Madrasah Ar-Rahmaniah yang diasaskan oleh Haji Ismail bin Che Abu di
Kampung Bujang, Bedong, Kedah.
Maksud pondok di sini ialah pusat pengajian agama melalui satu sistem pendidikan
di kalangan orang-orang Melayu yang pernah wujud setelah mereka menerima
agama Islam. Di Kedah, Islam menjadi agama rasmi dalam tahun 531 Hijrah
bersamaan tahun 1136 Masihi. Syeikh Abdullah al Yamani mengajarkan dua kalimah
syahadat kepada Raja Kedah, Phra Ong Maha Wangsa atau Raja Derbar Raja dan
menukarkan nama baginda menjadi Sultan Muzaffar Syah.
Agama Islam diperkembangkan oleh guru-guru agama Islam yang dikenali sebagai
makhdum, maulana, syeikh atau lebai di segenap pelosok negeri. Orang Kedah masih
menggambarkan zaman awal perkembangan agama ini sebagai zaman "dum
makdum" maksudnya zaman yang ramai dengan makhdum - iaitu pendakwah dari
Iran. Zaman dum 'makdum' maksudnya zaman yang amat lama berlalu.
Peluang untuk mendalami ilmu agama bagi yang berminat dan berkebolehan tidak
disekat atau dihalang - maka terdapatlah orang-orang Melayu yang mendalami ilmu
tarikat dan tasawuf. Orang-orang yang menjadi ahli tasawuf amat dihormati oleh
masyarakat. Syeikh-syeikh atau maulana tarikat ini mengajar bagaimana beratib,
berzikir dan bersuluk.
Seseorang penganut Islam tidak merasai lengkap Islamnya jika tidak menunaikan
fardhu haji. Jadi, seseorang Islam berasa perlu mengetahui dan menyedari wujudnya
umat Islam di muka bumi ini selain dari orang-orang Islam di tempatnya sahaja.
Orang-orang Melayu yang berangkat ke Makkah ramai pula yang tinggal "menahun"
bertahun-tahun di sana kerana menuntut ilmu agama dan meningkatkan diri
menjadi ulama supaya boleh menjadi guru apabila pulang ke tanah air kelak. Ada
pula yang melanjutkan agama ke Kaherah, Damsyik dan Baghdad. Biasanya orang-
orang Melayu dahulu akan membentuk diri mereka menjadi 'lebai' sebelum menjadi
haji atau ulama.
Asalnya perkataan 'lebai' ini ialah nama suatu kaum di India Selatan. Kaum "Labbai"
ini beragama Islam dan bertalian darah dengan orang Arab. Orangnya kuat
beribadat dan pandai berniaga. Sebilangan kecil dari mereka telah datang ke
Kepulauan Melayu dan bercampur -baur dengan orang-orang tempatan. "Labbai" itu
dilekatkan pada nama mereka umpamanya Ahmad Labbai bin Sultan Labbai.
Sesiapa sahaja yang alim dengan ilmu agama tetapi belum menunaikan fardhu haji
di Makkah, semuanya digelarkan 'lebai' oleh orang-orang Melayu. Orang-orang yang
menerima pendidikan di pondok-pondok semuanya digelar "Lebai".
Pada tahun 1821 Negeri Kedah telah diserang oleh Thai dan Thai menjajah negeri ini
sehingga 1842. Apabila Kedah dibebaskan semula dari belenggu Thai pada 1842,
sebahagian dari Wilayahnya telah direpis untuk membentuk beberapa buah negeri
kecil dan di antaranya ialah negeri Kubang Pasu.
Raja Thai menabalkan Tunku Anum menjadi Raja di Kubang Pasu sejak 1839 dan
Tunku Anum berusaha memperolehi seorang mufti membantunya memerintah
Kubang Pasu tersebut. Tunku Anum dapati sebuah pusat pengajian agama secara
pondok masih bernafas di sebuah kampung di Kubang Pasu juga iaitu di Kampung
Malau dan meminta tuan gurunya yang bernama Haji Wan Ishak bin Wan
Muhammad Hashim bin Wan Abdul Baqi menjadi mufti Kubang Pasu Darul Qiam.
Sebahagian pondok yang diasaskan oleh Hj. Sulong bin Hj. Chik di Jeniang yang
masih kukuh.
Setakat yang diketahui dengan pasti pondok atau pusat pengajian Tuan Guru Haji
Wan Ishak di Kampung Malau ialah pusat pengajian Islam sistem pondok yang
paling tua di negeri Kedah. Pondok itu dibukanya dalam tahun 1806. Pondoknya
terpaksa dihentikan apabila beliau dilantik menjadi mufti di Kubang Pasu.
Bagaimanapun sebagai mufti beliau membuka pula pondok di ibu negeri Kubang
Pasu iaitu di Pulau Pisang pada tahun 1845. Pondok di Pulau Pisang masih segar
bugar sekarang sebagai sebuah pusat pengajian Islam yang terulung.
Haji Wan Ishak lahir pada tahun 1771 di Malau, berhampiran pekan Jitra. Bapanya
Wan Muhammad Hashim bin Haji Abdul Baqi merantau ke Kedah dari kampungnya
di Cherang, Patani.
Wan Muhammad Hashim membawa diri ke Kedah bersama orang-orang lain dari
Patani kerana Thai sentiasa menindas orang-orang Islam yang tinggal di sana. Wan
Muhammad Hashim berkahwin dengan seorang wanita di Kampung Malau, Cik
Maryam, dan tinggal menetap di Kedah. Haji Wan Ishak belajar agama di
kampungnya kemudian berangkat ke Makkah melanjutkan pelajarannya di sana
selama 20 tahun. Beliau balik ke Kedah pada tahun 1806, berumur 35 tahun dan
membuka pondok di Kampung Malau tersebut.
Kampung Malau agak terpencil ke timur dan terselamat dari serangan Thai yang
menyerang ibu negeri Kedah di Kota Kuala Kedah pada bulan November 1821.
Bagaimanapun Malau dan tempat-tempat lain di sebelah timur ini jauh dari laut dan
hampir dengan sempadan negeri Patani. Selepas 1815 penduduk-penduduk negeri
Patani bertambah ramai membuat penghijrahan ke Kedah kerana Thai dari Bangkok
membuat serangan secara besar-besaran ke atas kerajaan Islam Patani pada tahun
itu.
Haji Wan Ishak menulis banyak kitab-kitab agama tetapi sayang karyanya tidak lagi
ditemui sekarang ini. Pondoknya telah dua kali menerima kebakaran besar. Pada
zaman ini, bukan sahaja kitab-kitab agama disalin oleh tiap-tiap orang yang belajar
di pondok tetapi al-Quran al-Karim pun terpaksa disalin huruf demi huruf dengan
tangan.
Tunku Anum mangkat pada 1853 dan Haji Wan Ishak masih menjadi mufti dan tuan
guru DiRaja di bawah pemerintahan Tunku Ishak cucunda Tunku Anum sebagai
Raja Kubang Pasu yang kedua. Tunku Ishak mangkat pada 1863 tanpa waris. Kubang
Pasu dicantumkan semula dengan negeri Kedah.
Haji Wan Ishak meninggal pada tahun 1871 dan disemadikan di perkuburan Pulau
Pisang. Bibit-bibit persekolahan pondok dari Patani disemai di negeri ini.
Di antara anak muridnya yang terkenal sebagai ulama besar ialah cucundanya
sendiri Haji Muhammad Saleh bin Haji Muhammad Hashim iaitu anak kepada
anakandanya Hajjah Fatimah. Haji Muhammad Saleh ini menyambung usaha Haji
Ishak menghidupkan pondok Pulau Pisang sebagai sebuah pusat pengajian Islam
yang terkenal. Seorang lagi bekas murid Haji Wan Ishak ialah Tuan Guru Haji
Muhammad Noor bin Haji Abu Bakar yang membuka Pondok Tasak, di Langgar,
Kedah dan dianggap sebagai seorang keramat. Anak Haji Wan Ishak bernama Haji
Musa juga dianggap keramat oleh penduduk-penduduk tempatan Pulau Pisang.
Kadi yang bertugas di Kedah pada masa ini ialah Tuan Haji Muhammad Zain bin
Haji Mas'ud, Kadi 1870 ketika kandanya Haji Muhammad Taib menjadi Mufti, Kadi
negeri yang tunggal ini dibantu oleh Tuan Haji Muhammad Jaafar bin Haji
Muhammad Saad Imam Besar Masjid Raja di Alor Star, Tuan Syed Ali dan Tuan Haji
Muhammad Yusuf. Seorang ulama lagi yang berdamping dengan Sultan ialah Tuan
Syed Abdullah al-Maghribi al-Jafri. Tuan Haji Muhammad Daim menjadi kadi pada
1900. Kadi ditugaskan mengajar agama terutamanya di masjid-masjid tetapi tiada
membuka pondok. Pada masa ini Tuan Haji Idris Keramat giat berdakwah di
Tualang, tetapi beliau juga tidak membuka pondok.
Sistem persekolahan pondok bukan sahaja menjadi pusat pengajian ilmu tetapi juga
menjadi pusat kepada pelbagai aktiviti kehidupan orang-orang Melayu di Kedah.
Persekolahan pondok pada masa ini ialah pusat kehidupan orang Melayu. Maju
mundurnya sesuatu pondok itu berkaitan rapat dengan maju mundurnya pendidikan
dan penghidupan di sesuatu daerah. Persekolahan pondok kadang-kadangnya terdiri
di tengah-tengah pusat pentadbiran dan mempengaruhi persekitarannya, kadang-
kadang wujud berasingan membentuk persekitarannya sendiri.
