Anda di halaman 1dari 13

-r

PENDEKATAN KAEDAH MNEMONIK


DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB (J-QAF)

PENGENALAN

Di dalam dunia globalisasi dan penuh cabaran pada masa kini, persaingan yang wujud
bukan sahaja dari segi keperluan mahupun material tetapi juga dari segi mental dan
intelektual. Dalam hal ini, individu perlu memacu hidup ke hadapan dengan lebih
dinamik dan pantas demi mencapai kejayaan dan berada sebaris dalam kalangan
golongan cendekiawan.

Pembelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah telah diperkenalkan oleh Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003 bagi memastikan ilmu yang dipelajari bagi
seseorang pelajar itu terus berkembang dari masa ke semasa.. Cetusan idea oleh beliau
wujud selepas beliau menghadiri lawatan rasmi ke Kementerian Pendidikan bagi
membincangkan isu pendidikan sekolah rendah dan Pendidikan Islam sehinggalah
terhasilnya pelaksaan J-Qaf pada tahun 2005 (KPM,2004).
Rosni (2012) berpandangan kekurangan aktiviti bahasa dalam pengajaran menjadi
antara faktor utama masalah pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab. Kekangan ini
menyebabkan pelajar kurang upaya dan seterusnya pelajar tidak dapat membina ilmu
yang berterusan.

Tidak dinafikan bagi seseorang pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa
Arab harus memiliki empat kemahiran bahasa yang mencakupi aspek kemahiran
membaca, menulis, bertutur dan mendengar (Majdan,2012). Namun, setiap pelajar juga
perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan proses pembelajaran
dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan
dipupuk dalam din i bukannya bakat atau anugerah semula jadi seseorang. Gaya
pembelajaran yang berbeza bergantung kepada keadaan minda dijana dan dimanipulasi
(Zaida,2002).
Konsep gaya pembelajaran turut disentuh oleh Syed& Ahmad dalam petikannya:
"Dalam konteks memahami slidt murid, gaya pembelajaran tnenjadi indikator bagaimana seseorang murid
be/ajar dan cara be/ajar yang digemari
(Syed&Ahmad,2011:225)

Namun, dalam kesungguhan usaha tersebut masih terdapat kelompok individu


yang berhadapan dengan masalah di dalam pembelajaran yang mana menyebabkan usaha
mereka untuk maju ke hadapan sedikit terencat dan agak perlahan terutamanya
permasalahan di dalam mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran tertentu.
Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan membelenggu pelajar-pelajar dan
harus di tangani dengan kadar segera agar proses pembelajaran dapat berlangsung dengan

1- gt,4

balk dan menarik seterusnya dapat bersaing meneraju dunia bersama-sama. Melalui
kajian Basah yang dilakukan oleh terhadap pelajar sekolah menengah Tingkatan satu di
enam buah sekolah di Negeri Sembilan (JQAF) mendapati bahawa persepsi pelajar
terhadap Bahasa adalah negatif. Mereka juga tidak pasti mengenai pembelajaran Bahasa
Arab berbanding penerapan aspek solat dan kern bestari solat.
Setiap pelajar perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan
proses pembelajaran dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang
boleh dipelajari dan dipupuk dalam din i bukannya bakat atau anugerah semula jadi
seseorang. Gaya pembelajaran seseorang pelajar adalah berbeza dengan pelajar yang lain.
Ada yang lebih gemar belajar secara sendiri, berkumpulan, pemerhatian, kajian,
perbincangan, dalam keadaan sunyi atau bising dan pelbagai gaya pembelajaran lain
yang tidak disebutkan.
Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang
pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat,
ilmu atau pengalarnan yang baru. Kesemua gaya-gaya pembelajaran yang dinyatakan
pasti melibatkan proses mengingat. Ini menunjukkan kemahiran mengingat adalah satu
kemahiran yang sangat penting yang harus ada di dalam din i seorang pelajar khususnya
dan manusia amnya. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang diamalkan dalam proses
meningkatkan kemahiran mengingat di dalam pembelajaran sebagai usaha untuk
meningkatkan kefahaman dan mengingati fakta-fakta penting. Hal ini kerana manusia
mempunyai ingatan yang terbatas dan tidak mampu untuk mengingati semua perkara di
dalam kehidupan dalam satu-satu masa. Namun begitu, permasalahan ingatan manusia
yang terbatas ini boleh di atasi dan ditingkatkan melalui kemahiran mengingat dan
latihan yang bersisternatik.

