Anda di halaman 1dari 9

HEURISTIK ANALOGI

Tajuk : Tambah dalam lingkungan 1000


Tahun : 3
Bilangan murid : 36 orang
Masa : 30 minit
Standard Kandungan: 2.1 Menambah sebarang dua nombor
Standard pembelajaran : Menambah sebarang dua nombor dengan pelbagai strategi
Objektif : Murid membuat pengiraan melengkapkan ayat matematik tambah
Pendekatan pengajaran : Kontruktivisme

Langkah 1 : Pengetahuan deria

Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan 6 murid dalam setiap


kumpulan.Selepas itu guru mengedarkan dua kad soalan kepada
setiap kumpulan .

+ 2820 = 5670 Kad A

+ 2 = 5 Kad B

Seterusnya guru meminta murid menyelesaikan soalan kad B


dahulu. Selepas itu guru mengemukakan soalan
a. Apakah jawapan bagi petak kosong ?
b. Bagaimana kamu memperolehi jawapan tersebut?
c. Bagaimana kamu buktikan jawapan kamu itu betul?

Seterusnya guru meminta murid mencari jawapan bagi kad A dengan


menggunakan kaedah seperti yang digunakan dalam mencari
jawapan soalan kad B.

Selepas murid membuat pengiraan di kertas , guru meminta dua


orang murid menunjukkan pengiraan pada papan tulis.Guru meminta
murid lain menyemak jawapan masing-masing.
Langkah 2 : Refleksi

Guru mengemukakan beberapa soalan kepada murid tentang aktiviti yang


telah dijalankan tadi.

a. Bagaimana kamu dapat menyelesaikan soalan kad A ?


b. Mengapa kamu dapat mencari jawapan kad B dengan cepat?
c. Apakah pengetahuan yang kamu perolehi daripada aktiviti tadi

Seterusnya guru mengedarkan kad soalan ( 3- 4 soalan)

+ 3650 = 7000

3660 + = 7800

8560 - = 3700

- 2440 = 4780

Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan masing-masing bagi


menyelesaikan soalan tersebut.Guru menjelaskan gunakan kaedah dalam
langkah 1 untuk menyelesaikan soalan.

Guru menyatakan
“ kamu perlu membuat satu soalan yang sepadan dengan soalan yang
cikgu berikan. Seperti soalan kad B dan soalan kad A. Kaedah ini akan
membantu kamu mengira soalan – soalan tersebut . Pastikan operasi yang
digunakan juga sama soalan.
Langkah 3 : Kolaborasi

Guru menyatakan
“ setiap ahli kumpulan mesti membuat pengiraan. Selepas itu tunjukkan
jawapan masing-masing. Bandingkan jawapan setiap ahli dalam kumpulan
Pilih satu jawapan yang kumpulan kamu fikirkan adalah betul . Ketua
kumpulan perlu bertanya pendapat ahli dalam kumpulan , adakah mereka
setuju dengan jawapan yang telah dipilih.Bagi rakan yang belum faham ,
beri tunjuk ajar kepada rakan tersebut. Kamu mestilah mengamalkan sikap
tolong- menolong dalam membantu rakan . Kamu jangan malu bertanya dan
pastikan kamu faham pengiraan yang diterangkan oleh rakan.

Langkah 4: Persetujuan

Guru menyatakan
“ Adakah semua kumpulan telah mendapat jawapan? Jika kumpulan anda telah
mendapat jawapan dan setuju dengan jawapan tersebut, anda di kehendakki
menulis jawapan tersebut pada kad manila yang telah diedarkan. Pada kad
manila tersebut tuliskan seperti berikut’’
1.
- 2440 = 4780

- =

Pengiraan bentuk lazim :

Semak semula:
Langkah 5 : Berkongsi

Penyataan guru
“ Adakah semua kumpulan telah siap menulis jawapan dan proses pengiraan pada
kad manila. Saya beri tempoh 2 minit lagi kepada kumpulan yang belum selesai.
Kumpulan yang telah siap sila semak jawapan anda. Jika semua kumpulan telah
siap sila duduk dengan member perhatian ke hadapan kelas. Saya minta ,
kumpulan yang sukarela untuk menunjukkan hasil tugasan kumpulan mereka.’’Jika
tiada kumpulan yang sukarela saya akan membuat undian.’’

Satu kumpulan keluar ke hadapan kelas.


Penyataan guru
“ Minta seorang wakil kumpulan untuk menerangkan bagaimana anda mendapat
jawapan. Kumpulan lain juga boleh memberi pendapat atau bertanya soalan
kepada kumpulan ini.’’
Guru akan memberi soalan yang akan membantu murid membuat penerangan

a. Bagaimanakah kumpulan kamu memperolehi jawapan bagi soalan ini?


b. Kenapakah kumpulan kamu memilih operasi tolak/tambah dalam
pengiraan?
HEURISTIK GAMBAR RAJAH JALUR

Tajuk : Tambah dalam lingkungan 1000


Tahun : 3
Bilangan murid : 36 orang
Masa : 30 minit
Standard Kandungan: 2.1 Menambah sebarang dua nombor
Standard pembelajaran : Menyelesaikan masalah tambah melibat se
bjektif : Murid membuat pengiraan melengkapkan ayat matematik tambah
Pendekatan pengajaran : Kontruktivisme

Langkah 1 :

Guru menampal sekeping kad jalur yang sama saiz di hadapan


kelas seperti di bawah

A 100

Kemudian guru tampalkan pula kad jalur B di bawah kad jalur A

A 100

B 100 50

Guru kemukakan beberapa soalan


a.Berapakah nilai kad jalur A ?
b. Berapakah nilai kad jalur B?
c. Berapakah lebih nilai kad jalur B daripada nilai kad jalur A?

Guru beri penegasan sekali lagi kepada jawapan murid.


Kad jalur B mempunyai 50 lebih daripada kad jalur A

Kemudian guru mencantumkan ketiga-tiga kad seperti di


bawah.Kemudian guru kemukakan soalan lagi.

100 100 50

A B

a. Berapakah jumlah bagi kedua-dua kad ini?


Langkah 2 :

Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan 6 murid dalam setiap


kumpulan.Selepas itu guru mengedarkan satu kad soalan kepada
setiap kumpulan.

Sekolah A mempunyai 1500 orang murid , manakala


sekolah B mempunyai 200 orang murid lebih daripada
sekolah A. Berapakah jumlah murid di kedua- dua
sekolah tersebut.

Selepas itu guru memberikan setiap kumpulan murid 3 kad jalur seperti
di bawah

1500 1500 200

Arahan guru:
“baca soalan sehingga habis. Fahamkan maklumat yang terdapat pada
soalan. Seterusnya warnakan kad jalur sekolah A dan warnakan kad
jalur sekolah B”. Selepas itu kirakan jumlah murid bagi sekolah A dan
sekolah B. Gunakan kad gambarajah untuk mendapatkan jawapan.’’

Setelah murid diberi tempoh membuat pengiraan.Guru mengemukakan


beberapa soalan kepada semua kumpulan. Murid yang ingin menjawab
perlu mengangkat tangan.

Guru menyoal murid.

a. Berapakah bilangan murid di sekolah B?


b. Berapakah jumlah murid di kedua-dua sekolah?
c. Bagaimana kamu mendapat jumlah murid bagi kedua-dua
sekolah tersebut?
Langkah 3 :

Seterusnya guru mengedarkan kad-kad soalan kepada setiap kumpulan .


Soalan bagi setiap kumpulan adalah sama.

Sebuah kilang mempunyai 370 orang pekerja. Manakala bilangan


Pekerja perempuaan adalah 50 orang lebih daripada pekerja lelaki.
Berapakah jumlah pekerja di kilang tersebut?

Arahan guru:

“dalam kumpulan masing-masing , bincangkan bagaimana untuk


menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang diberi. Gunakan kaedah
pengiraan yang telah kamu gunakan bagi mengira bilangan sekolah A dan
sekolah B iaitu dengan menggunakan kad jalur.’’Pada aktiviti ini anda
dikehendakki melukis kad-kad jalur dan tuliskan bilangan pada kad jalur
tersebut.Seterus lakukan proses untuk mendapatkan jawapan bagi soalan
penyelesaian masalah yang diberi.Tuliskan jawapan anda pada kad manila
yang telah diedarkan.

Guru memaparkan bentuk proses pengiraan yang perlu ditulis oleh murid
pada kad manila

Soalan 1 ( Tampalkan soalan anda)

Lukiskan kad jalur dan nilai bagi kad jalur.

Pengiraan

Jawapan:

Guru memberi penegasan


“ pastikan semua ahli membuat pengiraan . Bagi rakan yang kurang faham
ahli kumpulan yang lebih faham (pandai) bantu rakan tersebut.Ketua
kumpulan perlu bertanya setiap ahli , adakah mereka faham tentang
pengiraan yang digunakan . Pastikan semua ahli kumpulan setuju dengan
jawapan yang telah dipilih”.
Langkah 4:
Setelah murid diberi tempoh untuk membuat perbincangan bagi
menyelesaikan masalah yang diberi. Guru memilih satu kumpulan
memaparkan hasil kumpuan mereka di hadapan kelas. Guru kemukakan
soalan untuk membantu murid membuat penerangan.

a. Berapakah bilangan pekerja lelaki ?


b. Berapakah bilangan pekerja perempuan lebih daripada pekerja
lelaki?
c. Berapakah lebih bilangan pekerja perempuan ?
d. Bagaimakah kamu gunakan gambarajah jalur untuk mencari bilangan
pekerja perempuan?
e. Berapakah jumlah pekerja lelaki dan perempuan di kilang tersebut?
f. Bagaimanakah kamu gunakan lukisan gambarajah jalur untuk
mencari jumlah pekerja pekerja lelaki dan perempuan di kilang itu?

Penyataan guru:
“ murid daripada kumpulan lain boleh menyoal kumpulan yang membuat
perbentangan. Tanya mereka apa-apa soalan yang anda kurang faham
berkaitan hasil perbincangan kumpulan mereka.’’

Langkah 5:
Guru akhir sekali meminta murid membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah
dijalankan.

Guru kemukan soalan untuk memandu murid membuat rumusan


Apakah kaedah atau cara yang kamu gunakan dalam menyelesaikan soalan
penyelesaian masalah tadi?

Guru akhir sekali membuat rumusan bahawa banyak kaedah yang boleh
digunakan dalam mencari jawapan bagi soalan penyelesaian masalah. Kaedah
yang digunakan tadi dinamakan kaedah penyelesaian masalah menggunakan
gambarajah jalur atau dalam istilah matematik disebut heuristik gambarajah
jalur.

Anda mungkin juga menyukai