Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

PENGACARA MAJLIS

(1) NURHAZIQAH BINTI NORANI (2) ALLAN BACELON ANAK GUNBEN

TENTATIF Ketibaan Pengarah

TEKS Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Awang Hambali Bin Haji Awang Hamdan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Bismillahirrahmanirrahim Yang Berbahagia, Tuan Haji Awang Hambali Bin Haji Awang Hamdan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,

CATATAN

HZ

Yang berusaha, Encik Jamiran bin Salam Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,

Yang Berusaha, Encik Ahmad Daud Bin Haji Lugom Kata AluAluan Yang dikasihi, Encik Amy Anak Dusin, Ketua Unit kokurikulum IPGK Batu Lintang, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGK Batu Lintang.

Yang Dihormati, Saudara Muhammad Nuaim Bin Bahron Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKBL

Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah, staf-staf sokongan, dan seterusnya para guru pelatih. Assalammualaikum dan Selamat Datang ke Majlis Penangguhan Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang 2013.
1

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin-hadirat yang dikasihi, Dickson, Wilson, Galvin, Smith, Goodson, Weeks, Rawlin, dan Cormicks. Nama-nama ini bukan calang-calang nama tetapi pernah gah dan hebat di bibir-bibir insan yang pernah bergelar guru. Hadirinhadirat inilah nama mantan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang pada suatu ketika dahulu. Sehebat namanya, begitulah juga semangat yang berkobar-kobar ditunjukkan oleh setiap kontijen dalam Kejohanan Olahraga Tahunan pada kali ini. Kehebatan telah kita saksikan, bahang semangat telah kita cetuskan, kini saksikan perakan wira-wira kontijen dan unit beruniform Institut Pendidikan Guru Perarakan Kampus Batu Lintang.

<bersedia>

Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Haji Hambali Bin Haji Awang Hamdan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dengan diiringi Encik Jamiran bin Salam, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Encik Ahmad Daud bin Haji Lugom, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk tampil ke hadapan astaka untuk menerima tabik hormat daripada kontijen-kontijen dan unit-unit beruniform Menuju satu ikatan bersaudara, menjulang keamanan negara, KRS menjayakan Ilmu, Iman dan Amal merupakan pegangan utuh buat pasukan perbarisan pertama ini. Hadirin Hadirat, perbarisan lintas hormat Persatuan Unit beruniform, Tunas Kadet Remaja Sekolah. Bertudung litup, ayu dan manis dipandang mata. Puteri-puteri bak Puteri Islam bidadari turun dari kayangan inilah lintasan hormat unit beruniform Puteri Islam Malaysia. Dengan Dickson membawa nama Dickson, Mantan Pengarah Institut

Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang yang pertama inilah perbarisan semangat kesatria baja HITAM, DICKSON dengan motto mereka Dickson Rocks!

Terang Jingga dari jauh telah kelihatan. Semangat takkan luntur, tidak Wilson pada hati apatah lagi jiwa. Respect All Fear None Perarakan perbarisan kontigen Wilson!

Galvin

Berpegang kepada slogan Kasi Renjis Sama Dia!! Perarakan Lintas Hormat dari Kontijen Galvin. Memegang motto Strive for The Best! Ternyata itulah yang mereka

Smith

genggam! Tuan-tuan dan puan-puan inilah perarakan Lintasan Hormat Kontijen Smith. Membawa semangat biru pada hari ini, nampak tenang sebiru langit

Good Son

tinggi tapi ternyata memberi saingan yang cukup nyata. Kata Mereka We Came, We saw, We conquer Perarakan lintasan hormat Kontijen Goodson! Kuning menyengat! Sengatan kontijen ini ternyata meninggalkan bisa

Weeks

kepada kontijen-kontijen lain pada hari ini! Kini kita sedang menyaksikan perarakan lintasan hormat Kontijen Weeks, King of all King!

Rawlins

Berpegang teguh kepada motto, Ini kali lah. Kami Meh Menang Lagi. Sekarang, perarakan Lintasan hormat Kontijen Rawlins. Nombor 8, nombor bertuah inilah Kontijen terakhir pada hari ini

Cormicks

Cormicks. Hijau bergaya mantap hebat di persada! Lintasan hormat barisan kehijauan Kontijen Cormicks. Hadirin sekalian, sekarang ini kita sedang menyaksikan lintas hormat

PBSM

Pasukan Unit Beruniform, Persatuan Bulan Sabit Merah. Sedia Berkhidmat menjadi pegangan.

Pengakap

Pasukan yang sedang melintas hormat sekarang adalah Pasukan Unit Beruniform, Persatuan Pengakap. Jasa dan titik peluh mereka mengelolakan Kejohanan Sukan pada

Pegawai KOT

tahun ini tidak dilupakan. Hadirin sekalian, perbarisan lintas hormat Pegawai Kejohanan Sukan Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang bagi tahun 2013. Seterusnya kita akan menyaksikan wajah-wajah atlit yang tidak

Atlit

mengenal erti kalah, berjuang dalam meraih pingat, mengharumkan nama rumah yang diwakili. Tuan-tuan dan puan-puan, perbarisan
3

lintas hormat Atlet Kejohanan Olahraga Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang bagi tahun 2013. Ucapan Terima Kasih kepada Pengarah Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengarah, Tuan Timabalan Pengarah dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar atas kesudian untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.

