Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN SMK TANJUNG PUTERI RESORT, PASIR GUDANG TAHUN 2013

1.0

Matlamat Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di bawah jagaan

mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin pelajar ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Antara rumah dan sekolah maka rumah merupakan tempat yang paling lama pelajar berada dan di situ terdapat peranan ibubapa yang mesti dijalankan selepas guru menjalankan amanah dan tugasnya di sekolah. Sehubungan dengan itu ibubapa perlu dijelaskan peranan mereka agar paduan antara ibubapa dan guru dapat menjadikan pelajar insan yang berjaya.

2.0

Objektif 2.1 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya pelajaran terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka. 2.2 Mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan guru di sekolah 2.3 Memberi peluang dan ruang kepada ibubapa untuk menyedari dan mengimbau kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam pelajaran dan pembentukan sahsiah

3.0

Anjuran

Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan kerjasama pihak SMK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang dan Briged Komuniti Sekolah.

4.0

Tarikh

Program ini akan diadakan pada 21 April 2013 (Ahad)

5.0

Tempat

Program ini akan diadakan di Dewan Kg Pasir Putih

8.0

Sasaran

Program ini mensasarkan ibu bapa yang menghantar anak mereka di SMK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang

9.0

Perisian Program (Tentatif) Pendaftaran/Sarapan Pagi Majlis Perasmian Ceramah Ibubapa dan Remaja Lawatan Pameran/Bersurai

8.30 9.00pg 9.00 9.30pg 9.30 11.30pg 11.30 12.00tgh

10.0

Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran A)

11.0

Sumber Kewangan

1. Sumbangan Luar 2. PIBG sekolah

12.0

Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Disediakan oleh,

disahkan oleh,

...................................... (KAVITAH A/P BALAN) Setiausaha I /Guru kaunseling

............................. (HAN JOT KHIM) Pengetua

Lampiran A ANGGARAN PERBELANJAAN CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN SMK TANJUNG PUTERI RESORT, PASIR GUDANG TAHUN 2013

1.

PENGURUSAN PROGRAM - Kain Rentang (3 helai x RM100) - Persiapan Pentas JAMUAN - Ibubapa/Penjaga (1000org x RM3.00) - Jemputan/VIP (10org x RM5.00) - AJK/Petugas (60org x RM3.00) CENDERAMATA - Perasmi - Penceramah Jemputan

RM 300.00 RM 200.00

2.

RM3000.00 RM 50.00 RM 180.00

3.

RM 50.00 RM 450.00

JUMLAH PERBELANJAAN

RM4230.00

Anda mungkin juga menyukai