Anda di halaman 1dari 22

1.

ASAL USUL PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional pada umumnya adalah merupakan permainan yang dicipta oleh
masyarakat tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk kepada permainan budaya yang
sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan
tradisional ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasi
kepada generasi berikutnya.
Permainan tradisional ini tidak terbatas usia pemainnya ia juga turut dimainkan oleh
kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional kebanyakannya
dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat masyarakat dahulu yang suka hidup
berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam
masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional ini yang boleh dimainkan secara
perseorangan.
Masyarakat tradisional pada pada zaman dahulu menjalankan aktiviti permainan ini
sebagai suatu pengisian pada masa lapang, pada perayaan-perayaan atau majlis-majlis
tertentu atau selepas tamat sesuatu musim, misalnya musim menuai padi. Umumnya juga
masyarakat tradisional menjalankan permainan ini pada zaman dahulu adalah untuk hiburan,
peraduan tenaga dan sebagai perlambangan adat resam suku kaum yang diwakili oleh
masyarakat tertentu pada ketika itu. Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat
membangkitkan semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah ia
sudah menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan
pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya
menggunakan strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan itu!
Namun pada zaman teknologi ini, permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh
golongan generasi muda kerana mereka lebih cenderung dengan aktiviti sukan lasak yang
dianggap lebih mencabar kerana memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi selain
daripada ketertarikan mereka terhadap fenomena sukan yang digarapkan oleh dunia
antarabangsa.
Pertembungan generasi muda dengan permainan moden yang canggih seperti
permainan komputer juga merupakan ancaman kepada permainan tradisional dimana
melahirkan tanggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan arus zaman. Perkara
ini menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat dan kian melupakan cara atau kaedah
sesuatu permainan tradisional dimainkan.
Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersama-sama bertanggungjawab dan
berganding bahu untuk mempopularkan kembali permainan tradisional ini agar terus popular
seperti kata peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

2.PERMAINAN TRADISIONAL DALAM MASYARAKAT


BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing.


Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap
daripada pelbagai keturunan atau suku kaum. Kebudayaan ini telah dipersatukan menjadi satu
kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan atau suku kaum mempunyai adat
resam tersendiri sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka
bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan
dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian
maka banyak permainan tradisional yang diperkenal dan pertandingkan.

TEROMPAH GERGASI
Permainan ini tergolong dalam permainan
tradisional yang dimainkan oleh
masyarakat setempat di Negeri Sabah
semasa perayaan perayaan atau pesta.
Aktiviti permainan ini pada zaman dahulu
sering dipermainkan oleh kalangan kanak-
kanak sebagai mengisi masa terluang dan
hiburan mereka ketika ibu-bapa bekerja di ladang. Alatan yang biasa digunakan oleh kanak-
kanak pada zaman dahulu ialah batang dahan kelapa kering atau belahan bambu sebagai
selipar gergasi yang diikatkan tali sebagai penyangkut tapak kaki. Penggunaan alatan zaman
dahulu kini ditukar dengan menggunakan papan berukuran tiga (3) meter yang mempunyai
empat atau lima penyangkut kaki. Permainan ini dilakukan secara berkumpulan 4 orang atau
hingga 5 orang dalam satu pasukan.
Permainan ini dilakukan dengan cara setiap gerakan kaki peserta mestilah sama
semasa berjalan. Pada asasnya gerakan setara mesti dibuat oleh peserta dengan rentak dan
laju yang sama semasa berjalan. Jika seseorang peserta tidak mengikut rentak maka pasukan
tersebut akan tersekat perjalanannya dan akan terjatuh. Dari segi moral, sukan ini
menggambarkan bahawa sesuatu perjalanan yang jauh atau masalah tidak dapat di capai atau
di selesaikan tanpa koordinasi dan sokongan dari semua ahli. Sukan ini memerlukan kawasan
yang luas.

RAMPANAU
( BERJALAN MENGGUNAKAN CANGKUNGAN )
Permainan Rampanau atau pun berjalan
menggunakan cangkungan adalah sejenis
permainan tradisional yang sering dijalankan
oleh kanak-kanak di zaman dahulu sebagai
permainan santai bagi mengisi masa terluang
mereka bersama rakan-rakan sepermainan
sementara ibu bapa mereka sibuk di ladang.
Permainan ini terbatas kepada permainan individu atau berombongan sahaja maksudnya
permainan ini hanya dapat dimainkan secara individu bagi sepasang rampanau tersebut atau
beberapa orang secara berombongan dengan rampanau milik masing-masing.

Rampanau ini diperbuat daripada dahan sagu (kumba), kayu keras dan dua (2) batang bambu.
Bambu berkenaan berukuran kira - kira 3 hingga 10 kaki. Dahan sagu dan kayu keras
digunakan sebagai tempat meletakkan kaki semasa aktiviti dalam lubang yang ditebuk pada
bambu yang berukuran kira kira 8cm dan 5cm. Di sesetengah tempat pula hanya
menggunakan sebatang dahan bambu tersebut sebagai anjal kaki atau tempat untuk berpijak.
Bagi kanak-kanak biasanya akan merasa bangga bila dapat bermain rampanau, karena selain
dapat melakukan keseimbangan badan, dia juga akan merasa lebih tinggi dengan berpijak di
atas pijakan rampanau tersebut.

Pada awal zamannya, permainan rampanau biasanya digunakan oleh kanak-kanak zaman
dahulu untuk bermain . Namun tidak lama kemudian permainan ini telah dipekembangkan
dan telah mulai sering dipertandingkan, biasanya selepas kerja kerja menjual padi
dijalankan atau semasa sambutan sesuatu keramaian, majlis atau pesta.

Permainan tradisional ini dimainkan dengan cara dan peraturan yang mudah. Pemain yang
bermain rampanau perlu menginjakkan kakinya pada alat pijakan yang tingginya sekitar 50
cm dari tanah. Kedua kaki dipijakkan pada kedua pijakan dan mencuba berjalan
menggunakan rampanau tersebut. Dalam permainan ini, pemain haruslah dapat menjaga
keseimbangan badan. Jika gagal menjaga keseimbangan badan akan sering terjatuh. Namun
jika sudah terlatih, maka dia akan mahir menggunakan permainan rampanau tersebut. Pemain
yang terjatuh dari rampanaunya boleh kembali meneruskan permainan dengan rampanaunya.

Pemain permainan ini akan dikira menang jika pemain itu berjaya lebih dahulu menamatkan
larian rampanaunya ke garisan penamat.

LARI DALAM GUNI

Sukan ini tergolong dalam sukan tradisi


yang dimainkan oleh masyarakat setempat
di Negeri Sabah terutama semasa
menyambut hari perayaan seperti Hari
Kaamataan dan Karnival sukan Rakyat.

Menurut cerita dahulu kala, sukan ini wujud


daripada idea sekumpulan muda mudi
yang sedang membantu keluarga mereka berkerja semasa menuai padi. Sementara menunggu
padi yang mereka jemur kering, muda mudi itu secara sengaja atau tidak sengaja telah
mengambil beberapa helai karung guni tersebut dan terus berlari berlumba lumba sesama
mereka untuk menghilangkan rasa jemu atau hanya untuk bersukaria sahaja. Tanpa mereka
sedari perlakuan mereka itu mendapat perhatian daripada keluarga dan saudara mara mereka
yang mana turut serta bermain dalam permainan tersebut. Semanjak daripada peristiwa
tersebut permainan ini telah mendapat tempat dikalangan masyarakat setempat di Negeri
Sabah. permainan ini telah dijadikan sukan tradisi yang dimainkan turun menurun dari
generasi sehingga kini.

Permainan ini dimainkan secara individu yang mana setiap individu tersebut akan
memasukkan kaki mereka dalam karung guni tersebut. Seorang pelepas akan melepaskan
mereka di tempat mula. Pemain pula akan berlari dengan kaki dalam karung guni tersebut
apabila dilepaskan oleh pelepas. Pemain yang lebih dahulu sampai ke garis penamat akan
dikira sebagai pemenang nombor satu bagi pemenang pertama, nombor dua dan nombor
tiga bagi pemenang berikutnya sementara pemain nombor empat dan seterusnya dikira kalah.
SEPAK RAGA

Permainan sepak raga mulai di dipermainkan


oleh kaum Melayu sejak sekitar 600 tahun yang
lalu. Dalam lipatan sejarah Melayu
menceritakan tentang Raja Muhammad, putera
Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal
tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan
Tun Besar. Pada zaman itu, selain dimainkan
oleh golongan bangsawan, permainan sepak
raga juga turut digemari oleh rakyat jelata. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali
dengan nama sepak takraw. Sepak takraw adalah permainan sepak raga yang telah
dimodenkan sesuai dengan keperluan dunia sukan, malahan sukan sepak takraw ini telah
dikenali di seluruh dunia.

Bola sepak raga adalah diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga
sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang
pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola
itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran
menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh,
permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya
dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa
kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya
supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.
BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan


Selambut atau Serembat. Di Sabah permainan ini
dikenali sebagai Main Batu. Sering dimainkan di waktu
lapang. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan sama ada secara individu atau berpasangan.
Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua
hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia
menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain
berbentuk bulat. Bilangan objek yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah. Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau
cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat
lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Cara bermain Batu Seremban:

1. Buah Satu:
Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi
satu sama lain.
Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah
dikutip,
2. Buah Dua:
Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

3. Buah Tiga:
Buah tiga ada sedikit perbezaan.
Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

4. Buah Empat:
Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang
berada di lantai dengan serentak.

5. Buah Lima:
Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji
buah diatas lantai dengan serentak.
Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama,
empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai
supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

6. Buah Enam:
Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi
buah ibu.
Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus
ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

7. Buah Tujuh:
Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

CONGKAK

Permainan congkak ialah sejenis permainan


tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Permainan tradisional ini selalunya digemari oleh
kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini
memerlukan dua orang pemain.

Alatan yang digunakan dalam permainan ini


adalah papan congkak dan buah congkak yang disebut cakak. Kadang-kadang sebagai ganti
papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara buah congkak atau cakak
pula menggunakan biji-biji guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil kampung. Jumlah kampung yang
biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-
kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. Terdapat dua lubang besar di setiap
hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil rumah.
Cara-cara bermain Congkak
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua
pemain akan mula dengan serentak.
2. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
3. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.
4. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya
iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.
5. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
6. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri.
7. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu
mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga
mati.
8. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah
congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.
9. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

GASING

Gasing adalah permainan yang boleh berputar pada bahagian


bawahnya ia dimainkan oleh orang-orang Melayu sejak dahulu
lagi. Ia selalunya dimain selepas musim menuai. Pemenang
adalah yang paling lama gasingnya berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau,


rambai, durian atau kundang. Kayu itu dibentuk sehingga menjadi bentuk gasing. Talinya
selalunya 1 meter panjang.
Cara permainan dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Di Malaysia permainannya
berlainan antara satu daerah dengan daerah lain. Walau bagaimanapun pemain harus
mempunyai kemahiran memusing, memangkah, membela uri gasing.

Jika mengikut cara yang betul ia akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan
tetap. Langkah yang disusun akan menentukan hasilnya, jika tidak betul, gasing itu jatuh,
mengiring, meleret atau borot.

Ada dua jenis pusingan iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Pusingan tarik,
gasing harus dipegang mengiring dan dihayun ke belakang, harus juga tertumpuh kepada arah
sasaran di hadapan. Bagi pusingan sentap , ia mengahasilkan pusingan yang tegak, ligat dan
kuat.

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing
pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan
kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi
buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm
dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan
gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang
melilit jambuhnya direnggut.

KONDA-KONDI
Merupakan salah satu permainan tradisional
dikalangan masyarakat Melayu pada zaman
dahulu sebagai salah satu cara untuk menghibur
dan bergembira setelah penat bekerja. Konda-
kondi adalah sejenis permainan memukul kayu
kecil dengan kayu panjang. Kawasan permainan
ini ialah kawaasan yang terbuka dan lapang. Di
beberapa tempat permainan ini juga dikenali
sebagai Perik Mata, ia dinamakan sedemikian kerana permainan ini memerlukan fikiran yang
tajam dan kekuatan pemain bagi menguis kayu ke arah yang selamat dan mengejar kayu yang
dikuis tersebut untuk mematikan pihak lawan. Ia merupakan permainan yang ringkas dan
menyeronokkan. Permainan ini selain sebagai hiburan ia juga bertujuan untuk menguji
kepintaran pemain memukul kayu dan mengelak daripada disambut oleh pemain lawan.
Peralatan yang diperlukan untuk permainan ini adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil
yang masing-masing berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini
berbentuk bulat dab berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek di panggil anak dan
kayu yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikurang bagi tujuan
meletakkan kayu panjang.

