Anda di halaman 1dari 4

Pondok 

adalah satu institusi teristimewa dan tinggi kedudukan dalam masyarakat


melayu yang mengamalkan penimbaan ilmu secara tradisional. Gedung ini telah
diwarisi secara turun-temurun yang berperanan mengenal Allah dan Islam melalui ilmu
tauhid, tasauf, fardhu ain dan sebagainya. Perkataan pondok berasal dari perkataan
Arab " Funduq" (‫فندوق‬ ) bererti rumah tumpangan atau tempat menginap pengembara-
pengembara. Ada pula yang mendefinisikan sebagai rumah kecil atau pondok kecil
yang didirikan untuk sementara waktu di sawah-sawah, ladang atau lain-lain tempat
yang mempunyai deretan rumah kecil. Ada pula yang mengatakan perkataan langgar
yang berasal dari perkataan Parsi seerti dengan pondok.

MUQADDIMAH

Pendidikan Islam merupakan suatu proses yang menitik beratkan ibadat dan perbuatan
yang berkaitan dengan masyarakat. Ia juga menumpukan aspek keimanan dan amalan
terhadap pelbagai aspek kehidupan dunia dan akhirat. Dasar pendidikan Islam adalah
al-Qur’an dan al-Hadith. Ia bertujuan bagi membentuk syaksiah muslim supaya
mengenal Allah dan bertindak sepanjang hidupnya sebagai hamba Allah yang beriman
dan bertakwa kepadaNya.

Perkembangan pendidikan Islam di Malaysia melalui salur-galur sejarah yang panjang


dan menarik. Di Kedah, proses pensejarahan ini juga menarik, lebih-lebih lagi ia dilakari
dengan wujudnya institusi pondok dan ulama’.

Tulisan ini sedikit sebanyak akan menyentuh pendidikan Islam di Kedah, terutama dari
segi peranan pondok sebagai institusi yang membentuk sejarah pendidikan Islam di
negeri ini. Secara langsung, sistem pondok juga diakui sebagai sebuah institut yang
hampir kepada falsafah dan tujuan pendidikan Islam yang disebutkan di atas.

PERKEMBANGAN AWAL PENDIDIKAN ISLAM DI KEDAH


Kedah merupakan salah sebuah tempat persinggahan peniaga dan pedagang daripada
Arab, Parsi dan India. Kebanyakkan pedagang ini beragama Islam. Selain membawa
barang dagangan mereka juga menyebarkan Islam ke tempat yang mereka singgahi.
Terdapat bukti yang menunjukkan Islam sampai ke Kedah lebih awal daripada negeri
lain. Antaranya sejarah Kedah mencatatkan seorang ulama’ Arab, Syeikh Abdullah al-
Yamani telah datang ke Kedah dan mengislamkan Maharaja Darbar Raja II
(kemudiannya digelar Sultan Muzaffar Shah I) pada tahun 531h (1136m). Beliau
kemudiannya menjadi guru agama sultan dan menetap di Kedah.

Hasilnya, pendidikan Islam telah bermula di negeri Kedah seiring dengan kemasukan
agama Islam. Ini ditambah dengan faktor sejarah hubungan dengan Patani dan Acheh
yang terkenal sebagai tempat pengajian Islam. Ramai ulama’ daripada tempat ini yang
datang ke Kedah dan mendirikan tempat pengajian. Antaranya ialah Syeikh Jarum di
Derga dan Pak Cu Him di Gajah Mati.

Secara umumnya, pendidikan Islam bermula dengan berpusat kepada surau atau
masjid. Selain tempat beribadat, tempat ini juga digunakan untuk proses pengajian
perkara agama.

SISTEM PONDOK SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM

1. Sistem pengajian Islam pondok dijalankan di sebuah perkampungan yang


berpusatkan sebuah bangunan (surau/masjid) yang bertindak sebagai sekolah
dan tempat beribadat. Tempat pengajian ini dikelilingi oleh rumah-rumah kecil
yang dipanggil ‘pondok’ sebagai tempat kediaman pelajar. Dari sinilah timbulnya
perkataan pengajian ‘pondok’.
2. Lokasi pondok selalunya berada di tempat pendalaman/desa, selalunya di
sebuah kawasan penanaman padi, yang berhimpunnya orang Melayu beragama
Islam. Ini jelas dengan banyaknya pengajian pondok di daerah Kubang Pasu,
Kota Setar dan Yan kerana kawasan ini merupakan jelapang padi bagi Kedah.
3. Sistem pengajian ini biasanya ditadbir secara bersendirian mengikut citarasa
tuan guru yang bertindak sebagai ketua. Beliau bertanggung jawab
mengendalikan pengajian dan atauran hidup di kawasan pondok. Kemajuan
sesebuah pondok itu selalunya bergantung kepada keilmuan dan daya
kepimpinan yang ada pada tuan guru. Kebanyakkan pondok terkenal dengan
nama kepada pengasas atau tuan guru di situ dan tempat kewujudannya.
Sebagai contohnya, pondok Hj. Hussain Langgar, pondok Tok Syeikh Jarum
Derga dan pondok Syeikh Idris di Tajar.
4. Pelajar-pelajar tidak dibahagi mengikut umur, sebaliknya dibuka kepada umum
dan sesiapa sahaja boleh mengikuti pelajaran daripada tuan guru, selalunya
selepas meminta izin daripada beliau. Sistem pondok tidak mempunyai kelas,
sebaliknya lebih berbentuk halaqah bersama tuan guru.
5. Kebanyakkan sekolah pondok tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.
Sebaliknya ia bergantung kepada derma orang ramai dan pelajar, terutama
melalui bayaran dalam sistem Islam seperti waqaf, zakat dan sedekah. Ini
mungkin berkaitan dengan lokasi pondok di kawasan penanaman padi melalui
pemberian zakat padi.
6. Sistem pengajian di sini menggunakan kaedah pengajaran secara penyampaian
oleh tuan guru dan pelajar pula mengingatinya secara hafalan terhadap
pelajaran atau matan yang dipelajari. Kebanyakkan sekolah pondok mempunyai
jadual pengajaran mengikut solat lima waktu, seperti lepas subuh dan lepas
maghrib.
7. Pengajian secara pondok tidak menggunakan sukatan pelajar yang tetap,
sebaliknya menggunakan kitab-kitab tertentu mengikut mata pelajaran yang
diajar. Antara kitab-kitab yang selalu diajar adalah dalam bahasa Arab dan
bahasa Melayu tulisan Jawi seperti : Minhaj al-‘Abidin dan Ihya’
Ulumuddin(tasauf), Fath al-Muin (feqah), Tafsir Jalalain (tafsir) dan
sebagainya.
8. Antara pondok yang terawal di bina di Kedah adalah di Kampung Pulau Pisang,
Tunjang, Jitra oleh Tuan Haji Ishak Bin Muhammad Hashim.
 

SISTEM PONDOK MELALUI PEMBAHARUAN

Selepas Perang Dunia Kedua, sistem pendidikan pondok semakin beransur-ansur


mengalami perubahan. Ini termasuklah dalam kaedah pengajaran yang menekankan
aspek pemahaman, selain kemudahan persekolahan seperti buku teks, jadual waktu
yang tersusun dan sistem pentadbiran yang kemas.

Mengikut catatan sejarah, sistem pengajian agama moden yang dipanggil madrasah
yang awal wujud ialah Madrasah al-Hamidiah di Limbong Kapal, Alor Setar oleh Tuan
Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek. Nama madrasah ini diambil sempena nama Sultan
Abdul Hamid Halim Shah Ibn Sultan Ahmad Tajuddin Mukarran Shah. Asalnya
madrasah ini merupakan tempat persinggahan bakal-bakal haji sebelum bertolak ke
Pulau Pinang untuk menuju ke Mekah. Sebelum bertolak mereka akan mempelajari
rukun dan cara mengerjakan haji terlebih dahulu.

Kemudian satu persatu sekolah pondok menjadi moden dengan dipanggil sebagai
madrasah. Ada pula sekolah pondok yang terus mati setelah tuan guru meninggal dunia
dan tiada tempat penganti.

Anda mungkin juga menyukai