Anda di halaman 1dari 2

Tuliskan pergerakan yang sesuai berdasarkan cerita, Kamu boleh tulis berapa banyak

pergerakan yang sesuai ,

PERNYATAAN CADANGAN PERGERAKAN


Di dalam sebuah hutan, tinggal pelbagai jenis haiwan yang
hidup dengan nyaman dan damai, Burung berkicauan dan
unggas rimba riuh kegirangan, Tupai melompat bebas dari
dahan ke dahan.

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, daun meliuk ke kiri dan


ke kanan, bergoyang perlahan. Sungai mengalir tenang,

Si Kura-kura berjalan perlahan-lahan sambal menghirup


udara segar,

Sang Arnab sedang bersembunyi di belakang pokok


sedang mengintai Si Kura-kura, Tidak sabar Sang Arnab
hendak mengusik sahabatnya, Si Kura-kura.

Sang Arnab melompat dari belakang pokok apabila Si


Kura-kura berjalan melewatinya.

Hai, Si Kura-kura. Lambat sungguh engkau berjalan. Nanti


tentu kita akan lewat tiba di majlia keraian Si Bangau.

Eh, Sang Arnab! Aku memang berjalan lambat, Kakiku tak


panjang seperti engkau. Tak mengapa, biapun lambat, aku
masih akan sampai di majlis keraian itu.

Sang Arnab melompat ke hadapan, sambal tersenyum


menoleh ke belakang melihat Si Kura-kura yang
ditinggalkan.

Setelah beberapa Ketika, Sang Arnab hilang daripada


pandangan Sang Kura-kura.

Sayuo- sayup Si Kura-kura mendengar suara meminta


tolong, Rupa-rupanya Sang ASrnab terjatuh ke dalam
sebuah lubang besar.

Si Kura-kura menghampiri lubang besar itu,

Si Kura-kura menyampaikan pesan melalui burung agar


membantunya mengumpukan haiwan yang lain supaya
mereka akan menarik Sang Arnab keluar dari lubang
bersama-sama.

Tidak lama selepas itu, kelihatan rakan-rakan haiwan tiba


di tempat kejadian, Sang gajah pantas menghulurkan
belalainya kepada Si Monyet, Sebelah tangan Si Monyet
memegang belalai Sang Gajah, manakala sebelah lagi
dihulurkan kepada Sang Arnab mencapai tangan Si
Monyet lalu Sang Gajah menariknya keluar dari lubang itu.

Sang Arnab mengucapkan terima kasih kepada rakan-


rakan -rakan yang membantunya. Tersipu-sipu Sang Arnab
memohin maaf kepada Si Kura-kura kerana selalu
mengejeknya yang berjalan lambat.

Anda mungkin juga menyukai