Anda di halaman 1dari 3

KAJIAN SAJAK “MENARA GADING” KARYA ADI DHARMA

SEKOLAH MENENGAH PENGIRAN ISTERI HAJAH MARIAM, SERASA

HURAIAN MAKSUD
Rangkap 1:
Penyajak menyambung pelajarannya di universiti atau di institusi pengajian tinggi di seberang laut. Ia terpaksa
meninggalkan keluarga yang disayanginya demi untuk mendapatkan ilmu.

Rangkap 2:
Walaupun di universiti atau di institusi pengajian tinggi itu, penyajak berasa tidak mempunyai kawan, tiada
kegembiraan dan tiada petunjuk tetapi penyajak sedar bahawa di sana bukanlah untuk merantau semata-mata akan
tetapi untuk menuntut ilmu.

Rangkap 3:
Dahulu penyajak pernah merayu untuk melanjutkan pengajian di universiti atau di institusi pengajian tinggi tetapi
penyajak kecewa dan hampa kerana alasan usianya yang sudah tua.

Rangkap 4:
Penyajak berjaya melanjutkan pengajiannya di universiti atau di institusi pengajian tinggi itu yang juga menjadi
tumpuan semua orang yang mahu meninggikan ilmu mereka. Universiti itu terletak di salah sebuah kota raya yang
kerap menerima pencemaran alam. Hal itu tidaklah dipedulikan oleh penyajak kerana kekuatan semangatnya untuk
menuntut ilmu adalah tujuan utamanya.

Rangkap 5:
Penyajak bersungguh-sungguh untuk mengikuti pengajian di universiti walaupun ingatan dan kemampuannya
semakin berkurangan kerana usianya yang sudah tua tetapi semangat dan usaha penyajak tidak berkurangan demi
mencapai kejayaan.

MEMPROSA
Aku hadir di sisimu setelah mengharungi awan biru. Aku tinggalkan kesayangan kalbu kerana nekad pada yang satu.
Walaupun tiada teman, tiada idaman dan tiada pedoman tetapi aku bukan dagang merempat tapi bertempat. Dulu,
aku merayu, meratap dan memujukmu wahai menara gadingku tetapi aku hampa kerana usiaku. Kini, aku hadir di
sisimu, menara gading tempat khazanah ilmu di tengah kota yang bejerebu hanya kerana idaman kalbu yang dahaga
dan lapar ilmu. Aku mendakapmu dengan rakus walaupun dalam usia yang sudah tua. Meskipun memori semakin
susut, hasrat semakin malas tetapi, semangat pasti berkobar dan aku tetap di sisimu.

PERSOALAN
1. Kecekalan iaitu penyajak cekal dan sanggup berjauhan dengan keluarga untuk menuntut ilmu di negara
lain.

2. Kecekalan iaitu walaupun penyajak berasa tiada kegembiraan semasa berada di intitusi pengajian itu tetapi
diteruskannya juga kerana dia sedar dia berada di sana bukan untuk bersantai.

3. Kesungguhan iaitu penyajak masih mahu menuntut ilmu walaupun sudah lanjut usia.

4. Kecekalan iaitu penyajak cekal mengharungi cabaran seperti belajar dalam keadaan/suasana yang kurang
selesa.

5. Kesungguhan/Kecekalan iaitu kekurangan penyajak akibat usianya itu tidak menghalangnya dari mencapai
kejayaan. Bahkan penyajak bertambah cekal lagi.

TEMA
Tema sajak ini ialah Menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Penyajak telah mendapat peluang menuntut ilmu
di sebuah universiti dalam usia yang lanjut. Demi mencapai cita-citanya itu, dia belajar bersungguh-sungguh untuk
menerima ijazah yang diharap-harapkan sebelumnya. Dia tidak akan mensia-siakan peluang itu. ATAU

1
Kecekalan menuntut ilmu iaitu kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dan dapat masuk ke
universiti tidak kira berapa pun usia kita.

PERUTUSAN
1. Walaupun usia telah tua tetapi kita masih boleh memasuki unversiti hingga berjaya.

2. Kita tidak sepatutnya putus harapan untuk memasuki universiti walaupun pernah gagal.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berusaha mencapai cita-cita walaupun usia menjangkau tua.

