Anda di halaman 1dari 14

PROGRAM DIPLOMA LEPASAN IJAZAH

SEMESTER 1 TAHUN 2023

HPGD3103

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIK : CGS02970226

NO. KAD PENGENALAN : 980507126144

NO. TELEFON : 014-6242862

E-MEL : asyuraain158@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI


SOALAN 1

BAHAGIAN I: SEMBILAN ACARA PENGAJARAN GAGNE

1.1 PENERANGAN TENTANG SEMBILAN ACARA PENGAJARAN GAGNE

Model Sembilan Acara Pengajaran GAGNE telah diperkenalkan oleh Robert Gagne.
Robert Gagne merupakan seorang profesor psikologi dan psikologi Pendidikan. Sembilan
acara pengajaran Gagne ialah model reka bentuk pengajaran yang berhubung kait dengan
menangani keadaan pembelajaran. Model GAGNE mengandungi 9 langkah iaitu menarik
perhatian pelajar (gain attention), makluman objektif pembelajaran (inform learner of
objectives), merangsang ingatan tentang pengetahuan sedia ada (stimulate recall of prior
learning), kemukakan bahan rangsangan (present stimuli), membimbing pelajaran (guide
learning), menggalakkan perlakuan (elicit performance), memberikan maklum balas (provide
feedback), menilai prestasi murid (assess performance) dan merangsang pemindahan
pembelajaran (enhance retention and transfer).

1.1.1 Menarik Perhatian Pelajar

Sebelum melakukan pembelajaran para guru mestilah mengenalpasti beberapa faktor


dan tahap para pelajarnya agar bahan dan kaedah yang digunakan dalam pembelajaran adalah
sesuai. Oleh yang demikian, salah satu caranya adalah dengan menarik perhatian pelajar
melalui pelbagai aktiviti. Guru hendaklah melakukan salah satu aktiviti yang boleh menarik
perhatian pelajar, memberikan kejutan atau menawan hati pelajar. Antaranya, dengan
memulakan setiap pembelajaran dengan pemikiran yang memprovokasi pemikiran pelajar,
memberikan sebuah cerita, memberikan permasalahan, mengungkapkan dilema,
menerangkan misteri atau menanyakan soalan (Jasmi, Ibrahim, & Ilias, 2012). Hal ini kerena,
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang membosankan menyebabkan pelajar kurang
berminat untuk terus belajar subjek tersebut. Oleh itu, dengan adanya 9 acara pengajaran
Gagne melalui kaedah menarik perhatian pelajar akan mendorong rasa ingin tahu kepada
pelajar untuk belajar.

1.1.2 Makluman Objektif Pembelajaran

Pelajar yang dapat menguasai objektif apa yang dipelajarinya sedang menguasai
pelajaran tersebut pada tahap minima. Setiap kumpulan pelajar mempunyai tahap
pembelajarannya. Oleh itu, objektif pelajaran yang hendak dicapai mestilah sesuai dan selari
dengan tahap dan pengetahuan para pelajar. Penekanan diberikan kepada hasil yang akan
para pelajar dapat, kuasai dan lakukan setelah menjalani proses pembelajaran. Objektif dalam
setiap sukatan pembelajaran mestilah jelas bagi memastikan para pelajar dapat menguasai
pelajaran dengan sebaiknya. Guru mestilah merujuk bahan sukatan pelajaran, kandungan
kurikulum dan buku teks ketika membina objektif pembelajaran. Para guru juga mestilah
melihat daripada aspek perubahan tingkah laku pelajar setelah mencapai objektif
pembelajaran.

1.1.3 Merangsang Ingatan Dengan Pengetahuan Yang Sedia Ada

Pengalaman yang ada pada pelajar adalah merupakan asas kepada aktiviti
pembelajaran. Pengetahuan sedia ada adalah meliputi pengetahuan yang dimiliki oleh
seseorang itu sebelum mempelajari sesuatu yang baru. Penggunaan pengalaman dan
pengetahuan yang sedia ada pelajar, sangat ditekankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berkonsepkan teori pembelajaran kognitif kerana ia dapat membantu dalam
proses pembelajaran dan merangsang ingatan pelajar semula. Contoh yang mudah ialah di
alam persekolahan yang mana pelajar bermula di peringkat prasekolah belajar mengenai cara
mengira, menulis, membaca dan sebagainya. Kemudian dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman yang sedia ada dari prasekolah dulu akan diterapkan di peringkat sekolah rendah
dan sekolah menengah. Ini dilakukan supaya pengetahuan atau kemahiran terus diingati dan
memasuki ingatan jangka panjang.

1.1.4 Kemukakan Bahan Rangsangan

Pemilihan bahan atau kandungan yang sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran juga memainkan peranan penting untuk membolehkan maklumat disampaikan
dengan berkesan dan bermakna kepada para pelajar. Kesan yang negatif akan berlaku
sekiranya gagal menggunakan kandungan yang baik dalam sesi pembelajaran. Perancangan
yang teratur amat diperlukan untuk memastikan teks, gambar rajah, animasi, video dan audio
yang digunakan sesuai dengan keperluan dan keupayaan pelajar. Kandungan yang dipilih
juga harus meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Sebelum menggunakan bahan untuk
sesi pengajaran guru hendaklah menyemak semula, melakukan pratonton dan mengkaji
bahan-bahan yang akan digunakan.
Gambar, rajah, video, persembahan slaid dan audio hendaklah di semak secara
berulang kali untuk memastikan pengajaran yang disampaikan berkesan. Selain itu, dengan
mengambil langkah ini guru boleh memastikan bahawa bahan itu sesuai untuk sesi
pengajaran, memenuhi objektif pembelajaran dan tidak mengandungi sebarang unsur sensitif.
Dalam langkah ini, guru perlu menyediakan semua kelengkapan yang perlu untuk kegunaan
guru dan pelajar.

1.1.5 Membimbing Pelajaran

Guru berperanan penting dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Begitu
juga dalam memberi bimbingan yang berterusan dalam bilik darjah dan memahami
kandungan pelajaran. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan
mendengar supaya dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru
perlu memberikan bantuan dalam menasihati pelajar terutama dalam bimbingan belajar
supaya tidak ada salah faham dalam pembelajaran mereka dan pelajar terus bermotivasi untuk
belajar. Selain itu, menasihati pelajar dalam kandungan dan pelbagai strategi pembelajaran
seperti cara ingatan “mnemonics”, peta minda dan penggambaran visual. Dengan kata lain,
bantu pelajar belajar bagaimana untuk belajar.

1.1.6 Menggalakkan Perlakuan

Teknik pengulangan antara teknik yang popular diaplikasi semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas untuk mengekalkan kandungan pelajaran atau kemahiran baru.
Oleh itu, guru boleh melakukan aktiviti dalam langkah ini bagi memberi peluang kepada
pelajar untuk menerapkan pengetahuan yang mereka peroleh dan mencuba kemahiran baharu.
Ini membolehkan guru melatih murid untuk mengaplikasikan kandungan pembelajaran untuk
meneguh kemahiran dan pengetahuan yang disampaikan dan mengesahkan pengetahuan
murid dalam pembelajaran. Selain itu, dapat melatih aplikasi kemahiran baharu dengan
situasi berbeza dan membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan dalam kerja kumpulan atau
individu dan aktiviti, tugasan bertulis, amali makmal, dan sebagainya.

1.1.7 Memberikan Maklum Balas

Maklum balas yang bermakna ini memberikan murid penjelasan yang jelas tentang


kelemahan dan kekuatan mereka, serta cadangan untuk meningkatkan prestasi mereka. Oleh
itu, memberi maklum balas yang bermakna boleh membantu murid memahami tahap prestasi
mereka dan membetulkan kekurangan dari segi pemahaman mereka. Melalui maklum balas,
ia membantu pertumbuhan pembelajaran pelajar, memberikan arahan dan membantu
meningkatkan keyakinan pelajar dalam pembelajaran kerana ia juga meningkatkan motivasi
dan keyakinan mereka dalam proses pembelajaran (Entika & Ying-Leh, 2019). Selain itu,
memberikan maklum balas segera dapat memberikan kepastian kepada murid. Hal ini kerana,
jika pelajar kita dapati tidak memenuhi objektif atau tidak faham. Guru boleh
membetulkannya dengan memberi tindakan pemulihan kepada pelajar. Seterusnya,
menambahbaik kelemahan pelajar perlu dilakukan serta merta dan spesifik di mana bahagian
pelajar tersilap, supaya pelajar mengetahui apakah jawapan yang sebenar dan tidak
melakukan kesilapan pada masa akan dating.

1.1.8 Menilai Prestasi Murid

Penilaian prestasi adalah perlu untuk memastikan keberkesanan program


pembelajaran. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian dilakukan untuk
memastikan objektif, media dan bahan sumber yang dipilih bersesuaian dengan tahap
kemahiran pelajar. Penilaian terbahagi kepada dua iaitu penilaian pembelajaran dan penilain
pengajaran. Penilaian formal merujuk kepada ujian manakala penilaian tidak formal dibuat
melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan dan pembentangan.
Penilaian ini boleh dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian
pengajaran akan membuahkan idea untuk penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang
sesuai.

1.1.9 Meningkatkan Pemindahan Pembelajaran

Sebagai seorang guru, dalam memastikan pelajar mengekalkan dan mengembangkan


pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari adalah dengan mengaitkan dan mengaplikasikan
konsep ataupun pembelajaran dalam kehidupan. Sebagai contoh, dalam pembelajaran
berkaitan cara berwuduk, jangan hanya memperlihatkan video ataupun gambar sahaja.
Sebaliknya, beri aktiviti sebenar. Hal ini kerana, apabila pelajar ada pengalaman sebenar, ini
akan memudahkan pelajar untuk mengaplikasikan dan mengamalkan dalam kehidupan.
BAHAGIAN II: MENGIMPLIKASIKAN SEMBILAN ACARA PENGAJARAN GAGNE
UNTUK PELAJARAN DALAM CANVA

1.2 GUNAKAN SEMBILAN ACARA PENGAJARAN GAGNE UNTUK MEREKA


BENTUK PELAJARAN DALAM CANVA

Tajuk Pelajaran: Rukun Islam


Pengajaran

TAJUK PELAJARAN:
RUKUN ISLAM
TAHUN 1

Langkah 1: Menarik Perhatian Pelajar

Pada langkah ini, guru menarik perhatian


pelajar dengan mendengarkan lagu
berkaitan rukun islam. Pelajar akan
meneka tajuk pembelajaran melalui lagu
yang mereka dengar. Melalui kaedah
meneka lagu ini, dapat menarik perhatian
pelajar dan menimbulkan naluri ingin tahu
dan seterusnya merangsang minat pelajar
untuk belajar. Seterusnya, pelajar juga
akan menyanyikan lagu tersebut bersama-
sama.
Langkah 2: Makluman Objektif
Pembelajaran

Bertujuan untuk menyempurnakan


pelajaran dan murid mengetahui matlamat
pembelajaran agar murid dapat memahami
matapelajaran tersebut dengan sempurna.

Langkah 3: Merangsang Ingatan


Dengan Pengetahuan Yang Sedia Ada

Pada bahagian ini, guru bertanya soalan


dengan murid. Soalan yang disoalkan
sangat mudah untuk meransang ingatan
pelajar. Pelajar boleh menjawab soalan
dengan pengetahuan mereka yang sedia
ada.

Guru bertanya kepada murid tentang rukun


islam.

Soalan:
1. Melalui lagu, berapa jumlah rukun
islam?
2. Apakah puasa di bulan ramadhan
merupakan rukun islam?
Langkah 4: Kemukakan Bahan
Rangsangan

Guru menjelaskan tentang 5 rukun islam


dengan menggunakan gambar dan video
bagi membantu pelajar lebih memahami
penjelasan guru. Selain itu, guru juga
menceritakan kisah sirah Nabi berkaitan
perintah solat 5 waktu. Di antara beberapa
media pembelajaran, media gambar
merupakan media yang seringkali
digunakan. Hal ini demikian kerana pelajar
lebih suka bahan bergambar berbanding
tulisan menurut (Prihatmi, Istiqoma, &
Anjarwati, 2021). Dalam pada itu,
penggunaan gambar dalam kaedah
mengajar juga dapat meningkatkan minat
dan kefahaman pelajar.

Langkah 5: Membimbing Pembelajaran

Pada langkah ini, guru membahagikan


pelajar kepada 4 kumpulan untuk
membincangkan soalan yang dikemukakan
oleh guru. Guru juga akan membantu
pelajar membina pengetahuan mereka
tentang 5 rukun islam. Selain itu, guru
memberi bimbingan kepada pelajar yang
menghadapi masalah untuk memastikan
perbincangan berjalan lancar.
Langkah 6: Menggalakkan Perlakuan

Guru menyediakan banner yang besar dan


dilekat di papan putih. Pelajar diberikan
kad yang tertulis maklumat mengenai salah
satu 5 rukun islam. Pelajar dikehendaki
melekat kad tersebut di papan putih.
Melalui aktiviti ini, guru boleh mengetahui
tahap pemahaman pelajar terhadap ilmu
yang diajar melalui aktiviti ini. Ulangan
aktiviti dapat memanjangkan jangka masa
penyimpanan pengetahuan pelajar.

Langkah 7: Memberikan Maklum Balas


Guru membimbing pelajar untuk
memberikan jawapan yang betul jika
pelajar melakukan kesalahan dalam aktiviti
melekat kad. Maklum balas perlu diberi
serta merta bertujuan untuk menambahbaik
kelemahan pelajar dan tidak melakukan
kesalahan pada masa akan datang.
Langkah 8: Menilai Prestasi

Pada langkah ini, guru akan memberikan


kuiz mudah kepada pelajar. Kuiz dilakukan
dalam pelbagai cara agar pelajar tidak
bosan dan tidak menyangka kuiz
membebankan. Menilai prestasi pelajar
menerangkan kepada guru sama ada
pengajaran mereka berjaya atau tidak. Pada
langkah ini, dijalankan tanpa bimbingan
guru dan penguasaan murid terhadap ilmu
yang disampaikan antara 80%-90%.

Langkah 9: Meningkatkan Pemindahan


Pembelajaran

Guru memastikan pelajar mengekalkan dan


mengembangkan pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari adalah dengan
mengaitkan dan mengaplikasikan konsep
ataupun pembelajaran dalam kehidupan.
Di sini murid dapat mengaplikasikan ilmu
yang mereka belajar ke situasi sebenar.
SOALAN 2
1.

2.

3.
4.

5.
RUJUKAN

Entika, H. S., & Ying-Leh, Y. (2019). The Importance of Immediate Constructive Feedback
on Students’ Instrumental Motivation in Speaking in English. Britain International of
Linguistics Arts and Education (BIOLAE) Journal, 1(2), 1-7.

Jasmi, K. A., Ibrahim, N., & Ilias, M. (2012). Gaya Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan
Pendidikan Islam (SEAPPI2012), (pp. 211-223). Johor Baharu.

Prihatmi, T. N., Istiqoma, M., & Anjarwati, R. (2021). Model Assure Untuk Pengajaran
Bertutur Dalam Talian: Refleksi Kendiri Guru. Jurnal Ilmiah Langue and Parole,
4(2), 27-33.

Anda mungkin juga menyukai