Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 6.

6 : KESAN JENIS ELEKTROD KEATAS HASIL ELEKTROLISIS LARUTAN


AKUEUS KUPRUM(II) SULFAT, CUSO4
Jenis elektrod yang digunakan semasa elektrolisis akan mempengaruhi jenis ion
yang dinyahcas. Ini bermakna hasil elektrolisis bergantung kepada jenis elektrod
yang digunakan.
Apakah ion-ion yang anda jangkakan akan dipilih untuk dinyahcas di elektrod jika
elektrod kuprum dan elektrod karbon digunakan semasa elektrolisis?.
Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan diantara jenis
elektrod keatas hasil elektrolisis.
Anda dikehendaki menyediakan laporan eksperimen ini. Laporan anda haruslah
mengandungi perkara-perkara berikut:
 Tajuk
 Tujuan
 Pernyataan masalah
 Semua pembolehubah
 Hipotesis
 Radas dan bahan
 Rajah prosedur
 Keputusan eksperimen
 Analisis dan mentafsir data

Dalam laporan anda soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan


perbincangan.

1. Namakan
a. ion-ion yang hadir
b. ion-ion yang bergerak ke katod dan anod
c.ion-ion yang dinyahcaskan di elektrod
d. Persamaan setengah di elektrod bagi kedua-dua jenis elektrod
2. Nyatakan pemerhatian dan inferens bagi kedua-dua elektrod.
3. Nyatakan perubahan warna larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4 dalam kedua-
dua eksperimen Terangkan jawapan anda?
4. Nyatakan satu langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen ini.
5. Nyatakan definisi secara operasi bagi
6. Nyatakan hubungan di antara perubahan warna larutan kuprum (II) sulfat
dengan masa?

 Kesimpulan
Skema
Tujuan : Untuk mengkaji kesan jenis elektrod keatas hasil elektrolisis di elektrod
Pernyataan masalah
Bagaimanakah jenis elektrod mempengaruhi hasil elektrolisis di elektrod?
Hipotesis
Apabila elektrod kuprum digunakan , hasil di anod adalah logam kuprum
semakin menipis manakala jika elektrod karbon, hasil yang terbentuk di anod
adalah gelembung-gelembung gas tak bewarna dibebaskan.

Pembolehubah dimanipulasikan: Jenis elektrod


Pembolehubah bergerak balas : Hasil elektrolisis di anod
Pembolehubah dimalarkan: Kepekatan larutan kuprum(II) sulfat
Bahan
Larutan kuprum(II) sulfat, 1.0 mol dm-3
Radas
Bateri, sel elektrolisis, elektrod karbon, elektrod kuprum, wayar penyambung
dengan klip buaya, ammeter
Prosedur

A Elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4 dengan menggunakan


elektrod karbon
1. Isikan sel elektrolisis dengan larutan kuprum(II) sulfat, 1.0 mol dm -3
sehingga separuh penuh
2. Sambungkan sel tersebut kepada bateri, ammeter dan suis
3. Susunkan radas seperti rajah di atas.
4. Hidupkan suis untuk alirkan arus elektrik selama 15 minit.
5. Uji gas yang dibebaskan di anod dengan menggunakan kayu uji berbara.
6. Catatkan pemerhatian di anod dan di katod serta warna elektrolit.
B Elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4 dengan menggunakan
elektrod kuprum

7. Bersihkan kepingan kuprum dengan menggunakan kertas pasir


8. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan menggunakan elektrod kuprum bagi
menggantikan elektrod karbon
9. Catatkan pemerhatian di anod dan di katod serta warna elektrolit.

Data dan Pemerhatian


Jenis Pemerhatian
elektrod
Di anod Di katod Warna elektrolit

Karbon Gelembung-
Warna biru
gelembung gas Pepejal perang
kuprum(ll)sulfat menjadi
tidak bewarna terbentuk
semakin pudar
dibebaskan

Kuprum Warna biru


Elektrod kuprum Pepejal perang
kuprum(ll)sulfat tidak
menjadi terbentuk
berubah
semakin nipis

Perbincangan
1. Berdasarkan kepada eksperimen di atas, lengkapkan jadual di bawah.

Jenis elektrod Karbon Kuprum


Ion-ion yang hadir Cu2+ , H+ , SO42- ,
Cu2+ , H+ , SO42- , OH-
OH-

Ion- ion yang Anod SO42- , OH- , SO42- , OH-


bergerak ke
elektrod Katod Cu2+ , H+ Cu2+ , H+

Ion yang di nyah Anod OH- -


cas di elektrod Katod Cu2+ Cu2+

Setengah 4 OH- O2 + 2H2O


Anod -
persamaan di +4e
elektrod Katod Cu2+ + 2e Cu Cu2+ + 2e Cu
2. Nyatakan pemerhatian dan inferens bagi kedua-dua elektrod.

Elektrod Karbon Kuprum


Anod Gas oksigen -
Inferens
Katod Logam kuprum Logam kuprum

3. Nyatakan perubahan warna larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4 dalam kedua-


dua eksperimen Terangkan jawapan anda?

Elektrod karbon: Larutan biru kuprum (II) sulfat semakin pudar kerana
kepekatan ion kuprum (II) di dalam larutan semakin
berkurang.
Elektrod kuprum: Larutan biru kuprum (II) sulfat tidak berubah kerana
kepekatan ion kuprum (II) di dalam larutan tidak
berubah.

4. Nyatakan satu langkah keselamatan/ berjaga-jaga semasa menjalankan


eksperimen ini.
1. Segera mencuci tangan sekiranya terkena kuprum (II) sulfat.
2. Pastikan litar disambung dengan betul sebelum menghidupkan suiz bagi
mengelakkan litar pintas.
3. Elektrod kuprum perlu dibersihkan dengan kertas pasir untuk
menghilangkan lapisan oksida.

5. Nyatakan definisi secara operasi bagi hasil di anod?


Apabila elektrod kuprum dicelup ke dalam larutan kuprum (II) sulfat, elektrod
kuprum di anod menjadi semakin nipis.

6. Nyatakan hubungan di antara perubahan warna larutan kuprum (II) sulfat


dengan masa?
Semakin bertambah masa, perubahan warna biru kuprum (II) sulfat menjadi
semakin pudar.

Kesimpulan

Apabila elektrod kuprum digunakan , hasil di anod adalah logam kuprum semakin
menipis manakala jika elektrod karbon, hasil yang terbentuk di anod adalah
gelembung-gelembung gas tak bewarna dibebaskan.

Anda mungkin juga menyukai