Anda di halaman 1dari 3

Soalan Objektif (Soalan 1 Hingga Soalan 5) 1. Ali memang begitu.

Semua kata kita hanyalah ___________________ dan usah kita pedulikan dia lagi. A. bagai perintis jalan B. bagai orang mendatang C. bagai mencurah air di daun keladi D. bagai menarik rambut dalam tepung

2. Hasil pendapatan yang diperolehi oleh Daud hanya cukup untuk menampung perbelanjaan keluarganya pada hari itu sahaja. A. kalau besar periuk, besarlah juga keraknya B. diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat C. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang D. berat mata memandang berat mata memikul

3. Setelah hampir 10 tahun berkahwin, baru hari ini pasangan tersebut dikurniakan seorang _____________________. A. cahaya permata B. cahaya mata C. cahaya muka D. cahaya hati 4. Lupakan sahaja sejarah hitam awak tu. kata Shahrul kepada rakannya. A. Buang yang keruh ambil yang jernih B. Seperti cincin dengan permata C. Bagai duri dalam daging D. Umpama bunga bibir

5. Siti berasa ____________________ kerana pendapat dan cadangannya tidak dipertimbangkan langsung. A. berat hati B. sampai hati C. tawar hati D. jauh hati

Soalan Separa Objektif (Soalan 6 Hingga Soalan 10)

Pilih jawapan yang paling tepat.

6. Orang yang kepala batu akan merugikan dirinya sendiri. Maksud: ______________________________________________________

tidak mahu bercakap benar

tidak mahu mengikut nasihat

7. Jamal selalu diejek oleh kawan-kawannya kerana dia tidak tahu bermain bola. Jawapan: __________________________________.

kaki botol

kaki bangku

8. Pemuda itu berasa sunggu gembira kerana telah mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka. Jawapan: __________________________________.

buah tangan

durian runtuh

9. Sikap Osman yang tidak tahu mengenang budi itu membuat dia dibenci oleh kawankawannya. Jawapan: __________________________________.

bagai kumbang putus tali

seperti kacang lupakan kulit

10. Bapa tidak keluar rumah selepas senja kerana dia ___________________________.

rambang mata

rabun ayam

Soalan Terbuka (Soalan 11 Hingga Soalan 15)

Bina ayat daripada peribahasa berikut.

11. seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

12. masuk telinga kiri keluar telinga kanan ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama (13) Mereka sepatutnya tidak

mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana (14).. Walau

bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah (15)..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.

13. __________________________________________________

14. __________________________________________________

15. __________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai