan jika dibuat bubur.

Namun begitu, generasi kini semakin kurang mengetahui tentang lesung


galang mahupun emping. Hal ini kerana kebanyakan petani sekarang
menggunakan kaedah moden untuk memproses padi mereka. Manakala emping
pula sudah jarang dibuat oleh petani.

Kini, lesung galang hanya boleh dilihat di Muzium Negara. Justeru itu, bagi
sesiapa yang ingin melihat lesung galang, bolehlah berkunjung ke sana.

1.Apakah kegunaan lesung galang?


A.
B.
C.
D.

Menumbuk padi atau emping


Menghasilkan bunyi yang nyaring apabila digunakan
Menghalau burung
Memproses padi

2.Lesung galang diperbuat daripada apa?


A.
B.
C.
D.

Kayu Antan
Kayu bulat yang berat dan tinggi
Kayu Jati
Kayu Emping

3.Bilakah aktiviti menumbuk emping biasanya dilakukan?


A.
B.
C.
D.

Selepas musim luruh


Selepas musim menuai
Selepas musim kemarau
Selepas musim tengkujuh

4.Pilih penyataan yang tidak benar tentang emping.


A.
B.
C.
D.

Emping dapat dibuat bubur.


Emping enak dimakan begitu sahaja.
Emping boleh dijadikan bahan untuk memasak kari.
Emping boleh dimakan dengan mencampurkan sedikit kelapa dan
gula.

Petikan 2
Baca puisi di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya

Ibu,
Engkau ibu yang sejati,
Engkaulah yang telah melahirkanku,
Memelihara dan mendidikku.
Ibu,
Engkau tidak pernah mengenal erti jemu,
Akan kerenahku,
Engkau tidak pernah penat lelah,
Dalam mendidikku.
Ibu,
Engkau berikanku kasih sayang yang tulus sejati,
Engkau sanggup menggadai nyawa,
Engkau beri aku segala-galanya,
Agar aku rasa bahagia.
Ibu,
Maafkanlah diriku,
Seandainya tidak cukup untuk ku balas segala jasa-jasamu.

1. Mengapakah penulis berkata bahawa ibunya ialah ibu yang sejati?

A. Kerana ibunya tidak pernah jemu


B. Kerana ibunya telah menjaganya
C. Kerana banyak jasa ibu kepadanya
D. Kerana terdapat banyak ibu di dunia ini

2. Bagaimanakah kasih sayang ibu kepada penulis?


A. Kekal buat selamanya
B. Hanya sementara sahaja
C. Pada masa-masa tertentu sahaja
D. Ketika waktu sakit dan kesusahan

3. Apakah peranan seorang anak terhadap ibunya?


A. Menyakiti perasaan ibu
B. Menolong ibu ketika diperlukan
C. Menghormati dan membalas budi jasanya
D. Memberi wang kepada ibu setiap bulan

4. Perkataan kerenahku dalam petikan bermaksud


A. sifatku
B. sikapku
C. pergaulanku
D. percakapanku

Petikan 3
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Encik Kamal kelihatan amat sibuk. Ramai jiran yang datang ke rumahnya.
Walaupun majlis perkahwinan anak perempuannya Shakila akan berlangsung
seminggu lagi, Encik Kamal telah menjemput orang kampung bermesyuarat di
rumahnya. Ketua Kampung, Encik Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat itu.
Mereka berbincang mengenai pembahagian kerja yang akan dilakukan seperti
menyiang ayam, memasak, mendirikan khemah, membasuh pinggan-mangkuk, dan
sebagainya.
Pada petang sabtu, sehari sebelum majlis perkahwinan dilaksanakan,
kemeriahan majlis mula dirasai. Kaum wanita sibuk di dapur. Mereka mengupas
bawang, kentang, merebus telur, dan sebagainya. Sementara kaum lelaki pula
sibuk mendirikan khemah dan kerja-kerja lain.
Perancangan teliti yang diatur menjadikan majlis perkahwinan berjalan
lancar. Tugas-tugas mengangkat hidangan dilakukan oleh golongan muda. Begitu
juga dengan tugas mengemas dan membersihkan meja. Tuan rumah sibuk
melayan tetamu yang datang berkunjung.
Para tetamu mula beredar meninggalkan majlis kenduri itu. Sungguhpun
begitu., petugas-petgas masih meneruskan kerja masing-masing hingga selesai.
Konsep berat sama dipikul, ringan sama diinjing yang diamalkan telah berjaya
memungkinkan majlis tersebut berjalan lancar dan sempurna.

1. Pada hari apakah majlis perkahwinan tersebut diadakan?


A. Sabtu

C. Jumaat

B. Ahad

D. Rabu

2. Apakah tujuan Encik Kamal memanggil orang kampung bermesyuarat di rumahnya?


A. Untuk mengumumkan berita perkahwinan anaknya.
B. Untuk menyuruh orang kampung menjalankan tugas mereka.
C. Untuk membahagi-bahagikan tugas yang patut mereka lakukan.
D. Untuk mengeratkan perhubungan sesama mereka.
3. Berat sama dipikul, ringan sama diinjing bermaksud
A. barang yang berat hendaklah diangkat bersama-sama
B. segala kesenangan dan kesusahan hendaklah sama-sama ditanggung
C. sesuatu kerja mestilah dilakukan mengikut perancangan yang betul
D. bertolak ansur dalam pekerjaan

4. Tugas-tugas berikut dilaksanakan sebelum majlis perkahwinan, kecuali


A. mengangkat hidangan
B. rmendirikan khemah
C. mengupas bawang
D. merebus telur

Petikan 4
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Semasa cuti hujung minggu yang lalu, S.J.K.(C) Yuk Hua telah menganjurkankem
motivasi bagi murid tahun enam. Kem motivasi yang diadakan di Ulu Yam itu telah
dirasmikan oleh Guru Besar. Murid-murid bertolak ke Ulu Yam dengan menaiki bas.
Apabila sampai di sana, murid-murid mendapat jadual aktiviti sepanjang berada di
kem. Murid-murid dikehendaki bangun awal setiap pagi. Pada hari pertama, mereka
mendengar ceramah daripada pakar matematik, iaitu Encik Tan Yee Fatt.
Dalam ceramah itu, murid-murid dapat mempelajari kaedah dan teknik pengiraan dalam
mata pelajaran Matematik. Pelbagai aktiviti menarik yang lain turut diadakan selepas
ceramah matematik. Antaranya aktiviti tersebut ialah pertandingan meneka bilangan
objek yang tersembunyi, kuiz, dan aktiviti perbincangan dalam kumpulan.
Pada sebelah malam, guru pakar mata pelajaran Bahasa Malaysia, iaitu Cikgu
Ainitelah menyampaikan ceramah tentang teknik-teknik menjawab soalan Bahasa
Malaysia. Selain itu, murid-muird turut belajar cara-cara menulis karangan yang betul.
Murid-murid menimba banyak ilmu pengetahuan. Mereka juga diberikan tip-tip untuk
menguasai mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Pada hari terakhir, murid-murid berpeluang mandi-manda di air terjun. Pada sesi
penutup, Guru Besar berharap agar murid-murid dapat menggunakan segala kemahiran
yang telah dipelajari semasa menjawab soalan peperiksaan nanti.

1.Siapakah yang terlibat dalam kem motovasi tersebut?


A Murid-murid tahap I
B Murid-murid tahap II
C Murid-murid tahap I dan tahap II
D Murid yang akan menduduki Peperiksaan U.P.S.R

2. Ketika ceramah matematik diadakan, apakah yang dipelajari oleh muridmurid ?


A Menjawab soalan peperiksaan
B Kaedah dan teknik pengiraan
C Cara-cara menulis karangan
D Cara memotivasikan diri

3.Berikut ialah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid melainkan


A Kuiz matematik
B Perbincangan
C Pertandingan mengarang sajak
D Bermandi-manda di air terjun

4. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan di atas.


A Semua murid tahun enam S.J.K.(C) Yuk Hua terlibat dalam kem
B Murid-murid telah diberikan soalan-soalan peperiksaan semasa kem

motovasi
tersebut

C Murid-murid diberi tip-tip untuk menguasai bahasa Inggeris dengan betul


D Kem motivasi telah dirasmikan oleh guru penolong kanan

Petikan 5
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Pelbagai aktiviti sukan terdapat di sekolah. Murid-murid amat diagalakkan untuk


menyertai aktiviti sukan. Sebagai contoh, murid-murid boleh menyertai olahraga,
permainan bola sepak, ping pong, bola tampar dan sebagainya.
Aktiviti sukan banyak mendatangkan kebaikan. Menerusi aktiviti sukan, kita dapat
menyihatkan badan. Kita dapat mengurangkan lemak yang terkumpul di dalam badan
kita.Jantung kita pula dapat mengepam darah dengan lancar. Seterusnya, pelbagai
penyakit seperti sakit jantung, kkencing manis dan tekanan darah tinggi dapat
dihindarkan.
Selain itu, aktiviti sukan dapat mengeratkan perhubungan dan memupuk semangat
berpasukan. Biasanya, apabila menjayakan sesuatu aktiviti sukan, setiap ahli pasukan
perlu bekerjsama dengan rakan sepasukan yang lain. Ahli pasukan perlu bersikap bagai
aur dengan tebing jika ingin mencapai kemenangan. Sebagai hasilnya, semangat
bekerjasama akan terbentuk dan perhubungan menjadi lebih erat.
Bagaimanapun, aktiviti sukan juga mempunyai keburukannya. Apabila menyertai
sesuatu aktiviti sukan.seseorang murid itu berkemungkinan mengalami kecederaan.
Antara kecerderaan tersebut termasuklah terseliuh, luka dan patah tulang. Oleh yang
demikian, aktiviti sukan perlu dijalankan dengan berhati-hati.

1. Mengapakah murid-murid digalakkan menyertai aktiviti sukan?


A. Aktiviti sukan banyak membawa kebaikan.
B. Minat murid-murid terhadap pelajaran akan bertambah.
C. Terdapat pelbagai aktiviti sukan disediakan di sekolah.
D. Murid-murid akan berpeluang dipilih menjadi olahragawan sekolah.

2. Bagaimanakah aktiviti sukan dapat memupuk semangat berpasukan?


A. Selalu menyihatkan badan.
B. Bijak memilih rakan sepasukan.
C. Bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan.
D. Menggalakkan rakan baik menyertai aktiviti sukan.

3. Untuk mengelakkan kecederaan semasa bersukan kita perlu


A. berwaspada
B. bekerjasama
C. bertanggungjawab
D. bersungguh-sungguh

4. Yang berikut merupakan kebaikan bersukan kecuali


A. menyihatkan badan.
B.mengeratkan perhubungan.
C. memupuk semangat bekerjasama.
D. menghindarkan diri daripada kecederaan.

Petikan 6

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Warga tua,
Sendirian dalam kesedihan,
Meniti hujung usia,
Warga tua,
Di kala kau perlukan perhatian,
Siapa sudi menemanimu,
Menyuap makanan?
Menghulurkan minuman?
Di manakah anak-anakmu?
Saat kau mahu mengadu,
Sakit pening tiada yang tahu,
Menahan derita dalam sendu.
Warga tua,
Andai ada sinar dalam hidupmu,
Sempatkah kau menunggu,
Hingga ke saat itu?

1. Mengapakah warga tua dalam kesedihan?


A
B
C
D

Mereka sunyi tanpa perhatian daripada anak-anak.


Warga tua memang mempunyai sikap penyedih dan sensitif.
Anak-anak sering meninggalkan warga tua sendirian di rumah.
Mereka teringatkan kampung halaman yang lama ditinggalkan.

2. Di manakah anak-anak warga tua semasa mereka perlukan perhatian?


A Melancong ke luar negara
B Mereka terlalu sibuk bekerja

C Mereka tinggal di luar negara


D Mereka telah berhijrah

3.Mengapakah warga tua tidak sempat menunggu sinar dalam hidupnya?


A
B
C
D

Mereka sudah bosan menunggu


Tidak akan ada sinar dalam hidup mereka
Warga Tua mungkin akan sakit dan meninggal dunia
Mereka tidak suka menunggu

4.Di manakah warga tua ini berada? Berikan pendapat anda?


A
B
C
D

Di rumah penjagaan orang tua


Pusat tahanan banduan
Rumah Setinggan
Pejabat

Petikan 7
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Bumi kita kini diancam dengan pelbagai masalah khususnya pencemaran alam
sekitar terutamanya pencemaran air.
Manusia memerlukan air untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Malah, air
merupakan sumber rezeki bagi sesetengah orang memandangkan laut kaya dengan
pelbagai jenis hidupan.
Namun, masih terdapat sesetengah pihak yang membuang sampah ke dalam
sungai dan laut. Ada pula yang membuang sisa-sisa toksik tanpa memikirkan kesan
buruk pada masa akan datang.
Tindakan-tindakan tersebut telah mengotorkan keindahan alam sekitar. Hidupan laut
seperti ikan dan sebagainya turut terancam.
Pencemaran air bukan sahaja akan membunuh haiwan, malah kesihatan manusia
turut terjejas. Manusia yang makan hasil laut atau sungai yang tercemar akan
mengundang pelbagai jenis penyakit.
Kerajaan kita telah berusaha menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan
pengusaha kilang membuang sisa toksik ke tempat-tempat yang dikhaskan. Jadi,
didiklah anak mencintai alam sekitar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

1. Berikut adalah jenis-jenis pencemaran alam sekitar, kecuali

A
B

pencemaran air
pencemaran udara

C pencemaran bunyi
D pencemaran budaya

2.Siapakah yang menjadikan sungai atau laut sebagai sumber rezeki?


A
B

Jururawat
Nelayan

C Arkitek
D Hakim

3. Mengapakah pencemaran air mengundang pelbagai jenis penyakit?


A Keindahan alam sekitar yang tercemar mengganggu tumpuan manusia.
B Manusia memakan hasil laut atau sungai yang tercemar.
C Sungai dan laut yang tercemar dijangkiti penyakit yang boleh membahayakan
manusia.
D Pencemaran air mengurangkan sumber makanan bagi manusia.

4. Berikut merupakan usaha-usaha yang dijalankan untuk mengatasi masalah


pencemaran air kecuali
A
B
C
D

rakyat dinasihati agar menghargai air.


rakyat dilarang membuang sampah sarap ke dalam sungai.
rakyat dinasihati agar menghormati antara satu sama lain.
kilang-kilang diwajib membuang sisa toksik ke dalam tempat khas.

Petikan 8

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Ketika Ahmad dan Mohamad sedang bermandi-manda di sebuah sungai, mereka


terdengar bunyi tembakan. Mereka pantas berlari ke arah bunyi itu dan mendapati dua
orang sedang menembak seekor gajah.
Kedua-dua lelaki itu kemudian menghampiri gajah tersebut. Ahmad dan
Mohamad berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak sangka ada manusia yang
tergamak membunuh haiwan untuk kepentingan diri sendiri.
Tanpa berlengah Ahmad kembali ke arah sungai, lalu mencapai telefon
bimbitnya. Nombor telefon Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan) didailnya.
Gajah ialah haiwan liar yang semakin pupus. Orang yang membunuh haiwan liar
wajar dihukum. Justeru, Ahmad melaporkan kejadian itu supaya dua orang lelaki itu
dikenakan hukuman setimpal.
Tidak lama kemudian, beberapa orang pegawai Perhilitan sampai. Dua orang
lelaki itu ditangkap. Pegawai Perhilitan mengucapkan terima kasih kepada Ahmad dan
Mohamad.
Ahmad dan Mohamad sedar bahawa manusia memburu gajah kerana gadingnya
yang berharga. Usaha Ahmad dan Mohamad ini harus dicontohi untuk mengelakkan
kepupusan gajah.

1 . Apakah yang dilakukan oleh Ahmad dan Mohamad di sungai?

A Bermain
B Bermandi-manda

C Menembak gajah
D Menangkap ikan

2. Mengapakah Ahmad menelefon Perhilitan?


A
B
C
D

Meminta kebenaran untuk bermandi-manda di sungai.


Meminta pihak Perhilitan menyelamatkan mereka.
Melaporkan kejadian yang berlaku kepada Perhilitan.
Meminta pihak Perhilitan menanam bangkai gajah yang telah dibunuh.

3. Orang yang membunuh haiwan liar


A
B
C
D

wajar dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.


perlu mendapatkan keizinan Perhilitan.
perlu mempunyai nombor telefon Perhilitan.
perlu dicontohi.

4.Perkataan pupus dalam petikan bermaksud


A
B
C
D

selesai
lenyap
tamat
mati

Petikan 9

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.


Selamat sejahtera diucapkan kepada yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,
panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Tajuk

syarahan saya pada hari ini ialah Keburukan Iklan di Televisyen.


Para hadirin yang dihormati,
Iklan sering ditonton di televisyen.

Namun begitu, terdapat sesetengah iklan

mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai moral seperti pergaulan


bebas, keganasan dan sebagainya.

Unsur-unsur iklan yang keterlaluan ini dapat

mempengaruhi watak dan tingkah laku kanak-kanak.


Selain itu, terdapat juga iklan yang mempamerkan budaya kuning yang dapat
merosakkan akhlak para remaja. Antaranya ialah iklan rokok, pakaian, minuman dan
sebagainya.

Para remaja mudah terikut-ikut dengan gaya dan persembahan yang

terdapat dalam iklan tersebut.


Hadirin sekalian,
Iklan juga dapat mempengaruhi pengguna. Tanpa disedari, pengguna telah ditipu
untuk membeli barangan yang kurang bermutu.

Iklan juga menjadikan pengguna

bersikap boros ketika berbelanja. Mereka sanggup membeli barangan yang diminati
walaupun terpaksa berhutang.

Amalan menabung yang diseru oleh kerajaan tidak

diendahkan. Sebaliknya, pembaziran terus berlaku.


Akhir sekali, jelaslah bahawa iklan banyak mendatangkan keburukan kepada kita.
Sekian, terima kasih.

1. Kumpulan yang manakah mudah dipengaruhi oleh iklan?

A Belia
B Dewasa
C Orang tua
D Kanak-kanak

2. Berikut ialah budaya kuning yang ditonjolkan melalui iklan kecuali


A pakaian
B merokok
C membaca
D pergaulan bebas

3. Mengapakah sesetengah pengguna mudah terpedaya dengan iklan?


A Kerana iklan di televisyen amat bermutu
B Kerana dapat menonton secara percuma
C Kerana persembahan iklan yang menarik
D Kerana pengguna mempunyai banyak wang

4. Semua pernyataan di bawah adalah benar tentang keburukan iklan kecuali


A boleh merosakkan akhlak para remaja
B dapat memperkenalkan barangan baharu
C mutu barangan yang diiklankan adalah kurang berkualiti
D pengguna mungkin terpengaruh dengan persembahan iklan

Petikan 10
Baca puisi di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Ibu
Apalah yang mampu kulafazkan
Apalah yang mampu kubalas
Atas setiap keringatmu yang mengalir
atas setiap pengorbananmu itu
membesarkan kami
membelai dan mengasuh
tanpa jemu dan keluh
Ibu
hari ini kau terlantar sepi
menanggung keperitan sendiri
dan ujian daripada Tuhan
Hanya kesabaran menahan kesakitan
Ibu
aku ingin menjaga dan memeliharamu
kerana aku tahu
demi menghabiskan sisa-sisa hidupmu
dank au mesti terus bernafas
untuk anak-anakmu ini ibu

1. Apakah jenis puisi di atas?


A syair
B sajak

C pantun
D gurindam

2. Bilakah puisi ini mungkin ditulis?


A semasa ibu penulis jatuh sakit
B sewaktu penulis terlantar sakit
C ketika ibu penulis dipelihara
D semasa doctor merawat ibu penulis

3. Berikut adalah antara sifat ibu yang digambarkan dalam puisi di atas, kecuali
A rajin
B penyayang
C belas kasihan
D bertanggungjawab

4. Maksud rangkai kata Apalah yang mampu kulafazkan bermaksud


A ibu penulis tidak boleh berkata-kata
B penulis tidak mampu mengucapkan sesuatu
C ibu dan penulis sudah tidak bertegur sapa lagi
D penulis mendiamkan diri

Petikan 11
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Ming! Ming! Ming! Bangun. Dah lewat ni. Malam tadi cakap nak bangun awal,
Ming terdengar suara ibunya memanggil dari luar sambil mengetuk ngetuk pintu
biliknya. Ming bangun lalu mencapai tuala. Dia bergegas ke bilik air.
Suku jam kemudian, Ming sudah siap untuk ke sekolah. Dia turun ke bawah lalu
menuju ke pintu depan rumahnya. Ming , marilah bersarapan dahulu, kata ibunya.
Tak apalah ibu, sudah lewat. Bimbang ketinggalan bas sekolah lagi. Lgi pun hari
ini ada ujian. Nanti Ming makan di kantin sahaja. Duit yang ayah beri semalam masih
ada, jawab Ming.
Semasa Ming berjalan ke perhentian bas, dia teringat kata kata ayahnya
supaya belajar bersungguh sungguh dan pandai berjimat cermat. Ayahnya pemandu
bas ekspres dan membawa penumpang dari Bandar kediaman mereka di Taiping ke
Ipoh, Kuala Lumpur , Seremban dan Johor Bharu. Ibunya pula mengurus rumah dan
menjaga Ming serta dua orang adiknya yang belum bersekolah.
Pada hari itu, Ming menaiki bas awam kerana ketinggalan bas sekolah sekali
lagi. Mujur dia mendapat tempat duduk walaupun terpaksa bersesak sesak dengan
penumpang yang hendak ke tempat kerja. Di pertengahan jalan, seorang nenek
menaiki bas itu. Ming, segera memberikan tempat duduknya kepada orang tua tersebut.
Walaupun Ming lewat, namun semangatnya yang ingin mencapai kejayaan
menyebabkan dia terus juga ke sekolah. Dia sentiasa mengingati nasihat cikgu Rostam
supaya rajin belajar. pelajaran penting untuk masa depan kamu, itulah kata kata
yang sering didengarinya.
Sampai di sekolah, Ming cepat cepat mengatur langkah menuruti kawan
kawannya yang lain masuk ke kelas.

1. Ming tidak mahu bersarapan pagi kerana


A. Dia sudah lewat

B. Dia masih ada duit


C. Dia akan makan di kantin
D. Dia ada ujian di sekolahnya
2. Di manakah Ming sekeluarga tinggal ?
A.
B.
C.
D.

Ipoh
Taiping
Johor Bharu
Kuala Lumpur

3. Semua pernyataan berikut adalah benar kecuali


A.
B.
C.
D.

Ming menaiki bas sekolah pada hari itu


Ming selalu mendengar nasihat Cikgu Rostam
Ming mengambil masa lima belas minit untuk bersiap
Ming masih mempunyai wang yang diberi oleh ayahnya.

4. Rangkai kata terpaksa bersesak sesak dalam petikan bermaksud


A. Mesti berebut rebut
B. Perlu berhimpit himpit
C. Kena berduyun duyun
D. Harus bertolak - tolak

Petikan 12
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Malaysia terkenal dengan pelbagai makanan tradisional yang enak dan


menyelerakan kerana negara kita terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan etnik.
Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi dan menghasilkan
gabungan budaya Malaysia yang unik. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di
Malaysia yang sangat terkenal dengan makanan tradisionalnya, contohnya dodol.
Dodol ialah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang
manis. Dodol sangat terkenal di negeri Melaka. Cara menghasilkan dan membuat dodol
sangat rumit. Banyak orang yang selalu cuba untuk membuatnya, namun bukan semua
dapat menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat
dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia dan amat jarang sekali generasi
muda mahir membuat dodol.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol termasuklah santan kelapa,
tepng beras, gula pasir, dan garam. Bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan
bersama di dalam kuali yang besar dengan api yang sederhana besar. Dodol hendaklah
sentiasa dikacau semasa dimasak bagi mengelakkan dodol hangus dan hangit di
bahagian bawah. Dodol mengambil masa lebih kurang empat jam untuk masak.
Akhir sekali,dodol hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk
mendapatkan hasil yang baikdan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua,
berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya,
dodol dihidangkan kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti Hari Raya Aidilfitri dan
majlis kenduri.

1 . Mengapakah negara kita terkenal dengan pelbagai makanan tradisional?


A

Negara kita sering dikunjungi oleh pelancong asing

Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan

Negara kita mempunyai pelbagai penduduk yang berbilang bangsa

Negara kita mempunyai pelbagai bahan mentah

2 . Dodol sangat terkenal di negeri


A

Perak

Melaka

Selangor

Kuala Lumpur

3 . Mengapa tidak semua yang akan dapat menghasilkan dodol bermutu tinggi?
A

Cara membuat dodol sangat rumit

Masa memasak dodol terlalu lama

Dodol hanya dibuat di Melaka sahaja

Bahan membuat dodol sukar didapati

4. Pilih peryataan yang tidak benar.


A

Amat jarang generasi muda dapat membuat dodol

Dodol perlu dikacau bergilir-gilir sehingga hangus

Dodol dikategorikan dalam makanan manis

Dodol dihidangkan kepada tetamu pada majlis-majlis tertentu

Petikan 13
Baca puisi di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.

Syair Anak Yatim

Tersebut kisah Si Yatim Piatu,


Tiada bapa; tiada ibu;
Hanya pada neneknya yang satu,
Tempat untuk menghilang rindu.
Biarpun hidup dalam kemiskinan,
Namun kesabaran menjadi pedoman;
Nasihat nenek tidak dilupakan,
Jaga diri, jaga kesopanan.
Masa berlalu tidak terasa,
Usia Si Yatim meningkat dewasa;
Kacak tampan gagah perkasa,
Telah memikat puteri raja.
Berkahwin dengan puteri raja,
Tinggallah dia di dalam istana;
Tapi hatinya tidak haloba,
Bila terkenang asal usulnya.

1. Si Yatim tinggal dengan siapa?


A

Nenek

Datuk

Kawan

Ibu

2.Bagaimana keadaan Si Yatim semasa tinggal dengan neneknya?


A

Dalam kemiskinan

Dalam kebuluran

Dalam kesenangan

Dalam kecemasan

3.Pilih pernyataan yang betul berkaitan petikan.


A

Nenek membenci Si Yatim

Si Yatim menjadi tamak selepas berkahwin

Si Yatim mengahwini anak orang miskin

Si Yatim sentiasa dinasihati oleh neneknya.

4. Perkataan seerti bagi haloba ialah


A

Tamak

Suka

Jahat

Simpati

Petikan 14
Baca puisi di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya

Dalam sebuah kampung tinggal seorang budak bernama Damit. Damit seorang
budak yang nakal. Dia sangat suka melastik burung.
Pada suatu hari selepas balik dari sekolah, Damit mencapai lastiknya dan
menuju ke sebuah hutan yang berhampiran dengan rumahnya. Dia ternampak seekor
burung hinggap di atas dahan. Dia mengarahkan lastiknya ke burung itu. Sasaran
lastiknya tepat ke arah badan burung itu. Burung itu jatuh lalu mati. Damit berasa puas
dan gembira. Kemudian dia pulang ke rumahnya.
Selepas makan malam, Damit tidur lebih awal. Pada malam itu, dia bermimpi
seekor burung besar datang kepadanya. Rupa burung itu seakan-akan burung yang
dilastiknya petang tadi. Burung itu mahu menggigitnya. Damit menjerit meminta tolong.
Ibu bapanya terdengar jeritan Damit. Ibu Damit mengejutkannya. Damit
menceritakan kejadian yang sebenarnya. Sejak hari itu,Damit berjanji tidak akan
menganiayai binatang lagi.

1. Pada pandangan anda, apakah hobi Damit?


A

Menjaga burung

Melastik burung

Menjaga burung

Tidur

2. Apakah perasaan Damit selepas dapat melastik burung?


A

Sedih dan kecewa

Terharu dan malu

Riak dan belagak

Puas dan gembira

3. Apakah pengajaran cerita di atas?


A

Menyayangi binatang

Menyayangi ibu bapa

Menjaga diri

Makan pada masanya

4. Perkataan menganiayai dalam petikan bermaksud


A

menyebabkan kegembiraan

menyebabkan kesedihan

menyebabkan kesenangan

menyebabkan penderitaan

Petikan 15
Baca dialog di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar

dalam akhbar tu.


Eee............ngerinya!
Chan :Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular
sawa dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam
macam lagi
Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh
orang ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita
cerita sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa
tu barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis
haiwan yang dilindungi?
Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera
atau membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari Jangan cuba-cuba
nak pukul atau bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena
masuk penjara pula!

1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?


A. Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
B. Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
C. Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
D. Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan


A. menakutkan
B. menggemparkan
C. menghairankan
D. menyeronokkan
3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
A. ular sawa menelan gajah
B. ular sawa menelan kambing
C. ular sawa menelan ayam
D. ular sawa menelan manusia

4. Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana


A. hukumannya sangat berat.
Kami telah
lama
kenal pada
B. ia merupakan
sejenis
binatang
yanglaut,
dilindungi.
Di dalamnya ada hembusan nyawa
C. kita hanya
boleh
apabila
terjumpa ular sawa.
untuk
kamilari
terus
hidup.
Di dalamnya
D. kita boleh
dihukum penjara.
ada medan perjuangan seharian kami.
Kami benci pada ribut
kerana kadangkala
ribut jadi teman sepi di tengah laut.
Tetapi kadangkala
ribut membawa ke perjuangan
Petikan 16
yang maha hebat.
Di dalamnya sering kedengaran
Baca puisi di bawah
, kemudian
jawab soalan soalan yang berikutnya.
tangisan
anak isteri.
Tetapi
kami tetap pergi,
kerana di sanalah nyawa kami.
Di sanalah perut kami berisi,
di sanalah segala-galanya.
Dan
kami pulang
apabila embun menitiskan sejuk saljinya
atau
mungkin kami tidak pulang-pulang lagi!

1 . Siapakah kami dalam puisi di atas?


A.
B.
C.
D.

Nelayan
Buruh binaan
Penoreh getah
Penuntut sekolah

2 . Mengapakah kami menyatakan bahawa di dalam laut ada hembusan nyawa untuk
terus hidup?
A.

Kerana di dalam laut ada oksigen.

B.
C.
D.

Kerana mereka suka tinggal di dalam laut.


Kerana di dalam laut mempunyai pelbagai hidup karangan laut.
Kerana di dalam laut ada ikan, udang, ketam dan lain-lain sebagai sumber
rezeki mereka.

3 . Mengapakah kami benci kepada ribut?


A.
B.
C.
D.

Ribut akan menakutkan ikan.


Ribut akan menyebabkan ikan hanyut di laut.
Ribut akan membuatkan anak dan isteri mereka menangis.
Ribut akan menyebabkan laut bergelora dan mengancam nyawa mereka.

Mata pelajaran
Maklumat lagi
(IT) dalam
telah puisi
diperkenalkan
di semua sekolah
4. Mungkin
kami tidakTeknologi
akan pulang-pulang
di atas bermaksud
rendah dan menengah secara berperingkat-peringkat mulai April tahun 2003.
A. mereka hanyut di lautan.
Pengenalan
ini telah
dilakukan
Timbalan Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu
B. mereka
menemui
ajaloleh
di laut.
C. mereka
terus menetap di pulau.
Datuk Abdul
Aziz Shamsuddin.
D. mereka menjadi nelayan laut dalam.
Sebelum perlaksanaanya dilakukan, pihak Kementerian Pelajaran telah meneliti
dan membuat percubaan di sekolah- sekolah yang menjadi perintis pada masa itu. Untuk
mencapai tujuan murni itu, pelbagai langkah persediaan diambil dari segi peralatan dan
tenaga pengajar. Guru-guru pelatih pada masa itu telah dilatih dan guru yang sedang
berkhidmat pula turut dihantar bagi merealisasikan hasrat murni melahirkan masyarakat
yang celik IT.
Pada masa yang sama, kerajaan turut membina makmal komputer di setiap
sekolah sama ada di dalam mahupun di luar bandar agar tiada yang keciciran. Sekolahsekolah turut dibekalkan dengan peralatan komputer. Sejajar dengan itu, Sekolah Bestari
mula muncul di mana mata pelajaran IT menjadi komponen pelajaran yang diwajibkan
kepada
Petikan pelajarnya.
17
Hasil daripada sikap murni kerajaan dan Kementerian Pelajaran, komputer kini
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.
bukan lagi perkara asing di negara kita. Kebanyakan orang kini tahu dan dapat
mengaplikasikan kemudahan IT ini untuk menambah ilmu, menghubungi rakan dan
saudara mara serta berbual melalui ruang siber. Sesungguhnya IT adalah satu wahana
yang akan memajukan dan mencelikkan serta menyemai budaya mencari ilmu.
Namun, sebagai pelajar kita harus memanfaatkan IT dengan sebaik-baiknya.
Kemudahan yang canggih ini, jika disalahgunakan boleh memudaratkan diri, keluarga,
masyarakat serta negara khususnya. Oleh itu, gunakanlah IT untuk kebaikan dan bukan
keburukan.

1 . Bilakah mata pelajaran IT mula diperkenalkan di negara kita?


A.
B.
C.
D.

2003
2004
Awal 2004
Akhir 2003

2 . Apakah tujuan mata pelajaran ini diperkenalkan?

A.
B.
C.
D.

Mengelakkan keciciran
Mudah melayari internet
Untuk dimanfaatkan oleh murid
Melahirkan masyarakat yang celik IT

3 . Perkataan perintis dalam petikan bermaksud


A.
B.
C.
D.

latihan
penting
pelopor
ulangan

Aidil dan Nizam merancang pergi ke Hutan Simpanan Mergong untuk membuat
4. Berikut adalah persediaan yang dibuat oleh kementerian, kecuali
kajian tentang bunga Rafflesia bagi projek sains sekolah mereka. Pada keesokan pagi
komputer
tepat jam A.
9.00membeli
mereka peralatan
bertolak ke
hutan tersebut tanpa meminta izin daripada ibu baoa
B. membina sekolah baharu
mereka terlebih
dahulu.
Mereka
khuatir jika diberitahu, ibu bapa mereka tidak akan
C. melatih
tenaga
pengajar
D.
membina
makmal
sains
mengizinkan mereka ke sana.
Setibanya di hutan itu, mereka meneruskan perjalanan dengan menggunakan
kompas. Namun, setelah hampir empat jam berlegar-legar, Aidil dan Nizam gagal
menemui jalan keluar dari hutan simpanan itu.
Aidil, bagaimanakah kita hendak pulang? Hari semakin gelap, kata Nizam.
Beginilah, saya cadangkan kita bermalam di pondok itu dahulu, kata Aidil sambil
menunjukkan ke arah sebuah pondok tidak jauh dari mereka.
Saya menyesal kerana tidak meminta izin daripada ibu bapa terlebih dahulu,
keluh Aidil. Saya juga merasa begitu, Aidil, jawab Nizam.
Sepanjang malam itu, mereka tidak dapat melelapkan mata kerana takut akan
ancaman bintang liar. Keadaan malam itu amat mengerikan mereka. Pelbagai bunyi
binatang di dalam hutan membuatkan mereka menjadi semakin takut.
Tiba-tiba, mereka terdengar suara dan derapan tapak kaki yang menuju ke arah
Petikan 18
mereka.
Tanya
Aidil. Rupa-rupanya,
anggota
polis hutan yang
BacaSiapakah
petikan diitu?
bawah
, kemudian
jawab soalan sepasukan
soalan yang
berikutnya
datang menyelamatkan mereka. Dalam keadaan terkejut, Aidil teringat bahawa dia ada
memberitahu kakaknya tentang rancangan mereka ke hutan simpanan itu. Kakak Aidil
memberitahu ibu bapa mereka setelah mereka tidak pulang-pulang. Akhirnya, mereka
membuat keputusan untuk melapor kepada polis.
Aidil dan Nizam bersyukur kerana mereka terselamat. Mereka memohon maaf
kepada ibu bapa mereka dan berjanji tidak akan pergi ke mana-mana tanpa
pengetahuan ibu bapa mereka. Pengalaman sesat di hutan banyak memberi pengajaran
kepada mereka.

1 . Mengapakah Aidil dan Nizam menyesal?


A.
B.
C.
D.

Mereka tidak sempat menyiapkan tugasan.


Mereka tidak menemui jalan keluar dari hutan itu.
Mereka sesat di dalam hutan itu walaupun menggunakan kompas.
Mereka tidak meminta kebenaran daripada ibu bapa sebelum ke hutan
simpanan itu.

2 . Apakah tujuan mereka pergi ke Hutan Simpanan Mergong?


A.

Mereka ingin membuat kajian terhadap bunga-bunga yang terdapat di hutan


itu.
Mereka ingin bermalam di sebuah pondok yang terdapat di dalam hutan itu.
Mereka ingin mengutip bunga Rafflesia yang terdapat di dalam hutan itu.
Membuat kajian terhadap bunga Rafflesia bagi projek Sains sekolah
mereka.

B.
C.
D.

3 . Mereka tidak dapat melelapkan mata kerana


A.
B.
C.
D.

keadaan malam amat mengerikan.


mereka takut akan ancaman binatang buas.
bunyi binatang di dalam hutan menyeramkan.
mereka terdengar suara dan derapan tapak kaki menuju ke arah mereka.

4 . Perkataan berlegar-legar dalam petikan bermaksud


A.
B.
C.
D.

berulang-alik
berpusu-pusu
bergerak-gerak
berpusing-pusing

Petikan 19
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hutan monsun tropika tumbuh di kawasan yang mempunyai musim kering yang
nyata. Jenis hutan ini terdapat di kawasan Jawa Timur, Myanmar, dan Laos. Kawasan
ini mempunyai hujan tahunan yang kurang daripada 1800 mm. Kawasan ini juga
mempunyai suhu antara 21C hingga 26C.

