Anda di halaman 1dari 6

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
( RUMUSAN CERAMAH TAJUK 2)
T2A3

SEMESTER JANUARI 2014

NAMA

: VADIVUKKARASI A/P RAMIAH

NO.MATRIKULASI

: 840115086054001

NO.KAD PENGENALAN: 840115-08-6054


NO.TELEFON
E-MAIL

: 016- 4222894
: anitadeven998@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

: SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE

RUMUSAN CERAMAH TAJUK 2

TAJUK CERAMAH :

MOTIVASI PELAJAR

PENCERAMAH

TUAN HAJI IBRAHIM BIN SAKIMIN

Ketua Penolong Pengarah,Sektor Standard & Verifikasi


Bahagian Pendidikan Guru,KPM.

Guru yang mempunyai ciriciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia
memberiimplikasidankesanpositif kepadabanyakpihakyangberkaitansecaralangsungdantidak
langsung dengan dunia pendidikan. Maka, pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi
memartabatkanprofesionkeguruandansistempendidikannegara.Modalinsanyangcemerlangadalah
hasildidikandaripadapendidikyangcemerlangdenganciriciriprofesionalismeguruyangcemerlang.
Justeru,tugasaniniakanmengupassecarakritisberdasarkanpersoalanpersoalan:

(a) Faeadah yang diperoleh oleh guru-guru dalam Program Pensiswazahan Guru.
Guru merupakan orang yang dihormati. Guru satu pekerjaan yang mulia berbanding dengan
pekerjaan yang lain. Guru jugalah yang melahirkan seorang doktor, jurutera, hakim, polis, pegawai
keselamatan, pegawai bank sehinggalah seorang Perdana Menteri berdiri gagah melayari tunggak
pemerintahan sebuah kerajaan yang cemerlang gemilang dan terbilang. Semuanya itu dek seorang
yang bergelar Guru. Sedari dulu, profesion perguruan amat di pandang mulia oleh masyarakat
kerana sumbangannya kepada negara dalam membentuk, mengajar dan mendidik anak-anak bangsa
sehingga menjadi Manusia dan berjaya dalam hidup mereka. Namun, peredaran masa dan zaman
teknologi telah menuntut seorang guru perlu berhadapan dengan cabaran yang besar bagi melahirkan
individu yang cemerlang dalam kehidupan mereka. Guru perlu menjadi guru yang kreatif dan
berinovatif dalam pengajaran dan pembelajaran agar lebih efektif, menarik perhatian murid dan
menyeronokkan mereka ketika belajar.
1 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
HBEF2803

Menurut Kamus Dewan edisi Keempat (2010). Profesion merupakan suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang
khas. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan program yang
menggalakkan guru bukan siswazah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti sebuah
artikel yang pernah dikeluarkan oleh pihak media massa Berita Harian pada tarikh 16 Julai 2007
yang bertajuk Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti Akademik. Justeru pada 26.10.2013
dalam Seminar Perkembangan Profesional Keguruan yang disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim Bin
Sakimin yang memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard & Verifikasi,
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia sekali lagi menekankan kepentingan
mengikuti Program Pensiswazahan Guru.

Sesungguhnya dasar Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memartabatkan profesion


keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Program ini adalah
kesinambungan daripada dasar pensiswazahan guru dalam Rancangan Pembangunan Pendidikan
2001-2010 yang belum dapat dicapai sepenuhnya oleh KPM. Jadi sekiranya seseorang guru itu
mengikuti program pensiswazahan guru maka pelbagai faedah yang dikecapi oleh seseorang guru itu
antaranya ialah;
i.

Seseorang guru dapat memantapkan lagi kerjaya mereka melalui ilmu yang ditimba.

Seseorang guru itu lebih berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Guru
itu tidak lagi berasa was-was dalam memberikan jawapan yang tepat kerana telah banyak
mendapatkan ilmu melalui kuliah-kuliah yang dilaksanakan selain pembelajaran guru melalui
online, forum, kerja-kerja kursus dan dapatan maklumat daripada internet. Terdapat segelintir
murid yang suka membaca atau ulat bulu sengaja menduga seseorang guru ketika dalam
pembelajaran. Maka, guru tersebut tidak lagi gentar memberikan jawapan yang bernas dan
diterima akal.

2 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


HBEF2803

ii.

Meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seseorang guru yang mahir dalam apa jua bidang akan menjadi idola kepada murid-muridnya.
Sepanjang mengikuti kursus pensiswazahan seseorang guru perlu belajar dan menguasai
kemahiran matapelajaran minor selain matapelajaran teras. Jadi, dalam kursus ini akan
memastikan seseorang guru akan mahir lebih daripada satu matapelajaran.

iii.

Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru.

Memang terbukti bahawa pelbagai faedah dapat dikecapi oleh seseorang guru yang telah
menerima sijil Pensiswazahan antaranya kenaikan tangga gaji dan pangkat. Sebagai contoh
mereka yang masih di tangga gaji gred DG32 akan menikmati kenaika tangga ke DG41. Selain
itu, laluan menerima pangkat sebagai Guru Cemerlang, Guru Pakar, Guru Besar Cemerlang,
Pengetua Cemerlang dan seumpamanya adalah mudah dan cepat.

Di samping itu, seandainya seseorang guru itu telah disahkan sebagai guru siswazah akan
mempunyai pendapatan yang agak lumyan sekaligus akan membantu mengubah cara kehidupan
rutin seseorang guru itu sendiri kelak. Seterusnya laluan untuk mendapatkan Master pun akan
menjadi mudah dengan adanya kredit poin yang terkumpul melalui kursus pensiswazahan ini.

iv.

Segala kos perbelanjaan semuanya ditanggung oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru.

Guru-guru tidak perlu membayar perbelanjaan selama berkursus kerana semuanya ditanggung
oleh pihak bahagian Pendidikan Guru. Ini bererti pembelajaran sepanjang hampir tiga tahun itu
adalah percuma dengan syarat guru yang mengikuti program pensiswazahan ini tidak boleh
lari atau melanggar perjanjian selama tempoh belajar. Sekiranya ini berlaku juga guru itu perlu
membayar sebanyak RM50,000 dan dikehendaki membayar dalam tempoh 60 hari dari tarikh
yang ditetapkan.

3 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


HBEF2803

(b) Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah mengikuti
Program Pensiswazahan Guru.

Sebagai sebuah negara yang hampir menyamai negara-negara maju, kita memerlukan pegawai dan
kakitangan yang berpendapatan tinggi. Melalui pendidikan yang mempunyai pegawai seramai
hampir 420, 000 orang kakitangan terdiri daripada pegawai pendidikan. Jika pegawai pendidkan ini
beroleh pendapatan yang lumayan dan bergaji tinggi maka kita setanding dengan negara-negara
maju. Menurut Tuan Haji Ibrahim Bin Sakimin, kedudukan gaji perguruan jatuh di tempat yang
kedua selepas gaji kedoktoran.

Oleh itu, salah satu sumbangan yang perlu dilakukan oleh seseorang guru yang telah mengikuti
kursus pensiswazahan guru ini ialah guru perlu mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran di bilik
darjah hasil daripada segala apa yang telah dipelajari selama hampir tiga tahun tanpa berputus asa.
Kaedah penyampaian seseorang guru hendaklah canggih, moden dan kreatif agar pengajaran dan
pembelajaran diterima oleh murid-murid dan mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

Seterusnya, seseorang guru perlu memandang jauh kehadapan, mengikuti peredaran zaman dan
membawa perubahan yang positif dalam pendidikan serta sentiasa mencipta pelbagai inovasi agar
mempamerkan imej dan kualiti yang cemerlang dari segi standard, kuantiti dan kualiti sehingga akan
wujudnya pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa.

Guru juga adalah agen pembentuk kejayaan. Justeru, guru perlu bersedia kerana tanpa persediaan
awal dan rapi akan menggagalkan reformasi pendidikan yang diharapkan. Oleh itu, guru perlu sedar
akan tanggungjawab dan peranan besar mereka demi kemenjadian murid-murid sekaligus
membuktikan pada dunia pendidikan bahawa mereka tidak mensia-siakan ilmu yang dipelajari
ketika berkursus
4 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
HBEF2803

Selain itu, guru perlu mengetahui semakin banyak ilmu di dada, semakin guru itu berkualiti
dan mempunyai nilai yang tinggi di mata masyarakat. Contohnya, seseorang guru itu perlu
menanti di luar kelas lima minit lebih awal untuk giliran mengajar dan sentiasa memastikan
murid-muridnya akan memperoleh ilmu pengetahuan di setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sabda Rasulullah S.A.W :

Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan jalan
yang perlu ditempuhnya untuk menuju ke Syurga.

Sabda Rasulullah S.A.W itu menggambarkan bahawa betapa Islam memberikan ganjaran syurga
kepada golongan yang mahu menuntut ilmu kerana ilmu itu sangat penting dalam membina
kesejagatan manusia, iaitu mendekatkan manusia dengan perkara-perkara yang baik.

Sesungguhnya, guru merupakan pendidik yang akan menjadikan warisan kebudayaan dan
ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa akan datang. Hanya guru yang mempunyai
kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menadi
guru. Oleh itu, kejayaan dan kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya bergantung kepada
kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri.

Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran akan memberi nafas
baru kepada dunia pendidikan. Perubahan dunia pendidikan memerlukan guru sentiasa berusaha
untuk menambah ilmu agar menjadi guru rujukan, guru pakar, guru cemerlang, guru gemilang dan
guru terbilang. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang dianugerahkan oleh Allah kenikmatan
menjadi seorang guru.

5 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


HBEF2803

Anda mungkin juga menyukai