Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 2

Penulisan Reflektif

Tugasan pertama dalam subjek GSA1072, saya perlu melaksanakan laporan kajian dari
data yang diberi. Markah Matematik 100 orang guru pra IPG diberikan mengikut bangsa dan
jantina. Bangsa dibahagikan mengikut Melayu, Cina, India dan Lain-lain. Saya diminta untuk
menganalisis data tersebut dan membuat laporan mengenainya.

Ini adalah kali pertama saya membuat analisis statistik dan ianya amat sukar bagi saya. Ini
kerana, Matematik bukanlah suatu subjek yang saya mahir. Namun begitu, saya telah
mendapat pelbagai ilmu sepanjang menyelasaikan tugasan ini. Dr. Hajah Nooriza binti
Kassim telah banyak membantu saya dan rakan-rakan saya mengenai apa yang perlu
dianalisis dan sebagainya. Saya juga sering berbincang dengan rakan-rakan mengenai cara
untuk menganalisis data menjadi suatu laporan yang lengkap.

Antara masalah yang saya lalui sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus ini ialah
kekurangan ilmu dan pengalaman dalam bidang statistik. Sebagai seorang yang kurang
kefahaman dalam subjek Matematik, saya akui amat sukar untuk menyiapkan kerja ini. Saya
juga tidak pernah membuat analisis statistik, maka ianya lebih sukar. Tambahan pula ini
adalah kali pertama saya menggunakan Excel. Pelbagai perkara baharu yang saya perlu
pelajari seperti cara membuat graf, cara mengira min, dan membuat formula di Excel. Saya
kerap kali mencari cara untuk membuat graf di Internet kerana saya sering lupa caranya.
Selain dari itu, data yang diberikan juga bagi saya sedikit untuk membuat analisis. Ia
merupakan suatu masalah yang saya lalui untuk menganalisis data tersebut.

Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat lebih memahami apa saya yang telah saya pelajari
di dalam kelas dengan lebih baik. Untuk menyiapkan tugasan ini, saya perlu sentiasa rujuk
semula bahan-bahan statistik seperti buku teks, slaid-slaid dan sebagainya. Ia juga
membantu saya mengaitkan semula apa yang saya belajar dalam kuliah dengan proses
analisis data. Pengalaman ini membuatkan saya sedar bahawa apa yang saya pelajari
saling berkait dan perlulah berusaha untuk mengaplikasikan segala ilmu yang saya perolehi
supaya tidak mudah lupa mengenainya. Kini, saya sudah mudah untuk mengenal pasti jenis
skala, jenis statistic, jenis pembolehubah dan sebagainya.

Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan laporan kajian tersebut, saya mendapati bahawa
ilmu Matematik ini sangat luas dan amat berguna untuk kerja seharian kita. Terutamanya
bagi guru ketika mereka ingin menganalisis markah peperiksaan pelajar. Sebagai seorang
bakal guru, saya dapat rasa betapa pentingnya ilmu statistik ini dan berasa amat bersyukur
dapat mempelajari subjek ini semasa PPISMP lagi. Tambahan lagi, guru perlulah mahir

1
dalam bidang IT untuk memudahkan urusan mereka. Kerana itu saya rasa keperluan
menguasai kemahiran menggunakan Excel dan teknologi yang ada seperti komputer riba.
Saya juga dapat mempelajari pelbagai perkara baharu seperti cara untuk membuat laporan
analisis data, cara menggunakan Excel dan banyak lagi.

Sebagai kesimpulan, melalui tugasan ini banyak perkara telah saya pelajari. Saya percaya
ilmu yang saya dapat dalam pengalaman ini amat bermanfaat untuk diri saya pada masa
akan datang. Sekali lagi, saya dapat rasa betapa pentingnya subjek statistik ini dan
kepentingannya dalam kehidupan seseorang. Sebagai bakal guru, seseorang perlulah
berusaha menimba ilmu dalam pelbagai bahagian. Guru Bahasa Inggeris perlu mempunyai
bekalan ilmu Matematik, begitu juga sebaliknya.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, statistik didefinisikan sebagai suatu ilmu
pengetahuan tentang sesuatu yang penyelidikannya atau kesimpulannya berdasarkan
bukti dalam bentuk angka-angka atau bilangan. Menurut Lau Too Kya dan Zainuddin
Awang (1994), statistik adalah suatu kaedah saintitfik untuk mengumpul, menyusun,
meringkas, mempersembah dan menganalisis data serta membuat kesimpulan,
rumusan dan keputusan berdasarkan hasil penganalisis data tersebut.

Berdasarkan maksud yang diatas, dapat kita fahami staitik berkait rapat dengan
pengumpulan data. Antara fungsi statistik dalam pengumpulan data ialah dapat
memudahkan data yang kompleks menjadi suatu yang lebih mudah unutk difahami.
Selain itu, statistik merupakan suatu teknik untuk membuat perbandingan antara data
serta dapat menentukan hubungan antara sesuatu data seperti sebab dan akibatnya.
Ia juga merupakan suatu kaedah matematik yang boleh membantu menyelesaikan
masalah-masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbrian,
pemasaran, kejuruteraan, pendidikan atau bidang-bidang lain.Fungsi lain untuk
kegunaan statistic ialah membuat hubungan antara dua pemboleh ubah,
menyampaikan maklumat, perbezaan antara dua atau lebih dan menguji hipotesis
tertentu.

Statistik deskriptif adalah statistik yang digunakan untuk menganalisis data


menerangkan data yang telah dikumpulkan kerana tidak bermaksud membuat
kesimpulan atau generalisasi yang diterima secara umum. Oleh itu, untuk menjamin
hasil kesahihan data yang diperoleh, ia memerlukan tiga peringkat di dalamnya atau
lebih dikenali sebagai asas asas, iaitu; yang pertama adalah variasi di mana statistik
berfungsi dengan keadaan yang berubah-ubah. Pengurangan kedua bermakna
bahawa tidak semua maklumat mesti diproses. Tidak semua orang perlu dipelajari
(penduduk), tetapi cukup dengan sampel yang mewakilinya. Ketiga, generalisasi

2
menggambarkan kesimpulan umum yang berlaku kepada ahli-ahli penduduk
berdasarkan sampel wakil.

Anda mungkin juga menyukai