Anda di halaman 1dari 23

PENDIDIKAN MORAL

BAB SATU
Definisi Moral, Etika, Akhlak, Nilai dan Undangundang Perbezaan Etika,moral, Akhlak, Nilai dan undangundang Etika Normatif, Deskriptif dan Meta Etika Pernyataan Normatif dan Deskriptif Konsep Asas Nilai

DEFINISI MORAL
Bahasa: berasal dari Bahasa Latin Mores bermaksud adat kebiasaan atau moralis yang bererti tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat. Istilah : bermaksud kualiti perbuatan manusia yang dengannya dapat dikatakan samada perbuatan itu benar ataupun buruk. moral merangkumi segala nilai murni spt merendah diri, benar, belas kasihan, keadilan, persefahaman, kasih sayang, berdikari dll

DEFINISI ETIKA
Perkataan etika berasal drp bahasa Yunani (Greek) iaitu Ethes atau Ethos yang bermakna adat ataupun cara hidup manusia. satu set peraturan tingkahlaku atau undangundang spt kod etika perguruan, guaman dll satu kajian dan falsafah ttg kelakuan manusia yg memberi penekanan ke atas penentuan ttg apa yg betul dan apa yg salah. Ia bermaksud prinsip kelakuan yg betul mengenai sesuatu proses yg tertentu sebagai tingkah laku yg menunjukkan moralnya.

DEFINISI AKHLAK
Dari sudut bahasa:bermaksud tabiat dan adat, budi pekerti, kelakuan dan juga berhubung kait dengan sifat peribadi dan perlakuan manusia. Dari sudut istilah: Suatu hal keadaan yg tetap dlm jiwa manusia yg dapat mengeluarkan perbuatan sama ada baik @ buruk tanpa perlu kpd pemikiran dan pengamatan. Kesimpulan akhlak ialah suatu hal yg tetap dlm jiwa manusia yg membawa kpd lahirnya perbuatan sama ada baik @ buruk. perbuatan yg wujud drp seseorg merupakan tindakan sepontannya yg tidak perlu kpd akal utk berfikir dan juga tidak memerlukan kpd pengamatan yg mendlm. Cth: Kamu suka menolong org yg ditimpa kesusahan, kamu akan terus menolongnya tanpa berfikir @ mengamati sama utk menolong @ tidak.

DEFINISI NILAI
Satu unsur yang dapat mencerminkan perlakuan seseorang dan juga bermaksud kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap seseorang yang lain. asas pembentukan sikap, tanggapan, motivasi, personaliti, kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa dan organisasi.

PERBEZAAN ETIKA DAN MORAL


Antara Teori dan Praktikal Etika merupakan teori berkenaan perlakuan manusia di mana ia mengkaji akan perlakuan manusia dan seterusnya mengutarakan teori tertentu berkenaan manusia. Moral adalah bersifat praktikal di mana ia merupakan suatu yang diamalkan oleh seseorang samada baik atau buruk.

Samb
Antara Umum dan Khusus
Moral menyentuh perkara umum berkenaan tingkah laku manusia Etika pula lebih kepada pengkajian yang terperinci berkenaan tingkah laku yang bersifat khusus. Contohnya moral hanya menyatakan ukuran bagi sesuatu perlakuan, manakala etika menjelaskan secara terperinci akan ukuran tersebut.

Kepentingan Beretika
Fitrah
sifat semulajadi manusia tanpa dibimbing dapat membezakan antara yg baik dan yg buruk kelakuan yg tidak baik bttgan dgn jiwa manusia. Seseorg itu akan berasa bersalah tidak bahagia dan hilang ketenangan jiwa.

Keamanan
masalah sosial dlm masy berpunca drp kurangnya prinsip etika manusia perlu mengenepikan sifat tamak, keegoaan mementingkan diri sendiri dan kembali kpd hidup beretika.

Status manusia
manusia dianugerahkan akal dan memiliki rohani yg dpt membezakan antara yg baik dan yg buruk segala tindak tanduk berdsrkan pertimbangan akal

Kesempurnaan peribadi Penggalak kebaikan &Penghalang kejahatan

Faktor yang mempengaruhi Etika


Manusia
dianugerahkan akal, bahasa, kebudayaan dan beretika fitrah yg berkeupayaan melaksanakan sesuatu perkara yg baik @ jahat akal, fizikal dua unsur yg saling berkembang menghasilkan sesuatu yg baik dan yg jahat.

Naluri
makan perkahwinan suka kepada anak ketuhanan

Adat dan kebiasaan Keturunan Persekitaran

PEMBAHAGIAN ETIKA
1. ETIKA NORMATIF Ilmu yg menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik, bukan undang-undang moral yang telah sedia ada. Terdapat juga nilai moral yang tetap sesuai dengan keseluruhan perubahan situasi manusia.

2. ETIKA DESKRIPTIF
Suatu disiplin yang membicarakan sejarah sistem moral, apakah sistem moral yang dianuti oleh individu atau golongan tertentu. Berbagai etika wujud seperti etika Kristian, Buddha, Yahudi, Islam, dan sebagainya. Ia tidak akan membuat penilaian dan pengadilan dan keputusan terhadap sistem moral tersebut.

3. META ETIKA

Ilmu yg mengkaji ttg masalah utama dlm etika. Antaranya ialah:


Perlakuan manusia yg paling baik Dasar perlakuan moral Motif yg melahirkan perlakuan yg betul atau baik

KONSEP ASAS NILAI


Nilai ialah asas pembentukan sikap, nilai dan tanggungjawab. Sikap yang ditunjukkan oleh seseorang merupakan lambang kepada nilai pegangan sama ada positif atau negatif. Nilai lebih bersifat keyakinan atau pegangan.

Ciri-ciri Nilai a) Nilai boleh digambarkan melalui pertuturan atau perlakuan Nilai boleh dilihat atau ditonjolkan melalui tingkahlaku dan poertuturan. Contohnya sesorang yang bertanggungjawab akan menunjukkan nilai tersebut dalam kelakuannya tanpa perlu disuruh. Biasanya dia juga kan mempertahankan nilai tanggungjawab dan mengkritik orang lain yang kurang bertanggungjawab

b) Nilai boleh berubah tetapi stabil Nilai boleh berubah mengikut peredaran zaman tetapi masih digunakan. Perubahan yang berlaku mungkin dari segi cara nilai dipraktikkan. Contohnya nilai hormat kepada ibu bapa masih stabil dalam kehidupan perseorangan dan masyarakat. c) Nilai berlainan antara individu Nilai antara indidividu berbeza antara satu sama lain. Contohnya: Amir mungkin mengutamakan nilai tanggungjawab berbanding dengan nilai kemesraan yang ditunjukkan oleh rakannya Abu.

FUNGSI NILAI
Bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenalpasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Petunjuk arah kepada seseorang dan diri sendiri. Panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan

Bentuk- Bentuk Nilai


Bentuk nilai yang digunakan oleh individu dlm pelbagai konteks:
NILAI INSTRUMENTAL NILAI INTRINSIK NILAI SUBJEKTIF NILAI OBJEKTIF NILAI MUTLAK NILAI RELATIF

1. NILAI INSTRUMENTAL
Nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat Contoh:
Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang Dunia II. Mengenakan hukuman bunuh kepada pengedar dadah bagi menghapuskan kegiatan pengedaran dadah

2.

Nilai Intrinsik

Nilai yang tidak memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya (nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir). Contoh:
Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang pengedar dadah semata-mata kerana kewajipannya berbuat demikian mengikut peruntukan undang-undang yang ada, bukan kerana ia ingin turut sama membasmi kegiatan pengedaran dadah.

3. Nilai Subjektif
Nilai yang diterima ataupun ditolak oleh seseorang berdasarkan kepada pandangannya sendiri Contoh: Kes Amerika menyerang Iraq: Britian menyatakan bahawa ia perlu demi keamanan jangka panjang dunia supaya Iraq tidak meneruskan kerja membuat senjata yang boleh memusnahkan ramai manusia. Perancis pula berkata ia tidak boleh kerana serangan itu akan menyebabkan ramai rakyat Iraq yang tidak berdosa akan terkorban.

4. Nilai Objektif
Nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Diterima atau ditolak berdasarkan apa yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang. Contoh:
Perhambaan tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan Penderaan kanak-kanak adalah satu kezaliman dan mesti dihapuskan.

5. Nilai Relatif
Nilai yang diterima ataupun ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat. Boleh berubah mengikut masa Contoh:

Di Kuala Lumpur sebuah keluarga boleh dibina hanya melalui perkahwinan rasmi. Di California keluarga boleh dibentuk tanpa perlu melalui perkahwinan rasmi.

6. Nilai Mutlak
Nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan dalam sesebuah masyarakat. Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk. Contoh:
Jangan mencuri Hidup berkeluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai