Anda di halaman 1dari 2

1. Disini saya akan menerangkan hubungkait antara sekularisme dan liberalisme.

2. Sebelum itu, apa itu sekularisme? , sekularisme ini tidak boleh hanya difahami
sebagai pemisahan antara agama dengan politik semata-mata, hakikatnya sekularisme
merupakan suatu program falsafah yang memberi kesan bukan hanya pada aspek politik
dan kenegaraan, tetapi juga kepada pemikiran dan moraliti masyarakat, dan lebih
penting ianya mengubah akidah dan pandangan alam seorang Muslim.

3. Seseorang yg berfahaman sekular tidak lagi melihat agama sebagai panduan dan
sumber rujukan dalam menentukan benar dan salah, baik dan buruk.

4. Pada fahaman sekular, manusia berkuasa sepenuhnya dalam menentukan nasibnya,


hakikat dan peranannya di muka bumi dan falsafah moralnya.

5. Mereka menentukan semua itu tanpa panduan daripada Tuhan dan wahyu.

6. Sekularisme menekankan aspek material dan fizikal kehidupan manusia dan


meletakkan akal rasional manusia sebagai kayu ukur tertinggi dalam menentukan
kebenaran.

7. Kerosakan yang berlaku yg disebabkan oleh sekularisme sememangnya sangat besar.


Kerana kerosakan ini berlaku pada peringkat yang paling mendasar seperti
- kerosakan ilmu dan kekeliruan pemikiran.

8. Maka akhirnya tindakan manusia sekular terhadap sesama manusia, terhadap agama
dan terhadap alam semesta telah mendatangkan kerosakan.

9. Selepas itu, bagaimana pula dengan Liberalisme? Adakah liberalisme itu berkaitan
dengan sekularisme? Ramai yang memahami bahawa liberalisme adalah satu fahaman yang
baik dimana golongan liberal ini memperjuangkan hak asasi manusia dan kedaulatan
undang-undang yg membolehkan semua masyarakat diberi layanan dan hak yang sama
rata.

10. Realitinya, Liberalisme ini menumpukan kepada idea kemerdekaan manusia dan
kebebasan daripada segala bentuk aturan dan batasan yang sebelum kemunculannya ,
datang daripada agama dan autoriti yang mengatasnamakan agama.

11. Liberalisme menjadikan kebebasan sebagai nilai tertinggi, atas nama kebebasan
ini maka lahirlah gerakan
* LGBTQI, (iaitu gerakan :
* feminisme, (
* humanrightisme (
* Dan gerakan seumpamanya
yang membelakangkan aturan agama dan tuhan.
12. Sebahagian pendokong liberalisme menggunakan alasan bahawa oleh kerana Islam
memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan, kedaulatan undang-undang dan hak asasi
manusia , maka sewajarnya umat Islam menerima liberalisme.

13. Tetapi !, ha tetapi, perkara-perkara yang disebutkan itu adalah sangat


berlainan dengan liberalisme. Di sini dapat dijelaskan dengan kedatangan Islam
sejak lebih drpd 1400 tahun yang talu menegaskan kemuliaan manusia, tanpa mengira
warna kulit, bangsa dan bahasa.

14. Islam meletakkan persamaan antara yg berkulit hitam dan yg berkulit putih;
antara si kaya dengan si miskin; manusia dilahirkan merdeka yg dimaksudkan tiada
manusia yg lahir sebagai hamba kepada manusia lain;

15. Islam juga mengehadkan kuasa pemimpin, dan pemimpin itu sepertimana rakyat
biasa tertakluk kepada undang-undang; dengan demikian umat islam merupakan umat
pertama yang menghormati hak asasi manusia.

16. Namun demikian, hak asasi manusia yg pada dasarnya sesuatu yg baik dan murni
itu, telah berubah,.. pada sudut liberalisme, di mana ianya menjadi hak untuk bebas
mengamalkan perbuatan tidak bermoral dan menyeleweng, aktiviti songsang seperti
homoseksualiti, kebebasan untuk murtad, kebebasan untuk menggugurkan kandungan dan
kebebasan untuk menolak autoriti agama.

17. Aspek negatif liberalisme yang tidak diceritakan juga termasuk bagaimana
liberalisme membebaskan diri daripada autoriti agama dan autoriti ilmu daripada
mengatur kehidupan manusia, manusia tidak lagi merujuk kepada agama dan institusi
ulama’ dalam segala aspek kehidupan.

18. Maka, hubungkait antara sekularisme dan liberalisme ialah, Liberalisme adalah
kesinambungan daripada sekularisme. Seseorang yg berpegang pada liberalisme itu
semestinya terlebih dahulu menerima sekularisme.

19. Asas liberalisme adalah sekularisme, dan sekularisme dicirikan dengan


rasionalisme sekular, dualisme dan pemisahan antara agama dan negara, wahyu dengan
akal dan dunia dengan akhirat.

20. Apabila kita memahami liberalisme dan sekularisme sebagai suatu ideologi dan
falsafah yang berusaha untuk meminggirkan dan manggantikan peranan agama dalam
kehidupan manusia, maka kita akan dapat lihat bahawa liberaslisme bukan sahaja
bertentangan dengan islam tetapi juga berbahaya kepada masa depan umat manusia, dan
peradaban manusia kerana Liberalisme ini adalah kesinambungan daripada sekularisme.

21. Itu sahaja daripada saya. Jadi, selepas ini nureen akan menerangkan tentang
islam liberal.

Anda mungkin juga menyukai