Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran Tahun Tarikh Masa Bilangan murid Tajuk Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran

: Matematik : 5 Bijak : 22 Ogos 2013 (Khamis) : 60 minit (10.40 am 11.40 am) : 30 orang : Nombor Bulat : Tambah dalam lingkungan 1 000 000 : Murid dapat menambah sebarang nombor hingga 1 000 000 Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat : Menyelesaikan operasi menambah dalam lingkungan 1 000 000 tanpa mengumpul semula dan dengan mengumpul semula. Menyelesaikan sekurang kurangnya empat soalan operasi tambahan dalam lingkungan 1 000 000 dengan betul. Menjawab sekurang kurangnya lima soalan operasi tambah dalam lingkungan 1 000 000 dengan betul secara bertulis. Pengetahuan sedia ada : Murid tahu bagaimana untuk : Bahan Bantu Mengajar Melakukan operasi menambah dan menolak Membezakan nilai tempat

: Pembesar suara, komputer riba, lembaran kerja, lembaran soalan, sampul berwarna, kain, kotak nilai tempat, papan tulis

Kaedah Kemahiran berfikir Nilai Murni

: Penyoalan, perbincangan, penemuan dan penyiasatan : Menjana idea, membuat ramalan : Bersunguh sungguh, bersyukur, bekerjasama dan bersabar.

Langkah/Masa Set Induksi (5 minit)

Kandungan Pengenalan tajuk kepada murid

Langkah langkah/aktiviti Guru memainkan lagu Kalau Aku Kaya. Guru bertanya kepada murid apa tindakan mereka sekiranya mereka mempunyai duit sebanyak RM 1 juta. Guru bertanya kepada murid tajuk yang akan mereka pelajari pada hari ini.

Catatan Teknik : Penyoalan BBM : pembesar suara, komputer riba KB : menjana idea Nilai : bersyukur

Pengenalan konsep (20 minit)

Pengenalan kepada operasi tambah dalam lingkungan 1 000 000

Guru menerangkan konsep penambahan dalam lingkungan 1 000 000 kepada murid menggunakan konsep nilai tempat..

Teknik : Penyoalan dan demonstrasi BBM : papan tulis, batu batu berwarna, kotak nilai tempat KB : menjana idea, membuat ramalan Nilai : bekerjasama

Guru memberikan soalan penambahan dalam lingkungan 1 000 000 tanpa mengumpul semula kepada murid.

Guru meminta seorang murid untuk menjawab soalan yang diberikan.

Murid akan menjawab soalan yang diberikan menggunakan batu batu berwarna.

Soalan penambahan tanpa mengira semula :300 020 + 505 = 300 525

Soalan penambahan dengan mengumpul semula : 700 367 + 84 = 700 451

Murid murid yang lain akan membantunya sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah.

Guru akan menunjukkan cara pengiraan yang betul menggunakan batu batu berwarna.

Guru akan memberikan contoh soalan penambahan dalam lingkungan 1 000 000 dengan mengumpul semula.

Perkembangan konsep (20 minit)

Aktiviti Pengukuhan (mengikut aras kebolehan)

Guru meletakkan sampul sampul berwarna di sekeliling kelas.

Teknik : Penemuan dan penyiasatan

BBM : lembaran soalan, sampul berwarna, kain KB : menjana idea, membuat ramalan Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua. Setiap kumpulan diarahkan untuk mencari sampul sampul berwarna mengikut warna sapu tangan yang diberikan oleh guru. Murid dikehendaki untuk menyelesaikan soalan soalan yang terdapat dalam sampul sampul tersebut. Kumpulan yang telah siap perlu melambungkan sapu tangan ke atas. Nilai : bekerjasama, bersabar

Setiap kumpulan perlu membentangkan jawapan mereka.

Kumpulan yang mendapat jawapan yang betul dan pantas akan diberikan hadiah.

Perkembangan (15 minit)

Lembaran kerja

Guru akan mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

BBM : lembaran kerja

Guru akan memantau dan membimbing murid murid.

KB : menjana idea Nilai : kesungguhan

Penutup (5 minit)

Rumusan pelajaran pada hari tersebut.

Guru bertanya kepada murid mengenai perkara yang dipelajari pada hari ini.

Nilai : bersyukur, bersungguh sungguh

Guru memberikan ucapan tahniah kepada murid murid.

Guru mengedarkan lembaran kerja rumah kepada murid murid.

Kerja rumah berkenaan tajuk yang dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai