Anda di halaman 1dari 5

1.

7 Defini konsep

Terdapat lima definisi konsep dalam kajian ini, berikut adalah huraianya:

1.7.1 Pragmatik (bidang)

Pragmatik merupakan bidang linguistik yang mengkaji berkaitan penggunaan makna.


Pragmatik juga merupakan kajian mengenai bahasa yang mempunyai ayat yang gramatikal,
(Levinson 1978). Namun, Levinson sekali lagi dalam tahun 1983, telah memberikan definisi
yang lebihterperinci mengenai pragmatik dengan mengatakan bahawa teori ini merupakan teori
yang cuba untuk menerangkan hubungan bahasa dengan penggunanya,
termasuklahpenggunaan deiksis dan juga indeksikal, implikatur perbualan, pra-andaian,
lakuanbahasa, dan struktur perbualan. Pargmatics, so conceived, is simply the extension of the
semantical truth-definition to formal languages containing indexical term, (Kalish, 1967).

Ilmu pragmatik diwujudkan sebagai tindak balas kepada Chomsky disebabkan beliau
telah menjadikan bahasa sebagai suatu alat yang abstrak atau menyifatkan bahasa sebagai
keupayaan mental sahaja.Teori yang digunakan oleh Chomsky telah memisahkan penggunaan
bahasa penutur dan fungsi bahasa tersebut, (Levison, 1987).

Sperber dan Wilson (1986), menegaskan bahawa pragmatic merupakan bidang yang
mengkaji interpretasi ujaran menyelitkan pengetahuan duniakhas iaitu pengetahuan bukan
linguistik dan juga faktor-faktor linguistik. Pragmatik juga berperanan untuk menyelesaikan
masalah penyahtaksaan kekaburan, ketidaktentuan serta tugas mengayakan maklumat yang
tidak lengkap. Pragmatik juga berusaha untuk memperoleh kandungan yang tersirat bagi
sesuatu uajaran yang tersurat.

Selain itu, Pragmatik juga adalah teori yang berkaitan dengan interpretasi ujaran
termasuklah interpretasi ayat yang taksa serta ayat yang eliptik. Seterusnya pragmatik adalah
penting dalam mendapatkan makna implisit bagi ujaran yang disampaikan. Pragmatik ialah
ilmu yang bersangkutan dengan ilmu sosiolinguistik, psikolinguistik dan neurolinguistik,
(Levinson, 1987).
1.7.2 Implikatur (skop)

Implikatur diertikan sebagai ujaran yang mempunyai unsur tersirat. Implikatur ini juga
mempunyai makna yang dikatakan sebagai “double meaning’. Grice (1975), adalah individu
yang telah memperkenalkan implikatur. Sejak diperkenalkan oleh Grice,kajian berkaitan
implikatur ini terus dibincangkan dan di mendapat tempat di barat dan di Malaysia. Perkara
yang perlu diambil kira ketika membincangkan berkaitan implikatur adalah andaian implikatur
dan kesimpulan implikatur. Implikatur juga merupakan mesej yang disampaikan secara tidak
langsung dan tersirat.Implikatur adalah mesej yang tersirat yang disampaiakan dengan ujaran
yang tersurat Cartson, (1988).

Menurut Wijana (2011) proposisi (suatu asumsi yang dihasilkan penutur) yang
diimplikasikan itu disebut implikatur (implicature). Karena implikatur bukan merupakan
bagian tuturan yang mengimplikasikannya, hubungan kedua prosuposisi itu bukan merupakan
konsekuensensi mutlak (necessary consequence). Oktavianus (2006) menjelaskan bahwa
implikatur adalah implikasi lain yang dapat diturunkan dari suatu ujaran. Dengan kata lain,
implikatur adalah informasi implisit yang dapat ditentukan berdasarkan suatu tuturan.
Implikatur adalah maksud, keinginan, atau ungkapan hati yang tersembunyi.

Stanford Encyclopedia of Philosophy (2005) menyatakan bahawa: “An implicature is


something meant, implied or suggested distinct from what is said”. Berdasarkan daripada
penyataan tersebut menunjukkan bahawa sesuatu implikatur itu adalah bermakna dan sesuatu
ujaran atau cadangan yang dikemukanan adalah berbeza sama sekali dengan ujaran yang
disampaikan oleh penutur.

Sementara itu Laurence R. Horn (2004) menyatakan bahawa, “Implicature is a


component of speaker meaning that constitutes the aspect of what is meant in a speaker 16
utterance without being part of what is said. what speaker intends to communicate is
characteristically far richer than what she directly expresses…” (The Handbook of Pragmatics
2004:3). Berkaitan definisi berikut, implikatur ialah kompenan yang wujud dalam komunikasi
dan perkara yang diujarkan tersebut berbeza dengan perkara yang dituturkan. Selain itu penutur
juga bertanggungjawab untuk memastikan kehadiran implikatur perbualan mesti disedari oleh
pendengar dan mudah juga bagi pendengar menginterpretasikannya, (Grice, 1975).

Implikatur ini juga terbahagi kepada dua bahagian iaiti implikatur Konvensional dan
implikatur perbualan. Implikatur konvensional ini dikenali sebagai implikatur umum yang
melihat dari segi penggunaan sesetengah perkataan dalam ujaran yang akan membawa
implikatr-implikatur tertentu. Jika sesuatu perkataan tersebut kabur dan maknanya dapat
diketahui dari konteks, maka ayat tersebut dianggap sebagai implikatur dan merupakn
implikatur yang umum (NorHashimah Jalauddin, 1994). Manakala bagi implikatur perbualan
pula, NorHashimah Jalauddin (1994), menyatakan bahawa implikatur perbualan atau dikenali
sebagai implikatur yang khusus mempunyai factor istimewa yang dimiliki dalam konteks
ujaran dan selalunya tidak hair secara jelas dalam ujaran yang disampaikan.

1.7.3 Filem (data)

Menurut Anisah Sarji et al. (1996), filem diertikan sebagai imej yang terhasil dalam
bentuk visual bergerak yang mengandungi unsur-unsur penceritaan yang ditulis, diolah dalam
bentuk dialog, visual dan bunyi, yang kemudiannya dirakamkan menggunakan kamera, diolah
dengan menggunakan berbagai-bagai kepentingan dan matlamat untuk dipamerkan secara
tayangan di panggung-panggung wayang dan televisyen.

Filem juga boleh diertikan sebagai hasil garapan pelbagai seni yang memaparkan cerita
dan cermin kepada budaya masyarakat tertentu; pemikiran dan cetusan perasaan
pembikinannya; sebuah cerita tentang kehidupan yang tidak terbatas kepada manusia sahaja,
sama ada cerita itu benar, khayalan atau cerita yang telah diubahsuai atau dipadankan; dan
kesatuan bingkai-bingkai yang telah digarap secara harmoni menjadi syot, kesatuan syot-syot
menjadi jujuk, kesatuan jujuk menjadi babak dan seterusnya kesatuan babak-babak menjadi
sebuah teks atau cerita (Naim Haji Ahmad, 2010).

Selanjutnya, filem juga dertikan sebagai seni wayang atau “gambar bergerak” yang
diketahui umum secara komersial oleh Lumiere bersaudara pada 1895. Mereka telah
menamakan rekan mereka dengan “Cinematographe”. Pada dasarnya filem dapat
dikelompokan kepada dua dasar, iaitu kategori filem cerita dan bukan cerita. Ada diantara
pendapat lain yang mengkelompokan filem kepada fiksi dan bukan fiksi. Filem cerita adalah
filem yang dihasilkan berdasarkan cerita yang dikarang, dan dimainkan oleh pelakon. Pada
umumnya filem cerita bersifat komersial. Filem bukan cerita adalah filem yang mengambil
kenyataan sebagai subjek, iaitu dengan merakam kenyataan dari pada fiksi tentang kenyataan.
(Sumarno, 1996).
1.7.5 Teori Relevan

Teori Relevan ialah yang mengganding ilmu semantik dan pragmatik yang dipelopori
oleh Sperber dan Wilson, (1986). Mengikut Sperber dan Wilson, sesuatu ujaran yang hendak
dikomunikasi tersebut harus mempunyai sifat-sifat jelas dan nyata. Apabila ujaran yang
disampaikan mudah difahami oleh seseorang, maka ujaran tersebut dapat dianggap sebagai
ujaran yang bermanifestasi.

Perkara yang ditekankan dalam prinsip Teori Relevan adalah ujaran haruslah
mempunyai kerelevanan dan bukan kebenaran mutlak. Kesan konteks yang banyak beserta
usaha memproses maklumat yang rendah menjamin kerelevanan sesuatu ujaran. Dalam proses
penginterpretasiaan ujaran atau maklumat (tulisan, mesej), kognisi manusia sentiasa terarah
untuk mencapai kesan kognitif yang sebanyak mungkin dengan usaha memproses yang sedikit.
Kognisi manusia berorientasikan relevan. Pendengar selalunya akan menumpukan perhatian
kepada maklumat yang relevan dengan dirinya. Kesannya, dengan meminta perhatian,
penuturakan mencipta segala pengharapan yang relevan. Interpretasi yang terbaik ialah
interpretasi yang dapat mematuhi pengharapan ini.

Teori Relevan mencakupi fakta tentang pembentukan dan pemilihan konteks serta
Prinsip Relevan. Prinsip asas TR ialah setiap manusia berkomunikasi dengan berorentasikan
relevan, (Nor Hashimah, 2007). Teori Relevan juga menekankan tiga gagasan utamanya iaitu,
Konteks,Kesan konteks dan Kos Memproses. Gagasan utama tersebut juga turut dibantu oleh
tiga subgagasan iaitu, Pengayaan, Pemilihan Rujukan dan Penyahtaksaan Maklumat.

Anda mungkin juga menyukai