Anda di halaman 1dari 11

Prinsip Asas Grafik

Maklumat-maklumat berikut dapat membantu anda untuk mengetahui beberapa aspek berkaitan dengan asas-asas grafik dan reka bentuk grafik. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Asas Grafik sumbangan grafik dalam kehidupan. Komposisi Dalam Rekaan Grafik Elemen Rekaan Seni Visual Mengenal ciri-ciri prinsip Rekaan Seni Visual Asas Seni Reka Prinsip Rekaan a). GARISAN b). BENTUK c). RUPA d). RUANG e). JALINAN f). WARNA g). Logo Catatan: semua maklumat di atas di ambil dari Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer Dan Produksi Multimedia yang diusahakan oleh PPK.

ASAS GRAFIK
Pendahuluan Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.

Grafik mungkin memberi maksud seperti berikut? bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.

Anda mungkin dapat memberi maksud ikon-ikon/simbol-simbol di bawah:?

Anda mungkin dapat menyatakan bentuk-bentuk grafik di bawah:?

100 80 60 40 20 0 1st Qtr 3rd Qtr

East West North

Mengetahui sumbangan grafik dalam kehidupan. a. Lebih menarik dapat merangsang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek b. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas spt. Mudah Terbakar, Merbahaya, Jimatkan Airdan lainlain. c. Membantu meningkatkan daya ingatan teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja. d. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai. e. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar. f. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

KOMPOSISI DALAM REKAAN GRAFIK


Komposisi Susunan atau satu organisasi elemen rekaan Seni Visual seperti garisan, rupa,dan warna, dengan mengambil kira aspek-aspek prinsip rekaan seperti imbangan untuk menghasilkan karya grafik yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip rekaan yang dimanupulasikan, sesuatu kandungan dan konteks rekaan grafik itu dapat dinyatakan dengan jelas ;sebagai satu komunikasi visual. Dalam menghasilkan sesuatu karya, bukan semua elemen dan prinsip rekaan diaplikasikan.

Langkah utama dalam membuat komposisi ialah dengan menentukan rupa bentuk, saiz dan imbangan yang berkaitan dengan dimensi ruang paparan kerja grafik. - Ruang grafik mungkin dalam bulatan empat segi , dan diorientasikan secara menegak atau melintang Prinsip Komposisi. - Untuk menghasilkan tarikan visual, satu titik tumpuan (focal point) perlu dinyatakan.

Elakkan membuat titik tumpuan ditengah-tengah: alihkan sedikit ke tepi ruang paparan kerja.

Elakkan membuat gubahan yang membawa tumpuan kesetiap penjuru ruang paparan kerja

- Elakkan membuat komposisi 2 subjek yang diletak secara bertentangan dan meninggalkan ruang kososng di tengah-tengahnya.

Pemberatan ruang positif di bahagian bawah paparan kerja menghasilkan prinsip imbangan, manakala sebaliknya akan menimbulkan kesan levity dan weightlessness.

Elakkan membahagikan medan grafik kepada dua bahagian yang sama (imbangan simetri) kerana ia membuat komposisi tidak dramatik atau menarik. Bincangkan grafik-grafik di bawah ini.

Meletakkan grafik di luar ruang medan yang tertentu menghasilkan grafik yang mempunyai kesan ruang yang nyata.

Elemen Rekaan Seni Visual


Rekaan grafik dihasilkan melalui pengolahan elemen dan prinsip rekaan Seni Visual. Elemen-eleman ini terbahagi kepada enam (6) jenis iaitu:

1. Garisan (Latihan kepada pelajar melukis elemen-elemen tersebut dalam ruangan yang disediakan sebagai aktiviti pengukuhan)

Nyatakan jenis garisan di atas, dan lakarkan garisan-garisan lain yang boleh diperolehi dari toolbar drawing (menggunakan Microsoft/ Free hand) mmm Geometri

Nyatakan dan lakarkan rupa-rupa geometrik lain yang anda ketahui Organik

Lukiskan beberapa rupa organik dengan menggunakan toolbars scribble

2. Rupa positif dan rupa negatif


7

Lukiskan satu grafik yang menampakkan kesan rupa positif dan negatif dengan menggunakan toolsbar autoshape

3. Bentuk

Nyatakan dan lakarkan bentuk-bentuk asas lain yang anda ketahui. Olahan garisan, tekstur dan warna menimbulkan bentuk

4. Warna 4.1 Warna pigment Lengkapkan jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda warna dalam petak yang disediakan. Warna Asas - kuning, biru, merah Warna Sekunder - jingga, ungu, hijau

Warna Tertier - kuning kejinggaan, kuning kehijauan, hijau kebiruan, ungu kebiruan, ungu kemerahan,

5. Ruang Apakah peranan ruang dalam reka letak sesuatu paparan grafik? i) ii) iii) iv) Menimbulkan keselesaan dan keharmonian. Memberi imbangan pada reka letak/ grafik. Menimbulkan imej atau teks pada sesuatu reka letak. Menimbulkan kesan perspektif.

Bagaimana menimbulkan ruang dalam grafik?

Cara rupa/bentuk diolah Susunan

Kedudukan subjek (perspektif saiz)

Perpektif warna (Suhu warna)

Jalinan/tekstur

perpekstif

Berlainan saiz

Susunan yang berturutan

Tahap kekaburan subjek melalui olahan garisan dan tekstur

Perubahan garisan linear

1.6 Tekstur (Jalinan) 1.6.1 Apakah jenis tekstur yang dipaparkan di bawah? 1.6.2 Apakah kesan tampak bagi setiap tekstur berikut?

10

1. Mengenal ciri-ciri prinsip Rekaan Seni Visual 1.1. Keseimbangan - Formal - Tidak Formal 1.2. Harmoni - bentuk - susunan - warna - saiz - irama 1.3. Kontra - bentuk - susunan - warna - saiz - irama 1.4. Penegasan - untuk memberi tumpuan atau fokus pandangan 1.5. Kesatuan - elemen yang wujud antara elemen seni visual yang berfungsi bersama-sama ; saling lengkap melengkapi antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan. 1.6. Pergerakan - elemen-elemen grafik seperti teks dan imej disusun dalam bentuk yang tertentu untuk mengarah pandangan (pergerakan) mengikut keutamaan (penegasan) mesej yang hendak disampaikan

11

Anda mungkin juga menyukai