Anda di halaman 1dari 32

UNIT 1 : ASAS GRAFIK

Objektif

Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid akan dapat :


 Menjelaskan maksud grafik
 Mencirikan bentuk-bentuk grafik
 Penggunaan grafik dalam komunikasi visual
 Sumbangan grafik dalam kehidupan

Pendahuluan

Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering
digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam
bentuk bercetak, persembahan elektronik
mahupun digital.

Aktiviti 1:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan grafik?

- bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi
lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar
- gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk
menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran
tertentu.

2. Berikan maksud ikon-ikon/simbol-simbol di bawah:

Latihan

Lukiskan 6 simbol yang anda tahu dan berikan maksudnya.

1
Aktiviti 2:
Mencirikan bentuk-bentuk grafik.

1. Nyatakan bentuk-bentuk grafik di bawah:

100

50 East

West

0 North
1st Qtr 3rd Qtr

Jawapan: ( Carta,gambar 3D, Kartun, Gambar 2D, Ilustrasi,Tipografi yang dimanipulasikan)

Latihan

Kumpulkan contoh-contoh grafik yang sedia ada (contoh: dari clipart, imej imbasan, surat khabar,
buku atau majalah) dan nyatakan mengikut bentuk-bentuk grafik.

Aktiviti 3:

1. Definisi KOMUNIKASI VISUAL

Perhubungan / interaksi dengan masyarakat melalui seni visual / tampak.

2
2. Reka bentuk komunikasi visual boleh diklasifikasikan kepada

2.1 Reka bentuk grafik


- Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej.
- Sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan rekabentuk komunikasi visual sama ada
dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik atau digital
-Rekaan grafik yang bertujuan untuk paparan dan menyampaikan maklumat dalam bentuk tulisan,
lukisan, lakaran atau gambar.
-Contoh : poster, tipografi, logo, risalah, pembungkusan dan ilustrasi

2.2 Reka bentuk multimedia


- Rekaan sesuatu jenis grafik dalam bentuk digital yang dipaparkan melalui skrin monitor, TV, video,
projektor atau CD-ROM
- Contoh : Persembahan slaid powerpoint, iklan TV, animasi kartun, pembelajaran CD-ROM,
persembahan multimedia.

2.3 Reka bentuk web


- Rekaan grafik dalam bentuk digital yang digunakan dalam paparan laman web yang wujud pada
internet, yang bertujuan menarik perhatian dan pandangan mata pengguna.
- Contoh : Laman web Portal Pendidikan

LATIHAN ( PRESENTATION 10 % )

1. Cari contoh-contoh tentang reka bentuk grafik yang berikut.


 identiti produk dan korporat
 kotak pembungkusan
 reka bentuk penerbitan
 kulit buku

2. Berikan contoh kegunaan grafik pada salah satu reka bentuk grafik di atas. Bincangkan dari aspek
jenis-jenis grafik dan kaitannya dengan grafik digital.

Aktiviti 4:

1. Peranan dan sumbangan grafik dalam kehidupan.

 Lebih menarik – dapat merangsang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek.
 Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas seperti ‘Mudah Terbakar’
, ‘Merbahaya’, ‘Jimatkan Air’ dan lain-lain.
 Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar boleh membantu mengingat
dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja.
 Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan
oleh penyampai.
 Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh:
penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang
banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar.
 Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

3
UNIT 2 : GRAFIK DIGITAL

Objektif

Di akhir pembelajaran unit, pelajar dapat:

 Menamakan jenis-jenis grafik digital


 Mengenal pasti ciri-ciri grafik digital
 Membanding beza antara grafik bitmap dan vektor
 Mengetahui sumbangan grafik dalam kehidupan.

Aktiviti 1 :

Menamakan jenis-jenis grafik digital

a. Imej Vektor

- terdiri daripada garisan, garis lengkung, kotak, bulatan, poligon dan lain-lain.
- Boleh diisi dengan warna dan corak, digubah, diubahsuai saiznya.
- Format fail: *.EPS, *.AI, *CDR, *.FH11 or *.DWG.

b. Imej bitmap (imej peta bit)

- terdiri daripada elemen kotak-kotak kecil pada skrin komputer atau pencetak yang dikenali
sebagai piksel. Setiap piksel mewakili pelbagai peringkat warna seperti:
 1 bit – monokrom hitam dan putih
 4 bit – 16 warna
 8 bit – 256 warna
 16 bit – 32,786
 24 bit – 8,388,608
 32 bit – 2,147,483,648

- Format fail: *.PSD, *.JPG, *.GIF, *.TIF, or *.BMP.