Madrasah Pokok Sena yang dibuka oleh Tuan Hussain Kedah serta dikelilingi lebih
seratus buah pondok.
Pondok dibuka kepada pelajar-pelajar lelaki dan perempuan, tua dan muda, dan
pelajarnya dibolehkan memilih matapelajaran-matapelajran yang disukai dan
diminatinya dan memilih sendiri peringkat ilmu yang sesuai dengan keupayaan dan
kemampuan masing-masing. Sesetengahnya mengumpul ilmu pengetahuan melalui
bahasa Arab, sedangkan keseluruhannya mengumpul ilmu pengetahuan melalui
bahasa Jawi atau bahasa Melayu. Pelajar-pelajarnya tidak dikehendaki membayar
sebarang yuran : Diajar dan belajar kerana Allah semata-mata.
Sistem persekolahan pondok zaman dahulu amatlah berbeza dengan sistem
pendidikan sekolah atau madrasah. Sekolah atau madrasah mempunyai sistem yang
tersusun dari segi sukatan pelajaran, dan cara menaiki kelas dan perubahan saban
tahun. Pelajar di pondok diberi peluang untuk mengulang beberapa tahun kerana
mendalami sesuatu ilmu atau sesuatu aspek ilmu. Seseorang itu boleh tinggal lebih
lama di pondok jika difikirnya dia perlu mendalami ilmunya dari seseorang tuan
guru. Masa tidak terhad. Tuan Guru hanya mengubah atau menghabiskan sebuah
kitab untuk mengkaji isi kitab lain.
Jadi, pondok tidak mempunyai konsep mengejar gred atau point dan tidak ada
konsep keciciran seperti yang didapati di dalam sistem pendidikan sekular moden.
Sembahyang Zohor dan Asar hendaklah dilakukan secara berjemaah seberapa yang
boleh. Kuliah dimulakan pula selepas sembahyang Maghrib hingga masuk waktu
Isyak. Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh adalah dimestikan berjemaah di balai.
Kadang-kadang ulama pondok menjadi pakar runding atau pakar rujuk kepada
sultan dan pembesar-pembesar yang memerintah. Begitulah yang terjadi kepada
Tuan Guru Haji Wan Ishak di Pulau Pisang yang menjadi pakar runding dan pakar
rujuk malahan menjadi Pemangku Raja kepada Tunku Anum bin Tunku Abdul
Rahman di Kubang Pasu. Tuan Guru Haji Muhammad Taib (Tok Titi Gajah), Haji
Saleh Penaga dan Tuan Haji Tajuddin Mukarram Syah (1854-1879).
Perkataan 'pondok' asalnya dari perkataan Arab "funduk" yang bererti rumah
tumpangan atau rumah perhentian sementara. Ini menggambarkan sistem
persekolahan yang mana pelajar-pelajarnya mendirikan rumah-rumah kecil sebagai
tempat tinggal sementara sambil belajar. Biasanya rumah-rumah kecil ini didirikan
oleh ibu bapa atau waris setiap pelajar berhimpit-himpit mengelilingi rumah tuan
guru di sesuatu pondok itu. Di Jawa pusat pengajian begini dipanggil "Pesantren'
dan di Sumatera sebagai "Rengkum".
"Funduk" yang bererti tempat tinggal sementara itu sekarang difahamkan juga di
Timur Tengah sebagai "hotel". Sistem pondok seperti yang terdapat di Nusantara
tidak wujud di Timur Tengah.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ramainya alim ulama yang menjadi
tuan-tuan guru di persekolahan pondok di Negeri Kedah. Salah satunya ialah kerana
menjadi penghijrahan orang-orang Melayu Patani di Thailand Selatan yang telah
lama mengamalkan persekolahan agama secara pondok di sana. Ulama-ulama yang
ditindas atau disekat kebebasan berdakwah di sana oleh pemerintah Thai merasai
perlu berhijrah ke Kedah, Kelantan, Terengganu dan ke Pulau Pinang, malahan ada
sesetengahnya yang berhijrah ke Makkah di Arab Saudi atau ke Timur Tengah.
Ulama-ulama Patani membawa pengaruh baru ke Kedah khususnya ke atas rupa dan
corak pendidikan agama di Negeri Kedah.
Pengaruh dari Aceh tidak ada di Kedah selain dari beberapa buah kitab agama yang
dikarang oleh beberapa ulama Aceh dan dibuat bahan kajian di pondok-pondok di
sini. Ulama-ulama Aceh yang membuka persekolahan pondok di Yan itu semuanya
untuk orang-orang Aceh yang tinggal di Yan itu sahaja dan bukan untuk orang-orang
Kedah yang tidak memahami Bahasa Aceh.
Di antara ulama Aceh yang terkenal datang membuka pusat pengajian di Yan, Kedah
pada 1900 ialah Tengku Mohamad Arshad yang dikenali sebagai Tengku di balai
kemudiannya disusuli oleh Tunku Haji Musa, Tengku Lam Surau dan Tuan Syeikh
Umar. Tengku Lam Uu pada tahun 1910. Kemudian tiba pula Tengku Haji Muhamad
Dahan al-Hafiz pada 1920. Ulama Aceh ini berbakti hanya kepada orang-orang Aceh
yang tinggal di Yan sahaja dan tidak kepada seluruh penduduk Kedah.
Bekas sekolah pondok yan dibuka oleh Haji Omar dan dikenali dengan nama
Madrasah Bukit Haji Omar.
Di antara kitab-kitab ulama Patani itu ialah seperti karya Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fatani dan Tuan Guru Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zaid bin Mustaffa al
Fatani serta lain-lain. Nama-nama kitab yang menjadi buah mulut ialah seperti"
Kifayat al-Muhtaj, Bulugh al Maram, Al Durr al-Thamin, Kasyf al Ghummah, Minhaj
al 'Abidin, munyat al Musalli, Furu'al Masail Bughyat al Tullab dan lain-lain karya
Syeikh Daud al Fatani di samping Bisyarat al-Amilin, Hadiqatul Azhar, Kitab Wirid
dan Doa serta lain-lain lagi karya Tuan Guru Wan Ahmad Muhammad Zain al Fatani
dan juga karya-karya ulama Patani lain.
Sungguhpun Kedah menghasilkan padi sejak zaman Empayar Melaka lagi tetapi
penumpuan kepada kerja-kerja bersawah dan menentukan padi menjadi hasil negeri
yang utama ialah di dalam zaman Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin yang
memilih bandar Alor Star menjadi ibu negeri dalam tahun 1736. Sejak itu, Alor Star
muncul di tengah-tengah sawah yang jauh lebih luas dari zaman-zaman sebelumnya.
Mukim Langgar dekat Alor Star yang menjadi pusat persawahan yang amat luas
menjamin pertumbuhan sembilan buah persekolahan pondok di sekitarnya.
Persekolahan Pondok yang paling awal di Mukim Langgar ialah Pondok Tasak di
bawah Tuan Guru Haji Muhammad Noor bin Abu Bakar (Tuan Mad Nor Keramat),
dan disambung pula oleh Tuan Guru Haji Shaari bin Haji Taha. Keduanya ialah
Pondok Tuan Haji Ahmad Tua di Alor Setol dan disambung hayatnya oleh Tuan
Guru Haji Nawawi bin Haji Saleh. Ketiganya ialah Pondok Tuan Guru Haji Abu di
Alor Keladi.
Kemudian terdapat pula Pondok Tuan Haji Ahmad bin Haji Yassin (Tok Janggut) di
Langgar Satu, Pondok Tuan Haji Husin bin Haji Saleh berhampirannya, Pondok
Tuan Syeikh Abdullah Masri di Tanjung Inggeris dan Pondok Tuan Haji Abdullah
bin Haji Yusof (Haji Abdullah Kechik) berhampirannya, kemudian terdapat pula
Pondok Tuan Haji Dahlan di Jalan Makam dan Pondok Tuan Haji Muhammad
Marzuki bin Muhammad Amin di persimpangan Jalan Makam itu. Seperti biasa,
setengah dari pondok-pondok ini menjadi tempat perlindungan orang tua-tua yang
belajar di pondok-pondok ini sehingga mereka meninggal dunia di situ.
Keadaan yang sama seperti di Langgar berlaku juga di Mukim Pendang, dua puluh
batu dari Alor Star. Di sana terdapat sekurang-kurangnya sembilan buah
persekolahan pondok juga didirikan hampir bersebelah menyebelah. Pondok Tuan
Haji Ismail bin Haji Mustaffa, Tok Ayah Cik Dol, didirikan di Kampung Gajah Mati,
Pendang dikira paling awal yang kemudiannya diikuti pula oleh pondok-pondok lain
dibukai oleh:
Tuan Haji Munah di Padang Pusing, Pendang
Tuan Haji Muhammad di Padang Pusing, Pendang
Tuan Haji Ahmad Rabat, Kampung Chegar, Pendang
Tuan Haji Ibrahim, Paya Sena
Tuan Haji Muhammad Ariff bin Ishak, di Ayer Putih, Pendang
Tuan Haji Wan Ibrahim (Pak Chu Hin), Chegar menantu Tok Ayah Che Dol
Tuan Haji Husin, Seberang Pendang, Pendang
Tuan Haji Abdul Aziz bin Haji Ibrahim, berhampiran Pekan Pendang.
Sultan Abdul Hamid Halim Syah yang mewarisi singgahsana Kerajaan Negeri Kedah
dari kekandanya Sultan Zainal Rashid Muazzam Syah pada 1882 merupakan
peneroka Kedah moden. Baginda bukan sahaja memodenkan Kedah pada segi
pembangunan materialnya seperti bangunan dan sistem pentadbiran tetapi juga
pada segi rohaniahnya seperti membangunkan sekolah-sekolah dan meningkatkan
ilmu pengetahuan rakyat keseluruhannya.
Dalam zaman Sultan Abdul Hamid Halim Syah pondok-pondok tidak lagi menjadi
pusat pengajian seratus peratusnya untuk mencernakan manusia bertamaddun
sekolah-sekolah Melayu telah mengambil alih tugas itu. Pondok-pondok tidak lagi
meyediakan tempat untuk pengajaran dan pembelajaran tulis menulis, baca
membaca, kira mengira dan mengenali undang-undang negeri dan tatasusila
berkehidupan di dalam kampung. Pelajaran membaca Quran dan ilmu tajwid pun
sudah diajar di sekolah-sekolah. Quran tidak lagi disalin tangan. Masa ini sudah ada
percetakan dan kitab-kitab boleh dibeli di kedai-kedai kitab.
Dalam zaman Sultan Abdul Hamid, pondok hanya menumpukan pengajaran ilmu
agama kepada pelajar-pelajar dewasa lepasan sekolah-sekolah Melayu mendalami
ilmu-ilmu seperti:
Pondok-pondok paling banyak sekali didirikan ialah di zaman Sultan Abdul Hamid
Halim Syah. Di antara yang wujud antara 1900 hingga 1935 ialah:
Tuan Husin Muhammad Nasir al-Mas'udi al-Banjari, 1900 di Bohor;(1863-1936)
Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik, 1906 di Kanchut, Alor Star(1874-1935)
Tuan Haji Idris bin Haji Wan Jamal,Tok Syeikh Jarum,1900 di Derga(1840-1911)
Tuan Haji Muhammad Ariff bin Haji Ishak, Sungai Nonang, Yan, 1901
Tuan Haji Husain bin Muhammad Hassan, Titi Besi,1900 (1852-1932)
Tuan Haji Yaakub bin Haji Ahmad,Pedu; 1900 di Batu Menunggul Pendang
Tuan Haji Muhammad Lin,Yan; (1913)
Tuan Syeikh Abdul Kadir, Guar Kepayang
Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah, Penyarum, Tobiar (1879-1843)
Tuan Haji Yunus Perlis, Bukit Besar
Tuan Haji Abdul Hamid, Tobiar; meninggal 1940
Tuan Haji Yaakub bin Haji Abdul Rahman, Sik
Tuan Umar bin Muhammad Zain, Titi Gajah, Kota Star
Tuan Haji Idris (Jawa), Ayer Hitam, Jitra
Tuan Haji Ibrahim, Paya Sena, Pendang
Tuan Haji Ismail, Teluk Ara, Jitra
Tuan Haji Muhammad Salleh bin Idris, Lubuk Kawah 1920, Jitra
Tuan Haji Muhammad Saman, Kubang Siam, Kota Star
Tuan Haji Ahmad Robat, Cegar, Pendang
Tuan Haji Ismail, Gunung Keriang, Kota Star
Tuan Haji Saad, Kubang Bongor, Kota Star
Tuan Haji Saleh Masri bin Haji Abdullah, Kuala Kedah
Tuan Haji Ahmad Umar, Tanjung Musang, Langgar, Kedah
Tuan Haji Abdullah Tanjung Musang, Langgar, Kedah
Tuan Haji Yassin, Selarung Lalang, Alor Star
Tuan Haji Yassin, Jabi, Kota Star
Tuan Haji Yassin, Alor Ibus, Kota Star
Tuan Haji Muhammad Saman Serban Hijau, Yan
Tuan Haji Muhammad Arshad, Teluk Bagan, Alor Star
Tuan Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Salam, Si Putih, Kubang Pasu
Tuan Haji Abdul Rahman, Tualang
Tuan Haji Ismail bin Che' Abu, Bujang, Merbuk, Kedah
Tuan Haji Awang Hamzah, Kubang Siam, Kota Star
Tuan Haji Harun bin Muhammad Zain, Alor Merah, Alor Star
Tuan Haji Umar, Merbuk
Tuan Haji Yahya bin Haji Taha, Kupang, Baling
Tuan Haji Wan Sulung bin Wan Chik, Jeniang
Tuan Haji Ahmad bin Haji Yassin Tok Janggut, Langgar
Tuan Syaikh Abdullah Masri bin Ibrahim, Langgar
Tuan Haji Abu, Alor Keladi, Langgar
Tuan Haji Abdul Rahman, Kubang Rotan, Kota Star
Tuan Haji Awang, Sungai Limau, Yan
Tuan Haji Muhammad bin Haji Awang, Padang Pusing, Pendang
Tuan Haji Abdul Latif, Pulau Kerengga, Kota Star
Tuan Haji Harun, Bukit Tinggi, Naga, Sungai Baru, Bukit Pinang
Tuan Haji Ahmad, Paya Nedam, Sik
Tuan Haji Muhammad Zain, Kubang Siam, Kota Star
Tuan Haji Endut, Titi Besi, Kubang Pasu
Dato' Haji Abdul Rahman bin Abdullah, Merbuk
Tuan Haji Abdul Ghani bin Haji Awang, Kadi, Kota Star
Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Latif, Jitra, Kadi Besar
Tuan Haji Ahmad, Kupang, Baling
Tuan Haji Abdul Mutalib bin Abdul Rahman, Simpang Empat, Kota Star
Tuan Haji Muhammad Nuh, Kulim
Tuan Haji Hussain bin Haji Saleh, Langgar
Tuan Haji Wan Abdul Samad bin Wan Nik, Pokok Sena, Kedah
Tuan Haji Wan Ibrahim bin Wan Abdul Kadir, Pak Chu Him, Chegar, Pendang
Tuan Haji Othman, Alor Gonchar,Gunung, Kota Star
Tuan Haji Itam, Tanjung Bedil, Kota Star
Tuan Haji Abdullah bin Haji Awang, Chegar, Anak Bukit Kota Star
Tuan Haji Hassan al-Fatani, Bukit Besar, Yan
Tuan Haji Abdul Majid, Guar Cempedak
Tuan Haji Hussain bin Che' Dol, Guar Cempedak
Tuan Haji Hamzah, Mergong, Alor Star
Tuan Haji Ismail bin Sulaiman (Kelantan), Merbuk
Tuan Haji Ahmad Kota bin Lebai Ibrahim, Kota Rentang, Bukit Pinang
Tuan Haji Zawawi bin Abdul Rahman, Alor Ibus dan Yan (1898-1968)
Tuan Haji Mahmud bin Abdullah, Bukit Besar, Yan
Tuan Haji Kassim bin Haji Saleh, Pulau Pisang, Jitra
Tuan Haji Othman Melaka, Sanglang, Kodiang, Kubang Pasu
Tuan Haji Abdul Rahman, Sungai Baru Ilir, Kota Star
Tuan Haji Ahmad 'Sekor', Junjung, Kulim
Tuan Haji Idris bin Abdul Rahman, Alor Mengkudu, Alor Star
Tuan Haji Abu Bakar Palestin, Ayer Hitam, Jitra
Tuan Haji Hamzah, Seberang Chegar, Anak Bukit
Tuan Haji Ahmad Lala bin Abbas, Jeneri, Sik
Tuan Haji Dahlan, Langgar
Tuan Haji Muhammad Marzuki bin Muhammad Amin, Langgar
Tuan Haji Ismail bin Ibrahim, Seberang Nyonya, Kuala Kedah
Tuan Haji bin Haji Saleh, Kubang Lembu, Jitra
Tuan Haji Umar bin Haji Saleh, Kubang Lembu Jitra
Tuan Haji Rashidi, Kampung Gelugur, Baling
Tuan Haji Wan Sulung bin Wan Dali, Pokok Asam, Pendang
Tuan Haji Saleh (Wara), Sik
Tuan Haji Abdul Aziz bin Haji Ibrahim, Pendang
Tuan Haji Hussein, Pendang
Tuan Haji Muhammad Saad bin Awang, Merogoi, Bukit Payung, Pendang
Tuan Haji Husin bin Haji Abdul Rahman, Telok Kechai, Kota Star
Tuan Haji Zakaria Bin Abdul Rahman, Kubang Rotan, Kota Star
Tuan Haji Zakaria bin Haji Ismail, Pondok Ampang, Kampung Parit, Sik
Tuan Haji Salleh (Muda), Pekan, Sik
Tuan Haji Ismail bin Musa (Kelantan), Selengkoh, Kota Sarang Semut, Yan
Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Kechik, Kubang Siam, Kota Star
Pondok Darul-sa'adah Titi Besi, Kepala Batas, Jitra.
Seseorang tuan guru mungkin membuka lebih dari sebuah pusat pengajian pondok
kerana terpaksa berpindah-randah mencari tapak yang lebih strategik.
Bagaimanapun jumlah pondok-pondok atau pusat-pusat pengajian ini adalah jauh
lebih kecil dari jumlah tuan guru atau jumlah alim ulama yang wujud di dalam
negeri.
Di antara Tuan-tuan Guru yang berpindah-randah tempat membuka lebih dari satu
pusat pengajian pondok seperti :-
Tuan Husin (Tuan Haji Husin bin Muhammad Nasir bin Haji Muhammad Taib al-
Mas'udi al-Banjari) membuka sebanyak lapan buah pondok iaitu di Alor Ganu, Kota
Star (1887-1890), di Bohor Karang, Kota Star, (1890-1912), di Bagan Ulu (Pantai
Merdeka, Kuala Muda, (1912-1920), di Selengkoh, Daerah Yan, (1920-1924), di
Padang lumat, Batu 16, Yan (1924-1929) dan berpindah keluar dari Kedah ke Pokok
Sena di Pulau Pinang pada 1929 hingga meninggal pada 1935.
Tuan Haji Muhammad Ariff bin Ishak (Tuan Mat Arif) membuka pondoknya di
Sungai Nonang, Yan, (1901), kemudian di Ayer Putih Pendang, (1915), di Titi Serong,
Yan (1930) dan akhirnya di Pekan Atap, Gurun (1934-1941).
Tuan Guru Haji Salleh Masri bin Haji Abdullah membuka pondoknya di Teluk
Kechai Kota Star, pada 1923 dan membuka pula di Padang Lumat Yan dari 1932
hingga 1936. Kemudian membuka pula pondoknya di Kuala Kedah pada 1940.
Tuan Haji Yaakub bin Haji Ahmad (Tuan Haji Yaakub Putih) membuka pondoknya
di Batu Menunggol, di Pendang, di Kampung Bendang, Kuala Nerang (1940-1942),
dan di Kampung Bukit Gedung, Padang Terap (1942-1943).
Tuan Guru Haji Talib bin Abdul Rahman membuka pondok di Asun, Kubang Pasu
dan di Kampung Kunluang, Kubang Pasu sebelum membuka pondoknya di Simpang
Empat Kota Star.
Tuan Haji Harun membuka pondoknya di Bukit Tinggi, Kubang Pasu, di Naga,
Kubang Pasu, di Sungai Baru, Kota Star dan di Bukit Pinang, Kota Star.
Jumlah orang alim atau ulama adalah jauh lebih ramai dari jumlah pondok dalam
negeri kerana ramai pula ulama yang terdiri daripada para pengajar yang
berkhidmat di pondok-pondok. Demikian juga masih ramai para ulama dari
kalangan kadi, guru dan ustaz, serta khalifah-khalifah tariqat dan imam-iman tinggal
di seluruh negeri.
Antara ulama-ulama yang terkenal di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Syah ialah
seperti :-
Tuan Haji Wan Ismail bin Wan Mohd Taib, Kadi Besar, 1900
Syeikh Ahmad Dahlan, Syeikh-ul Islam
Syeikh Abdullah Muhammad Khayat, Syaik-ul Islam 1909-1918
Tuan Haji Muhammad Said, Kerian, Kadi dan Pentafsir al-Quran
Tuan Haji Syafie bin Muhammad Saleh, Telok Bagan, Guru di Masjidil Haram,
meninggal 1953
Syeikh Ismail bin Haji Muhammad Saleh, Syeikh-ul-Islam, 1935-1945
Tuan Haji Muhammad Nuh, Kadi
Syeikh Mahmud bin Haji Muhammad Nuh, Kadi Besar (Bekas guru di Masjidil
Haram)
Syeikh Muhammad Amin bin Haji Saleh al-Azhari, Kadi
Tuan Haji Zainal bin Haji Muhammad Amin, Telok Bagan, guru di Masjidil Haram
Tuan Haji Zulqarnain bin Haji Muhammad Saleh, Padang Pueliang, Pendang
Tuan Haji Muhammad bin Muhammad Saleh, Seberang Perak
Tuan Haji Ahmad Bahar bin Sulaiman, Alor Merah
Tuan Haji Muhammad Noor bin Muhammad Yaqin, Naga, Kubang Pasu
Tuan Haji Din bin Ibrahim, Haji Kudung, Kota Kuala Muda
Tuan Haji Muhammad Taib bin Haji Idris, Jitra
Tuan Haji Mahmud bin Shafie, Sanglang
Tuan Haji Abu Yazid, Yan.
Apabila Syeikh-ul Islam Kedah Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik mendirikan
sebuah sekolah agama moden di Limbung Kapal, Alor Star, dalam tahun 1920
dinamakan madrasah itu 'Madrasatul Hamidiyyah' mengambil sempena nama
Almarhum Yamtuan Sultan Abdul Hamid Halim Syah (1882-1943) yang amat gemar
kepada kerja-kerja penyibaran dan pemantapan ajaran-ajaran Islam. Maka guru-
guru di sekolah tersebut semuanya dianggap ulama yang radikal dan
bertanggungjawab membawa perubahan besar kepada masyarakat Islam di Kedah.
Diantara mereka ialah:-
Tuan Haji Yassin bin Muhammad Tahir, Guru Besar, Pertama
Syeikh Abdullah bin Ibrahim (Syeikh Abdullah Pak Him)
Syeikh Muhammad Saleh syamsuddin
Tuan Syed Muhammad bin Yahaya
Ustaz Husin
Syeikh Ibrahim Yusuf al-Ibyari (Guru Pelendit Pembacaan Al-Quran)
Tuan Haji Ku Ariffin bin Ku……….
Terdapat juga ulama yang membuka pondok dan menjadi Tuan Guru yang popular
dengan taital "lebai" sahaja. Ulama-ulama ini mengumpul ilmu agama di tanah air
sahaja dan tidak pernah ke Makkah walaupun untuk menunaikan fardu haji di
antara ulama-ulama begitu ialah:-
Lebai Tih, akhirnya meninggal di Makkah sebagai Haji Abdul Latif, membuka
pondoknya di Pulau Kerengga, Kota Star
Lebai Othman bin Haji Yunus (akhirnya Haji) di Bukit Besar, Yan. Pondoknya
dikenali sebagai "Pondok Lebai Man, Batu Sebelas". Lebai Othman pernah menjadi
'Kepala Tela'ah" di pondok Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, Bunut Payung, Kelantan.
Lebai Isa Kodiang, Kubang Pasu.
Sungguhpun masih ada lagi persekolahan pondok di negeri Kedah yang tumbuh
selepas meninggalnya Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik, Syaikhul-Islam, pada
1935, tetapi jumlahnya kecil jika dibandingkan dengan jumlah pondok-pondok yang
pernah wujud di Kedah sejak 1850 hingga 1935. Di antara pondok-pondok selepas
1936 dibuka oleh :-
Tuan Haji Yahaya Junaid batu 16, Padang Lumat, Yan 1940
Tuan Haji Umar al-Zuhdi bin Muhammad Saleh, Lanai, Baling
Tuan Haji "Uthman (Lebai Man) bin Haji Yunus, Batu Sebelas, Bukit Besar, Yan
Tuan Haji Ahmad bin Haji Othman, Bukit Kepelu, Kodiang, Kubang Pasu.
Tuan Haji Abdullah Abbas Nasution, Tanjung Pauh, Jitra
Tuan Lebai Isa, Kepelu, Kodiang
Tuan Haji Fauzi bin Haji Mustaffa, Yan
Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Saleh, Jitra, Kubang Pasu.
Tuan Haji Abu Bakar Palestin, Ayer Hitam, Kubang Pasu.
Tuan Haji Mustaffa, Gajah Mati, Pendang
Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Ibrahim, Pendang.
Tuan Haji Abdullah Kechik bin Haji Muhamad Yusof, Langgar, 1947
Tuan Haji Ahmad Tajuddin bin Haji Abdul Rahman al-Jarumi (Dato' Mursyid di
Raja), Malele, Kubang Pasu.
Tuan Haji Abdullah bin Hassan, Kuala Janing, Padang Terap
Tuan Haji Daud, Malau, Kulim
Tuan Haji Yahaya, Kampung Teluk, Bukit Pinang, Kota Star
Tuan Haji Ahmad Nahu, Jeneri, Sik
Tuan Haji Muhammad Ali bin Haji Ismail, Kebun 500, Jabi, Kota Star
Tuan Haji Ibrahim Senggora, Tok Keling, Kota Star
Tuan Haji Wan Muhammad Saleh, Tong Pelu, Padang Terap dan Alor Changleh,
Kubang Pasu.
Tuan Haji Mustaffa, Tambak Bunga, Kota Star.
Tuan Haji Husin bin Haji Abdul Rahman al-Jarumi, Selarung lalang, Kota Star
Tuan Haji Umar bin Haji Ahmad, Langgar
Tuan Haji Senawi bin Muhammad Saleh, Alor Setol, Langgar
Tuan Haji Abdullah bin Lebai Besar, Kupang
Tuan Haji Mahmud Zuhdi, Lanai, Sik
Tuan Haji Bukhari bin Hassan, Bukit Besar, Yan dan Batu Menunggol, Pendang
Tuan Haji Man, Lepai, Kota Star.
Tuan Haji Man, Pida Tiga, Tunjang, Kubang Pasu
Tuan Haji Husin, Kubur Panjang
Tuan Haji Awang, Ayer Hitam, Kubang Pasu
Tuan Haji Abdul Rahman bin Awang Kechik, Permatang Jeram, Kubang Pasu
Tuan Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Hamid, Sungai Jagung Dalam, Pendang
Tuan Haji Shafie, Kampung Tebing, Jitra
Tuan Haji Azizan bin Mustaffa, Kangkung, Kota Star
Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Bukit Pinang, Kota Star
Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Yahaya, Kupang, Baling
Tuan Haji Abdullah bin Lebai Samah, Bukit Lada, Kota Star
Banyak dari pusat-pusat pengajian yang dikatakan pondok ini telah terbiar dan
menjadi jasad yang tidak bernyawa.