Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2020

Tarikh : 30 Disember 2019 (Isnin)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Balai Dato’ Ali, SK Dato’ Demang Hussin
1 Bismillahirrahmanirrahim…
UCAPAN PENGERUSI
MAJLIS Mayang berliut berisi padat,
Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum w.b.t.
1) Yang Berusaha, Pn. Jamilah binti Ishak,
Guru Besar SK Dato’ Demang Hussin.

2) Yang dihormati, En. Matmor bin Maryadi,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Pn. Seren binti Abd. Aziz,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Azizan bin Mustapa,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Suriani binti Atan,


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Pn. Aini Khayati binti Salim


Penyelaras Hari Orientasi Murid Tahun 1 Sesi 2020

warga pendidik SK Dato’ Demang Hussin serta yang dikasihi para ibu
bapa sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada para tetamu, guru-guru, dan ibubapa yang telah
hadir untuk meraikan Hari Pendaftaran Murid Tahun 1 2020.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan ke hadrat Illahi kerana hari


ini kita masih diberi kesihatan yang baik.
Maka dengan itu, kita dapat hadir ke majlis pagi ini untuk berkenalan dan beramah
mesra dengan pihak pentadbiran sekolah serta budaya di sekolah ini.

Selamat datang ke SK Dato’ Demang Hussin kepada tuan-tuan dan puan-puan.


Diharapkan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan yang diterima pada hari ini dapat
belajar membina kecemerlangan mereka di sekolah ini dan menjadi seorang murid
yang berminda kelas pertama.

2 Orang Jawa berdagang ke kota,


BACAAN DOA Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Adli bin Mohd Daud. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

********************** (DOA) *************************

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3 Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Yang Berusaha


UCAPAN ALUAN Puan Jamilah binti Ishak, Guru Besar SK Dato’ Demang Hussin untuk
GURU BESAR menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

******************* (UCAPAN GB) ********************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Guru Besar
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

4
TAKLIMAT AWAL Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan Taklimat Awal
PERSEKOLAHAN Persekolahan yang akan disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid.

Dengan itu, majlis menjemput Pn. Seren binti Abd. Aziz, GPK Hal Ehwal
Murid SK Dato’ Demang Hussin untuk menyampaikan taklimat. Dengan segala
hormatnya mempersilakan.

***** (TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN) *****

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Seren binti Abd. Aziz atas
taklimat yang ringkas lagi padat berkenaan pengenalan awal persekolahan
sebentar tadi.

5 Seterusnya, majlis menjemput


TAKLIMAT ________________________
DARIPADA AGENSI wakil daripada _________________________ untuk menyampaikan sedikit
LUAR taklimat berkenaan khidmat pemeriksaan kesihatan gigi yang akan dijalankan
pada sesi persekolahan nanti.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada __________________ atas


taklimat yang disampaikan sebentar tadi.
6 Kerjasama tuan puan sangat dihargai,
PENUTUP Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Akhir kalam, pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada para ibubapa yang memberikan komitmen yang tinggi terhadap
pembelajaran anak-anak.

Sesungguhnya, komitmen tuan puan adalah inspirasi kami. Dengan itu, tamatlah
majlis kita pada pagi ini. Semoga hubungan pihak sekolah dan para ibubapa akan
terus erat.

Kepada tetamu jemputan, dipersilakan bergerak ke Bilik VIP bagi menjamu


hidangan yang disediakan.

Para ibupa bolehlah bergerak ke kelas anak masing-masing bagi urusan


pembayaran yuran serta pengambilan buku teks. Sesungguhnya yang baik itu
datang dari Allah dan kekurangan itu wujud daripada kelemahan kami ini.
Sekian....

PENGUMUMAN
1 Buat makluman ibu bapa,
URUSAN
PENYERAHAN
BORANG DAN FAIL
2 Buat makluman ibu bapa, ibu bapa tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah
KEBENARAN IBU bagi memastikan keselamatan anak-anak di sekolah.
BAPA DI SEKOLAH
Ibu bapa hanya dibenarkan menunggu anak di kantin dan tidak dibenarkan masuk
ke dalam kelas.

Untuk pengetahuan ibu bapa, pada minggu pertama persekolahan, murid Tahun 1
akan rehat pada pukul 9.30 pagi, jadi pihak sekolah jasa baik ibu bapa yang
menunggu anak-anak di kantin mengutamakan dan memberikan tempat duduk di
kantin kepada murid-murid lain semasa waktu rehat.

Anda mungkin juga menyukai