Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM BINA INSAN

GURU SIRI 5, FASA 1

Slot

: Senaman pagi

Tarikh : 02/07/2013
Masa

: 7.30 pagi

Aktiviti : senaman pagi


Setiap pagi, kami akan mengadakan aktiviti senaman pagi. Selain menyihatkan
badan, secara tidak langsung, saya turut mempelajari banyak cara senaman yang
kreatif dan menyeronokkan.
Pada pagi hari kedua kami telah berkumpul di dataran pada tepat pukul 7.30
pagi untuk menjalani aktiviti yang seterusnya iaitu upacara menaikkan bendera sambil
menyanyikan lagu Negaraku dan lagu IPG. Encik. Khairuddin telah mengendalikan slot
ini. Beliau menunjukkan cara- cara menaikkan bendera dengan betul. Seterusnya kami
melakukan sedikit senaman ringkas dan jogging dalam kawasan tapak perkhemahan
tersebut.
Melalui aktiviti seperti ini, kami diajar untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup
yang sihat di mana kami ditekankan supaya selalu bersenam dan pentingnya bagi kita
untuk menjaga kesihatan. Selain itu, kami juga diberikan pendedahan mengenai caracara untuk menjadikan senaman pagi lebih menarik iaitu dengan melakukan senaman
ringkas dalam bentuk permainan. Senaman dalam bentuk permainan adalah lebih
menyeronokkan dan apa yang penting di sini ialah kami sebagai guru pelatih di ajar
supaya menggunakan cara ini untuk menarik murid murid yang tidak gemar kepada
bersenam menjadi suka kepada bersenam.
Di samping itu, sesi ini juga ada melibatkan peserta kem program ini. Ini menjadi
slot ini lebih menarik dan menyorokkan. Sesi ini berakhir tepat pukul 7.45 pagi untuk
memberi ruang kepada waktu sarapan dan slot yang seterusnya iaitu aktiviti air dan
aktiviti kembara.

PROGRAM BINA INSAN


GURU SIRI 5, FASA 1

Sepanjang program BIG ini dijalankan, saya berasa sangat seronok ketika
bersenam pagi ini kerana setiap pagi saya akan tertunggu apakah senaman baru yang
akan diajar oleh ahli-ahli kumpulan lain.

PROGRAM BINA INSAN


GURU SIRI 5, FASA 1

Slot

: Senaman pagi

Tarikh : 03/07/2013
Masa

: 7.30 pagi

Aktiviti : Permainan kecil


Seperti biasa, kami akan melakukan aktiviti senaman pagi dengan rakan- rakan
serta pensyarah. Kami lebih bersemangat pada hari yang ketiga ini.
kami telah berkumpul di dataran pada tepat pukul 7.30 pagi untuk menjalani
aktiviti yang seterusnya iaitu upacara menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu
Negaraku, lagu IPG serta lagu BIG . Seperti biasa Encik. Khairuddin telah
mengendalikan slot ini. Beliau menunjukkan cara- cara membuat kawad dengan betul.
Seterusnya kami melakukan sedikit senaman ringkas dan bermain permainan kecil
seperti galah panjang, serigala dengan ayam dan harimau dengan kambing bersama
ahli kumpulan masing masing.
Melalui aktiviti, kami mempelajari cara cara untuk bekerjasama antara satu
sama lain. Selain itu, kami juga diberikan pendedahan mengenai cara- cara bermain
permainan kecil dengan tepat mengikut peraturan yang ditetapkan. Permainan ini amat
menyeronokkan dan kami bermain seperti kanak- kanak.
Di samping itu, sesi ini juga ada melibatkan peserta kem program ini. Ini menjadi
slot ini lebih menarik dan menyorokkan. Sesi ini berakhir tepat pukul 7.45 pagi untuk
memberi ruang kepada waktu sarapan dan slot yang seterusnya iaitu aktiviti air dan
aktiviti kembara.
Saya berasa sangat seronok ketika bermain permainan kecil dengan seronok
sekali. Kami tertunggu tunggu aktiviti yang akan dijalankan pada keesokan harinya.

PROGRAM BINA INSAN


GURU SIRI 5, FASA 1

Slot

: Senaman pagi

Tarikh : 04/07/2013
Masa

: 7.30 pagi

Aktiviti : Permainan tradisional


Seperti biasa, saya melakukan senaman pagi dengan rakan- rakan dan
pensyarah. Kali ini Encik Khairuddin mengendalikan aktiviti senaman pagi bersama
dengan penghulu pada hari tersebut dengan iringan lagu. Beliau telah mengajar
senaman yang ringkas untuk merelakskan badan dan minda kami.
Pada pagi hari yang keempat ini, kami telah berkumpul di dataran seperti biasa
pada tepat pukul 7.30 pagi untuk menjalani aktiviti yang seterusnya iaitu upacara
menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku dan lagu IPG.
Pada hari ini kami bermain permainan tradisional seperti kabadi, congkak, gasing
dan ting- ting. Kami bermain dengan penuh semangat kerana kami pernah bermain
permainan-permainan ini ketika mempelajari subjek

pendidikan jasmani. Walaupun

kami sangat penat tetapi kami tidak menghiraukan kepenatan itu dan bermain dengan
bersungguh sungguh. Kami berasa segar selepas bermain permainan- permainan
tradisional ini.
Selepas itu, kami makan sarapan. Disebabkan hari ini adalah hari yang terakhir
dan kami dikehendaki balik ke IPGKTB, kami menyusun khemah dan membersihkan
kawasan perkhemahan supaya kembalikan tempat yang asal. Kami meletakkan
khemah di tempat yang disediakan dan pensyarah pensyarah memberi sedikit
taklimat tentang aktiviti keseluruhan BIG ini. Secara keseluruhannya proses BIG ini,
dijalankan dengan lancar walaupun hujan lebat.
Sementara menunggu slot refleksi kami mengemaskan dewan dan tempat
masakan serta mencuci khemah kami yang kotor akibat daripada hujan lebat. Akhirnya
kami melakukan segala kerja serta aktiviti yang diberikan kepada kami oleh pensyarah
dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai