Anda di halaman 1dari 6

SJK (T) LADANG PAMOL

UJIAN BULANAN 1/ 2016


BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN)

100

TAHUN 4
Nama Murid : __________________________
________________________________________________________________________________
BAHAGIAN A
(20 MARKAH)
Soalan 1 hingga 16
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. _________________ mahu rakyat hidup aman dan damai, titah Sultan Melaka kepada
bendaharanya.
A. Saya
C. Beta
B. Kamu
D. Baginda
2. Ramu dan Ravi mandi di sungai itu. ____________ mandi dengan gembira.
A. Dia
C. Kita
B. Mereka
D. Anda
3. Suzi pergi __________ kedai untuk membeli gula-gula.
A. ke
B. di
C. kepada

D. dari

4. Monica memasukkan botol kosong ke ______________ tong sampah.


A. dalam
B. bawah
C. tengah
D. atas
5. Amit sangat _______________kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang
dalam UPSR.
A. gelap
C. hening
B. nyaman
D. bising
Soalan 6 berdasarkan gambar.

6. Abang sedang _________________ sampah di belakang rumah.


A. menanam

B. membakar

C. mencantas

D. mencuci

7. Kita harus ___________________ orang yang lebih tua daripada kita.

A. menghormat
B. menghormati

C. memarah
D. memarahi

8. Adik saya suka mengejar ______________ di taman bunga.


A. anai-anai
C. rama-rama
B. orang-orang
D. bunga-bunga
Soalan berdasarkan gambar.

9. Di dalam periuk itu ada lima ________ terung.


A. buah
B. biji

C. helai
D. bilah

10. Puan Salmah menghidangkan lauk-pauk di atas meja. _______________, dia pun
menjemput tetamu untuk makan.
A. Oleh itu
C. Sudahlah begitu
B. Namun begitu
D. Selepas itu
11. Murid-murid dikehendaki memakai ___________________ ketika bersenam di padang.
A. pakaian adat
C. pakaian seragam
B. pakaian sukan
D. pakaian angkatan
12. Malam itu sungguh _____________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.
A. gelap
C. hening
B. nyaman
D. Bising
Soalan 13 berdasarkan gambar.

13.Doktor sedang ___________________ pesakit di klinik.


A. menyuntik
B. merawat

C. memberi
D. menggunting

14. Emak Rahman berasa ___________ apabila melihat anaknya rajin belajar dan
berkelakuan baik.
A. Kecil hati
C. besar hati
B. Ringan tulang
D. titik peluh
15. Pilih ayat yang sama maksud

Salmah membantu kakaknya memasak di dapur pada hari minggu.


A. Kakak Salmah memasak di dapur pada hari minggu.
B. Salmah meminta kakaknya memasak di dapur pada hari minggu.
C. Salmah dan kakaknya bercadang memasak pada hujung minggu.
D. Pada hujung minggu , Salmah menolong kakaknya memasak di dapur.
16. Pilih ayat yang betul.
A. Di zaman dahulu , manusia tinggal di dalam gua.

B. Tolong serahkan buku ini ke pegawai itu.


C. Buku cerita saya ada pada Parimala.
D. Kumar berasal daripada Johor.
Soalan 17 hingga Soalan 20
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Penduduk Taman Harmoni mengadakan Hari Terbuka. Hari Terbuka itu diadakan pada hari
Sabtu di kawasan padang dan balai raya.
Pada hari Jumaat, mereka bantu-membantu membersihkan kawasan balai raya.
Kemudian , mereka mendirikan khemah di padang. Mereka bekerja secara sukarela dari pukul
9.00 pagi hingga 11.00 tengah hari.
Hari Terbuka bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Pada hari itu ,
pelbagai aktiviti diadakan oleh pihak penganjur. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah
perlawanan futsal , menderma darah dan pameran keselamatan.
Hari Terbuka itu telah mendapat sambutan yang baik. Sikap

bekerjasama ditunjukkan oleh penduduk dapat memupuk semangat perpaduan.


17. Apakah sambutan yang diadakan oleh penduduk
Taman Harmoni ?
A. Sukaneka
C. Hari Terbuka
B. Pameran
D. Gotong-royong
18. Bilakah mereka mula mendirikan khemah ?
A. Pukul 11.00 tengah hari
C. pukul 5.00 petang
B. Pukul 8.00 pagi
D. pukul 9.00 pagi
19. Pada hari Jumaat, penduduk Taman Harmoni .
A. menderma darah
B. bermain futsal
C. membersihkan balai raya
D. mengadakan jamuan
20. Perkataan sama erti dengan bantu-membantu ialah
A. beri-memberi
B. tolong-menolong
C. tarik-menarik
D. sayang-menyayang

BAHAGIAN B

(30 markah)
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi di tempat kosong dalam petikan yang diberi.
dan
yang

di
dalam

atau
pada

untuk
kerana

Semua murid dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Salah satu
daripada aktiviti kokurikulum yang mesti disertai ialah sukan sukan ____________ boleh
dipilih oleh murid. Antaranya , mereka boleh memilih sama ada hendak menyertai sukan
hoki, bola sepak ____________ badminton. Aktiviti kokurikulum penting ___________
dapat membantu perkembangan mental, fizikal ________________ sahsiah murid-murid.
(4 markah )
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi
Ayat Tanya : ___________________________________________________________
Jawapan : Saya tidak hadir ke sekolah kerana demam.

(2 markah)
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Jangan bermain di luar


rumah!

(2 markah )
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Tulis ayat majmuk berdasarkan gambar di atas.


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

(2 markah )

Soalan 23
Baca petikan di bawah ,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Susu sangat perlu diminum oleh kanak-kana. Ia mengandungi khasiat pemakanan
yang diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak. Kanak-kanak perlu membesar dengan
sihat , cergas dan ceria. Kanak-kanak disarankan untuk minum susu sekurang-kurangnya
dua gelas setiap hari.
Susu adalah sumber vitamin dan mineral yang baik kepada kesihatan tubuh badan
manusia. Susu juga kaya dengan nutrien seperti protein yang diperlukan untuk tisu badan.
Kalsium yang terkandung dalam susu baik untuk kesihatan tulang dan gigi.
a. Susu sangat perlu diminum oleh ______________________________________
(1 markah)
b. Berapakah gelas susu yang perlu diminum oleh kanak-kanak ?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(2 markah)
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan
sebagai contoh.

Kanak-kanak tidak boleh minum


susu.

Betul

Kanak-kanak perlu minum dua gelas


susu setiap hari.
Karbohidrat yang terkandung dalam
susu.
Susu kaya dengan protein dan
kalsium.

Salah

(3 markah)

Soalan 24
Baca situasi dan jawab soalan di bawah.
Salmah ditegur oleh guru kelasnya kerana tulisan yang tidak kemas.
a. Tulis simpulan bahasa yang sesuai berdasrkan situasi.
___________________________________________
(2 markah)

b. Tulis ayat berdasarkan gambar di atas.


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(2 markah)
c. Gariskan kata sendi.
i)
Murid itu berasal dari Negeri Kedah.
ii)
Saya tinggal di Kampung Mawah.
iii)
Cikgu memberi hadiah kepada murid.
iv)
Meja itu diperbuat daripada kayu.
( 4 markah)

Soalan 25
Baca pantun di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Manis buah longan ,
beli di kedai Payang ,
kakak ringan tangan,
tentu ibu sayang.
Manis ciku dimakan burung ,
burung jelantik terbang ke hulu,
manis cikgu berbaju kurung,
tambah cantik senyum selalu.
Bau semerbak serata rumah,
nangka masak sudah dibelah,
ayah baik ibu pun ramah,
Kami hormat jiran sebelah.
a) Pantun di atas bertemakan buah-buahan.

Betul

Salah

(2 markah)

b) Bilakah kecantikan guru akan bertambah ?


___________________________________________________________
(2 markah)
c) Siapakah yang perlu kita hormati ?
___________________________________________________________
(2 markah)

Anda mungkin juga menyukai