Anda di halaman 1dari 12

Atur Cara Kes Sivil di Mahkamah

Tinggi dan di Mahkamah Rendah


i. Kes sivil merangkumi tindakan undang-undang yang diambil oleh seseorang individu (plaintif) untuk
mendakwa orang lain (defendan) yang telah melanggar hak-haknya. Contoh-contoh kes sivil ialah
pencerobohan, kegagalan membayar balik hutang atau menepati janji, fitnah, kecuaian dan tuntutan
pampasan.
ii. Perbicaraan di Mahkamah Tinggi dimulakan apabila pihak plaintif berjaya mendapat writ.
iii.Writ adalah dokumen rasmi untuk meminta defendan menghadirkan diri di mahkamah. Dalam writ,
dinyatakan siapakah pihak plaintif dan pihak defendan.
iv.Sekiranya pihak defendan gagal menghadirkan diri, keputusan mungkin dibuat tanpa kehadirannya.
v. Writ diserahkan kepada pihak defendan secara langsung atau kepada peguamnya. Sekiranya kedua-
dua cara tersebut tidak dapat dilaksanakan, writ boleh ditampalkan di bangunan kediaman pihak
defendan atau diiklankan dalam akhbar tempatan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
vi.Pihak defendan boleh melawan writ tersebut dengan menghadirkan diri ke mahkamah dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Dia boleh memilih sama ada untuk menuntut perbicaraan atau tidak menuntut
perbicaraan.
Atur Cara Kes Jenayah di Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Rendah
i. Seseorang boleh dihadapkan ke mahkamah atau boleh ditahan oleh polis
melalui
beberapa cara:
• Waran tangkap
Satu perintah kepada polis untuk menangkap seseorang yang dinamakandalam
waran dan membawa orang itu ke mahkamah.
• Perintah saman mahkamah
Saman ialah satu dokumen yang menyatakan pertuduhan dan meminta
tertuduh hadir ke mahkamah.
• Tangkapan tanpa waran melalui satu operasi dan laporan seseorang dalam
buku polis dan didapati mempunyai bukti.
ii. Biasanya perbicaraan akan bermula di Mahkamah Majistret dengan membuat
pemeriksaan terhadap pengaduan.
• Jika tertuduh mengaku bersalah, maka pihak pendakwa akan mengemukakan fakta-fakta
kes dan hukuman akan dijatuhkan oleh mahkamah menurut undang-undang
• Jika tertuduh tidak mengaku bersalah atau menuntut diadakan perbicaraan, maka
perbicaraan akan dijalankan. Jika mahkamah berpendapat ada alasan-alasan yang
mencukupi untuk mensabitkan tertuduh maka tertuduh dikehendaki membela diri. Tertuduh
boleh memberi keterangan dengan cara:
-Memberi keterangan di kandang orang salah. Tertuduh tidak boleh dikenakan pemeriksaan
balas oleh pendakwa.
-Memberi keterangan bersumpah dan tertuduh boleh diperiksa balas oleh pendakwa.
-Berdiam diri di mahkamah. Jika begini pihak pendakwa terpaksa membuktikan yang tertuduh
bersalah sehingga tidak ada syak wasangka yang munasabah.
Bentuk Keterangan Orang Kena Tuduh (OKT) dalam
Mahkamah
i. Memilih untuk berdiam diri, yang mana jika itu pilihannya, mahkamah akan mensabitkan dia
dengan pertuduhan dan menghukumnya terus.
ii. Memilih memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi,
• Keterangannya boleh dicabar oleh Pendakwa raya dengan cara soal-balas dan lain-lain. Dia
juga berhak membawa keterangan lain (lisan dan bukan lisan) untuk membuktikan dia tidak
bersalah, dan kesemua saksi dia boleh dicabar oleh Pendakwa raya melalui soal balas dan
lain-lain. Saksi yang hendak dipanggil oleh OKT hendaklah menyokong keterangan
pembelaan beliau.
iii. Memilih untuk tidak mahu memberi keterangan bersumpah, sebaliknya membaca kenyataan
daripada "kandang OKT", bukan kandang saksi.
• Jika ini pilihannya, OKT akan biasanya membaca kenyataan yang disediakan dengan
bantuan peguamnya.
• Kenyataan yang dibaca itu langsung tidak boleh dicabar atau disoal balas oleh Pendakwa
raya atau Mahkamah.
• Namun beban pembuktiannya akan ditentukan oleh mahkamah kelak.
Mahkamah Syariah
i. Mahkamah Syariah negeri
yang mempunyai bidang
kuasa yang terhad terhadap
undang-undang Islam
(syariah) negeri.
ii. Mahkamah-mahkamah
Syariah hanya mempunyai
bidang kuasa terhadap
perkara-perkara yang
melibatkan orang Islam
Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
• Mahkamah Syariah Negeri diketuai oleh Ketua Hakim Syarie dan mempunyai tiga bahagian
dengan bidang kuasa masing-masing iaitu :-
• Mahkamah Rayuan Syariah
• Mahkamah Tinggi Syariah
• Mahkamah Rendah Syariah
• Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes sivil seperti:
• Pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz atau
apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri.
• Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah)
budak-budak, pembahagian atau tuntutan harta sepencarian
• Wasiat; pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat
• Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes jenayah iaitu
melanggar hukum hakam Agama Islam seperti:
- Khalwat
-Zina
-Minuman keras
-Tidak berpuasa di Bulan Ramadan
-Mengamal ajaran sesat
Mahkamah Rayuan Syariah
• Mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap
sebarang keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa
asalnya.
• Mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan terhadap Mahkamah Tinggi Syariah.
Mahkamah Tinggi Syariah
• Mempunyai bidang kuasa jenayah dan sivil.
• Membicarakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam
dan boleh dihukum di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam, serta boleh
mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya.
• Mempunyai bidang kuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah
Syariah.
Mahkamah Rendah Syariah
• Membicarakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di
bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau mana-mana undang-
undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-
rukun agama Islam.
soalan objektif
1.Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes sivil seperti?
A.Pertunangan
B.zina
C.minum keras
D.mengamal ajaran sesat

2.Seseorang boleh dihadapkan ke mahkamah atau boleh ditahan oleh polis melalui cara?
A.pendaftaran
B.tidak berpuasa di bulan ramadan
C.waran tangkap
D.perintah YDPA
soalan struktur
Berikan 3 bidang kuasa Makamah Syariah
-_____________________________________________
-_____________________________________________
-_____________________________________________

Anda mungkin juga menyukai