Anda di halaman 1dari 13

1

Isi Kandungan Muka surat

Pendahuluan 3

Pengertian al- wadi’ah 4

Hukum wadi’ah 5-6

Rukun dan syarat wadi’ah 7

Jenis-jenis wadi’ah 8-9

Jenis barang yang diwadi’ahkan 10

Implikasi akad wadi’ah 11

Simpanan al wadiah di bank rakyat 12

Rumusan 13

Rujukan 13

2
AKAUN WADIAH DI INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA

PENDAHULUAN

Islam memandang bumi dengan segala isinya merupakan amanah Allah kepada

khalifahnya agar dipergunakan sebaik-baiknya bagi kesejahteraan bersama. Untuk mencapai

tujuan suci ini, Allah memberikan petunjuk melalui para rasulNya. Petunjuk tersebut meliputi

segala sesuatu yang diperlukan manusia meliputi akidah, akhlak dan syariah. Dua komponen

pertama akidah dan akhlak adalah bersifat tetap. Ia tidak berlaku perubahan. Ada pun syariah

sentiasa berubah sesuai dengan keperluan dan taraf peradaban umat. Oleh kerana itu, syariah

Islam sebagai suatu syariah yang dibawa oleh rasul terakhir, mempunyai keunikan tersendiri.

Syariah ini bukan sahaja menyeluruh atau komprehensif tetapi juga universal. Keistimewaan

ini diperlukan kerana tidak akan ada syariah yang lain yang datang untuk menyempurnakannya.

Komprehensif bererti syariah Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan baik berupa aspek

kehidupan, ibadah dan muamalah. Universal bermakna syariah Islam dapat diterapkan dalam

setiap waktu dan tempat. Kalau diperhatikan, kita telah disyariahkan berbagai muamalah seperti

jual beli, sewa menyewa dan barang yang diamanahkan. Ini menjadikan manusia sentiasa

tolong menolong dan lengkap melengkapi antara satu sama lain. Begitu jugalah Allah

mensyariatkan wadi’ah.

3
PENGERTIAN AL- WADI’AH

Menurut bahasa al-wadi’ah adalah sesuatu yang ditempatkan bukan pada pemiliknya supaya

dijaganya, itu bererti al-wadi’ah ialah memberikan. Makna yang kedua al-wadi’ah dari segi

bahasa ialah menerima, seperti seseorang berkata “awdatuhu” ertinya aku menerima harta

tersebut darinya. Secara bahasa al-wadi’ah memiliki dua makna iaitu memberikan harta untuk

dijaganya dan penerimanya. Terdapat dua definisi wadi’ah yang dikemukakan oleh ahli fikih.

Pertama, ulama mazhab Hanafi mendefinisikan wadi’ah dengan mengikutsetakan orang lain

dalam memelihara harta, baik dengan ungkapan yang jelas, melalui tindakan, mahupun melalui

isyarat. Kedua, ulama mazhab Maliki, mazhab Syafi’i dan mazhab Hambali mendefinisikan

wadi’ah dengan mewakilkan orang lain untuk memelihara harta tertentu dengan cara tertentu.i

Dari definisi di atas, bolehlah difahami bahawa yang dimaksudkan dengan wadi’ah

adalah barang yang diamanahkan , iaitu akad seseorang kepada yang lain dengan

mengamanahkan sesuatu benda untuk dijaganya secara layak. Apabila terdapat kerosakan pada

barang yang dijaga maka tidak wajib menggantikannya tetapi sekiranya kerosakan itu

disebabkan oleh kelalaiannya maka ia wajib menggantikannya.

4
HUKUM WADI’AH

Wadi’ah merupakan salah satu bentuk yang diharuskan oleh syarak berdasarkan dalil-dalil

berikut:

a) Firman Allah SWT:

‫ان هللا يأمركم أن تؤدوا األمنت إلى أهلها‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada

ahlinya” (Surah al-Nisa’: 58)

b) Sabda Rasulullah SAW:

‫أد االمانة إلى من ائتمنك وال نحن من خانك‬

Maksudnya : Tunaikanlah amanah kepada mereka yang mengamanahkan kamu dan

janganlah kamu mengkhianati mereka yang mengkhianati kamu” (Riwayat Abu Daud)

c) Ijma’

Para ulama’ telah bersepakat tentang keharusan wadi’ah. Walaupun wadi’ah adalah

sesuatu yang disyariatkan, tetapi hukumnya boleh berubah mengikut situasi dan

keadaan sebagaimana berikut:

a) Sunat

Apabila orang yang diamanahkan menyimpan sesuatu barang itu mampu untuk

menjaganya, yakin dengan amanah yang ada pada dirinya, sementara itu masih ada

lagi orang lain yang berkemampuan dan berkebolehan sepertinya.

b) Wajib

Apabila orang yang diamanahkan tersebut mampu menjaganya, yakin dengan sifat

amanah yang ada pada dirinya dan tiada orang lain yang berkemampuan dan

berkebolehan sepertinya. Jika dia tidak menjaganya, maka harta itu akan rosak,

5
binasa atau hilang begitu sahaja. Sedangkan Rasulullah SAW melarang kita

membinasakan sesuatu harta.

c) Makruh

Apabila seseorang yang menerima wadi’ah itu seorang yang amanah semasa barang

itu diserahkan kepadanya akan tetapi dia tidak yakin yang dia akan kekal amanah di

masa akan datang.

d) Haram

Apabila seseorang yang menerima wadi’ah itu tahu dirinya lemah dan tidak mampu

untuk menjaganya. Jika dia menerimanya, dia akan mendedahkan wadi’ah itu

kepada kebinasaan dan hilang. Maka ini termasuklah juga dalam larangan

membinasakan harta dan mensia-siakannya.

e) Harus

Apabila seseorang yang menerima wadi’ah tidak yakin dia boleh menjaganya atau

dia tidak yakin akan kekal amanah di masa akan datang dan pemilik barang

mengetahui keadaan itu akan tetapi dia redha untuk menyerahkan barang tersebut

untuk disimpan olehnya.

RUKUN DAN SYARAT WADI’AH

6
RUKUN WADI’AH

Rukun wadi’ah berdasarkan mazhab yang dianutnya, dapat dibezakan menjadi dua, iaitu :

a. Menurut Iman Abu Hanafi, rukun wadiah hanya ijab dan qabul.

b. Sedangkan menurut Jumhur Ulama rukun wadiah ada tiga, iaitu :

1- Wadiah

Wadiah adalah barang yang disimpankan, antara syaratnya adalah :

i- Barang yang disimpankan harus dihormati (muhtaramah) dalam pandangan

syariat.

ii- Barang simpanan harus jelas dan boleh dipegang atau dimiliki. Jadi, barang

yang disimpankan dapat diketahui identitinya dan dapat dimiliki untuk

dijaga.ii

2- Sighah

Sighah adalah ijab dan qabul yang menggambarkan keinginan dan persetujuan dua

pihak yang berakad untuk berurusan. Dan lafaz tersebut harus dilafazkan di depan

kedua belah pihak yang berakad. iii

3- Orang yang berakad

Orang yang berakad ada dua pihak iaitu al-wadi’ (pemegang simpanan) dan al-

mudi’ (penyimpan). Disyaratkan pada kedua-duanya mestilah baligh, berakal serta

boleh dan sah melakukan urusan (tasarruf) berkaitan simpanan tersebut.

Dalam mazhab Hanafi, baligh dan berakal tidak dijadikan syarat dari orang yang

berakad, jadi anak kecil yang diizinkan oleh walinya boleh untuk melakukan wadiah

ini. iv

JENIS-JENIS WADI’AH

7
Berdasarkan sifat akadnya, wadi’ah dapat dibahagi kepada dua bentuk, iaitu :

a. Wadi’ah Yad Amanah

Wadi’ah yad amanah iaitu barang yang disimpankan sama sekali tidak boleh digunakan

oleh pihak yang menerima simpanan, sehingga dengan demikian pihak yang menerima

simpanan tidak bertanggungjawab terhadap risiko yang menimpa barang yang

disimpankan. Penerima simpanan hanya punya kewajipan mengembalikan barang yang

disimpankan pada saat diminta oleh pihak yang menyimpankan secara apa adanya.

1 Simpan barang
NASABAH BANK
Orang yang Penyimpan
penyimpan
2 upah simpanan

2.1 : Skema Wadi’ah yad amanahv

Keterangan :

Dengan konsep wadi’ah yad amanah, pihak yang menerima tidak boleh menggunakan

dan memanfaatkan wang atau barang yang disimpankan, tetapi harus benar-benar

menjaganya sesuai kelaziman.

Adapun aplikasinya dalam perbankan syariah berupa produk safe deposit box.

8
b. Wadi’ah Yad Dhamanah

Wadi’ah Yad Dhamanah adalah simpanan terhadap barang yang dapat dipergunakan

atau dimanfaatkan oleh penerima simpanan. Sehingga pihak penerima simpanan

bertanggungjawab terhadap risiko yang menimpa barang sebagai akibat dari

penggunaan atas suatu barang, seperti risiko kerosakan dan sebagainya. Tentu sahaja

penerima simpanan wajib mengembalikan barang yang disimpankan pada saat diminta

oleh pihak yang menyimpannya.

1 simpan dana
BANK BANK

Penyimpan Penyimpan

4 Bonus

2
3 Bagi hasil
pemanfaatan

PENGGUNA
DANA

2.2 : Skema Wadi’ah yad Dhamanah

Keterangan :

Dengan konsep wadi’ah Yad Dhamanah, pihak yang menerima simpanan boleh

menggunakan dan memanfaatkan wang atau barang yang disimpankan. Tentunya pihak

bank dalam hal ini mendapatkan sumber hasil dari pengguna dana. Bank dapat

memberikan insentif kepada penyimpan dalam bentuk bonus.

Prinsip ini diaplikasikan dalam produk giro dan tabungan.

9
JENIS BARANG YANG DIWADI’AHKAN

Jenis barang-barang yang diwadi’ahkan adalah sebagai berikut :

Jenis barang Keterangan

Jelas sebagaimana yang telah dilakukan pada


Wang
umumnya

Biasanya harta yang bergerak, dalam bank

konvensional tempat penyimpanannya dikenali

Harta benda dengan “ Safety Box ”, satu tempat dimana boleh

menyimpan barang apa saja kedalam tempat itu

seperti emas di Bank atau Ar-Rahnu.

Dokumen (saham, obligasi, giro, Barang berharga lainnya, seperti surat tanah atau yang

dan lain-lain) dianggap berharga mempunyai nilai wang.

10
IMPLIKASI AKAD WADI’AH

Apabila akad wadi’ah sempurna dan sah disisi syarak, maka ianya memberi implikasi berikut:

a) Pemegang simpanan (al-wadi’) wajib menjaga simpanan yang diamanahkan kepadanya.

Dia hendaklah menyimpannya di tempat yang bersesuaian serta selamat mengikut

kebiasaan adat. Dia juga hendaklah menyimpan sendiri barang simpanan tersebut dan

tidak boleh menyerahkannya kepada orang lain (walaupun isteri atau anaknya sendiri)

untuk disimpan kecuali jika diizinkan oleh pemiliknya (penyimpan); ataupun jika

berlaku keuzuran seperti dia terpaksa bermusafir atau berlaku bencana alam seperti

ribut dan kebakaran yang menyebabkan dia tidak berupaya untuk mengembalikan

barang simpanan tersebut kepada pemiliknya, atau wakilnya, atau qadhi – maka dalam

keadaan ini bolehlah dia menyerahkannya kepada orang yang dipercayainya untuk

disimpan.

b) Mana-mana pihak yang terlibat pada bila-bila masa boleh membatalkan atau

membubarkan akad wadi’ah walaupun tanpa persetujuan atau keizinan daripada pihak

yang lain, kerana akad wadi’ah adalah suatu akad yang harus.

c) Pemegang simpanan dianggap sebagai pemegang amanah (yadd al-amanah). Sekiranya

berlaku kerosakan atau kemusnahan pada barang simpanan dalam tempoh

pegangannya, dia tidak perlu membayar gantI rugi – kecuali jika disengajakan atau

kerana kecuaiannya sendirivi.

