Anda di halaman 1dari 4

www.tobaqatsyafii.blogspot.

com

Syeikh Muhammad Saleh Al-Minankabawi  (wafat 1351 H)

ARKIB : 26/04/2004

Syeikh Muhammad Saleh Al Minankabawi


Syeikhul Islam Perak Darul Redzuan
Oleh: Wan Mohd. Shaghir ‘Abdullah

MENGENAI ulama yang berasal dari Minangkabau ini, masih terdapat


beberapa perkara yang masih bersimpang-siur. Terdapat dua nama mengenai orang
tuanya, iaitu ‘Abdullah dan Muhammad Thaiyib. Ayahnya yang bernama ‘Abdullah
digunakan pada tiga buah karyanya yang telah ditemui. Nama Muhammad Thaiyib
pula digunakan sewaktu beliau menjadi Syeikh al-Islam Perak Darul Redzuan.

Syeikh Muhammad Saleh dilahirkan di Kampung Tungkar, Luak Tanah Datar,


Minangkabau, Sumatera Barat. Muridnya bernama Muhammad Saleh Mandahiling,
penulis buku biografinya yang menyebut bahawa Syeikh Muhammad Saleh lahir kira-
kira pada tahun 1266 Hijrah. Penulis masih meragui tahun andaian itu, kerana
beberapa fakta bertentangan dengan jalan sejarah yang ada hubungan dengannya.
Syeikh Muhammad Saleh meninggal dunia pada 17 Zulkaedah 1351 Hijrah/12 Mac
1933 Masihi di Kuala Lumpur.

Dalam buku muridnya itu diceritakan bahawa Syeikh Muhammad Saleh


bersahabat dengan Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau (lahir 1276 Hijrah), Syeikh
Mukhtar Jawa/Bogor (lahir 1278 Hijrah) dan Syeikh Nawawi Bantan (1230 Hijrah).
Berdasarkan perbandingan tahun kelahiran ulama-ulama yang tersebut dengan
kelahiran Syeikh Muhammad Saleh (1266 Hijrah) itu, penulis berkesimpulan bahawa
Syeikh Muhammad Saleh bukan sahabat Syeikh Nawawi Bantan tetapi beliau adalah
muridnya. Kelahirannya yang diandaikan tahun 1266 Hijrah itu masih perlu dikaji
semula, sekurang-kurangnya agak berdekatan dengan tahun kelahiran Syeikh
Ahmad Khatib Minangkabau (1276 Hijrah) dan Syeikh Mukhtar Jawa/Bogor (1278
Hijrah) itu.

PENDIDIKAN

Syeikh Muhammad Saleh berangkat ke Mekah sejak berumur 6 tahun


mendapat pendidikan daripada orang tuanya, Syeikh Muhammad Thaiyib @ Syeikh
‘Abdullah, seorang Syeikh haji di Mekah. Beliau sempat belajar kepada ulama-ulama
besar Mekah yang terkenal, iaitu Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Abu Bakar
Syatha, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh ‘Abdul Hamid
asy-Syarwani, Saiyid ‘Umar Ba Junaid, Saiyid Muhammad Sa’id Babshail dan Saiyid
‘Abdullah Zawawi.

1
www.tobaqatsyafii.blogspot.com

Dalam buku biografinya tidak disebut seorang pun gurunya yang berasal dari
dunia Melayu secara jelas, tetapi memperhatikan jalan ceritanya, Syeikh Muhammad
Saleh juga belajar kepada ulama-ulama dunia Melayu yang terkenal di Mekah pada
zaman itu. Diceritakan dalam buku itu bahawa sewaktu Syeikh Muhammad Saleh
akan memperdalam ilmu falak bersama beberapa orang kawannya. Kawan-
kawannya hanya belajar empat kali saja kerana guru tersebut terlalu keras. Nama
guru falak yang diceritakan dalam buku itu tidak dinyatakan. Syeikh Muhammad
Saleh sempat khatam belajar kepada guru yang keras itu. Demi lebih memperoleh
kefahaman, beliau belajar pula kepada seorang pemuda yang berusia 16 tahun, juga
tidak disebut namanya.

Daripada cerita di atas penulis berpendapat kemungkinan yang dimaksudkan


guru falak yang terlalu keras itu ialah Syeikh Ahmad al-Fathani. Sedangkan pemuda
ahli falak yang berusia 16 tahun itu, ialah Syeikh Muhammad Nur al-Fathani.

PENGEMBARAAN DAN AKTIVITI

Setelah belajar selama 17 tahun di Mekah, Syeikh Muhammad Saleh pulang ke


Minangkabau. Selama kira-kira empat tahun di Minangkabau, digunakan untuk
mengembara ke segenap pelosok wilayah itu, dan pada waktu-waktu tertentu
membantu gurunya, Syeikh Muhammad Jamil mengajar. Pengembaraan di
Minangkabau dimanfaatkannya pula berdakwah dan mengajar melalui pembacaan
kitab, sama ada kitab bahasa Arab mahu pun bahasa Melayu.

Sewaktu berada di Minangkabau selama empat tahun itu, Syeikh Muhammad


Saleh berkesempatan pula belajar ilmu persilatan dan beberapa jenis ilmu hikmat
untuk pertahanan diri yang diperlukan pada zaman itu. Diceritakan bahawa dalam
ilmu persilatan, beliau telah mencapai martabat seorang pendekar. Dalam ilmu
perubatan beliau berkemampuan pula mengubati berjenis-jenis penyakit.

Syeikh Muhammad Saleh berangkat lagi ke Mekah kerana masih dirasakan


kekurangan ilmunya dalam bidang-bidang tertentu, seperti ilmu falakiyah, ilmu
manthiq, ilmu tafsir dan lain-lain. Setelah beberapa tahun belajar dan mengajar di
Mekah, sahabat dan muridnya, Engku Kudin, putera Raja Deli-Serdang mengajak
beliau menyebarkan Islam di kerajaan di Sumatera Timur itu. Selesai menunaikan
haji tahun 1309 Hijrah/1892 Masihi, Syeikh Muhammad Saleh bersama jemaah haji
menaiki kapal dari Jeddah ke Pulau Pinang.

Selanjutnya Syeikh Muhammad Saleh mengembara di seluruh Semenanjung


Tanah Melayu, mulai Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Terengganu dan
Johor. Di mana saja beliau pergi, beliau terus mendapat sambutan bukan hanya
rakyat jelata tetapi juga para sultan setiap kerajaan yang tersebut itu.

2
www.tobaqatsyafii.blogspot.com

Daripada pergaulan dengan sultan-sultan Melayu, Syeikh Muhammad Saleh


berkesimpulan bahawa Sultan ‘Abdur Rahman Mu'azzam Syah, Sultan Riau-Lingga
adalah sultan yang paling garang. Beliau mementingkan keindahan pakaian dan
perhiasan serta menyukai kelazatan makanan dan minuman. Sultan Abu Bakar,
Sultan Johor, adalah sultan yang cerdik, mengasihi rakyat dan mengutamakan
kepentingan kerajaannya. Sultan Zainal ‘Abidin III, Sultan Terengganu, adalah sultan
yang sangat ‘alim pengetahuan Islamnya dan sangat bertakwa kepada Allah.

HAKIM DI KERAJAAN RIAU-LINGGA


Sebelum Syeikh Muhammad Saleh menjadi Syeikh al-Islam Perak, beliau
pernah memegang jawatan Hakim di kerajaan Riau-Lingga. Pelantikan beliau
sebagai Hakim Riau-Lingga adalah atas kehendak Yam Tuan Muda Raja
Muhammad Yusuf al-Ahmadi.
Sebab-sebab Syeikh Muhammad Saleh diminta oleh Yam Tuan Muda Raja
Muhammad Yusuf al-Ahmadi menjadi Hakim Riau-Lingga adalah untuk menjaga
kewibawaan putera baginda, Sultan ‘Abdur Rahman Mu'azzam Syah, Sultan Riau-
Lingga ketika itu. Yam Tuan Muda Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi dalam
beberapa tahun merasa gelisah kerana beberapa perkara di mahkamah banyak yang
tidak dapat diselesaikan. Ada yang tertangguh sekurang-kurangnya tiga tahun.
Syeikh Muhammad Saleh dapat menyelesaikannya, beliau adalah seorang ulama
yang bijaksana, amanah. Semuanya dapat beliau selesaikan.

Syeikh Muhammad Saleh terpaksa berpindah dari Riau, Pulau Penyengat ke


Pulau Lingga untuk menjalankan tugasnya sebagai Hakim. Sewaktu Syeikh
Muhammad Saleh memegang jawatan Hakim Riau-Lingga itulah salah seorang
Kerabat Diraja Kerajaan Perak bernama Engku Raja Mahmud atau digelar dengan
Imam Paduka Tuan Perak mengenalinya.

