Anda di halaman 1dari 3

SK KUMPULAN GANDA

KERTAS KERJA
PROGRAM KECEMERLANGAN MURID TAHUN 6
1.0 PENDAHULUAN
Program Kecemerlangan Murid Tahun 6 adalah satu aktiviti yang dijalankan untuk murid
tahap 2 yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu UPSR 2020. Program ini dijalankan
sebagai persediaan untuk meningkatkan prestasi akademik murid untuk menghadapi
peperiksaan UPSR. Selain itu, program ini juga sebahagian dari salah satu program untuk
memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.

2.0 RASIONAL
2.1 Memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi
dalam menghadapi persediaan UPSR.
2.2 Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar input.
2.3 Memberi pendedahan tentang kaedah belajar dan teknik yang sesuai.
2.4 Memahami tentang perkara-perkara yang menghalang kecerdasan fikiran murid.
2.5 Memberi rangsangan dan dorongan kepada murid untuk mencapai kejayaan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengenalpasti potensi diri untuk membina keyakinan.
3.2 Menanamkan sikap berusaha tanpa jemu hingga berjaya.
3.3 Memberikan murid persediaan mental dan fizikal kearah kecemerlangan.
3.4 Mendapatkan keberkatan ilmu sebelum peperiksaan.
3.5 Memberikan pendedahan kepada murid tentang teknik yang berkesan untuk
menjawab soalan peperiksaan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


4.1 Murid Tahun 6
4.2 Ibu Bapa dan Penjaga Murid Tahun 6
4.3 Guru –guru Tahun 6
5.0 PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN
5.1 Kelas Tambahan -semua murid
5.2 Program Temu Mesra T6 -semua murid
5.3 Program Target A - NUR AISYAHTUL IRDALINA BINTI SAPRIADI
- DAFFY HAIKAL BIN KAMARUDDIN
5.4 Program All Passed - LIDIA OLIVIA A/P JEFRI
- NUR ELIA ERESHA BINTI ADAM
5.5 Motivasi / Kerohanian - Semua murid
5.6 Mentor Mentee - Semua murid

6.0 AJK PROGRAM


Penasihat : En Khairuddin Bin Nasri
Pengerusi : En Kamarul Najmi Bin Hassan
Naib Pengerusi : En Mohd Hazli Bin Mat Sarif
Penyelaras : Cik Indramany A/P Periasamy
Setiausaha : En. Mukhlis Bin Ab Khadar
Bendahari : En. Mohd Zaid Bin Arshad

7.0 JAWATANKUASA KERJA


Laporan Program : En. Mohamad Abd Muiz Bin Ab Rahman
S/U Peperiksaan : En Mohd Rizmel Bin Che Ros
Penyelaras Program : Cik Indramany A/P Periasamy
Jadual Kelas Tambahan : En Kamarul Najmi Bin Hassan
Program Temu Mesra T6 : En Mohd Rizmel Bin Che Ros
Program Target A : Cik Indramany A/P Periasamy
Program All Passed : En Mohd Hazli Bin Mat Sarif
Motivasi / Kerohanian : En Mohd Zaid Bin Arshad
Mentor Mentee : En. Mohamad Abd Muiz Bin Ab Rahman
8.0 TENTATIF PROGRAM
Bil Program Tindakan Tarikh Pelaksanaan
1 Kelas Tambahan Tahun 6 En. Kamarul April - Ogos
2 Program Temu Mesra T6 En Mohd Rizmel April
3 Program Zero All-E En Mukhlis April – Sept
4 Program Target A Cik Indramany April - Sept
5 Program All Passed En Mohd Hazli April - Sept
6 Motivasi / Kerohanian En Mohd Zaid April - Nov
7. Mentor Mentee En A. Muiz April - Sept

9.0 SUMBER KEWANGAN


Bil Sumber Kewangan Kos
1. Ibu Bapa / Penjaga (RM 50 x 4 Murid) RM 200.00
2. Sumbangan PIBG RM 500.00
3. Kelab Guru SKKG RM 100.00
4. Sumbangan DUN / Ahli Parlimen RM 500.00
Jumlah RM1300.00

10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan segala program yang telah dirancang akan dapat dilaksanakandengan
efektif dan mendapat kerjasama semua pihak. Dengan itu ia akan menghasilkan keputusan
yang cemerlang kepada calon UPRS 2019 khususnya dan SKKG amnya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

……………………………………………….. …………………………………………….
(KAMARUL NAJMI BIN HASSAN) (KHAIRUDDIN BIN NASRI)
GURU KANAN PENTADBIRAN GURU BESAR
SK KUMPULAN GANDA SK KUMPULAN GANDA

Anda mungkin juga menyukai