Anda di halaman 1dari 25

RUPA BENTUK KURIKULUM ABAD KE 21

PENGENALAN
Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu
rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran,
nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi
pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada
satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi
keperluan individu dan engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :
" Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan
murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai,
menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan
ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan
untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan
perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga
rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. "
[ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang


lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan
negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk
menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti
cemerlang.
Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak
terhad kepada penyediaan danpembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan
dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja. Y.A.B. Perdana
Menteri telah menghuraikan bentuk, corak dan tumpuan yang perlu dilakukan.
"Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggi-tingginya
dari segi ketrampilan pada rakyat kita, dari segi penghargaan mereka akan
kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari segi kemampuan diri, dari
segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap mereka terhadap kerja dan disiplin,
dari segi motivasi mereka terhadap kecemerlangan dan terhadap mendorongkan
semangat keusahawanan".
[ Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]
"Kita mestilah memastikan bahawa terdapat satu adunan yang seimbang antara
golongan profesional, separa-profesional dan ahli ketukangan, selain terdapatnya
imbangan yang wajar antara orang-orang mempunyai kemahiran dalam bidang
sains dan teknologi, sastera dan ilmu-ilmu sosial".
[ Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]
Kurikulum bagi abad ke 21 perlu dibentuk supaya relecan dan koheran dengan
keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan.
Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya
ditentukan (dictated) oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan
kemajuan teknologi.
Perancangan kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan
dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan
warganegara Malaysia.
Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani cabaran yang
akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara
berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak
dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.
FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap
terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan
pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan
emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan
pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai
kemahiran iaitu :-
 kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
 kemahiran berkomunikasi secara berkesan
 kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
 kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
 kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
 kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
 kemahiran kepimpinan dan pengurusan
Di dalam usaha ini kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkara-perkara
berikut :
(a) Pembelajaran Koperatif
Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang
dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap
kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi
kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan
hubungan baik antara ahli kumpulan.
(b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif
Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan
berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis
berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawa kepada
perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk baru.
(c) Pengembangan Kreativiti
Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah
berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan.
Kreativiti- kreativiti dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan.
(d) Kemahiran Generik
Kemahiran-kemahiran generik bolehguna dapat menyediakan tenaga pekerja yang
mahir, cekap dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja
yang berketrampilan menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pekerja yang mempunyai
kepakaran akan begitu mobile dan kerap bertukar kerja. Penguasaan kemahiran
generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang
berlainan.
(e) ‘Multilinggualism’
Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa
untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (selain daripada
Bahasa Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan berupaya
menggunakan segala maklumat dalam pelbagai bahasa.
(f) Patriotisme dan Ketatanegaraan
Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan
dilanjutkan. Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan dapat
mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia yang
berwibawa dan bermoral tinggi.
(g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni
Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkan di
samping nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya insan baik, beradab dan
bermoral tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpa mengorbankan agama,
akhlak dan kebudayaan bangsa. Insan baik, sedar insaf bahawa ia perlu
menguasai ilmu bagi melaksanakan tugas terhadap dirinya, Tuhan, keluarga dan
masyarakat manusia serta alam sekelilingnya.
(h) Pelbagai Kecerdasan
Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang berbagai. Kesemua
potensi seperti yang disarankan dalam teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple
Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logiko-matematik, muzik, spatial,
bodily-
kinesthetic, inter-personal, dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat melahirkan
individu yang holistik dan seimbang.
(i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar
Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran sesuatu
mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat,
merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan
sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
ORGANISASI KURIKULUM
Pendidikan Prasekolah
Penekanan kurikulum kepada kemahiran dan pengetahuan, di samping menurut
'graded objectives' (konsep Mastery Learning) dan 'activity-based'. Program yang
anjal, (flexible) dan tidak formal. Proses pembelajaran secara tidak formal melalui
konsep bermain sambil belajar. Bermain-menjalankan aktiviti secara terancang dan
tidak tirancang (bebas) mengikut objektif yang disarankan dalam garis
kurikulum.
Pembelajaran berlaku semasa dijalnkan sama ada dalam
aktiviti pengalaman,hasil kerja dan bentuk Penekanan kesediaan yan
kemahiran
lain-lain. 3M (membaca, menulis, mengira)kukuh melalui
bagi bermain. Ini merupakan
kesediaan bagi kanak-kanak yang akan menghadapi ujian diagnostik pada tahun 3
(program Lompat Kelas). Kawalan harus dititikberatkan supaya gugu tidak
mengajar 3M 'right away'.
Perlunya ada kesinambungan prasekolah- tahun 1 dijalankan agar pengalaman
prasekolah tidak disia-siakan di tahun 1. Kemahiran yang telah dikuasai oleh
kanak- kanak prasekolah patut disambung di tahun 1, serta diulang dan
dipulihkan pada
tahun 1 jika kanak-kanak tidak menguasainya. Bagi mereka yang telah bersedia,
pengukuhan dijalankan untuk mngayakan pengalaman mereka di samping
mengurangkan kebosanan mempelajari perkara yang sama.
Pendidikan Rendah
Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun. Keanjalan tempoh
belajarnya ini memungkinkan kanak-kanak cerdas pintar menamatkan pendidikan
rendah dalam tempoh 5 tahun dan kanak-kanak yang kurang berkeupayaan dalam
tempoh 7 tahun. Walau bagaimanapun, umumnya, tempoh pendidikan rendah
adalah 6 tahun.
Matlamat
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan
potensi kanak-kanak secara bersepadu, menyeluruh dan seimbang. Aspek-aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembang ke arah melahirkan insan yang
seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Struktur Organisasi
Struktur organisasi kurikulum mengandungi komponen-komponen yang membantu
perkembangan kanak-kanak secara bersepadu. Komponen-komponen yang
dicadangkan ialah :
 Komunikasi
 Matematik, sains dan teknologi
 Kerohanian, nilai dan sikap
 Kemanusiaan dan kesenian
 Perkembangan diri
 Kokurikulum

i. Komunikasi
Fokus utama kurikulum merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil. Ketrampilan berbahasa seperti bertutur, membaca dan
menulis dengan berkesan ditekankan terutama dalam bahasa pengantar sekolah
(Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil). Kemahiran-kemahiran asas
dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga diberi penekanan.
(ii) Matematik, Sains dan Teknologi
Berfokus kepada kemahiran asas-asas operasi matematik, kemahiran proses sains
dan teknologi penguasaan pengetahuan asas diberi perhatian.
(iii) Kerohanian, Nilan dan Sikap
Tumpuan kepada pemupukan sikap dan nilai murni masyarakat. Pengetahuan dan
amalan agama Islam dilanjutkan seperti sedia kala.
(iv) Kemanusiaan dan Kesenian
Ilmu pegetahuan tentang kemasyarakatan dan kemanusiaan setempat dan global
didedahkan. Melalui kesenian kreativiti bakat dan daya appresiasi dipupuk.
(v) Perkembangan Diri
Merangkumi perkembangan jasmani dan kesihatan dan mental. Perkembangan
mental seperti pemikiran kritis, menyelesai masalah dan membuat keputusan gaya
kehidupan yang sihat merentas kurikulum.
(vi) Kokurikulum
Lanjutan kepada kurikulum bilik darjah, dalam bentuk pelbagai aktiviti. Keigatan-
kegiatan persatuan, sukan dan pasukan pakaian seragam dilanjutkan.
Oleh kerana tempoh persekolahan lebih anjal, dicadangkan supaya kandungan
kurikulum dipertingkatkan mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar seperti
berikut :
Peringkat Asas : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan lemah]
Peringkat Umum : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan sederhana]
Peringkat Tinggi : [untuk kumpulan cerdas pintar sahaja] (advances)

Pendidikan Menengah
Pendidikan di peringkat ini diberi dalam jangkamasa lima tahun. Pelajar diberi
peluang bersekolah sehingga mereka berumur 17 tahun supaya lebih bersedia
untuk memasuki pasaran pekerjaan. Ia memberi peluang murid-murid mengikuti
beberapa jenis kursus agar dalam tahun-tahun kesepuluh mereka boleh belajar
berdasarkan bakat dan kemampuan serta menentukan bidang pekerjaannya untuk
masa depan.
Matlamat
Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi
individu secara bersepadu dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani ke arah melahirkan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan
berketrampilan untuk pembangunan negara.
Struktur Organisasi
Kurikulum peringkat menengah digubal tiga peringkat iaitu :
Kursus Peringkat Asas :
 Mengembangkan kemahiran untuk kehidupan positif dan produktif
 Mengajar mata pelajaran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam
pekerjaan
Kursus Peringkat Umum
 Mengembangkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran peribadi dan aplikasi
praktikal
 Mengajar kemahiran akademik dan kemahiran sehubungan untuk
alam pekerjaan taupun untuk melanjutkan program
pendidikan di peringkat
maktab/politeknik
Kursus Peringkat Tinggi
 Mengembangkan kefahaman tentang prinsip, teori, aplikasi praktikal dan isi
kandungan kursus pengajian
 Mengajar kefahaman akademik untuk kemasukan institusi pengajian tinggi
Kursus-kursus pengajian dibahagikan kepada dua kumpulan
1. Kumpulan Teras
 Komunikasi
 Matematik, sains dan teknologi
 Kerohanian, nilai dan sikap
 Perkembangan diri
2. Kumpulan Elektif
Pelbagai mata pelajaran elektif ke arah pengkhususan ataupun alam pekerjaan.
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan
kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang
disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah
pasti digunakan secara meluas.
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan
dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multi media,
cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk
digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran
pada abad ke 21 dibantuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan
menggantukan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan
lebih bermakna kepada pelajar.
(a) Teknologi Maklumat/Komputer
Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi
komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk
mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat
secara pantas dan tepat seperti INTERNET atau MULTIMEDIA atau
HYPERMEDIA untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia
berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan
lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat,
untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya
meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat
standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan
menengah.
Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkan
penguasaan pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana sesebuah CD-ROM mampu
menyimpan lebih kurang 20 buah ensklopedia yang tebal. Malah penggunaan CD-
ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk memperolehi ilmu.
Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui
JARING dan seterusnya INTERNET. Pelajar kita akan tergolong dalam 'global
classroom'. Mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang apa
sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh
dunia.
Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, pengunaan teknologi komputer
menyemarakkan pelajar menyusun maklumat dan pada masa yang sama mencari
suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas.
(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan
pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang.
Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar
sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar
darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator)
pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi
membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing
supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan
pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada
diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga
pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru
dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25
orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid
patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
(c) Pendidikan Jarak Jauh
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam
pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke
sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian
tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke
21 mengambil kira faktor-faktor berikut :
 Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga
hari seminggu)
 Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer
 Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk
pelajar
 Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu
 Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui
struktur modular
 Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan
sistematik
mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan
maklum balas pelajar.
(d) Pendekatan Modular
Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan
dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul
ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan.
Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul
yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah
diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah
menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.
(e) Mastery Learning
Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap
sesauatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan
melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum
menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap
pembelajaran.
(f) 'Tracking' dan 'Banding'
Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam
beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general)
atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem
banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas
mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah
rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai
kemahiran matematik Tahun 2.
(g) Sistem Kredit
Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar
untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus
pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja
projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang
mata-mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan.
PENILAIAN
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap
penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan
pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan
pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-
benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar.
