Anda di halaman 1dari 1

Air merupakan salah satu sumber alam semula jadi di

muka bumi ini. Air adalah keperluan asas kepada semua


hidupan. Tanpa air, manusia, flora dan fauna akan mati.
     Manusia memerlukan air untuk melakukan aktiviti harian.
Antaranya aktiviti harian ialah memasak, mencuci, menyiram
tanaman dan sebagainya. Manusia juga memerlukan air untuk
tumbesaran dan mengekalkan kesihatan badan.
      Selain itu, air juga digunakan untuk menjanakan kuasa
elektrik. Empangan Bakun, Kenyir, Semenyih dan sebagainya di
Malaysia menghasilkan elektrik. Oleh itu, air dapat
membekalkan elektrik kepada rumah-rumah, kedai, kilang dan
lain-lain lagi.
      Di samping itu, air juga membantu manusia dalam
pengangkutan. Contoh pengangkutan air adalah kapal, feri,
perahu dan sampan. Pengakutan air dapat menghantar
barangan atau manusia dari satu tempat ke tempat lain melalui
jalan air.
     Kesimpulannya, kita harus menghargai air. Kita perlu
sentiasa menjaga kebersihan air dan jangan membazir air.

Anda mungkin juga menyukai