Anda di halaman 1dari 12

BIDANG TUGAS UNIT HEM 2017

A. BIDANG DISPLIN

1. Unit Disiplin dan Pengawas/ Pencegahan Jenayah/ PPDa


1.1. Memastikan setiap murid memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke
sekolah pada setiap hari.
1.2. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan berpandukan
pekeliling kementerian dan jabatan pendidikan.
1.3. Merekod semua masalah disiplin murid dalam sistem salah laku disiplin murid
(SLDM) dan buku laporan disiplin murid.
1.4. Mengadakan pemeriksaan gempar ( Sport Check ) dari semasa ke semasa ke
atas murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak
pentadbir.
1.5. Memberi nasihat dan teguran jika guru dapati seseorang murid melakukan
kesalahan disiplin.
1.6. Mengambil tindakan disiplin yang wajar dan sesuai dengan kesalahan
berpandukan pekeliling disiplin sekolah.
1.7. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasa dan dipatuhi oleh semua murid.
1.8. Melantik pengawas sekolah yang berkelayakkan untuk membantu mengawal
disiplin sekolah.
1.9. Melaksanakan kempen pendidikan pencegahan dadah dengan melibatkan semua
murid.
1.10. Mengenal pasti murid-murid yang terlibat dengan kegiatan merokok, menghidu
gam, ganja dan sebagainya untuk dibantu melalui sesi rawatan dan pemulihan.
1.11. Mewujudkan sudut PPDa untuk memberi kesedaran kepada murid tentang
bahaya dadah.
1.12. Bekerjasama dengan agensi anti dadah daerah dan negeri untuk menjalankan
program di peringkat daerah.

2. Unit Bimbingan dan Kaunseling (BDK)


2.1. Guru BDK mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat
murid terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid
menyelesaikan sendiri masalah emosi sosial yang dihadapinya.
2.2. Kaunselor/ guru BDK boleh membantu murid-murid dengan memberi
bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok.
2.3. Kaunselor/ guru BDK juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang,
mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik
dan kemahiran-kemahiran belajar kepada para murid.
2.4. Kaunselor/ guru BDK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat
kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama,
kedua dan ketiga.
2.5. Bekerjasama dengan unit disiplin dan pengawas dalam memastikan disiplin
sekolah berada pada tahap yang terbaik.
2.6. Menjayakan Program Mento-Menti.
2.7. Membuat ujian Psikometrik dan mencatat data ujian.
2.8. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa bagi murid yang bermasalah dari
semasa ke semasa.
2.9. Membuat laporan program penyayang, dan program yang diadakan oleh unit
BDK.

3. Pendaftaran Sekolah Menengah/ Guru Kelas/ Rekod Kedatangan Murid


3.1. Pendaftaran Sekolah Menengah
3.1.1. Guru Tahun 6 terlibat dengan pendaftaran murid ke sekolah menengah dan
perlu mengisi data dalam APDM selepas surat siaran dikeluarkan.
3.1.2. Memastikan pengesahan pendaftaran dibuat oleh GPK HEM.
3.1.3. Memastikan data murid dicetak oleh Guru Data dan diedarkan kepada
murid oleh guru kelas bagi kemudahan pendaftran murid ke sekolah
menengah yang terpilih.

3.2. Guru Kelas


3.2.1. Buku Jadual Kedatangan Murid (BKJM)
3.2.1.1. Melengkapkan semua butiran murid dalam bulan pertama
persekolahan.
3.2.1.2. Tandakan BJKM pada setiap persekolahan sebelum pukul 9:00 pagi.
Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid
ponteng sekolah. Murid yang datang selepas 2 jam masih dikira
hadir ke sekolah.
3.2.1.3. Tandakan BJKM seperti berikut;
a) Tandakan / sekiranya murid hadir.
b) Tandakan O sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
c) Tandakan S dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab (surat
pengesahan daripada ibu bapa/ penjaga atau sijil sakit)
d) Tandakan L dalam bulatan sekiranya murid lewat sekolah
(dikira hadir)
e) Tandakan W dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah
(dikira hadir)
f) Tandakan G dalam bulatan sekiranya murid digantung
persekolahan (dikira tdak hadir)
g) Elakkan budaya comot. Cecair pemadam tidak boleh digunakan.
Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas.
3.2.1.4. Semua BJKM hendaklah dihantar ke pejabat sekolah selewat-
lewatnya pada jam 9:00 pagi setiap hari.
3.2.1.5. BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 1 haribulan tiap-tiap bulan
berikutnya.

3.2.2. Fail Peribadi Murid


3.2.2.1. Semua murid dari kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 wajib mempunyai
fail peribadi.
3.2.2.2. Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama guru kelas
ditulis pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan
gambar pelajar dengan menggunakan kertas keras.
3.2.2.3. Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad
pengenalan, keputusan Peperiksaan Dalaman, dan lain-lain disimpan
dalam fail ini. Buku Kesihatan Murid dan Kad Rawatan Gigi juga
disimpan dalam fail murid.
3.2.2.4. Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah
menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah.
3.2.2.5. Semua fail perlu disimpan dalam bilik fail atau loker di bilik guru.

3.2.3. Fail Kelas Guru Kelas


3.2.3.1. Semua surat murid, sama ada sijil sakit, atau surat ibu bapa/ penjaga
bagi memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
3.2.3.2. Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung/
buang sekolah yang dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini.
3.2.3.3. Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh GPK HEM.
GPK HEM akan menyediakan dokumen penyemakan fail kelas.

3.2.4. Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/ Tidak Hadir Tanpa Sebab
3.2.4.1. Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri.
Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah
sejak hari pertama persekolahan, tanpa sebarang surat daripada ibu
bapa/ penjaga atau surat sakit.
3.2.4.2. Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng
sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah
ditetapkan.
3.2.4.3. Semua surat amaran boleh didapati dari pejabat sekolah.
3.2.4.4. Surat Amaran 1, 2 dan Amaran Akhir mesti diisi dalam 3 salinan dan
ditandatangani oleh;
Amaran 1 Ditandatangani oleh GPK HEM
Amaran 2 Ditandatangani oleh GPK HEM
Amaran Akhir Ditandatangani oleh GPK HEM
Salinan 1 (untuk ibu bapa/ penjaga)
Salinan 2 (untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah
Laku)
Salinan 3 (untuk dimasukkan ke dalam fail kelas
guru kelas)

3.2.5. Buku Teks


3.2.5.1. Semua warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
3.2.5.2. Guru kelas membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan
pemulangan buku teks.
3.2.5.3. Guru Kelas membantu menyenaraikan nama murid yang tidak
memulangkan buku teks.
3.2.5.4. Guru Kelas memastikan setiap murid membalut buku teks dengan
plastik lutsinar dan ditulis nama serta kelas dan murid yang tidak
balut buku akan diminta membeli pembalut buku. Guru kelas juga
perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks
di sekolah.

3.2.6. Pengurusan dan Organisasi Kelas


3.2.6.1. Melantik Jawatankuasa Kelas;
a) Ketua Kelas
b) Penolong Ketua Kelas
c) Bendahari
d) AJK Kebersihan (2 orang)
e) AJK Keceriaan (2 orang)
3.2.6.2. Menyelaras penyediaan perkara berikut;
a) Carta Organisasi Kelas ditampal pada papan kenyataan
hadapan kelas.
b) Jadual Waktu ditampal pada papan kenyataan di hadapan kelas.
c) Jadual Tugas Kebersihan ditampal pada papan kenyataan
hadapan kelas.
d) Pelan Kedududkan Kelas ditampal di atas meja guru
e) Inventori Kelas ditampal pada pintu
f) Papan Kenyataan milik kelas tersebut
g) Moto Kelas ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas
h) Misi dan Visi Sekolah ditampal pada papan kenyataan hadapan
kelas
i) Sudut Program Pencegahan Dadah
j) Sudut Bacaan Kelas
k) Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi dan isu semasa
ditampal pada papan kenyataan di belakang kelas.
l) Alatan Pembersihan
m) Pelan Laluan Kecemasan Sewaktu Kebakaran.
3.2.6.3. Bilangan kehadiran mesti ditulis di penjuru papan putih.
3.2.6.4. Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi
nombor siri.
3.2.6.5. Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak.
3.2.6.6. Memastikan kebersihan kelas.
3.2.6.7. Mengambil perhatian tentang perkara berikut;
a) Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam
keadaan baik dan selamat digunakan.
b) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada
guru berkenaan
c) Membimbing dan menyelia Jawatankuasa kelas yang dilantik
menjalankan tugas dengan cekap dan penuh dedikasi.
B. BIDANG DATA

1. Jawatankuasa Unit Pendaftaran dan Pertukaran Murid


1.1. Membuat pendaftaran dan memasukkan data murid tahun 1 dalam sistem
SSM.
1.2. Menyediakan dokumen pertukaran murid dengan bantuan guru kelas.
1.3. Membuat sebaran maklumat tentang pendaftaran murid Tahun 1 pada setiap
tahun melalui kain rentang, gegantung, media sosial dan sebagainya.
1.4. Murid Keluar/Bertukar/Berpindah
1.4.1. Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
1.4.2. Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas
1.4.3. Memastikan murid yang berpindah ke Sekolah Bantuan Kerajaan boleh
membawa bersama buku SPBT ke sekolah baharu.

2. Jawatankuasa Data Murid/SMM/APDM/e-DAFTAR/SPS


2.1. Memastikan setiap data murid dan guru lengkap untuk rujukan guru dan
pemantau.
2.2. Memastikan setiap murid baharu yang mendaftar mengisi borang SMM dan
mengemaskini maklumat dalam APDM.
2.3. Mengemaskini maklumat murid OKU, bukan warganegara dan yatim.
2.4. Menyediakan data enrolmen murid mengikut bangsa dan agama pada setiap
bulan.
2.5. Mengemaskini data setiap 3 bulan sekali dalam setahun.
2.6. Memastikan sistem SPS boleh digunakan oleh guru kelas dan guru
matapelajaran untuk mengisi markah peperiksaan
C. BIDANG BANTUAN
1. Jawatankuasa SPBT
1.1. Memastikan semua murid menerima buku teks yang mencukupi untuk sesi
pembelajaran.
1.2. Mengurus urusan pemulangan dan penerimaan buku teks pada akhir tahun.
1.3. Mengemaskini fail-fail pengurusan stok dan iventori SPBT.
1.4. Mengisi borang bermaklumat komputer dan menghantar mengikut jadual
yang ditetapkan.
1.5. Mengurus bilik SPBT dengan baik dan bersistematik.
1.6. Menjalankan hapus kira mengikut prosedur yang betul bagi buku teks yang
hendak dilupuskan.
1.7. Memastikan hanya murid berstatus warganegara layak menerima pinjaman
buku teks.

2. Jawatankuasa KWAMP/E-Kasih/Wang Ehsan/Kebajikan Murid/SISOKU


2.1. Mendapatkan maklumat tentang bilangan anak yatim atau murid yang
terlalu rendah SES ( Social Economic Status ) agar mereka ini dapat
diberikan bantuan. (Kerjasama dengan guru kelas)
2.2. Mengenal pasti hanya murid yang betul-betul layak menerima KWAMP
(Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) dan menyimpan rekod murid
tersebut.
2.3. Murid bukan warganegara tidak layak menerima bantuan KWAPM.
2.4. Mengenalpasti murid OKU dan mengemaskini permohonan Elaun Murid
Khas (EMK) melalui Sistem Elaun Murid Berkeperluan Khas (SISOKU)
2.5. Mengadakan taklimat kepada ibu bapa/penjaga bagi murid-murid yang
layak menerima bantuan.
2.6. Memastikan tiada keciciran murid yang layak menerima bantuan.

3. Jawatankuasa Susu Sekolah 1M


3.1. Merekod penerimaan dan pengagihan susu Sekolah 1M
3.2. Menyimpan stok susu di kawasan yang sesuai
3.3. Memastikan susu Sekolah 1M selamat diminum oleh murid yang terlibat
dengan sentiasa memeriksa tarikh luput pada kotak susu
3.4. Memastikan setiap murid minum susu 1M dan mengenalpasti murid yang
alergi terhadap susu dan membuat laporan pada GPK HEM.
3.5. Bekerjasama dengan guru kelas untuk memastikan semua murid yang
terlibat meminum susu 1M.

4. Jawatankuasa RMTS/Kantin Sekolah


4.1. RMTS
4.1.1. Mengenalpasti murid yang layak mendapat bantuan RMTS dengan
mengisi borang RMTS
4.1.2. Menguruskan murid mendapat RMTS dengan memenuhi borang-borang
mengikut arahan PPD
4.1.3. Berurusan dengan pengurus kantin tentang penyediaan makanan kepada
murid RMTS
4.1.4. Membuat laporan akhir tahun RMTS dan Kantin Sekolah
4.1.5. Membuat tuntutan bayaran RMTS pada setiap bulan
4.1.6. Memastikan murid RMTS makan pada waktu yang ditetapkan dan
membuka peluang untuk murid ganti sebelum jam 7:30 pagi
4.1.7. Memastikan hanya murid warganegara yang layak menerima RMTS

4.2. Kantin Sekolah


4.2.1. Bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan
kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan menjaga seluruh kawasan
kantin.
4.2.2. Perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak
Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPNK
4.2.3. Membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya
kes keracunan makanan di kantin sekolah
4.2.4. Bertanggungjawab menasihati murid supaya mengamalkan pemakanan
seimbang dan tidak menggalakan murid membeli makanan daripada
penjual makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.
4.2.5. Guru Disiplin dan Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin
bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid
sewaktu rehat.
4.2.6. Memastikan tiada penggunaan plastik minuman digunakan oleh pihak
pengusaha kantin.
D. BIDANG KESELAMATAN
1. Jawatankuasa 3K/SPKS/Sekolah Selamat
1.1. 3K ( Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan )
1.1.1. Memastikan amalan 3 polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah,
iaitu;
a) Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari sekolah
b) Polisi menggelakkan Gangguan Seksual
c) Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti kokurikulum
1.1.2. Kenderaan Guru dan Murid
1.1.2.1. Memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang dikhaskan dan
tidak mengganggu laluan keluar masuk.
1.1.2.2. Memastikan guru dan murid diingatkan supaya berhati-hati
apabila memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah
untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
1.1.3. Pondok kawalan keselamatan
1.1.3.1. Memaklumkan kepada pihak pentadbir sekolah sekiranya
mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di
pintu pagar sekolah.
1.1.3.2. Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana
pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti
menandatangani Buku Rekod Pelawat dan Mendapatkan Pas
Pelawat terlebih dahulu.
1.1.4. Latihan Kecemasan /Kebakaran
1.1.4.1. Memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2
kali setahun
1.1.4.2. Mengadakan demostrasi cara-cara memadam api bila berlakunya
kebakaran kecil
1.1.4.3. Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan
berfungsi.
1.1.4.4. Mendapatkan bantuan guru-guru untuk memastikan murid-murid
meninggalkan kelas/bilik khas dengan segera, tetapi secara
teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid OKU
hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.
1.1.5. Kebersihan
1.1.5.1. Mengadakan gotong-royong perdana bersama murid, guru dan
ibu bapa sekurang kurangnya sekali setahun.
1.1.5.2. Memastikan kebersihan sekitar kawasan sekolah, bilik darjah
dan bilik-bilik khas terutamanya kawasan yang mudah dilihat
oleh pelawat atau pemantau.
1.1.6. Keceriaan
1.1.6.1. Sentiasa memastikan kawasan sekolah berada dalam keadaan
ceria.
1.1.6.2. Melestarikan kawasan sekolah agar ceria dan sedap mata
memandang khususnya kawasan hadapan sekolah dan tapak
perhimpunan.
1.1.6.3. Meletakkan label-label khusus yang bersesuaian dengan
keceriaan sekolah.

2. Jawatankuasa Kesihatan/Gigi
2.1. Memastikan setiap murid mempunyai kad kesihatan dan kad pergigian.
2.2. Memastikan murid yang ingin mendapatkan rawatan di hospital atau mana-
mana klinik kerajaan mendapatkan Surat Rawatan Murid di pejabat
sekolah dan ditandatangani oleh Guru Besar atau mana-mana pentadbir
sekolah.
2.3. Minta bantuan guru kelas mengamalkan sikap prihatin dan mengenal pasti
murid sakit atau kurang sihat untuk mendapatkan rawatan di bilik rawatan
atau menghubungi ibu bapa untuk membawa balik murid berkenaan.
2.4. Tidak memberi sebarang ubat kepada murid tanpa nasihat doktor terlebih
dahulu.

3. Jawatankuasa Kedai Sekolah


3.1. Mengadakan jadual tugasan dan jadual operasi kedai buku sekolah.
3.2. Mengemaskini stok dan buku akaun dari semasa ke semasa.
3.3. Membuat laporan bulanan dan tahunan perjalanan operasi kedai buku
sekolah.
3.4. Membuat senarai harga setiap barangan di kedai buku sekolah.
3.5. Memastikan setiap item di kedai buku sekolah tidak sama dengan item yang
dijual oleh pihak kantin sekolah.
3.6. Memastikan setiap item yang dijual dengan harga yang berpatutan.

4. Jawatankuasa Tandas Wangi


4.1. Memastikan kebersihan tandas pada tahap yang memuaskan.
4.2. Membuat laporan pada pembersih untuk membersihkan tandas jika tahap
kebersihan tidak memuaskan.
4.3. Pastikan setiap label dan arahan yang sesuai dilekatkan di setiap tandas guru
dan murid.
4.4. Menambahkan keceriaan tandas wangi dari semasa ke semasa.

5. Jawatankuasa Surau
5.1. Mengadakan jadual penggunaan surau sekolah
5.2. Meningkatkan keceriaan surau supaya murid tertarik dan selesa untuk ke
surau
5.3. Mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan di surau untuk menghidupkan
surau sekolah
5.4. Mengadakan buku penggunaan surau sekolah

Anda mungkin juga menyukai