Jenis hutan yang terdapat di negara kita ialah hutan Khatulistiwa. Pokok-pokok
yang tumbuh di hutan jenis ini biasanya rapat-rapat, tebal, dan merimbun. Berlainan
pula dengan hutan monsun tropika. Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan hutan jenis
ini agak jarang. Pada musim kemarau pula, daun-daun pokok ini menguning dan gugur.
Ketika itu dikenali sebagai hutan luruh monsun tropika. Ketinggian pokok-pokoknya
tidak melebihi 40 meter, iaitu lebih rendah daripada pokok-pokok di negara kita.
Seperti hutan khatulistiwa, hutan monsun tropika mempunyai jenis pokok yang
keras dan berharga. Antaranya termasuklah pokok jati dan penaga. Myanmar, Laos dan
Jawa Timur merupakan pengeluar utama kayu jati yang penting di rantau ini. Hal ini
membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya.
Tumbuhan menjalar juga terdapat di hutan monsun tropika. Di bahagian bawah
hutan ini juga ditumbuhi semak samun yang tebal. Tumbuhan yang menjalar hidup
subur kerana mendapat pancaran cahaya matahari yang cukup.
Sesungguhnya hutan monsoon

tropika menjadikan Myanmar dan Laos

pengeksport utama kayu balak yang penting di dunia. Kayu-kayu balak yang dieksport
adalah dalam bentuk balak, kayu gergaji, kayu lapis, dan papan. Hasil kayu balak ini
digunakan untuk membina rumah, kapal, perabot, dan sebagainya.
Memandangkan betapa pentingnya hutan monsun Tropika kepada negaranegara terbabit, maka langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara hutan
haruslah diambil. Antaranya adalah mewartakan kawasan tersebut sebagai hutan
simpan atau Taman Negara. Kerajaan juga hendakalah menubuhkan renjer hutan untuk
mengawal pembalakan haram, kebakaran hutan, dan menguatkuasakan undangundang. Selain itu kerajaan juga hendaklah menetapkan syarat wajib, iaitu menebang
pokok balak apabila pokok tersebut mempunyai ukur lilit 45-50 meter.

1. Malaysia dan Selatan Thailand memiliki hutan jenis

A monsun sederhana
B monsun tropika
C monsun khatulistiwa
D hutan luruh

2. Antara yang berikut merupakan sifat-sifat tumbuhan hutan yang terdapat di


Malaysia, kecuali

A tumbuh rapat-rapat
B ketinggian pokok kurang dari 40 meter
C tumbuh merimbun
D banyak pokok kayu yang keras

3. Apakah kelebihan hutan-hutan yang terdapat di Asia Tenggara?

A Pokoknya tumbuh rapat-rapat


B Daunnya akan menguning dan luruh pada musim kemarau
C Banyak pokok yang keras dan berharga
D Mudah ditebang

4. Mengapakah tumbuhan menjalar yang terdapat di hutan monsun tropika mendapat


pancaran cahaya matahari yang cukup?

A Kerana pokoknya tumbuh jarang-jarang


B Kerana cuaca di kawasan tersebut kering sepanjang tahun

C Kerana daun-daun akan luruh pada musim kemarau


D Kerana pokok-pokok besar di kawasan tersebut selalu ditebang

Petikan 20
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hutan monsun tropika tumbuh di kawasan yang mempunyai musim kering yang
nyata. Jenis hutan ini terdapat di kawasan Jawa Timur, Myanmar, dan Laos. Kawasan
ini mempunyai hujan tahunan yang kurang daripada 1800 mm. Kawasan ini juga
mempunyai suhu antara 21C hingga 26C.

Jenis hutan yang terdapat di negara kita ialah hutan Khatulistiwa. Pokok-pokok
yang tumbuh di hutan jenis ini biasanya rapat-rapat, tebal, dan merimbun. Berlainan
pula dengan hutan monsun tropika. Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan hutan jenis
ini agak jarang. Pada musim kemarau pula, daun-daun pokok ini menguning dan gugur.
Ketika itu dikenali sebagai hutan luruh monsun tropika. Ketinggian pokok-pokoknya
tidak melebihi 40 meter, iaitu lebih rendah daripada pokok-pokok di negara kita.
Seperti hutan khatulistiwa, hutan monsun tropika mempunyai jenis pokok yang
keras dan berharga. Antaranya termasuklah pokok jati dan penaga. Myanmar, Laos dan
Jawa Timur merupakan pengeluar utama kayu jati yang penting di rantau ini. Hal ini
membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya.
Tumbuhan menjalar juga terdapat di hutan monsun tropika. Di bahagian bawah
hutan ini juga ditumbuhi semak samun yang tebal. Tumbuhan yang menjalar hidup
subur kerana mendapat pancaran cahaya matahari yang cukup.
Sesungguhnya hutan monsoon

tropika menjadikan Myanmar dan Laos

pengeksport utama kayu balak yang penting di dunia. Kayu-kayu balak yang dieksport
adalah dalam bentuk balak, kayu gergaji, kayu lapis, dan papan. Hasil kayu balak ini
digunakan untuk membina rumah, kapal, perabot, dan sebagainya.
Memandangkan betapa pentingnya hutan monsun Tropika kepada negaranegara terbabit, maka langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara hutan
haruslah diambil. Antaranya adalah mewartakan kawasan tersebut sebagai hutan
simpan atau Taman Negara. Kerajaan juga hendakalah menubuhkan renjer hutan untuk
mengawal pembalakan haram, kebakaran hutan, dan menguatkuasakan undangundang. Selain itu kerajaan juga hendaklah menetapkan syarat wajib, iaitu menebang
pokok balak apabila pokok tersebut mempunyai ukur lilit 45-50 meter.

1. Malaysia dan Selatan Thailand memiliki hutan jenis

A. monsun sederhana

B. monsun tropika
C. monsun khatulistiwa
D. hutan luruh

2. Antara yang berikut merupakan sifat-sifat tumbuhan hutan yang terdapat di


Malaysia, kecuali

A. tumbuh rapat-rapat
B. ketinggian pokok kurang dari 40 meter
C. tumbuh merimbun
D. banyak pokok kayu yang keras

3. Apakah kelebihan hutan-hutan yang terdapat di Asia Tenggara?

A. Pokoknya tumbuh rapat-rapat


B. Daunnya akan menguning dan luruh pada musim kemarau
C. Banyak pokok yang keras dan berharga
D. Mudah ditebang

4. Mengapakah tumbuhan menjalar yang terdapat di hutan monsun tropika mendapat


pancaran cahaya matahari yang cukup?

A. Kerana pokoknya tumbuh jarang-jarang


B. Kerana cuaca di kawasan tersebut kering sepanjang tahun

C. Kerana daun-daun akan luruh pada musim kemarau


D. Kerana pokok-pokok besar di kawasan tersebut selalu ditebang

Bahagian C
( 25 markah )
Bahagian ini mengandungi dua soalan.Jawab satu soalan sahaja.
Panjang jawapan kamu hendaklan antara 80 hingga 120 patah perkataan .
Soalan 1
Sekolah kamu telah menganjurkan sukan tahunan . Tulis laporan tentang sukan
tahunan tersebut.

Tulis laporan kamu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2
Kepadamu oh pertiwi
Kasihku abadi
Sejati murni
Relaku berbakti meski berkorban diri
Padamu kucurah sumpah setia dan janji
Dirgahayu oh tanah airku

Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu Dirgahayu Tanah Airku. Lirik
lagu tersebut menggambarkan perasaan cinta akan Negara dalam kalangan rakyat.
Berdasarkan pernyataan di atas , tulis tentang cara- cara memupuk semangat cinta
akan negara dalam kalangan rakyat.
Tulis karangan kamu selengkapnya.

Bahagian C
( 25 markah )
Bahagian ini mengandungi dua soalan.Jawab satu soalan sahaja.
Panjang jawapan kamu hendaklan antara 80 hingga 120 patah perkataan .
Soalan 1
Kamu ingin menulis surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang persediaan
menghadapi peperiksaan UPSR.

Tulis surat kamu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2
Haruan atau keli
Masakan cili padi
Makan beramai ramai
Tusuk tawa mengilai
Dan senja pun berlabuh
Malam pula bertemu
Dengar cerita atok
Nenek pun mula menjeling

Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu Desa Tercinta.Lirik lagu
tersebut menjelaskan tentang suasana indah di desa. Suasana desa digambarkan
dengan masakan kampung dan waktu gembira bersama sama datuk dan nenek.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut, tulis cerita tentang pengalaman kamu semasa
bercuti di desa.
Tulis cerita kamu selengkapnya.

Bahagian C
( 25 markah )
Bahagian ini mengandungi dua soalan.Jawab satu soalan sahaja.
Panjang jawapan kamu hendaklan antara 80 hingga 120 patah perkataan .
Soalan 1
Kamu menyertai pertandingan syarahan bersempena dengan Hari Sains dan Teknologi.
Tajuk syarahan kamu ialah Kepentingan Komputer Pada Masa Kini

Tulis karangan kamu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2
Cuti cuti Malaysia
Cuti rakan kerja
Murid murid ikut semua
Cuti dalam negara
Cuti cuti Malaysia
Cuti sihatkan diri
Meningkatkan produktiviti
Semua ada di sini

Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu Cuti Cuti
Malaysia.Lirik lagu tersebut menjelaskan tentang keindahan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut, tulis karangan tentang kebaikan melancong di
dalam negara.
Tulis karangan kamu selengkapnya.

Bahagian C
( 25 markah )
Bahagian ini mengandungi dua soalan.Jawab satu soalan sahaja.
Panjang jawapan kamu hendaklan antara 80 hingga 120 patah perkataan .

Soalan 1
Sekolah kamu telah mengadakan Hari Keluarga.

Tuls sebuah karangan laporan tentang program tersebut.


Tulis laporan kamu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Kamu dan keluarga telah pergi bercuti ke suatu tempat di dalam negara.Kamu ingin
menulis surat untuk berkongsi pengalaman tersebut dengan sahabat kamu di luar
negara.

Tulis karangan kamu selengkapnya.

Bahagian C
( 25 markah )
Bahagian ini mengandungi dua soalan.Jawab satu soalan sahaja.
Panjang jawapan kamu hendaklan antara 80 hingga 120 patah perkataan .

Soalan 1
Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kantin.

Tuls sebuah karangan laporan tentang program tersebut.


Tulis laporan kamu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Masa lapang boleh dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.


Tulis sebuah karangan tentang cara cara memanfaatkan masa lapang dengan baik.

Tulis karangan kamu selengkapnya.

Bahagian C
( 25 markah )

Bahagian ini mengandungi dua soalan.Jawab satu soalan sahaja.


Panjang jawapan kamu hendaklan antara 80 hingga 120 patah perkataan .

Soalan 1
Kamu telah mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di sekolah kamu.
Tajuk syarahan kamu ialah Faedah Menabung . Tulis syarahan kamu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Kamu dan rakan - rakan kamu sedang menunggu bas.Tiba-tiba kamu ternampak
seorang warga emas terjatuh di atas jalan raya.Semua barang yang dibawanya
bertaburan.
Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.
Tulis karangan kamu selengkapnya.

Bahagian C
( 25 markah )
Bahagian ini mengandungi dua soalan.Jawab satu soalan sahaja.
Panjang jawapan kamu hendaklan antara 80 hingga 120 patah perkataan .

Soalan 1
Tuls sebuah karangan tentang cara - cara menjaga kesihatan diri.

Tulis karangan kamu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2
Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putera puteri negara kita,
Amanah yang diberi ,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.

Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu Kami Guru
Malaysia.Lirik lagu tersebut menggambarkan tanggungjawab seorang guru.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut, kamu diminta untuk menyampaikan ucapan
sempena Hari Guru.
Tulis ucapan kamu selengkapnya.

Bahagian C
( 25 markah )
Bahagian ini mengandungi dua soalan.Jawab satu soalan sahaja.
Panjang jawapan kamu hendaklan antara 80 hingga 120 patah perkataan .

Soalan 1
Keceriaan kawasan kampung amat penting demi kebaikan penduduk. Tulis karangan
tentang cara - cara menceriakan kampung anda.

ATAU

Soalan 2
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun akan hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi mudah dan mentah
Ku lihat hijau
Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu Hijau.Lirik lagu
tersebut menggambarkan tentang pencemaran alam sekitar.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut, tulis sebuah karangan tentang langkah
langkah memelihara kebersihan sungai.
Tulis karangan kamu selengkapnya.

Bahagian C
( 25 markah )

Bahagian ini mengandungi dua soalan.Jawab satu soalan sahaja.


Panjang jawapan kamu hendaklan antara 80 hingga 120 patah perkataan .

Soalan 1
Seorang sahabat pena telah menghantar surat kepada kamu.Dalam suratnya , dia telah
meminta kamu menceritakan tentang tempat kediaman kamu.
Tulis surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang tempat kediaman kamu .

ATAU

Soalan 2

Seorang murid tahun enam telah dianugerahi Anugerah Murid Cemerlang


2016.Sebagai pemberita majalah sekolah , kamu ditugaskan untuk menemu ramah
murid itu.
Tulis temu ramah itu selengkapnya.

Bahagian C
( 25 markah )
Bahagian ini mengandungi dua soalan.Jawab satu soalan sahaja.
Panjang jawapan kamu hendaklan antara 80 hingga 120 patah perkataan .

Soalan 1
Tuls sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.

.akhirnya usahaku berbaloi , aku melangkah ke pentas untuk menerima anugerah


murid cemerlang UPSR 2016.
Tulis cerita kamu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Sempena Bulan Membaca peringkat kebangsaan 2015 , satu pameran dan jualan buku
telah diadakan di sekolah kamu.
Tulis sebuah karangan tentang pameran dan jualan buku tersebut.

Anda mungkin juga menyukai