Cara bermain Konda-kondi

Menggunakan dua batang kayu iaitu, satu kayu pendek berukuran kaki dan satu
kayu panjang berukuran 1 kaki.
Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama banyak bilangannya.
Undian dibuat untuk menentukan giliran sebagai pemain kumpulan mana yang main
dahulu.
Lubang dikorek di atas permukaan tanah. Pemain utama meletak kayu anak
melintangi lubang. Lalu menguis kayu anak menggunakan kayu ibu.
Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat bermain.
Pasukan lawan pula akan berdiri di serata tempat.
Pemain kumpulan kedua berusaha menangkap kayu anak yang melambung di udara.
Jika pemain lawan gagal menangkap kayu anak. Ukur jarak kayu anak itu dari lubang
dengan kayu ibu. Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat.
Jika kayu anak berjaya disambut, maka kumpulan utama dikira mati. Giliran
permainan bertukar. Kumpulan kedua akan mengambil peranan sebagai kumpulan
utama pula.
Meneruskan permainan pada tahap dua. Pemain utama memukul kayu anak.
Pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang dibaling oleh pemain kedua.
Mata dikumpul oleh pemain-pemain dalam pasukan itu dicampur bagi mendapatkan
jumlah keseluruhan. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak dikira akan
memenangi pertandingan itu..
MAHJONG
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk
empat orang. Permainan ini berasal dari China yang lahir
dari China pada 3000-4000 tahun yang lalu. Dalam
sejarahnya permainan Mahjong ini dimainkan oleh raja
dan golongan-golongan bangsawan. Mahjong
membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.
Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor
utama kejayaan. Padahal dari asal usulnya Mahjong ini hanyalah sebuah permainan
sehat yang diperuntukan untuk kesenangan semata. Permainan yang menghibur para
pemain-pemainnya.

Permainan mahjong menggunakan keping kad atau balok tebal yang terbuat dari tulang dan
buluh. Seiring dengan perkembangan zaman, saat ini keping kad Mahjong dibuat dari bahan
plastik. Satu set Mahjong terdiri atas 108 buah keping kad ditambah 36 yang dijadikan
cadangan jika diperlukan atau untuk tambahan.

Ada tiga jenis Mahjong yang ada dalam setiap setnya. Jenis tersebut yaitu Bing, Tiao dan
Wan. Setiap jenisnya terdiri atas bunga serupa yang diberi nomor satu sampai sembilan.

Cara bermainnya adalah dengan membentuk suatu kombinasi biji Mahjong sebanyak 14 biji.
Pemenangnya iaitu peserta yang paling cepat mengumpulkan 14 biji buah Mahjong.
Kombinasi inilah yang berbeza-beza di setiap kawasan dalam memainkannya. Ini
menyebabkan beberapa orang menganggap bahawa permainan Mahjong ini menjadi rumit.
Oleh karena itu, untuk memainkannya memerlukan kemahiran, kecekapan dalam mengatur
strategi dan prediksi, serta hal lainnya, iaitu keberuntungan nasib.

GO
Go ialah satu permainan tradisional masyarakat Cina,
ia adalah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua
orang pemain. Go juga dikenali sebagai wiq di dalam
bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang
kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang
permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji batu berwarna hitam dan putih.
Go dimainkan dengan cara kedua-dua pemain akan berganti-ganti meletakkan batu masing-
masing di atas persilangan grid garis. Tujuannya adalah untuk menguasai kawasan papan
yang lebih besar daripada lawan. Oleh itu setiap pemain akan berusaha untuk meletakkan
biji-biji batu mereka dalam cara-cara tertentu agar tidak ditangkap oleh pihak lawan,
disamping itu merancang pemetaan kawasan-kawasan yang pihak lawan tidak akan dapat
duduki tanpa ditangkap. Sebiji batu atau sekumpulan batu akan ditangkap dan dialihkan jika
sekiranya ianya tidak mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong, akibat daripada
dikelilingi sepenuhnya oleh batu-batu dari pihak lawan.

XIANG QI
Xiangqi merupakan sebuah permainan
papan cina yang dimainkan oleh dua orang
pemain. Xiangqi berada dalam keluarga
yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk
masa kini adalah berasal dari China, oleh
itu permainan ini juga digelar sebagai
Catur Cina. Permainan ini didapati telah
mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China.

Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang
unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti
raja dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta sungai dan istana
yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Peraturan dan cara permainan Xiang Qi:

1. Raja bergerak hanya satu ruang pada satu masa, sama ada secara melintang atau
menegak. Tambahan pula, Raja perlu sentiasa berada dalam lingkungan istana, yang
merupakan persegi ditanda dengan X.
2. Pengawal (Advisor) bergerak hanya satu ruang pada satu masa menyerong. Sama
seperti Raja, pengawal mesti berada dalam lingkungan istana.
3. Menteri-menteri (Gajah) bergerak dua ruang pada satu masa menyerong (iaitu 2 ruang
kiri / kanan dan 2 tempat dalam pergerakan ke atas / bawah). Mereka mesti kekal
dalam bahagian masing-masing sungai. Jika terdapat sekeping antara pertengahan
kedudukan asal dan akhir yang dicadangkan bagi menteri, menteri disekat dan
pergerakannya adalah tidak dibenarkan.
4. Kereta kebal (Kereta) bergerak satu atau lebih ruang secara melintang atau menegak
dengan syarat bahawa semua kedudukan di antara kedudukan asal dan akhir adalah
kosong.
5. Kuda (Horses) bergerak dua ruang mendatar dan satu ruang menegak (atau masing-
masing 2 ruang menegak dan satu ruang mendatar). Jika terdapat sekeping di sebelah
kuda (menegak) arah melintang, kuda itu disekat dan langkah itu adalah tidak
dibenarkan.
6. Meriam bergerak satu atau lebih ruang mendatar atau menegak seperti Rook a. Walau
bagaimanapun, dalam usaha menangkap, mesti ada betul-betul satu ruang yang tidak
kosong di antara kedudukan asal dan akhir. Dalam keadaan bukan menangkap, semua
ruang di antaranya mestilah kosong.
7. Bidak (atau Askar) bergerak satu ruang pada satu masa. Jika bidak tidak melintasi
sungai lagi, ia hanya boleh bergerak ke hadapan secara menegak. Setelah
menyeberangi sungai, bidak juga boleh bergerak secara mendatar.
8. Tangkap: Apabila sekeping bergerak ke kedudukan yang kini dipegang oleh sekeping
lawan, ia menangkap sekeping bahawa lawan. Sekeping ditangkap dikeluarkan dari
papan.
9. Garis penglihatan Raja: Dua Raja-raja dalam lembaga tidak boleh berada di fail yang
sama (garisan menegak) tanpa sebarang keping di antara mereka. Satu langkah yang
meletakkan kedua-dua Raja-raja dalam apa-apa suasana yang menyalahi undang-
undang.
10. Keselamatan Raja: Satu tidak boleh meninggalkan Raja hendak ditawan oleh
pembangkang dalam langkah seterusnya. Sebarang langkah yang meletakkan Raja
dalam apa-apa suasana yang menyalahi undang-undang.

Syarat Penamatan permainan: permainan ini berakhir apabila salah satu daripada situasi
berikut berlaku:

Checkmate: Jika seseorang mengancam untuk menangkap Raja lawan dan lawan tidak
mempunyai cara untuk menyelesaikan ancaman, satu kemenangan.
kebuntuan: Jika seseorang itu tidak mempunyai apa-apa langkah yang sah, satu
kehilangan.

Salah satu atau kedua-dua pihak melanggar Peraturan Advanced.


KHO-KHO
Kho-kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan
kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya
dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India
mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada
satu permainan Lari dan kejar di mana seorang pemain akan berlari dan
mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan
fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9


daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-
kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi
kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di
padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan
secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai
pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan
tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak
tangan tanpa melakukan foul, pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya
ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan
menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata Kho Kho. Pemain yang disentuh
kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat
5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan Kho-Kho ini, keluasan petak padang yang
diperlukan ialah 27mX15m.

CHATURANGA
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang
berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan
kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau
dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno,
papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.

Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes
bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, Chaturanga berarti memiliki empat bagian dan dalam puisi
epos kepahlawanan kata itu juga berarti tentara. Nama itu sendiri bersumber dari sebuah
formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah
sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat
itu.

Ashtpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain
yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.

Ilmuwan Arab Abu al-Hasan Al al-Masd memberi rincian tentang penggunaan catur
yakni sebagai sebuah alat strategi ketenteraan, matematik, perjudian dan terkadang
dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Masd juga
menunjukkan Ivory di India merupakan daerah pengeluar alat permainan catur untuk pertama
kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan
Nushirwan.

Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj
(chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan
ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui
penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain
mengalami perubahan bentuk.