Hadirin sekalian, Terimalah persembahan tarian medley kontemporari dari Kumpulan Cheeries . Persembahan <menari> Begitulah persembahan tarian yang cukup yang menarik yang dipersembahkan oleh kumpulan Cheeris di bawah pimpinan saudari Jacqueline Sambai anak Desmond.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan, Warna-warni perbarisan telah kita saksikan, Lemah gemalai tarian pastinya telah menghiburkan hadirin. Kini tibalah kita ke acara penyampaian hadiah, diikuti dengan pengumuman Olahragawan dan Olahragawati Kejohanan kali ini diikuti pengumuman Johan, Naib Johan, dan tempat ketiga Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang bagi Penyampaian Hadiah tahun 2013.

Debaran kian terasa adakah Dickson, Wilson, Galvin, Smith, Goodson, Weeks, Rawlin, atau Cormicks yang bakal memegang takhta juara. Hanya suatu tempat menjadi pertaruhan. Milik kumpulan manakah menjadi pertanyaan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Pengarah, Tuan Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamdan diiringi Encik Ahmad Daud bin Haji Lugom, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi
4

menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.

Majlis mempersilakan.

Diumumkan terlebih dahulu tempat ketiga. Kontigen ini telah mengumpul mata sebanyak......., tempat ketiga disandang oleh kontigen ...................

Tinggal dua tempat lagi menjadi rebutan. Jumlah mata yang dikumpul sebanyak...... naib johan disandang oleh kontigen............

Kini tibalah masa untuk kita ketahui kontigen manakah yang bakal merangkul gelaran juara. Mengumpul mata sebanyak..... juara Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Batu lintang bagi tahun 2013, jatuh kepada .. kontigen..........!!!!!!!!!!!!!!

Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman olahragawan

dan

olahragawati Kejohanan Olahraga Tahunan, ke-63 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang bagi tahun 2013.

Mengumpul...... sebanyak......, penerima olahragawan kejohanan bagi tahun 2013, diberikan kepada saudara.... dari rumah......

Mengumpul...... sebanyak......., penerima olahragawati kejohanan bagi tahun 2013, diberikan kepada saudari.... dari rumah...... <...> Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengarah atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi. Satu rumpun satulah kata, Dua hati berpadulah jiwa, Ucapan Terungkap madah bersatulah kata, Penangguhan Bicara tuan penyuluh jiwa. Majlis dengan segala takzimnya menjemput dan mempersilakan yang

berbahagia Tuan Haji Hambali Bin Haji Awang Hamdan, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan

Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Liintang bagi tahun 2013. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. <...> Terima kasih diucapkan. Kini tibalah kita ke acara kemuncak majlis kita pada hari ini iaitu Istiadat Penurunan Bendera Kejohanan seterusnya penyerahan bendera kejohanan kepada Tuan Pengarah, Tuan Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamdan. <...> Penurunan Bendera Majlis seterusnya mempersilakan Tuan Pengarah, Tuan Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamdan untuk menyerahkan bendera kejohanan kepada Encik Amy anak Dusin, Ketua Unit Ko-Kurikulum sebagai simbolik berakhirnya Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Liintang bagi tahun 2013. <...> Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Hadirin sekalian, Bersyukur kita ke hadhrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita masih dikurniakan usia yang panjang dan secebis kudrat untuk berada di sini pada petang yang indah di Padang Jubilee ini.

Sesungguhnya yang indah itu moleklah kiranya diberkati agar Bacaan Doa keredhaan-Nya dikurniakan agar majlis kita turut mendapat

keberkatannya. Justeru, majlis mempersilakan saudara Qushairi .... untuk memimpin bacaan doa.

Majlis Mempersilakan. <> Terima kasih diucapkan Penyampaian Sebagai tanda terima kasih kepada Tuan Pengarah atas kesudian Cenderahati merasmikan Majlis Penangguhan Kejohanan Olahraga Tahunan,
6

kepada Tuan Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang ke-63, majlis dengan sukacitanya menjemput saudara Muhammad Nuaim bin Bahron, Yang di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamdan, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. <...> Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Nyanyian Negaraku

Sidang hadirin dipersilakan untuk berdiri bagi menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku. Hadirin, dengan berakhirnya lagu sebentar tadi maka berlabuhlah tirai majlis kita pada hari ini. Sekadar renungan bersama: Tiap bicara ialah cerminan hati, Jangan disemai dengan duri benci,

HZ

Kata Penutup

Kita bajai dengan kasih suci Agar tumbuhnya keunggulan peribadi Selamat Maju Jaya buat atlit-atlit serta sekalian guru pelatih dan sekian assalammualaikum w.b.t dan salam integriti satu kampus. Majulah Sukan untuk Negara.

Mengumumkan Tuan Pengarah meninggalkan majlis.

Anda mungkin juga menyukai