Menurut Yates (1966) melalui bukunya yang bertajuk "The Art of Memory
menyatakan:
It is not difficult to get hold of the general principles of the mnemonic. The first step was to imprint on the
memory a series of loci or places".

Kemahiran mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan


kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Kemahiran
mengingat juga ialah proses mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan
kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam. Antara kaedah yang digunakan untuk
meninglcatkan ingatan ialah menggunakan alat bahan bantu mengajar, bahan pengajaran
yang bermakna, isi pelajaran teratur dan balk, mengulang isi pelajaran, waktu rehat
dalam pembelajaran, pengelolaan pembelajaran, mengaitkan pembelajaran dengan
kehidupan sebenar, membuat latih tubi, mempraktildcan ilmu dan menggunakan kaedah
mnemonik.
Melalui kajian yang dilakukan oleh Scoot,Richard &Kelly (1982) mendapati
bahawa kanak-kanak memperoleh pembelajaran dengan lebih tersusun dan pembelajaran
yang strategiik dapat dicapai apabila memahami dan meneggunakan strategi mnemonik.
Justeru, perancangan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui bagaimana
untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan seterusnya mengamalkan teknik-teknik
2

dan kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengingat pelajar di dalam
pernbelajaran.
Perkembangan kemahiran kanak-kanak sekolah rendah dalam membina strategi
pembelajaran yang kukuh amat penting kerana pada peringkat ini keseimbangan
pencapaian pendidikan dan penerimaan terhadap ilmu adalah pada tahap yang sama.
Kanak-kanak perlu menguasai dan menghalusi beberapa kemahiran yang khusus di alam
persekolahan. Tanpa penguasaan ini, maka mereka akan gagal seterusnya membawa rasa
rendah din i dan tiada keupayaan (Haliza,Joy&Rafidah:2008)

Mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah diajar secara asas tanpa
melibatkan jumlah ayat yang panjang. Daripada perspektif penulis, ini menunjukkan
bahawa apa yang telah dipelajari oleh pelajar hanya kekal dalam ingatan jangka pendek
mcreka sahaja iaitu keupayaan terhadnya pada satu masa. Pengajaran yang telah
disampaikan itu tidak masuk dalam ingatan jangka panjang mereka iaitu keupayaan yang
tidak terhad, boleh menyimpan maklumat dalam ingatan dan dilupa secara beransur.
Menurut Kamarudin (2010) mengatakan bahawa :
"ingatan merujuk kepada masa sdam yang melibatkan aktiviti mengenalpasti maklumat yang telah
diperoleh, dialami, kelas yang telah dibentuk, hubungan dan system yang telah diperoleh, transformasi
yang dilakukan, kesan dan implikasi yang telah dibuat dan sebagainya".

Lupaan rnerupakan satu kejadian biasa. Antara sebab manusia boleh lupa ialah
ketiadaan saranan dan peredaran masa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
pelajar sentiasa didedahkan dengan maklumat yang baru dan mereka akan memberi fokus
kepada maklumat baru. Maklumat yang baru ini akan mengambil alih tempat maklumat
lama dan menyebabkan ingatan lama mula mereput. Walau bagaimanapun, strategik dan
pendekatan tertentu boleh digunakan untuk membantu kita dan pelajar mengingat
maklumat yang banyak dan kurangkan lupaan. Satu cara untuk mengurangkan lupaan
ialah guru harus menjadikan pembelajaran sesuatu yang memberangsangkan.

Secara rasionalnya kajian ini dijalank.an adalah bertujuan mencadangkan


pendekatan kaedah mnemonik sebagai salah satu kemahiran bahasa yang digunakan bagi
meningkatkan pencapaian pelajar, khususnya bagi pelajar j-Qaf sekolah rendah.

PERNYATAAN MASALAH

Penguasaan bahasa kedua memerlukan pembelajaran yang berterusan dan diperkayakan


dengan kaedah yang menarik terhadap setiap yang dipelajari dari masa ke semasa. Dalam
arena pendidikan, asas strategi pembelajaran merupakan medium yang utama bagi
memastikan pelajar mampu mendapatkan informasi, memproses dan menerima dan
menyimpan dengan jangka masa yang panjang. Perkembangan konteks pemaharnan
terhadap suatu ilmu baru tanpa mengabaikan apa yang telah dipelajari adalah lebih
berkesan.
3

Pada umumnya, strategi mengingat merupakan salah satu strategi pembelajaran bahasa.
Strategi-strategi ini membolehkan pelajar memperoleh maklumat yang diperoleh secara
mudah (Nurazan,2004). Eid (2012) mendapati bahawa strategi pembelajaran bahasa
membantu pelajar meningkatkan kemahiran bahasa secara efektif. Menurut Norhayuza,
kajian tentang ingatan dikatakan kurang mendapat perhatian oeleh pengkaji-pengkaji,
manakala kajian terhadap Bahasa Arab hampir langsung tiada dijalankan.
Melalui kajian Bhasah yang dilakukan oleh terhadap pelajar sekolah menengah
Tingkatan satu di enam buah sekolah di Negeri Sembilan (JQAF) mendapati bahawa
persepsi pelajar terhadap Bahasa adalah negatif. Mereka juga tidak pasti mengenai
pembelajaran Bahasa Arab berbanding penerapan aspek solat dan kern bestari solat.
Kajian Maizatul (2011) menyatakan bahawa murid mempunyai minat dan kesungguhan
terhadap mata pelajaran Bahasa Arab, namun memperolehi pencapaian yang agak
sederhana. Keadaan ini disokong apabila turut mendapat sokongan yang sederhana
manakala pencapaian murid dalam kemahiran yang diuji adalah lemah dan kurang
memuaskan.
Perihal ini menunjukkan kaedah mengingat Bahasa Arab bagi pelajar sekolah rendah
menjadi isu yang kurang ditittikberatkan. Masalah ini berlarutan apabila beralih ke
sekolah menengah. Penerimaan terhadap bahasa ini semakin merosot, malah hingga ke
peringkat universiti. Penulis berpendapat pembelajaran asas Bahasa Arab pada peringkat
rendah amat penting agar pelajar tidak ketinggalan dan keliru dengan pilihan perkataan
dan huruf yang dipelajari.

KERANGKA TEORI / KONSEP


Kaedah mnemonik dicipta adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat individu.
Menurut Mok (2002) melalui Teori Pemprosesan Maklumat R.M Gagne mengatakan
bahawa rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf
melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan kemudian
dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas
melalui sistem saraf. Menurut beliau, pengalaman-pengalaman yang disimpan di dalam
stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan
pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.
Kaedah mnemonik adalah kaedah yang boleh mengukuhkan ingatan untuk suatu
jangka masa yang panjang bersesuaian dengan teori yang dikeluarkan oleh Gagne. Di
dalam negara kita, para guru dan pendidik telah sekian lama menggunakan kaedah ini
dalam pendidikan bagi membantu pelajar mengingati sesuatu fakta dan maklumat dengan
mudah dan cepat. Guru-guru telah pun mencipta berbagai mnemonik sebagai suatu
pendekatan pengajaran dan mnemonik yang dicipta itu telah pun digunakan secara turun
temurun. Kaedah mnemonik boleh membantu pelajar daripada pelbagai peringkat sama
ada pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.
Douglas (200) berpendapat bahawa kaedah mnemonik merupakan salah satu
strategi kognitif, namun tidak didedahkan di sekolah pada masa kini.

DEFINISI OPERASI
Kaedah Mnemonik
Mnemonik mempunyai pelbagai tafsiran makna. Menurut Mohammad & Saed
(2011) perkataan mnemonik ini adalah berasal daripada bahasa Greek iaitu mnemosyne
iaitu yang banyak berkaitan dengan pemikiran atau minda. Merujuk kepada kamus
Oxford (1340:1973) mnemonik bermaksud kemahiran mengingat dengan menggunakan
sistem dan kaedah tertentu. Kaedah mnemonik ini juga menggunakan prinsip asosiasi
iaitu maklumat yang ingin di ingati dikaitkan dengan maklumat yang lain yang mudah di
ingat (Suwito,295:2005).
Kaedah mnemonik bermaksud mengorganisasikan fakta-fakta untuk
memudahkan ingatan. Ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima
maklumat, memproses, dan menyimpannya dalam otak kemudian mengeluarkannya
ketika diperlukan. Jefrey& Cynthia (2011) menjelaskan bahawa mnemonik adalah suatu
cara untuk meningkatkan memori dan membina maklumat dengan lebih berkesan. Ia
berfungsi sebagai medium untuk mengekod maklumat supaya lebih tersusun.
Gaya pembelajaran teknik mnemonik terbahagi kepada tiga gaya pembelajaran
iaitu mnemonik peg, mnemonik berkaitan dan mnemonik kata kunci. Teknik mnemonik
peg ialah mengambil huruf awalan dan mencantumkannya menjadi satu perkataan yang
mudah di ingat.
Teknik mnemonik berkaitan pula ialah membina satu ayat lain berdasarkan huruf
awalan bagi rangkai kata yang ingin dingati.
Kaedah mnemonik yang seterusnya ialah kata kunci. Carter (1998) berpendapat
pada peringkat asa pembelajaran, sesuatu perkataan itu tidak dapat diingati secara efektif
dengan menggunakan konteks ayat dan mesti digunakan perkataan tunggal atau
berpasangan. ialah kata yang terdengar seperti kata baru dan mudah digambarkan.
Kemudian diciptakan sebuah gambar atau bayangan dari kata kunci dan definisi tersebut
bersama. Hal tersebut penting ketika saling berinteraksi dan tidak ditampilkan dalam
gambar atau bayangan yang sama. Teknik mnemonik kata kunci adalah kaedah yang
lebih banyak digunakan dalam pembelajaran bahasa, pembaca yang lemah dan golongan
orang yang kurang berupaya. Mereka mengingati sesuatu dengan mencipta formula yang
mana formula tersebut menjadi kata kunci untuk mengingat.

Teknik mnemonik terbahagi kepada beberapa jen is iaitu teknik


hubungan/rantaian, teknik kata gantian, teknik anekdot, teknik lokasi, akrostik dan
akronim.

hubungan/rantaian

I okas i
I

.(),
I

anekdot

Hubungan/rantaian

V
Teknik mnemonik

I
akrostik

Kata gantian

akronim

Teknik hubungan/rantaian Menghubungkan adalah satu proses mengaitkan atau


mengasosiasikan satu perkataan dengan perkataan yang lain melalui sebuah aksi atau
gambaran. Teknik ini biasa digunakan dengan sistem kata penanda untuk mengingatkan
serangkaian informasi dalam urutan tertentu. Teknik ini sesuai untuk mengingati suatu
senarai yang panjang. la melibatkan imaginasi atau gambaran mental secara aktif.
Teknik ini membayangkan sesuatu objek secara reguan yang sedang berinteraksi.
Hubungan yang dibentuk tidak perlu logik ataupun realistik asalkan kata hubungan itu
dapat membantu mengingat sesuatu fakta.
Teknik kata gantian Teknik ini digunakan untuk perkara abstrak yang sukar diingat.
la melibatkan penggunaan imej yang timbul daripada kata ajuk dan membayangkan suatu
imej yang konkrit.
Teknik anekdot Teknik yang menggunakan cerita pendek dan lucu untuk
memudahkan proses ingatan dan menghubungkaitkannya dengan kata kuncinya
sahaja.Contohnya: apabila menggunakan perkataan yang berkaitan mengenai sekolah:

Mak limah

a....kil

Mat dens
Maktab

,...r.:K1.1
6

Darah

'01) 1')1 1

faisal

Teknik lokasi Teknik ini juga dikenali sebagai kaedah tempat dan berdasarkan dua
cantuman unsur iaitu imej dan tempat. Teknik ini dilakukan dengan mengingati sesuatu
lokasi dan dikaitkan dengan maklumat yang hendak diingati. Beberapa langkah perlu
diambil untuk menggunakan teknik ini iaitu membayangkan beberapa lokasi yang
tersusun dalam satu jalinan. Kemudian lokasi hendaklah dibayangkan dengan jelas dalam
ingatan. Satu imej dibayangkan bagi satu kata kunci daripada senarai maklumat yang
telah dibuat. Senarai maklumat yang abstrak perlu dikonkritkan terlebih dahulu. Imej
dihubungkan dengan lokasi yang telah dibayangkan dalam ingatan. Satu imej adalah
untuk satu lokasi. lmej dan lokasi dikaitkan mengikut urutan. Hal ini dilakukan secara
mental dengan mengasosiasikan setiap informasi yang diperlukan.

DJ

,74

.3 01 ; ,

_100-

-X;e1 Zoo-(zirafa ,harimau,buaya)


CA:P 1)

Pasar-(kobis,sawi,kentang,timun)
Hospital-(doktor, jururawat,ambulans)
Rumah-(basikal,emak,ayah,adik,kakak)

Teknik akrostik Kata akrostik berasal daripada perkataan Perancis iaitu acrostiche dan
daripada Yunani iaitu akrostichis yang berrnaksud sebuah sajak yang huruf awal barisbarisnya menyusun sebuah atau beberapa perkataan. Menurut Sutisno, akrostik adalah
menggunakan setiap huruf pertama daripada perkataan dan suku kata menjadi suatu ayat.
Menurut Markowitz, akrostik adalah susunan perkataan yang tidak semestinya
menggunakan huruf pertama dan tidak menghasilkan singkatan dalam bentuk satu
perkataan tetapi diingat dalam bentuk ayat atau frasa tertentu. Kesimpulannya, teknik
akrostik adalah cara yang dilakukan oleh guru untuk memudahkan pelajar mengingat
suatu fakta dengan cara menggunakan huruf awal, tengah atau akhir dalam suatu
perkataan atau frasa tertentu.
Contohnya seperti mengingat turutan warna-warna pelangi dengan menggunakan
perkataan mejikuhibiinu iaitu asfar,ahmar,abyadh,akhdhar,aswad,azraq,binafsajiy.
(Biazasakabahas).

Akronim Teknik ini seakan-akan teknik akrostik. Alcronim adalah sejenis kata
singkatan. Teknik ini membentuk akronim dengan menggunakan setiap huruf awal
daripada satu ayat untuk membentuk perkataan baru. Walaupun teknik ini mudah untuk
dihafal, namun terdapat beberapa kelemahan iaitu teknik ini hanya sesuai untuk
perkataan yang mudah dihafal tetapi bukan untuk tujuan pemahaman sesuatu fakta.
Selain itu, tidak semua ayat mudah dibentuk menjadi dalam bentuk yang lebih mudah di
ingat.
Contohnya:
yA:)1.)1.1,4J1UAAIH

KAMAN MNEMONIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB


Dalam pembelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah, pelbagai konsep perlu diperkayakan
bagi meningkatkan kefahaman murid. Kelemahan dalam penguasaan kosa kata berpunca
dari daya ingatan yang tidak
Mnemonik, seperti yang telah dibahaskan diatas adalah salah satu stategi pembelajaran
yang efektif. Menurut Suwito (2005) kaedah ini mempunyai kaitan yang sangat erat
dengan asosiasi, iaitu mengaitkan dengan peristiwa, objek dan subjek dengan peristiwa
lain. Jika dilihat dari sudut kajian terhadap keberkesanan mnemonik dalam pembelajaran
Bahasa Arab, terdapat beberapa kajian yang membahaskan mengenainya. Antaranya
ialah kajian yang dijalankan oleh Muhammadul Bakir (2007) yang menyatakan bahawa
kaedah ini boleh dijadikan salah satu kaedah pembelajaran Bahasa Arab yang berkesan.
Menurut Aziz & Erta(20I2) berpendapat usia kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun
merupakan usia yang ideal untuk mempelajari bahasa kedua. Hal ini bertepatan dengan
keadaan kanak-kanak yang masih baharu dalam penerimaan ilmu persekitaran. Dengan
menelusuri bahasa kedua, maka sebenarnya sulit untuk seseorang kanaka-kanak itu
memahaminya melainkan dengan aktiviti bersesuaian dengan umur mereka.
Mohd Daud (1989) melalui kajiannya menyatakan bahawa terdapat kolerasi yang
sederhana di antara metaingatan dengan pencapaian. Ini menunjukkan metaingatan
terhadap konsep pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh pelajar.

RUMUSAN
Penguasaan Bahasa Arab j-Qaf dalam kalangan murid sekolah rendah adalah asas ke arah
melahirkan pelajar yang berkualti dalam pembelajaran. Jika dilihat dari aspek
penyusunan kokurikulum di sekolah, mereka sering didedahkan dengan pelbagai
pengayaan aktiviti bersesuaian.
Dalam pembelajaran bahasa,bukan mudah sesorang itu mampu menguasai bahasa dengan
balk. Penggunaan bahasa kedua di sekolah memerlukan pengukuhan yang balk samada
pembelajaran berlangsung di bilik darjah atau di luar. Bagi murid yang berumur 6-12
tahun, aktiviti pembelajaran dikatakan sangat membantu mereka memahami dan
menerima sesuatu pembelajaran. Kaedah mnemonik dijadikan satu kaedah pilihan dalam
mengatasi cabaran pembelajaran pembelajaran Bahasa Arab.