KABADI
Permainan Kabaddi merupakan permainan
tradisional yang berasal dari negara India. Menurut
bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud
menahan nafas yang juga merupakan sebahagian
dari permainan tersebut. Turut dikenali dengan
nama Hadududi kalangan orang
Bangladesh.Permainan ini sangat popular di
selatan Asia dan mula berkembang di Asia
Tenggara, jepun dan Iran. Kabaddi turut merupakan salah satu permainan yang
dipertandingkan di Sukan Asia.

Permainan ini dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain;
iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi
permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang
satu lagi bertindak sebagai pihak lawan.

Permainan ini dimainkan di kawasan gelanggang permainan yang meliputi luas 12.5 x 10
meter persegi yang dibahagi pula kepada dua kawasan yang sama luas.
Durasi permainan adalah selama 40 minit untuk dua sesi dengan tambahan 5 minit untuk
pertukaran dua sesi tersebut.

Permainan ini dimainkan dengan cara Pasukan penyerang akan menghantar


seorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan (sebahagiannya seperti yang
dijelaskan diatas).

Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau menjatuhkan mana-mana


pemain dari pasukan pihak lawan. Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut
perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafas yang
lain, beliau dikehendaki menyebut kabaddi secara berterusan.

Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain semasa beliau masih
lagi menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut
kemudiannya akan kembali semula ke gelanggangnya.

Namun, apabila penyerang sudah berjaya mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan


pasukan pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali semula ke gelanggang
pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali,
beliau juga turut terkeluar.

Kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir
sehingga sesi permainan tamat.

Peraturan am permainan ini ialah, tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan iaitu
seorang pengadil, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga masa dan seorang
pencatat markah.

Mata akan dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk menyentuh/menjatuhkan


dan kembali semula ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas.

Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badannya
menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung,
pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan
kecuali jika tindakan itu berlaku atas struggle.

Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam
masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus lona.

Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi dijalankan mengikut asas ketinggian dan
berat untuk memastikan keadilan dalam permainan.

3. KELEBIHAN DAN MANFAAT PENGANJURAN PERTANDINGAN PERMAINAN


TRADISIONAL

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari
masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang
merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat malaysia. Permainan
tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu
masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Semua kaum mempunyai jenis permainan
tradisional mereka masing-masing. Permainan tradisional ini merupakan satu bentuk hiburan
masyarakat zaman dahulu. Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak
bahkan juga oleh golongan dewasa. Namun dewasa ini, aktiviti permainan tradisional smakin
mendapat penyisihan oleh bukan sahaja golongan kanak-kanak malahan golongan dewasa
juga turut menyisihkan permainan tradisi ini. Oleh itu, kepenganjuran sesuatu pertandingan
yang melibatkan permainan tradisional dilihat sangat bermanfaat untuk memertabatkan
kembali tradisi kesukanan tradisional ini. Melalui permainan tradisional juga kita dapat
mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang
dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut.

Penganjuran permainan tradisional bukan sahaja dapat mendatangkan rasa keseronokan tetapi
juga dapat memberikan pendedahan tentang kepelbagaian permainan tradisional masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia kepada bukan sahaja peserta tetapi juga kepada penonton yang
hadir dalam majlis permainan tradisional tersebut. Pertandingan bermain permainan
tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting
supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional
sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan
langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi
warisan budaya untuk generasi yang akan datang.
Penganjuran pertandingan permainan tradisional ini juga turut dapat menghidupkan
kesuburan norma kehidupan murni masyarakat setempat dan Malaysia amnya. Melalui
permainan tradisional kita dapat memupuk semangat perpaduan, rasa muhibah, dan mesra
dalam kelompok masyarakat. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama. Oleh yang
demikian, tersimpul dengan nyata permainan tradisional ini dilihat sebagai permainan rakyat
yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni kerana nilai tradisi yang tinggi
di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya.

Permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa
lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan sekaligus membantu menjauhkan diri
daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

Pertandingan permainan tradisional seumpama ini juga dapat membantu membangunkan dan
meningkatkan keupayaan fizikal dan tahap kecergasan yang ada pada setiap peserta. Selain
itu, penganjuran ini juga dapat menguji kemahiran kognitif peserta pertandingan untuk
berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu
masalah yang timbul dengan tepat. Penganjuran ini juga mampu menyemai budaya bergiat
cergas sepanjang hayat dalam diri setiap peserta mahu ahli penganjur itu sendiri. Perkara
yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Pertandingan permainan tradisional ini juga sangat berfaedah dan bermanfaat khususnya
untuk meningkat dan mengeratkan hubungan sosial dikalangan masyarakat majmuk di
Malaysia. Menerusi pertandingan permainan tradisional ini nilai-nilai murni seperti
bekerjasama, semangat kesukanan sama ada individu mahupun berpasukan dapat di pupuk,
selain dari itu pertandingan ini juga dapat mengeratkan silahtulrahim dikalangan peserta
mahupun pihak penganjur dan masyarakat keseluruhannya. Jelas di sini bahawa permainan
tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dikalangan rakyat supaya terus
menyuburkan semangat bersatu teguh.

Kesimpulannya, permainan tradisional ini sangatlah penting dihidupkan semula supaya


menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Usaha seumpama ini sangatlah mustahak
supaya permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan
masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah dikekalkan demi
kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional akan dapat
mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia.
4.CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MEMPOPULARKAN
PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional yang merupakan warisan bangsa kini berhadapan dengan ancaman arus
pembangunan dan pemodenan khususnya kemajuan teknologi menyebabkan popularitinya
semakin berkurangan. Generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan
mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk
mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita. Namun begitu, usaha untuk
mengembalikan kegemilangan permainan tradisional ini berhadapan dengan cabaran yang
besar.

Salah satu dari cabaran dalam usaha untuk mempopularkan semula permainan ini ialah
golongan remaja zaman sekarang yang beranggapan bahawa permainan tradisional sudah
ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dimainkan. Sikap segelintir generasi pada masa kini
yang menganggap permainan tradisional adalah ketinggalan zaman dan hanya wujud pada
zaman puntung asap sahaja haruslah dikikis.

Persaingan dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer juga
merupakan ancaman kepada permainan tradisional. Permainan tradisional merupakan
sumber hiburan utama masyarakat silam tetapi kini perkembangan teknologi moden telah
merubah segala-galanya. Kecanggihan permainan moden melekakan generasi pada masa kini
yang telah menjadi kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar sahaja.

Remaja hari ini juga lebih cenderung kepada sukan lasak yang dianggap lebih mencabar dan
memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi. Iklan-iklan sukan dunia disamping
galakan pihak berkuasa khususnya penyertaan golongan remaja dalam aktiviti permainan
moden dan antarabangsa bukan sahaja menjadi salah satu sebab mengapa permainan
tradisional ini semakin tersisih menyebabkan mempopularkan semula permainan tradisional
ini semakin mencabar.

Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak dalam mengembalikan kegemilangan


permainan tradisional ini menyebabkan permainan ini semakin terus dilupakan.
Kecenderungan masyarakat moden untuk hidup seperti enaun dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing menyebabkan permainan tradisional ini hanya tinggal dalam buku-
buku dan majalah-majalah sahaja. Sepatutnya generasi pada masa kini tampil sebagai pewaris
pusaka tradisi nenek moyang yang terbilang.

Kesimpulannya semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempopularkan warisan ini
kerana permainan tradisional ini merupakan satu daripada warisan silam yang perlu
dipertahankan. Pihak kerajaan dan swasta seharusnya bersama-sama menggembling
tanggungjawab untuk mengembalikan semula kegemilangan permainan tradisional ini agar
terus popular dikalangan remaja.

5.LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN


TRADISIONAL.

Tidak dapat disangkali hakikatnya pada hari ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal
ini disebabkan adanya halangan dan kekangan yang disebabkan oleh arus kemodenan,
pengaruh-pengaruh kuat dari aktiviti-aktiviti permainan yang bersifat antarabangsa yang
mendapat suntikan bukan sahaja oleh media-media massa tetapi juga oleh badan-badan bukan
Kerajaan dan Kerajaan malahan turut mendapat dukungan oleh sebahagian besar kalangan
masyarakat kita. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil bagi mempopularkan semula permainan
tradisional ini.

Salah satu usaha bagi mempopularkan permainan tradisional adalah melalui pendedahan dan
galakan serius dari peringkat sekolah. Sangat bertepatan sekali pendedahan pada peringkat
sekolah yang mana sewajarnya pihak sekolah melalui sokongan penuh Kementerian Pelajaran
agar mewujudkan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional.
Malahan, kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan
tradisional kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Salah satunya adalah dengan
menubuhkan Kelab Permainan Tradisional di peringkat sekolah. Usaha ini bertujuan untuk
memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar-pelajar. Tambahan pula, pertandingan
permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid
untuk memahirkan diri dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Langkah ini sudah
tentu dapat menghidupkan kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan
generasi muda di negara kita. Usaha ini tidak akan sia-sia jika ianya berterusan sehingga ke
peringkat pengajian tinggi.

Pihak kerajaan juga perlu main peranan dalam usaha ini. Kerajaan wajar menganjurkan
pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. Pertandingan ini
wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan
sekadar hangat-hangat tahi ayam. Setiap negeri mestilah digalakkan untuk mengambil
bahagian sebagai langkah memeriahkan pesta tersebut. Langkah ini bertujuan untuk menarik
minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang permainan (sukan) tradisional yang
semakin dilupakan. Penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti
permainan tradisional bangsa kita.Tegasnya, pihak kerajaan haruslah memainkan peranan dan
memastikan permainan tradisional kekal diminati oleh rakyat.

Melalui Kementerian Pelancongan juga perlu menjadikan permainan tradisional ini sebagai
satu bentuk kerjaya yang mana bukan sahaja memberi keuntungan kepada negara tetapi juga
sebagai suatu punca pendapatan masyarakat kita. Kerana permainan tradisional itu sendiri
merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat yang majmuk kerana
nilai tradisi yang tinggi di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang
memilikinya dan ini menjadikan amalan membudayakan permainan tradisional satu daya
tarikan kepada pelancong luar dan dalam negara. Usaha ini bukan sahaja dapat
mempopularkan semula permainan tradisi masyakat kita tetapi juga dapat membantu
mengharumkan nama negara kita sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya tradisional
yang terpelihara di persada dunia.

Peranan pihak media massa juga sangat penting. Pihak media seharusnya berpenanan sebagai
medium yang dapat menghebahkan kelebihan permainan tradisional kepada masyarakat.
Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah dan internet. Anjuran
mahu pun bantuan pihak media dalam menghebahkan aktiviti pertandingan permainan
tradisional sangat-sangat membantu kerana rata-rata masyarakat zaman sekarang banyak
bergantung kepada media-media massa ini untuk mendapatkan malumats Sesungguhnya,
peranan pihak media massa sangat penting dalam membantu memperkenalkan dan
mempopularkan permainan tradisioanl ini kepada masyarakat khususnya generasi muda.

Peranan ibu bapa juga penting untuk mempopularkan semula permainan tradisional ini
dikalangan anak-anak mereka. Ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak-anak
mereka perlu memperkenalkan permainan tradisional ini kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Ibu bapa sewajarnya dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak dengan bermain
permainan tradisional seperti bermain congkak dan sebagainya, sebagai satu aktiviti riadah
yang bukan sahaja sebagai mengisi masa lapang dan hiburan tetapi juga sebenarnya dapat
membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ibu bapa dapat membantu
mengembalikan kepopularan permainan tradisional ini seperti membelikan permainan
tradisional seperti gasing, congkak dan layang-layang khusus untuk anak-anak mereka.

Peranan individu juga sangat penting dalam usaha mempopularkan permainan tradisional ini.
Kesedaran adalah sangat penting ditanam dalam diri setiap individu itu. Mereka hendaklah
menanamkan sikap suka dan ingin tahu tentang permainan tradisional. Dengan mempelajari
dan mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional setiap individu dapat
mengurangkan diri mereka daripada terlibat dengan permainan moden seperti permainan
elektronik. Penyertaan pelajar dalam pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah dan
masyarakat juga dapat membantu pelajar mencintai dan meminati permainan tradisional.
Oleh yang demikian, peranan setiap individu itu amat penting dalam mempopularkan
permainan tradisional.

Peranan masyarakat. Masyarakat boleh memberikan sokongan dengan menubuhkan


persatuan atau kelab permainan tradisional di tempat tinggal mereka. Mereka boleh bermain
pada masa lapang. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan di peringkat kampung atau
antara kampung. Sebagai contoh permainan gasing, layang-layang dan sepak raga.
Pertandingan ini dapat memperkenalkan dan menonjolkan bakat seseorang dalam permainan
tradisional. Oleh itu, peranan masyarakat amat penting dalam usaha mempopularkan
permainan tradisional.

Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam


kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan
kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tidak permainan tradisional warisan
berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua
pihak akan dapat mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.

Anda mungkin juga menyukai