Aktiviti 2 :

Mengenal pasti ciri-ciri grafik digital

1. Teks

- paling asas dan luas penggunaannya


- sumber penyampaian maklumat utama

2. Grafik

- maklumat atau informasi yang disampaikan sama ada dalam bentuk tulisan, lukisan,
lakaran atau gambar dalam bentuk 2D / 3D
- Penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan
oleh teks.
- Sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana mesej yang diterima oleh
penglihatan dapat diterima secara terperinci dan daya ingatan yang tinggi

3. Audio
- Dapat menarik perhatian dan tumpuan penonton
- Maklumat yang kompleks dapat disampaikan secara berkesan
- timbul keseronokan dan minat
4
4. Video
- mampu menyerupai keadaan sebenar dan mempunyai emosi

5. Animasi
- gambaran pergerakan bagi sesuatu objek pegun atau statik
- persembahan yang lebih dinamik serta menarik

Aktiviti 3 :

Membanding beza antara grafik bitmap dan vektor.

LATIHAN

- Lakar abjad di atas kertas graf bagi menjelaskan perbezaan di antara kedua jenis grafik digital.

CONTOH:
BITMAP VEKTOR

5
UNIT 3 : ELEMEN REKAAN

Objektif

Di akhir pembelajaran menggunakan modul ini, murid akan dapat:

 Mengenal pasti elemen Seni Visual yang terdapat serta menggunakannya dalam sesuatu karya
grafik.
 Menyatakan 6 elemen rekaan Seni Visual yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual.

Aktiviti 1

Rekaan grafik dihasilkan melalui pengolahan elemen dan prinsip rekaan Seni Visual. Elemen-eleman ini
terbahagi kepada enam (6) jenis iaitu:

1. Garisan

- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung


- Elemen penting dalam semua kerja penghasilan seni visual, boleh didapati di sekeliling, sama ada
dilihat secara menegak, mendatar, melintang, menyerong atau melengkung.
- Aplikasi jenis garisan yang bersesuaian dapt mencipta rupa, jalinan, ton, dan corak serta
menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.

Nyatakan jenis garisan di atas....

LATIHAN 1
Lakarkan garisan-garisan yang dinyatakan di bawah ini ( dalam Buku Nota anda )

1. Garisan kasar 8. Garisan pepenjuru


2. Garisan halus 9. Garisan pancaran
3. Garisan berpenjuru beraneka arah 10. Garisan berlingkar
4. Garisan halus dan beralun 11. Garisan beralun
5. Garisan halus dan bergerak bebas 12. Garisan putus-putus
6. Garisan melintang 13. Garisan titik-titik
7. Garisan menegak 14. Garisan zig zag

LATIHAN 2

Tunjukkan / lukiskan objek berikut menggunakan garisan.

1. Ranting pokok
2. Urat Daun
3. Ombak
4. Pancaran air
5. Awan

6
2.Rupa

- Ia adalah hasil pertemuan titik penghujung sesuatu garisan dengan titik permulaannya
- Ia bersifat 2D ( Dua Dimensi ), hanya ada ukuran panjang dan lebar sahaja
- Ia adalah kawasan rata yang dilingkari oleh sesuatu garisan luar, serta tidak mempunyai jisim.

Titik permulaan Titik penghujung


Titik pertemuan

Garisan Rupa
Terdapat 2 jenis rupa:
1. Rupa Geometri :
- Mempunyai sudut
- Meliputi rupa bulat, segiempat sama, segitiga dan rupa lain yang direka dengan sengaja dengan mempunyai
sudut tertentu.

2. Rupa Organik :
- Rupa yang bebas dan tidak dapat diukur sudutnya.
- Direka secara spontan tanpa mempunyai sudut tertentu.

LATIHAN ( Buat dalam buku nota anda )

Geometri

Lakarkan rupa-rupa geometrik lain yang anda ketahui

Organik

Lukiskan beberapa rupa organik mengikut kreativiti anda

Rupa boleh diolah dalam rupa positif dan rupa negatif

RUPA POSITIF RUPA NEGATIF


Rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu - ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.
kawasan yang tertentu.

2
* Susunan rupa yang sama secara berulang-ulang akan menghasilkan corak tertentu.

LATIHAN
Berpandukan contoh di bawah, buat latihan yang seterusnya.

Rupa negatif Rupa positif Rupa positif dan


negatif
1. Warnakan yang berikut:

Rupa negatif Rupa positif Rupa positif dan


negatif
2. Lukiskan dan warnakan satu grafik yang menampakkan kesan rupa positif dan negatif seperti
gambarajah di atas.
3. Tukarkan imej-imej di bawah kepada RUPA

3
3. Bentuk
- Bentuk dihasilkan daripada 2 atau lebih rupa
- Mempunyai lebih daripada 1 permukaan datar, mempunyai struktur jisim,
isipadu, keluasan dan ketinggian
- Bersifat 3D – 3 Dimensi
- Terdapat 5 bentuk 3D yang asas iaitu sfera, kiub, silinder, piramid dan kon.

Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:

1. Bentuk konkrit:
– Bentuk objek sebenar yang bersifat 3 Dimensi, dapat dilihat, disentuh dan dirasa.
2. Bentuk ilusi
- Bentuk visual bersifat 2 Dimensi yang digambarkan dalam lukisan, melalui penggunaan
jalinan, warna, ton, garisan dan ruang.

LATIHAN 1

Nyatakan dan lakarkan bentuk-bentuk asas lain yang anda


ketahui.

LATIHAN 2
Nota : Olahan garisan, tekstur dan warna dapat menimbulkan bentuk.

Olahan garisan Olahan tekstur Olahan warna

LATIHAN 3
Bentukkan rupa berikut menggunakan garisan:

4
4. Warna
- Unsur yang amat penting kerana ia dapat mempengaruhi perasaan seseorang
- Contoh :
(a) warna terang dan cerah : timbulkan perasaan riang dan gembira
(b) warna gelap dan kelam : timbulkan perasaan muram dan sedih
(c) warna putih : tampakkan sesuatu objek / pemandangan pudar dan membosankan

- Warna dapat menimbulkan ilusi ruang, jarak dan perspektif


(a) Objek yang dekat lebih jelas dan gelap warnanya.
(b) Objek yang jauh lebih lembut dan pudar warnanya.

LATIHAN

Warna pigment
Lengkapkan jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda warna dalam petak yang disediakan.

Warna Asas
- kuning, biru, merah

Warna Sekunder
- jingga, ungu, hijau

Warna Tertier
- kuning kejinggaan, kuning kehijauan, hijau
kebiruan, ungu kebiruan, ungu kemerahan
merah kejinggaan

Warna Paparan Elektronik

Warna yang terdapat pada monitor komputer adalah terdiri daripada bintik-bintik warna yang
dikenali sebagai piksel.

i. Warna RGB
Olahan/ gubahan warna ini digunakan pada grafik untuk paparan skrin monitor sahaja,
kerana menggunakan piksel yang rendah.

Red
Green
Blue

ii. Warna CYMK/ warna percetakan


Warna ini digunakan apabila grafik yang dihasilkan perlu dicetak; memerlukan proses
cetakan 4 warna dakwat cetakan ia itu cyan, magenta, yellow dan black. K merujuk pada
warna ,black (hitam) Proses cetakan 4 warna ini adalah untuk menghasilkan imej yang
berwarna.
Magenta
Cyan
Yellow
K (Black)

iii. Warna HSL


Hue, saturation, dan lightness adalah ciri-ciri olahan warna yang digunakan semasa
memanipulasi warna pada imej di skrin komputer.

5
5. Ruang
- Bermaksud kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara 2 objek ataupun
rongga yang terdapat dalam sesuatu objek.
- Perbezaan saiz objek dapat menimbulkan ruang dekat dan jauh atau ruang timbul dan
tenggelam mengikut susunan yang tertentu.

Terdapat 2 jenis ruang:


(a) Ruang nyata: Ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca, senibina dan semua
yang berbentuk 3D.
(b) Ruang tampak: Ruang ilusi yang timbul dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan.

Peranan ruang dalam reka


letak sesuatu paparan grafik:

i) Menimbulkan keselesaan dan keharmonian.


ii) Memberi imbangan pada reka letak/ grafik.
iii) Menimbulkan imej atau teks pada sesuatu
reka letak.
iv) Menimbulkan kesan perspektif.

Bagaimana menimbulkan ruang dalam grafik?

Cara rupa/bentuk diolah Kedudukan subjek Perpektif warna


Susunan (perspektif saiz) (Suhu warna)

Jalinan/tekstur perspektif Berlainan saiz

Susunan yang berturutan Tahap kekaburan subjek Perubahan garisan linear


melalui olahan garisan dan
tekstur

6
6. Tekstur (Jalinan)
- Merujuk kepada kualiti / kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.
- Dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek.
(a) Setiap objek mungkin mempunyai rupa, bentuk dan warna yang sama.
(b) Suatu jalinan dapat menunjukkan samada objek itu keras/lembut, licin/kasar, berkilat/pudar,
halus/menggerutu.

LATIHAN

Jawab soalan – soalan berikut berpandukan gambarajah yang disertakan di bawah ini.

1. Apakah jenis tekstur yang dipaparkan di bawah?


2. Apakah kesan tampak bagi setiap tekstur berikut?

7
UNIT 4 : PRINSIP REKAAN

Objektif

Di akhir pembelajaran unit ini, murid akan dapat:

 Mengetahui prinsip-prinsip Rekaan Seni Visual


 Memerihalkan hasil Grafik berdasarkan prinsip-prinsip Rekaan Seni Visual
 Mengaplikasikan prinsip Rekaan Seni Visual dalam penghasilan grafik

Aktiviti 1:

Mengenal ciri-ciri prinsip Rekaan Seni Visual

1.1. Keseimbangan: bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
perhatian
- Formal / simetri : Susunan di bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah adalah
sama
- Tidak Formal / tidak simetri : Susunan yang tidak sama tapi mempunyai ciri-ciri
yang menimbulkan kesan keseimbangan melalui cara susunan dan
penggunaannya.

Cara untuk menimbulkan keseimbangan adalah seperti berikut:


a. Struktur gubahan yang di bahagian kiri tepat sama atau hampir sama dengan yang terdapat
di bahagian kanan.
b. Gunakan warna yang lebih gelap pada rupabentuk yang kecil untuk mengimbangkan
rupabentuk yang besar yang berwarna muda atau pudar.

1.2. Harmoni :
- susunan atau ulangan unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan harmoni.
- Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri – ciri yang bercanggah.
- Aplikasi warna dari kumpulan yang sama / ada hubungkait antara satu sama lain juga dapat
menimbulkan gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan.
- Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan
selesa pada pandangan mata.
- Harmoni boleh wujud dari segi:
- bentuk
- susunan
- warna
- saiz
- irama

1.3. Kontra
- Wujud apabila terdapat unsur seni yang bercanggah / mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dalam
sesuatu gubahan.
- Kontra banyak digunakan dalam rekaan kerana prinsip ini dapat:
(a) memberi penegasan dan tumpuan
(b) mengelakkan kebosanan
(c) menjadikan hasil karya berpelbagai dan lebih menarik
- Kontra boleh wujud dari segi:
- bentuk
- susunan
- warna
- saiz
- irama
8
1.4. Penegasan
- Wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur yang menonjol di dalamnya
- Satu teknik yang amat berkesan untuk menimbulkan fokus atau tumpuan terhadap sesuatu perkara
atau objek
- Digunakan kerana
(a) Dapat memberi tumpuan atau fokus pandangan
(b) Dapat menarik perhatian dan elak kebosanan.

1.5. Kesatuan
- Wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua objek atau unsur di dalamnya
mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.
- Prinsip ini digunakan untuk menjadikan sesuatu rekaan itu kelihatan lebih lengkap,
teratur dan sempurna di samping menimbulkan suasana yang tenteram serta
perasaan yang selesa.
- Satu elemen yang wujud antara elemen seni visual yang berfungsi bersama-sama ;
saling lengkap melengkapi antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar
yang hendak disampaikan.

1.6. Pergerakan
- Wujud pergerakan apabila gambaran menunjukkan keadaan yang bergetar,
bergoyang, bergegar, berayun, memancar, bersinar-sinar dsb.
- Bertujuan untuk memberi ‘nyawa’ kepada rupa dan bentuk visual dalam gambaran /
hasil karya, dapat menimbulkan imej yang lebih hidup dan realistik.
- Elemen-elemen grafik seperti teks dan imej disusun dalam bentuk yang tertentu
untuk mengarah pandangan (pergerakan), mengikut keutamaan (penegasan)
mesej yang hendak disampaikan.

CONTOH-CONTOH IMEJ / GRAFIK BAGI SETIAP PRINSIP REKAAN :

i. KESEIMBANGAN

Formal Tidak formal

ii. HARMONI

warna saiz bentuk

Susunan irama

9
iii. KONTRA

warna saiz bentuk

susunan irama

v. PENEGASAN

vi. KESATUAN PAMERAN REPTILIA


IT

Sekolah Saya

vii. PERGERAKAN

Nota: Dalam menghasilkan sesuatu karya, bukan semua prinsip rekaan tersebut diaplikasikan.

10
LATIHAN PENGUKUHAN

Huraikan ciri-ciri grafik berikut dari aspek prinsip rekaan.

1. 5.

2. 6.

3. 7.

4. 8.

11
UNIT 5: BAYANGAN DALAM GRAFIK

Objektif

Di akhir pembelajaran menggunakan modul ini, murid akan dapat:

 Menyatakan bagaimana bayangan dihasilkan dalam grafik


 Memerihalkan olahan ton warna, tekstur dan garisan menimbulkan bayangan dan bentuk

Bagaimana bayangan boleh wujud?

- Apabila sesuatu objek terkena pancaran sesuatu sumber cahaya, bahagian objek yang
terlindung akan membentuk bayangan

Bagaimana cahaya mempengaruhi keadaan sesuatu bayangan ?

LATIHAN 1
Dengan menggunakan anak panah, tunjukkan arah cahaya dan lukiskan bayangan yang terhasil.

NOTA : Olahan garisan, warna dan tekstur menghasilkan bayangan pada sesuatu grafik.

Pattern fill effect


Ton warna
Texture fill effect Shadow effect

* Dalam perisian manipulasi imej secara digital, bayangan mudah dihasilkan dengan mengawal hue (cerah
dan gelap) sesuatu ton warna; atau menggunakan pilihan shadow effect ,teksture atau pattern fill
effects.

12
LATIHAN 2:

Latihan pengukuhan ini dibuat dengan menggunakan perisian Photoshop.

Dengan menggunakan ‘magic wand’ lengkapkan rajah berikut dengan ton warna yang sesuai untuk
menampakkan kesan bayangan dan bentuk.

Contoh hasil

13
UNIT 6: PERANAN WARNA DAN TEKSTUR

Objektif
Di akhir unit pembelajaran ini, murid akan dapat:
 Menyatakan peranan warna dan tekstur dalam Seni Visual (grafik)
 Memerihalkan kesan warna pada hasil grafik dari aspek mood, tona, keharmonian, dan kontra.
 Memerihalkan kesan tekstur pada hasil grafik dari aspek mood, menimbulkan bentuk, ruang, dan
kepelbagaian.

A. Kesan warna pada hasil grafik yang menunjukkan aspek mood, ton, harmoni
dan kontra.

i. Mood

ceria sedih tenang

marah rimas menakutkan

ii. Tona

menimbulkan bentuk menimbulkan menimbulkan


keharmonian ruang
iii. Harmoni
- Gabungan warna
yang mempunyai
ciri-ciri yang
hampir sama

iv. Kontra
-Gabungan warna
yang mempunyai
ciri-ciri yang
bertentangan :
memberi kesan
tumpuan dan
penegasan

14
LATIHAN 1

1. Cari 6 contoh grafik dari majalah / suratkhabar dan nyatakan mood yang wujud dari kesan warna yang
terdapat pada grafik tersebut.
2. Berikan 2 contoh grafik dari majalah / suratkhabar yang menunjukkan keharmonian warna.
3. Berikan 2 contoh grafik dari majalah / suratkhabar yang menunjukkan kontra warna.

B. Kesan tekstur pada hasil grafik yang menunjukkan aspek mood,


menimbulkan bentuk, ruang dan kepelbagaian.

i. Mood

bahaya selesa menggerunkan

ii. Menimbulkan
bentuk

Masukkan tekstur yang sesuai ke dalam rajah di atas.


iii. Menimbulkan
ruang

Masukkan tekstur yang sesuai ke dalam rajah di atas.

iv. Menimbulkan
kepelbagaian

Grafik tanpa tekstur

 Kepelbagaian = Keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza
dalam sesuatu gubahan. Ia digunakan untuk memberi gaya, variasi, tenaga dan daya tarikan.

LATIHAN 2 ( Buat dalam kumpulan )

Kumpulkan DUA hasil grafik yang ditunjukkan/ dipaparkan daripada keratan akhbar, lukisan,
poster, atau internet dan perihalkan grafik tersebut ( nyatakannya ) berdasarkan peranan warna
dan tekstur dalam rekaan grafik.
15
UNIT 7: KOMPOSISI DALAM REKAAN GRAFIK

Objektif:

Di akhir pembelajaran modul pembelajaran ini, murid-murid akan dapat:

 Mengetahui tentang maksud dan peranan komposisi dalam grafik.


 Mengaplikasikan elemen dan prinsip Rekaan Seni Visual dalam komposisi sesuatu karya grafik.

Komposisi
 Susunan atau satu organisasi elemen rekaan Seni Visual seperti garisan, rupa,dan warna, dengan
mengambil kira aspek-aspek prinsip rekaan seperti imbangan untuk menghasilkan karya grafik yang
menarik.

 Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip rekaan yang dimanipulasikan,
sesuatu kandungan dan konteks rekaan grafik itu dapat dinyatakan dengan jelas ;sebagai satu
komunikasi visual.

 Dalam menghasilkan sesuatu karya, bukan semua elemen dan prinsip rekaan diaplikasikan.

 Langkah utama dalam membuat komposisi ialah dengan menentukan rupa bentuk, saiz dan
imbangan yang berkaitan dengan dimensi ruang paparan kerja grafik.
- Ruang grafik mungkin dalam bulatan, empat segi , dan diorientasikan secara menegak atau
melintang

 Prinsip Komposisi.
- 1. Untuk menghasilkan tarikan visual, satu titik tumpuan (focal point) perlu dinyatakan.
- Elakkan membuat titik tumpuan di tengah-tengah: alihkan sedikit ke tepi ruang paparan kerja.


-

2. Elakkan membuat gubahan yang membawa tumpuan ke setiap penjuru ruang paparan kerja

 
16
- 3. Elakkan membuat komposisi 2 subjek yang diletak secara bertentangan dan meninggalkan
ruang kosong di tengah-tengahnya.

-

4. Pemberatan ruang positif di bahagian bawah paparan kerja menghasilkan prinsip imbangan,
manakala sebaliknya akan menimbulkan kesan “levity’ dan weightlessness’.

-
 
5. Elakkan membahagikan medan grafik kepada dua bahagian yang sama (imbangan simetri)
kerana ia membuat komposisi tidak dramatik atau menarik.

LATIHAN 1 : Bincangkan grafik-grafik di bawah ini berdasarkan aspek KOMPOSISI.

- 6. Meletakkan grafik di luar ruang medan yang tertentu menghasilkan grafik yang mempunyai
kesan ruang yang nyata.

 
17
CONTOH MASALAH PRINSIP KOMPOSISI:

(1) Grafik di bawah ini tidak mematuhi prinsip komposisi kerana wujud banyak titik tumpuan
kerana objek-objek diletakkan berjauhan antara satu sama lain.

Grafik di bawah ini mematuhi prinsip komposisi kerana satu titik tumpuan diwujudkan iaitu
kepada objek-objek yang disusun berdekatan antara satu sama lain.

( 2 ) Grafik di bawah ini tidak mematuhi prinsip komposisi kerana objek berada di tengah-
tengah.

Grafik di bawah ini mematuhi prinsip komposisi kerana objek yang berada diletakkan sedikit ke
tepi.

18
( 3 ) Grafik di bawah ini tidak mematuhi prinsip komposisi kerana objek diletakkan
bertentangan.

Grafik di bawah ini mematuhi prinsip komposisi kerana objek tidak diletakkan bertentangan.

( 4 ) Grafik di bawah ini tidak mematuhi prinsip komposisi kerana bahagian atas objek
diwarnakan.

Grafik di bawah ini mematuhi prinsip komposisi kerana bahagian bawah objek diwarnakan.

19
( 5 ) Grafik di bawah ini tidak mematuhi prinsip komposisi kerana objek berada di dalam ruang
yang disediakan sahaja.

Grafik di bawah ini mematuhi prinsip komposisi kerana objek berada melebihi ruang yang
disediakan.

LATIHAN 2

Bincangkan contoh grafik berikut dari


aspek elemen dan prinsip rekaan seni
visual; dan kaitkan dengan peranan
KOMPOSISI dalam rekaan karya grafik.

20
LATIHAN 3
Nyatakan samada grafik berikut mematuhi prinsip komposisi atau tidak dan berikan sebab kepada
jawapan kamu.
1.

2.

LATIHAN 4
Susun objek berikut supaya mematuhi prinsip komposisi:
1.

2.

21
LATIHAN 5

Susun grafik-grafik berikut di dalam kotak dengan mematuhi prinsip komposisi.

22
Objektif
UNIT 8: KOMUNIKASI VISUAL
Di akhir pembelajaran unit ini pelajar akan dapat:

1. Pelajar dapat membuat tafsiran karya grafik berdasarkan aspek subject matter.
2. Pelajar dapat membuat tafsiran karya grafik berdasarkan aspek nilai estetika berpandukan elemen
dan prinsip Seni Visual.
3. Pelajar dapat membuat tafsiran karya grafik berdasarkan aspek batasan idea seperti teks dan grafik
yang dikemukakan bersesuaian dengan tajuk yang dipilih.
4. Pelajar dapat menghasilkan dan mempersembahkan satu karya grafik mudah (lukisan, kartun,
gambar 2D,montaj, kolaj dll) dengan kefahaman tentang aspek subject matter, nilai estetika dan
batasan idea/rekaan.

Aktiviti 1:

1. Mengenal pasti dan membuat tafsiran serta mengadakan sesi perbincangan berdasarkan contoh karya
grafik yang disediakan dari aspek:

1.1. Subject matter /konsep idea yang diutarakan dalam karya tersebut bersesuaian dengan
tajuk/tema.
(Nota: Subject matter ialah hal benda atau idea keseluruhan yang digunakan dalam penghasilan
sesuatu karya.)

1.2. Nilai Estetika dari aspek :

1.2.1 Elemen Rekaan Seni Visual


- garisan
- rupa
- bentuk
- warna
- ruang
- tekstur
1.2.2 Prinsip Rekaan Seni Visual
- keseimbangan
- keharmonian
- kesatuan
- penegasan
- kontra
- pergerakan

1.3 Batasan idea/ rekaan


Tidak semestinya semua elemen dan prinsip rekaan digunakan dalam sesuatu karya.

Aktiviti 2:

1. Menghasilkan karya grafik yang mudah dengan memberi penumpuan kepada:

1.1 Pemilihan subject matter yang berkaitan dengan tajuk/tema karya grafik.
1.2 Membuat lakaran idea karya grafik
1.3 Mengenal pasti dan mengumpul elemen-elemen yang diperlukan untuk menghasilkan karya
grafik:
 Menghasilkan sendiri –menggunakan peralatan dan perisian tertentu seperti Adobe
Photoshop dan Free Hand.
 Memperoleh bahan grafik daripada sumber sedia ada- dipindahkan dari sumber
bercetak kepada bentuk persembahan elektronik menggunakan peralatan seperti
pengimbas (scanner).
 Memperoleh imej/bahan grafik daripada CD (Clipart) dan Internet untuk proses
penciptaan karya grafik yang baru.
23
1.4 Penyusunan / membuat komposisi elemen dan prinsip Seni Visual
1.5 Penggunaan perisian yang sesuai untuk memanipulasi imej

2. Membuat persembahan karya grafik.

3. Membuat sesi apresiasi dan perbincangan tentang karya grafik yang dihasilkan .

LATIHAN PENGUKUHAN 1

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan imej kulit buku di bawah:

Soalan 1:
Apakah bentuk grafik yang digunakan?

Soalan 2:
Nyatakan dan terangkan di mana terdapatnya elemen-elemen rekaan di dalam kulit buku tersebut.

Soalan 3:
Nyatakan dan terangkan prinsip-prinsip rekaan yang digunakan.

Soalan 4:
Apakah mood yang ingin ditonjolkan daripada kesan warna yang dipaparkan?

Soalan 5:
Nyatakan rekaan kulit buku di atas daripada aspek prinsip komposisi.

LATIHAN PENGUKUHAN 2

1. Berikan ciri-ciri grafik jenis vektor?


2. Berikan ciri-ciri grafik jenis bitmap?
3. Berikan 5 contoh kegunaan grafik pada rekabentuk multimedia
4. Berikan 1 contoh kegunaan grafik pada rekabentuk web
5. Berikan 6 contoh kegunaan grafik pada rekabentuk grafik
6. Nyatakan 6 bentuk – bentuk grafik dalam rekaan digital
7. Nyatakan 3 rekabentuk komunikasi visual.
8. Terangkan maksud 3 rekabentuk komunikasi visual di atas.
24
9. Apakah maksud warna RGB? Terangkan
10. Apakah maksud warna CYMK? Terangkan
11. Apakah tujuan prinsip penegasan diwujudkan dalam sesuatu rekaan karya grafik digital?
12. Apakah peranan ruang dalam rekaletak sesuatu paparan grafik? Nyatakan 4 peranan.
13. Bagaimanakah cara anda dapat menimbulkan ruang dalam grafik? Nyatakan 9 cara.
14. Berikan pengertian bagi prinsip rekaan KESATUAN.
15. Berikan pengertian bagi prinsip rekaan PERGERAKAN.
16. Nyatakan peranan warna dalam rekaan grafik.
17. Nyatakan peranan tekstur dalam rekaan grafik.
18. Senaraikan 9 mood yang boleh ditunjukkan hasil daripada kesan warna dan tekstur pada sesuatu
rekaan grafik.
19. Terangkan maksud komposisi dalam rekaan grafik.
20. Terangkan peranan komposisi dalam rekaan grafik
21. Nyatakan langkah utama dalam membuat komposisi rekaan grafik.
22. Nyatakan maksud prinsip rekaan HARMONI dalam grafik digital.
23. Nyatakan maksud prinsip rekaan KONTRA dalam grafik digital
24. Komposisi dalam rekaan grafik mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Prinsip komposisi diwujudkan
untuk menghasilkan tarikan visual bagi setiap rekaan karya grafik digital. Nyatakan 6 prinsip –
prinsip komposisi tersebut.
25. Bagaimanakah bayangan wujud pada sesuatu objek?
26. Komunikasi visual bermaksud perhubungan atau interaksi dengan masyarakat melalui seni visual
serta membuat tafsiran karya grafik berdasarkan aspek tertentu. Nyatakan 3 aspek komunikasi
visual dalam karya grafik.
27. Apakah maksud subject matter?
28. Senaraikan 5 penumpuan dalam menghasilkan karya grafik digital.
29. Berikan 3 tujuan Tona diwujudkan dalam penghasilan reka bentuk grafik
30. Nyatakan 3 kaedah / cara untuk mengenalpasti dan mengumpul elemen-elemen yang diperlukan
untuk menghasilkan rekaan karya grafik digital?

LATIHAN PENGUKUHAN 3 ( Soalan Berformat SPM )

Sebagai seorang pelajar dalam era serba moden ini, anda telah banyak didedahkan dengan pelbagai media
massa di sekeliling anda seperti poster, majalah, televisyen dan sebagainya. Setiap media tersebut
mempunyai pelbagai elemen yang bersesuaian dengannya seperti teks, grafik, animasi, audio dan video.

a) Berikan TIGA kelebihan penggunaan grafik dalam aspek pengiklanan.

a) ........................................................................................................................

b) ........................................................................................................................

c) ........................................................................................................................

25
[ Skor : 3 ]
b) Nyatakan DUA kesan kepada sesuatu iklan yang hanya menggunakan elemen teks untuk
dipersembahkan kepada penonton.

i.........................................................................................................................

ii.........................................................................................................................

LATIHAN PENGUKUHAN 4 ( Soalan Berformat SPM )

Anda telah menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk menghasilkan poster seperti dalam rajah di
atas. Berpandukan poster di atas, huraikan dua prinsip rekaan iaitu penegasan dan kesatuan yang cuba
ditonjolkan pada poster tersebut.

LATIHAN PENGUKUHAN 5 ( Soalan Berformat SPM )

Anda telah menggunakan perisian grafik bitmap untuk menghasilkan poster seperti dalam rajah di
atas. Berpandukan poster di atas, huraikan dua elemen rekaan dan dua prinsip rekaan yang cuba
ditonjolkan pada poster tersebut.

26
LATIHAN PENGUKUHAN 6 ( Soalan Berformat SPM )

Anda sering mengaplikasikan elemen rekaan dalam kerja-kerja grafik. Tuliskan sama ada RUPA
ORGANIK atau RUPA GEOMETRI bagi setiap imej di bawah :

LATIHAN PENGUKUHAN 7 ( Soalan Berformat SPM )

1. Labelkan imej grafik berikut berdasarkan prinsip rekaan yang diberikan.

Penegasan Kontra Keharmonian


Keseimbangan Kesatuan Pergerakan

27

Anda mungkin juga menyukai