Anda di halaman 1dari 9

Isi Kandungan

Penghargaan ........................................................................................................................ 2

1.0 Pengenalan ..................................................................................................................... 3

2.0 Penilaian Pengajaran Makro ........................................................................................... 3

2.1 Set Induksi ...................................................................................................................... 3

2.2 Langkah 1 ....................................................................................................................... 3

2.3 Langkah 2 ....................................................................................................................... 4

2.4 Langkah 3 ....................................................................................................................... 4

2.5 Penutup .......................................................................................................................... 5

3.0 Kesimpulan ..................................................................................................................... 5

4.0 Rujukan........................................................................................................................... 5

5.0 Lampiran ......................................................................................................................... 6

1
Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya dapat juga saya sempurnakan
tugasan bagi subjek Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PRKA3012). Sepanjang
menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit
mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang
pelajar. Pengalaman yang saya peroleh sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya
akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.

Justeru itu, saya juga telah memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan
melalui tugasan ini. Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya iaitu Encik Amir Hamzah Bin Aman kerana beliau telah banyak memberikan
tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini.

Akhir sekali, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya
yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan
tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi menyempurnakan tugasan
ini dengan jayanya.

2
1.0 Pengenalan

Pengajaran makro merupakan suatu pengajaran yang merangkumi segala proses


pengajaran yang lengkap. Pengajaran makro juga adalah simulasi pengajaran yang
dijalankan di dalam satu kelas. Dalam pengajaran makro, terdapat tiga peringkat
pengajaran, iaitu permulaan, perkembangan dan penutup.

2.0 Penilaian Pengajaran Makro

Pada 20 Mac yang lalu, Nursyaza Auni sebagai seorang guru telah melakukan pengajaran
makro di kelas. Hasil daripada pengajaran tersebut, saya mendapati terdapat beberapa
aspek yang perlu di ambil kira untuk memantapkan lagi pengajaran tersebut.

2.1 Set Induksi

Berdasarkan pengajaran makro yang dilakukan oleh Syaza Auni, saya mendapati bahawa
dia telah menggunakan video Tanaman Hidroponik untuk merangsang murid di dalam kelas.
Apa yang saya lihat video tersebut hanyalah menayangkan paparan gambar sahaja yang
mempunyai sari kata. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran set induksi Syaza Auni
adalah kurang baik kerana set induksinya tidak menarik perhatian. Hal ini dapat dibuktikan
lagi dengan tindak balas murid yang menunjukkan tanda-tanda kebosanan semasa video
tersebut ditayangkan.

Pada pendapat saya, guru perlulah menyediakan video yang menarik atau
mempunyai animasi supaya dapat menarik perhatian murid untuk belajar. Apabila murid
minat untuk belajar maka pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan lebih berkesan.

2.2 Langkah 1

Pada Langkah 1, Syaza Auni telah menyediakan aktiviti menyusun gambar mengikut urutan
kepada murid. Pada langkah ini juga, Syaza Auni memanggil seorang murid untuk tampil ke
hadapan untuk menyusun gambar tersebut berdasarkan video yang di tayang pada Set
Induksi.

Pada pendapat saya, langkah 1 adalah sangat sesuai dan mempunyai hubung kait
dengan isi pelajaran. Hal ini dapat dilihat pada Set Induksi dan Langkah 1 kerana kedua-dua
langkah tersebut memerlukan kemahiran mengingat, iaitu murid perlu menyusun gambar
berdasarkan video yang telah di tayang. Bagi saya, Syaza Auni selaku guru mampu
memberi variasi rangsangan kepada murid. Murid dapat memberikan fokus terhadap
pelajaran dan mula menunjukkan tindak balas yang positif. Murid juga suka dengan cara
penyampaian dan penerangan yang ditunjukkan oleh guru.

3
2.3 Langkah 2

Pada Langkah 2 pula, guru telah menyediakan dua aktiviti kepada murid, iaitu aktiviti amali
dan aktiviti menulis. Dalam aktiviti amali, murid secara berkumpulan perlu menanam pokok
berdasarkan apa yang diterangkan oleh guru. Guru juga telah menyediakan bahan seperti
botol, pasir, pokok kecil, kapas dan lain-lain lagi kepada setiap kumpulan murid. Selepas itu,
guru memberi aktiviti peneguhan iaitu menulis langkah penanaman hidroponik secara
kronologi pada lembaran peta alir yang disediakan.

Pada pendapat saya, guru tersebut bijak menggunakan bahan-bahan terpakai di


dalam kelas. Bahan yang digunakan juga adalah tidak mahal dan mudah didapati. Hal ini
menjadikan pengajarannya efektif kerana penggunaan bahannya adalah di sekeliling murid-
murid. Murid juga boleh mengaplikasikan penanaman tersebut di rumah atau di mana-mana
sahaja mereka berada. Tambahan pula, guru juga menggunakan Pendidikan Abad Ke-21
(PAK21), iaitu menggunakan pembelajaran secara kolaboratif, koperatif dan
konstruktivisme.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kekurangan pada langkah ini. Guru tidak
menyusun aktiviti dengan tepat. Guru terus melakukan amali tanpa membincangkan
langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh murid. Terdapat segelintir murid-murid yang
melakukan kesalahan kerana terlupa langkah penanaman hidroponik tersebut. Guru
sepatutnya melakukan aktiviti menulis dahulu kemudian barulah disertai dengan aktiviti
amali supaya dapat membantu murid untuk mengingat langkah penanaman dengan mudah.

2.4 Langkah 3

Pada Langkah 3, guru telah melakukan aktiviti pengukuhan, penggayaan dan pemulihan.
Pada langkah ini, saya mendapati bahawa guru telah mengulang beberapa aktiviti, iaitu
menulis langkah penanaman hidroponik secara kronologi. Pada pendapat saya, guru perlu
menggunakan satu lagi aktiviti yang berbeza supaya dapat mengelakkan kebosanan kepada
murid.

Seterusnya, aktiviti dalam Langkah 3 ini adalah terlalu banyak. Hal ini kerana masa
yang diperuntukkan untuk langkah ini hanyalah 10 minit. Langkah ini juga merupakan
langkah pengukuhan kepada murid. Oleh itu, guru perlu melakukan penilaian terhadap
murid pada Langkah 1 dan Langkah 2 dahulu. Kemudian barulah guru boleh memberi
aktiviti penggayaan atau pemulihan kepada murid berkenaan. Justeru, guru dapat
menjimatkan masa dan murid tidak bosan melakukan aktiviti yang sama.

4
2.5 Penutup

Pada langkah terakhir iaitu penutup, murid menyatakan kembali proses tanaman hidroponik
mengikut urutan. Dalam pengajaran makro tersebut, murid dapat menyatakan kembali
setiap proses tanaman hidroponik. Guru pula kurang memberi peneguhan positif dari segi
pujian atau tepukan kepada murid tersebut. Hal ini kerana guru tersebut tergesa-gesa
menghabiskan pengajaran beliau.

Pada pendapat saya, guru perlulah memberikan peneguhan positif pada akhir
pengajaran supaya murid akan lebih bersemangat untuk belajar pada hari yang akan
datang.

3.0 Kesimpulan

Tuntasnya, sebagai seorang guru, kita perlulah merancang segala aktiviti pengajaran
dengan baik. Hal ini kerana perancangan yang baik akan melahirkan hasil pengajaran yang
baik. Bak kata pepatah jika kita gagal merancang, maka kita merancang untuk gagal.

4.0 Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia (2017), Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa


Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 3.

Mohsin Ahmad & Hassan Rahim. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
Video bagi Meningkatkan Tahap Kefahaman Pelajar Abad Ke-21. Batu Pahat:
Universiti Tun Hussein Onn.

Noraziah Abdul Hamid (1981). Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa, Kertas Kerja
Perguruan. Jurnal Universiti Malaya: 2(1), 2-11.

Roselan Baki. (2003). Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Shah
Alam: Karisma Enterprise

5
5.0 Lampiran

6
Borang Penilaian Pengajaran Makro (Set Induksi)

Set Induksi Komponen Ada/ Ada/ Tidak Catatan


sesuai tidak jelas
sesuai

Menarik perhatian Menggunakan nada


murid: suara yang sesuai

Menggunakan bahan
bantu mengajar

Menggunakan gerakan,
isyarat, kontak mata

Motivasi: Membangkitkan rasa


ingin tahu

Meggunakan teknik yang


sesuai

Menunjukkan aktiviti
yang berguna

Menggunakan soalan
yang mencabar

Hubungkait: Pengetahuan lepas murid

Isi pelajaran baharu

Peristiwa semasa

Minat murid

Menstruktur: Menyatakan had tugas


yang akan dijalankan

Menggunakan satu siri


soalan yang berkaitan

7
Menyatakan cara-cara
melaksanakan tugas.

Borang Penilaian Makro (Penutup)

Penutup Komponen Ada/ Ada/ tidak Catatan


sesuai sesuai

Perkaitan Membuat rumusan


kognitif
Mengulangai isi-isi penting

Menjalankan aktiviti
penilaian

Mencadangkan aktiviti
susulan

Perkaitan sosial Menimbulkan perasaan


pencapaian murid

Memberi peneguhan
positif

Mewujudkan perasaan
ingin tahu

Memotivasikan perasaan
ingin tahu

Mengaitkan dengan
pelajaran akan datang

8
Borang Penilaian Pengajaran Makro (Langkah 1,2 dan 3)

Langkah/ Komponen Sesuai/ baik Tidak Catatan


Fasa sesuai/
lemah

Langkah 1 Aktivti

Kawalan kelas

Penglibatan murid

Intonasi guru

Penerangan guru

Langkah 2 Aktivti

Kawalan kelas

Penglibatan murid

Intonasi guru

Penerangan guru

Langkah 3 Aktivti

Kawalan kelas

Penglibatan murid

Intonasi guru

Penerangan guru

Anda mungkin juga menyukai