Anda di halaman 1dari 5

BM Tahun 2 : Petikan Pemahaman 1

Bacakan petikan di bawah. Kemudian, bulatkan jawapan yang betul. (10%)

Jia Jia tinggal di Taman Damai. Pada hari Sabtu yang lalu, Jia Jia dan keluarganya telah
bergotong-royong membershikan halaman rumah mereka.

Ayah Jia Jia memotong rumput. Abang menyapu dau-daun kering. Kakak menyiram pokok bunga.
Jia Jia dan adiknya pula mencuci longkang dan mengelap tingkap. Datuk Jia Jia sudah tua, dia berehat
di kerusi.

Setelah siap mengemas ruang tamu, ibu dan nenek menyediakan makanan yang sedap untuk
mereka. Mereka berasa sungguh gembira kerana halaman rumah mereka menjadi bersih dan cantik.

1. Di manakah Jia Jia tinggal ?

A. Taman Damai

B. Taman Aman

C. Taman Sentosa

2. Bilakah mereka bergotong royong membersihkan halaman rumah ?

A. Pada hari Ahad yang lalu.

B. Pada hari Sabtu yang lalu.

C. Pada hari Selasa yang lalu.

3. Siapakah yang berehat di kerusi ?

A. Nenek

B. Datuk

C. Ibu

4. Apakah yang dilakukan oleh Jia Jia dan adiknya ?

A. Memotong rumput dan menyapu daun-daun kering.

B. Menyiram bunga dan memotong rumput

C. Mencuci longkang dan mengelap tingkap

5. Mengapakah mereka berasa gembira ?

A. Kerana halaman rumah mereka kotor.

B. Kerana halaman rumah mereka besar.

C. Kerana halaman rumah mereka bersih dan cantik.


LATIHAN PEMAHAMAN
Petikan 1

Baca dan fahamkan petikan di bawah.

Adalah elok sekiranya setiap orang memberus gigi setiap kali selepas makan. Gigi juga perlu
digosok sebelum tidur pada waktu malam atau sekurang-kurangnya digosok dua kali sehari. Gigi
hendaklah diberus sehingga betul-betul bersih. Setiap kali selepas makan, eloklah berkumur supaya
sisa-sisa makanan terbuang dari permukaan dan celah-celah gigi. Kita juga harus membuat
pemeriksaan gigi setiap enam bulan. Kita hendaklah menjaga gigi dengan betul supaya gigi kekal
seumur hidup.

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Bilakah kita mesti memberus gigi ?

.
2. Berapa kalikah kita perlu memberus gigi sehari ?

3. Mengapakah kita perlu berkumur selepas makan ?

4. Mengapakah kita perlu menjaga gigi dengan betul ?

5. Dalam setahun, berapa kalikah kita perlu berjumpa dengan doktor gigi ?
Petikan 2
Baca dan fahamkan petikan di bawah ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir Akar kali pertama menganjurkan Hari
Keluarga pada 25 Januari 1997. Sambutan Hari Keluarga ini dianjurkan dengan kerjasama
Jawatankuasa Masjid Pasir Akar. Sambutan tersebut akan diadakan di kawasan Masjid Pasir Akar.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Ahmad Abd. Kadir berkata, program bermula pada
pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Semua kutipan yang diperolehi akan digunakan untuk membiayai
projek-projek pembangunan sekolah seperti penubuhan pusat sumber dan sebagainya. Hari Keluarga
ini akan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut.

Jawab soalan-soalan berikut.

6. Siapakah yang menganjurkan Hari Keluarga ?

...............................................................................................................................................................

.
7. Bilakah sambutan ini akan diadakan ?

..............................................................................................................................................................

8. Dimanakah sambutan tersebut akan diadakan ?

A. Di kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Akar


B. Di kawasan Pejabat Pendidikan Daerah Besut
C. Di kawasan Masjid Pasir Akar
D. Di Negeri Terengganu

9. Mengapakah Hari Keluarga ini diadakan ?


A. Untuk membina masjid baru
B. Untuk membina bangunan sekolah
C. Untuk memberi bantuan kepada pelajar miskin
D. Untuk mengutip wang bagi membiayai projek sekolah

10. Siapakah yang merasmikan Hari Keluarga tersebut ?


A. Pegawai Pendidikan Daerah Besut
B. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
C. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Akar
D. Imam Masjid Pasir Akar
Petikan 3

Baca dan fahamkan petikan di bawah.

Pada suatu hari, arnab bertemu kura-kura. Ia mengejek kura-kura kerana berjalan lambat. Kura-
kura bersetuju untuk berlumba dengan arnab. Arnab berasa yakin bahawa ia akan mengalahkan kura-
kura dalam perlumbaan itu. Mereka melantik Sang Kancil sebagai hakim. Esoknya, perlumbaan
dimulakan. Arnab berlari dengan pantas. Kura-kura tertinggal jauh. Di pertengahan jalan, arnab
berhenti dan berehat di bawah pokok lalu tertidur. Kura-kura terus berjalan tanpa berhenti. Akhirnya
kura-kura sampai ke garisan penamat. Arnab terjaga daripada tidurnya dan mendapati kura-kura telah
menang. Arnab berasa amat malu lalu beredar dari situ. Semenjak hari itu, arnab tidak bersikap
sombong lagi.

Tuliskan Benar atau Salah pada penyataan yang diberikan.

11. Arnab mengajak Sang Kancil berlumba.

12. Sang Kancil dilantik sebagai hakim.

.
13. Arnab mengejak kura-kura berjalan lambat.

14. Kura-kura berhenti di bawah pokok untuk makan.

15. Kura-kura telah memenangi perlumbaan tersebut.

Soalan 16 hingga soalan 20

Tulis kata akar bagi perkataan berimbuhan di bawah.

16. memberikan =
17. menyerahkan =
18. tersesat =
19. ampaian =
20. berlakon =
Soalan 21 hingga soalan 25
Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

21. Pisau itu sudah lama tidak diasah.


A. buruk B. tumpul C. tajam D.baru

22. Buah mangga itu rasanya masam.


A. muda B. ranum C. hijau D.tua

23. Air sungai itu kerana musim kemarau.


A. dalam B. jauh C. tohol D.
cetek
24. Binatang tinggal di dalam hutan tebal.
A. liar B. garang C. jinak D.buas

25. Siew Reen mempunyai rambut yang dan panjang ?


A. putih B. hitam C. pendek D.urai

Soalan 26 hingga soalan 30.

Pilih perkataan seerti dengan perkataan bergaris

26. Katak itu meloncat keluar dari kolam.


A. menyelam B. melompat C. mencampak

27. Buku itu tersusun kemas di atas meja.


A. tertimbun B. terbiar C. teratur

28. Harimau adalah sejenis binatang liar.


A. buas B. manja C. jinak

29. Murid-murid berkumpul apabila loceng berbunyi.


A. berhimpun B. berdiri C. bersama

30. Sampah-sarap bersepah di kawasan sekolah.


A. terkumpul B. berselerak C. berhimpun

Anda mungkin juga menyukai