2. Janganlah kita mudah mengalah, sebaliknya kita harus berusaha untuk mencapai cita-cita yang diharapkan.

BENTUK
Sajak Menara Gading ini mempunyai 5 rangkap.

Rangkap pertama mempunyai 4 baris (Quatrain). Rangkap kedua dan ketiga mempunyai 5 baris (Quint). Rangkap
keempat mempunyai 6 baris (Sekstet). Rangkap kelima mempunyai 8 baris (oktaf)

Jumlah sukukata yang paling pendek iaitu “dulu” mempunyai 2 sukukata pada rangkap 1 baris 2. Jumlah sukukata
yang paling panjang iaitu “tapi hampa kerana usiaku” mempunyai 11 sukukata pada rangkap 3 baris 5.

Rima akhir bagi rangkap pertama ialah a/a/a/a. Rima akhir bagi rangkap kedua ialah a/a/a/b/b. Rima akhir bagi
rangkap ketiga ialah a/a/a/a/a. Rima akhir bagi rangkap keempat ialah a/b/b/b/b/b. Rima akhir bagi rangkap kelima
ialah a/b/c/d/e/f/g/a.

Kesimpulannya, sajak ini bebas daripada ciri-ciri puisi lama.

CORAK
Corak - sajak “Menara Gading” ialah Odeiaitu sanjungan terhadap usaha penyajak menuntut ilmu di universiti.
Hal ini dapat pada penyajak yang bersungguh-sungguh untuk mengikuti pengajian di universiti walaupun ingatan
dan kemampuannya semakin berkurangan kerana usianya yang sudah tua tetapi semangat dan usaha penyajak tidak
berkurangan demi mencapai kejayaan.

ALIRAN
Aliran sajak ini ialah realisme iaitu kejadian yang berlaku dalam kehidupan sebenar kerana sajak ini mengutarakan
tentang kehidupan yang benar-benar terjadi di alam nyata iaitu seseorang yang ikhlas ingin menjadi seorang yang
berjaya dalam kehidupannya sanggup berkorban berjauhan dan meninggalkan keluarga yang disayangi di tempat
asalnya bagi menuntut ilmu pengetahuan dan mencapai cita-citanya. Selain itu, sajak ini juga beraliran didaktisisme
disebabkan penyajak menyelitkan pengajaran agar setiap orang yang lanjut usia itu tidak akan putus harapan kalau
ada dugaan untuk menghalangnya.

NADA
Nada sajak ini semangat dan harapan kerana penyajak bersemangat untuk melanjutkan pelajaran di usia tuanya
dengan membawa harapan agar tercapai kejayaan yang dihajati.

GAYA BAHASA
1. Simbol iaitu menggunakan perkataan yang mengandungi perlambangan.
menara gading bermaksud pusat pengajian tinggi
kota berjerebu bermaksud pencemaran

2. Asonansi ialah perulangan huruf vokal.


Rangkap 1 baris 4 iaitu ‘nekad pada yang satu’
Rangkap 4 baris 2 iaitu ‘aku hadir di sisimu’

2
3. Aliterasi ialah perulangan huruf konsonan.
Rangkap 1 Baris 2 iaitu ‘tinggalkan kesayangan kalbu’
Rangkap 3 baris 3 iaitu ‘meratap dan memujukmu’

4. Repitasi ialah perulangan kata dalam sajak.


Perkataan ‘di’, ‘aku’, ‘ini’, ‘yang’ dan sebagainya

5. Paradoks ialah ciri-ciri berlawan


Rangkap 3 baris 5 iaitu ‘Siang membebani’
Rangkap 3 baris 6 iaitu ‘dan malam menuntuti’

6. Responsi ialah pengulangan bunyi huruf dalam satu baris


Rangkap 1 baris 1 iaitu ‘Di antara tulang dan belulang yang keras dan’
Rangkap 3 Baris 2 iaitu ‘dengan nadi dan sendi yang lesu ini’

7. Gandaan ialah kata-kata berganda


Rangkap 5 Baris 3 iaitu ‘ berdiri di atas cita-cita yang luhur’
Rangkap 3 Baris 3 iaitu ‘selama perjalanan bertahun-tahun’

Anda mungkin juga menyukai