11
SIMPANAN AL WADIAH DI BANK RAKYAT

Hampir kesemua perbankan di Malaysia menggunakan perkhidmatan al-wadiah. Salah

satu perbankan tersebut ialah Bank Rakyat. Berasaskan kontrak yang halal disisi syarak, Bank

Rakyat tidak akan memberi sebarang faedah kepada pelanggan. Akan tetapi di atas budi

bicaranya pihak bank memberi sebahagian daripada keuntungannya kepada pelanggan sebagai

hadiah atau saguhati tanpa menjanjikan kadarnya terlebih dahulu. Pemberian saguhati atau

hadiah ini adalah berlandaskan prinsip al-hibah.

Simpanan yang tidak disusuli dengan sebarang syarat dikenali dengan simpanan al-

wadi’ah yadd al-amanah dimana pihak bank tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan

atau kehilangan barangan tersebut yang bukan disebabkan oleh perbuatan atau kecuaiannya.

Akan tetapi, kemudahan simpanan al-wadi’ah yad dhamanah yang berdasarkan jaminan

ditawarkan di Bank Rakyat, bank sebagai pihak penyimpan akan terlebih dahulu meminta

keizinan daripada pelanggan sebagai tuan punya wang untuk menggunakan wang tersebut

dalam perniagaan yang dibenarkan oleh syarak. Penyimpan boleh mengeluarkan simpanannya

pada bila-bila masa sahaja yang dikehendakinya. Dalam hal ini, pihak bank akan

bertanggungjawab keatas segala kerosakan atau kehilangan wang simpanan berkenaan.

Semenjak akaun simpanan ini dilancarkan pada tahun 1993, sebanyak RM 268.68 juta

deposit telah diterima dari orang ramai. Pada tahun 1999 sebanyak RM 6104.58 juta deposit

telah berjaya dikumpulkan oleh bank rakyat. Berikutnya pada tahun 2000 nilai deposit

bertambah menyaksikan nilai terkumpulnya sebanyak RM 7356.02 juta depositvii. Pertambahan

nilai deposit bank rakyat ini menunjukkan bahawa penerimaan masyarakat terhadap sistem

perbankan islam yang diamalkan di bank Rakyat.

12
RUMUSAN

Akaun wadi’ah di institusi kewangan Islam di Malaysia menjadi pilihan masyarakat

amnya dan umat Islam khususnya. Hal ini kerana kesedaran umat Islam dalam mengurus harta

dan kewangan mengikut landasan Islam serta kesedaran pihak yang berwajib dalam

menyediakan produk Islam di semua institusi kewangan sehingga ia menjadi saingan kepada

bank konvensional. Sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk memilih sistem

kewangan Islam sebagai pilihan utama dalam menguruskan harta dan kewangan bagi

mengelakkan berlakunya riba.

RUJUKAN

i
http://eprints.walisongo.ac.id/7196/4/BAB%20II.pdf
ii
FIQH ISLAMI II (Bahagian Muamalat)
iii
http://repository.uin-suska.ac.id/5000/3/9.%20BAB%20II.pdf

iv
FIQH ISLAMI II (Bahagian Muamalat)

v
http://repository.uin-suska.ac.id/5000/3/9.%20BAB%20II.pdf
vi
FIQH ISLAMI II (Bahagian Muamalat)
vii
http://studentsrepo.um.edu.my/1200/7/BAB_4.pdf.halaman 179

13

Anda mungkin juga menyukai