(a) Penilaian Berasaskan Sekolah
Sekolah terus diberi mandat untuk mengendalikan penilaiannya sendiri. Ini
memandangkan hanya pihak sekolah sahaja yang tahu tahap pencapaian
muridnya. Pelajar dinilai mengikut tahap masing-masing. Pelajar cemerlang akan
naik ke tahap yang lebih tinggi manakala pelajar yang sederhana dan lemah diberi
tindakan susulan melalui program pemulihan dan pengayaan.
(b) Penilaian Berterusan
Penilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan pelajar benar-benar sudah
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki (mastery learning).
Penilaian bertgerusan dapat mengenal pasti tahap penguasaan pelajar supaya
kelemahan pelajar diatasi dan tidak terhimpun sehingga akhir pembelajaran.
(c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek
Setiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai elemen, selain
pengetahuan dan kemahiran. Elemen-elemen sesuatu subjek diberi
daripada
penekanan untuk menilai sama pelajar benar- mengetahui dan
perlu
menguasai
ada subjeknya. Misalnya dalam benar subjek Kejuruteraan Awam,
elemen-elemen seperti kebolehan berkomunikasi,
Pengajian kebolehan mereka (design),
kebolehan praktik, kebolehan menyiasat, kebolehan mengurus dan kebolehan
membuat anggara dinilai bersama dengan pengetahuan.
(d) Penilaian Proses Di Samping Penilaian Hasil
Proses yang diambil untuk menghasilkan sesuatu projek perlulah dinilai. Sekarang
ini penilaian hanya dibuat apabila projek itu siap tanpa mengambilkira prosesnya.
Sebagai contoh jika seseorang murid dikehendaki membuat praktikal di sesebuah
kilang sebagai penyelia, guru perlu membuat penilaian dari hari pertama hinggalah
tamat tempoh praktikalnya. Alat penilaian perlulah dibuat mengikut situasi, tugasan
dan bidang yang dinilai.
(e) 'Authentic Assessment'
'Authentic Assessment' bermaksud murid-murid dinilai mengikut perilaku yang
dikehendaki oleh guru. Murid-murid telah tahu apa yang dikehendaki daripada
mereka dan bagaimana mereka akan dinilai. Penilaian ini menonjolkan kekuatan
murid-murid dan intergrasi antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari
pelbagai sumber. Satu penilaian individu dan rakan sebaya menggunakan folio,
ujian amali dan penilaian berasaskan prestasi menggunakan faktor, konsep,
pengetahuan dan kemahiran berfikir yang tinggi.
(f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
Hasil pembelajaran adalah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang boleh diukur
ataupun diperhatikan seperti yang telah ditetapkan pada sesuatu peringkat
persekolah/pembelajaran. Hasil pembelajaran menerangkan tahap pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang sepatutnya telah dikuasai. Kriteria-kriteria tahap
penguasaan dikenalpasti dan penilaian menggunakan Ujian Rujukan Kriteria
(CRT).
(g) 'Bench Marking'
'Bench Marking' merupakan satu proses pengukuran ke atas hasil, proses dan
prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang memuaskan tinggi. Penilaian dibuat
secara berterusan sehinggalah pelajar sudah dapat mencapai satu tahap
penguasaan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaannya.
Tahap pencapaian boleh ditetapkan di peringkat sekolah, daerah, negeri ataupun
negara.
(h) Ujian / Peperiksaan Secara On-Line
Ujian dan peperiksaan perlu untuk menentukan piawaian yang dibuat berdasarkan
kepada hasilan pembelajaran yang terbaik. Peratusan pelajar yang dapat
mencapai atau mengatasi piawaian yang ditetapkan memberi petunjuk kepada
kualiti pembelajaran. Bagi memastikan kualiti pembelajaran sentiasa tinggi, pelajar
digalakkan menduduki ujian penilaian apabila mereka sudah bersedia dan sudah
menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
PENUTUP
Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak
akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di
dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian
Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam
menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya
diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula
guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak
swasta, ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.

Anda mungkin juga menyukai