Anda di halaman 1dari 2

Final

Jelaskan konsep merungkai dan merangkai standard berdasarkan DSKP bagi BM.

Proses merungkai dan merangkai standard kurikulum merupakan salah satu aspek
perancangan ketika menyediakan rancangan pengajaran. Secara umumnya, konsep
merungkai standard adalah kaedah menyusun semula atau menggabungjalinkan
Standard Kandungan (SK), Standard Prestasi (SP) ke dalam rancangan pengajaran
mengikut keupayaan murid semasa PdP. Konsep merangkai standard pula
merupakan prinsip yang digunakan untuk merangka aktiviti pengajaran,
pembelajaran dan pentaksiran untuk mencapai objektif pengajaran.

Untuk merungkai standard, guru perlu mengenal pasti konsep atau


pengetahuan serta kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid dalam sesuatu mata
pelajaran.

Selain itu, guru perlu senaraikan standard kandungan dan standard prestasi
yang akan diajar dalam PdP. Guru boleh merangkaikan standard kurikulum yang
berbeza dan diajar pada masa yang sama. Hal ini membantu guru untuk
melaksanakan pengajaran secara terancang dan menjimatkan masa. Contohnya,
apabila guru mengajar aspek tatabahasa, kemahiran menulis juga boleh diajar pada
masa yang sama. Guru juga perlu mengenal pasti indikator/hasil pembelajaran
dalam PdP supaya dapat merancang kaedah atau strategi pengajaran yang
membantu murid menguasai hasil pembelajaran.

Jadual berikut merupakan cara merungkai kurikulum untuk mata pelajaran


Bahasa Melayu Tahun 4.

Bidang Pembelajaran
5.0 Aspek Tatabahasa
Standard Kandungan
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna
Standard Pembelajaran
5.1.3 (v) Memahami dan menggunakan kata adjektif mengikut konteks;
Pancaindera
3.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan
bercapah secara kritis dan kreatif.
Objektif Pembelajaran
Murid mampu memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera.
Murid mampu membina ayat menggunakan kata adjektif pancaindera.

Indikator:
Murid memahami maksud kata adjektif pancaindera seperti licin, sedap, harum,
manis, merdu dan kesat.

Kemahiran:
Murid mampu untuk:
- Mengaplikasi
- Membina

Setelah standard kurikulum dirungkai, guru perlu merangkai kurikulum dengan


menggunakan kaedah pengajaran yang bersesuaian untuk menghasilkan
pembelajaran bermakna. Contohnya, guru boleh menggunakan strategi berpusatkan
murid seperti menyediakan perbincangan kumpulan atau aktiviti Jigsaw supaya
murid mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Guru juga perlu menyediakan tugasan pentaksiran yang bersesuaian dengan


hasil pembelajaran. Sebagai contoh, guru menyediakan ujian formatif pada akhir
pembelajaran untuk mengesan tahap penguasaan murid-murid. Sebagai contoh,
guru boleh membina instrumen berbentuk isi tempat kosong atau bina ayat
menggunakan kata adjektif pancaindera.

Kesimpulannya, kemahiran merungkai dan merangkai kokurikulum


membolehkan proses untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih mudah. Hal ini kerana guru tidak perlu mengajar setiap standard kandungan
yang terkandung dalam Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi (DSKP)
sebaliknya boleh menggabungkan standard yang ada.

Anda mungkin juga menyukai