Engku Raja Mahmud mengkagumi kebijaksanaan Syeikh Muhammad Saleh


dalam menyelesaikan pelbagai isu, apatah lagi ulama yang berasal dari
Minangkabau itu dapat menggabungkan pengetahuan yang bercorak duniawi dan
ukhrawi. Dengan bermacam-macam cara Engku Raja Mahmud memujuk ulama itu
supaya berkhidmat di negerinya di Perak Darul Redzuan.

MENJADI SYEIKH AL-ISLAM


Engku Raja Mahmud akhirnya berhasil mengajak Syeikh Muhammad Saleh
berpindah ke Perak setelah dua tahun beliau bertugas sebagai Hakim di Riau-
Lingga. Manakala Engku Raja Mahmud kembali ke Perak, beliau dilantik menjadi
Kadi Besar Kerajaan Perak.
Syeikh Muhammad Saleh mulai mengajar pelbagai kitab-kitab Islam terutama
kitab-kitab Melayu/Jawi di Kuala Kangsar pada tahun 1318 Hijrah/1900 Masihi. Sejak
awal kedatangannya di Kuala Kangsar, beliau telah mendapat restu daripada Sultan
Idris, Sultan Perak Darul Redzuan ketika itu.
3
www.tobaqatsyafii.blogspot.com

Selain mengajar kitab untuk pengajian orang tua-tua, Syeikh Muhammad Saleh
juga berhasil mendirikan Madrasah Ihsaniyah yang menurut sistem pendidikan
persekolahan di Teluk Anson.

Cita-cita Sultan Perak untuk melantik seorang Syeikh al-Islam bermula tahun
1922 Masihi, namun secara rasminya Syeikh Muhammad Saleh al-Minankabawi
memegang jabatan itu pada 6 Jamadilakhir 1343 Hijrah/1 Januari 1925 Masihi.

KARYA-KARYA

1. Mawa'izhul Badi'ah, diselesaikan pada 24 Muharam 1335 Hijrah. Dicetak


Mathba'ah Al-Ahmadiah, 1344 Hijrah. Kandungannya merupakan nasihat dan akhlak
yang diringkaskan daripada Mawa'izhul Badi'ah karya Syeikh ‘Abdur Rauf bin ‘Ali al-
Fansuri.
2. Kasyful Asrar, diselesaikan pada hari Selasa, 27 Safar 1344 Hijrah. Cetakan
yang pertama hingga cetakan yang ke 29 oleh Maktabah wa Mathba'ah Al-
Ahmadiah, Singapura. Kandungannya membicarakan tentang tasawuf haqiqat atau
tasawuf falsafi. Karya ini pernah ditahqiq oleh Syeikh Haji Muhammad Wali al-Khalidi
dengan judul Tanwirul Anwar fi Izhhari Khalal ma fi Kasyfil Asrar, diterbitkan oleh Al-
Maktabatut Taufiqiyah, JalanPerdagangan No. 4 Atas, Banda Aceh. Kasyful Asrar
juga pernah diubahsuai ke dalam bahasa Indonesia dengan judul Menyingkap
Rahsia Agama Dan Tasawuf, diterbitkan oleh Yayasan Dakwah Islam, Surabaya.
3. Jalan Kematian, diselesaikan 14 Jamadilakhir 1344 Hijrah. Dicetak pada
bahagian akhir Kasyfur Asrar oleh Maktabah wa Mathba'ah Al-Ahmadiah, Singapura.
4. Nashihatul Mubtadi, tanpa tarikh. Cetakan yang pertama Maktabah wa
Mathba'ah Al-Ahmadiah, 1346 Hijrah/1927 Masihi. Kandungannya merupakan
berbagai-bagai nasihat ke arah keteguhan pegangan dalam beragama Islam dan
iman.

MURID-MURID

Murid beliau sangat ramai di seluruh Semenanjung, di antaranya termasuk


Sultan Iskandar Syah, Sultan Perak. Yang pernah menulis riwayat hidup beliau ialah
murid yang lama bergaul dengannya, beliau ialah Muhammad Saleh Mandahiling,
Tapanuli. Buku tersebut diberi judul Izalatul Hairan fi Qashshah Syaikhil Islam Darir
Ridhwan, judul bahasa Melayu ialah Menghilangkan Kehairanan Pada Menyatakan
Cerita Syeikhul Islam Perak Darul Redzuan.

Sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Anda mungkin juga menyukai