RUJUKAN
Aziz Fakhrurrozi, Erta Mahyudin. (2012). Pembelajaran Bahasa Arab. Direktorat
Jenderal Pendidikan Islam Kementerian Agama. Jakarta. Indonesia.
Bhasah Abu Bakar&rakan-rakan. Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Program jQaf dalam Kalangan Fe/ajar Tingkatan Satu:Satu Kajian Kes.
H. Douglas Brown. (2000). Principles of Language Learning and Teaching. Longman.
San Francisco.
Frances A.Yates (1966). The Art of Memory. The University of Chicago Press.London.

Kamarudin. (2010) Psikologi Pembelajaran. Utusan Publications& Distributors.

Malaysia.
Nurazan bt Mohmad Rouyan. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa dalam Pembelajaran
Bahasa Arab:Kajian di KUSZA. Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan
Malaysia. Malaysia.

Mohammad Amiryousefr, Saed Ketabi (2011). Mnemonic Instruction:A way to boost


vocabulary learning and recall. Journal of Language Learning and Research. pp.' 78182).Finland.
Mohd Daud Hamzah. (1989). Metaingatan dan Hubungannya dengan Prestasi Ingatan.
Journal Pendidik dan Pendidikan. J1d. 10 pp80. Universiti Sains Malaysia. Malaysia.
Muhammadul Bakhir Hj Yaakub. (2007). Teaching Arabic as a second language.An
evaluation of keyword method effectiveness.

Jurnal Teknologi. pp:61-72. Universiti

Teknologi Malaysia. Malaysia.


Rosni (2012). lsu Pembelajaran Bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Malaysia.

10

Scott G. Paris, Richard S. Newman, & Kelly A. Mcvey (1982). Learning the Functional
Significance of Mnemonic Actions:A Micro genetic Study of Strategy Acquisition.

11

LAPORAN MENYERTAI PERSIDANGAN


SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDHCAN JQAF 2013

Pada 19-20 Jun 2013 yang lalu, pelapor telah menyertai Persidangan Seminar Kebangsaan
Penyelidikan j-QAF sebagai pembentang Tema persidangan ini adalah mengenai pelaksanaan jQAF terhadap murid sekolah rendah. Persidangan ini dianjurkan oleh Institut Islam
Hadhari,UKM. Tajuk kertas kerja pelapor ialah:

Pendekatan Kaedah Mnemonik dalam

Pembelajaran Bahasa Arab j-QAF.

Mengikut jadual yang telah ditetapkan, pelapor diminta membentangkan kertas kerja pada 20 Jun
2013 di Sidang 5 bertempat di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia Penyertaan
pelapor sebagai pembentang kertas kerja adalah kali kedua selepas perbentangan di International
Conference Islamic Education (ICIED) pada 6-7 April yang lalu. Pelapor telah mencatatkan
beberapa perkara penting sepanjang perbentangan seperti berikut:
1- Persidangan ini dilakukan di dalam sebuah dewan.
Menurut ahli jawatankuasa persidangan, persidangan dijalankan di dalam sebuah dewan kerana
kurang penyertaan dan bagi membolehkan perbentangan dapat dikongsi bersama secara
keseluruhan
2. Persediaan pelapor.
Pelapor agak gusar dengan perbentangan kerana sebelum ini perbentangan dijalankan di dalam
bilik mengilcut sesi perbentangan dan penyertaan terdiri daripada pelbagai golongan professional

Pelapor juga telah diajukan dengan beberapa soalan setelah selesai perbentangan. Namun perkara
ini dapat diatasi sebaiknya.
3 Maklumat j-QAF

Melalui perbentangan yang dijalankan oleh para pembentang lain, pelapor telah mencatatkan
beberapa perkara dan isu yang dibincangkan hasil dari perbentangan,iaitu:
a) j-QAF telah bermula pada tahun 1997, iaitu sebelum pelantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi sebagai Perdana Menteii.
b) Terdapat guru j-QAF yang dilantik bukan dari aliran agama. Hal ini diutarakan melalui kajian
Rofishah Rashid dan Hailan Salamun yang bertajuk "Pengupayaan Kepimpinan Guru j-QAF"
c) Guru-guru j-QAF dibebani dengan lebihan tugasan kerja melalui kajian yang dijalankan oleh
Pn. Fazlulain Mohd Yunus bertajuk: Perlaksanaan dan Pencapaian Program j-QAF SekolahSekolah di Malaysia.
Pada keseluruhannya, pelapor melihat persidangan ini sebagai langkah menyelusuri pemerkasaan

Bahasa Arab dalam arena pendidikan.

Disediakan oleh,

MAJDAN PAHARAL RADZI,


Jabatan Bahasa Arab
Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Sultan Zainal Abidin.

Anda mungkin juga menyukai