Anda di halaman 1dari 8

• Integrasi pula bermakna “penggabungan atau pergabungan dua atau

lebih beberapa kaum menjadi satu kesatuan”.


• Integrasi Nasional pula membawa maksud “satu proses yang
menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui
pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama
USAHA MEWUJUDKAN INTEGRASI NASIONAL
• Persefahaman
• Tujuan adalah untuk melahirkan kehidupan yang harmonis & aman
sejahtera.
• Setiap individu haruslah :
i. mengenali antara satu dengan yang lain
ii. berpegang teguh kepada ajaran agama
iii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
• Aktiviti kemasyarakatan yang boleh dilakukan untuk melaksanakan amalan persefahaman :
i. Rukun tetangga
ii. Gotong-royong
iii. Bersukan/beriadah
• Bekerjasama
• Mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat terutamanya
masyarakat pelbagai etnik yang tinggal dalam kawasan taman perumahan
atau perkampungan.
• Bantuan yang diberikan sesama jiran sama ada dalam bentuk tenaga, harta,
masa atau idea akan wujud sifat kasih sayang antara jiran & sikap saling
menghormati dapat diamalkan.
• Amalan gotong-royong dan bekerjasama dalam suatu majlis perlu diteruskan
terutamanya di kawasan bandar (taman perumahan)
• Dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan seperti majlis perkahwinan,
majlis rumah terbuka dan sebagainya.
• Persaudaraan
• Hubungan rapat antara seseorang dengan orang lain.
• Islam - persaudaraan berasaskan keimanan dan ketakwaan iaitu
• Suatu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri
seseorang.
• Dilaksanakan dengan jujur, ikhlas dan mengasihi saudara sendiri.
• Kemesraan
• Masyarakat Islam - Mengamalkan budaya memberi salam kepada Muslim
yang lain untuk mewujudkan kemesraan.
• Masyarakat bukan Islam - sikap bertegur sapa seperti ucapan selamat,
mengukirkan senyuman ketika bertemu, saling menghormati dan memberi
perhatian ketika berucap menunjukkan ketinggian budi pekerti.
• Menunjukkan kemesraan antara satu sama lain terutamanya masyarakat
pelbagai etnik dan berbeza pegangan agama.
• Masyarakat tidak boleh bersikap sombong dan meninggi diri agar hubungan
yang baik dan mesra dapat dijalinkan.
• Budaya ziarah menziarahi
• Ziarah (Perkataan arab) = lawatan atau kunjungan
• Cara memupuk semangat kejiranan dan menjadi kunci perpaduan kaum.
• Perlu dilakukan sepanjang masa. Contoh menziarahi saudara mara/jiran
tetangga yang sakit.
• Dapat berkongsi dan menambah dan pengetahuan tentang budaya dan adat
resam bangsa-bangsa lain.
• Perlu disertai dengan adab dan sopan serta kelakuan yang baik.
• Hormat-menghormati
• Menghormati pandangan dan pendapat orang lain supaya tidak wujud salah
faham dan pertikaman lidah.
• Dapat mewujudkan kemesraan antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai