Anda di halaman 1dari 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014

HBMT 1203_V2
PENGAJARAN MATEMATIK PRA SEKOLAH

NAMA
NO.MATRIKULASI

: VADIVUKKARASI A/P RAMIAH


: 840115086054001

NO.KAD PENGENALAN: 840115-08-6054


NO.TELEFON
E-MAIL
PUSAT PEMBELAJARAN

: 016- 4222894
: anitadeven998@oum.edu.my
: SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE

ISI
KANDUNGAN
1.0

Pendahuluan

2.0

Peringkat-peringkat Perkembangan Konsep Dalam Matematik


5

m/s

Prasekolah

3.0

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Tajuk Bentuk dan Ruang

10

4.0

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Tajuk Wang

16

5.0

Kesimpulan

20

6.0

Rujukan

21

1.0 PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan pendidikan prasekolah kepada semua


golongan kanank-kanak sebagai persediaan melangkah ke alam persekolahan di peringkat
sekolah rendah. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang mustahak dalam
dunia persekolahan kepada seorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan serta pembelajaran
yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat memberikan mereka dengan kemahiran,
keyakinan diri yang tinggi

dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam

persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam


semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah akan
membolehkan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas memperoleh asas yang kukuh dalam
kemahiran berkomunikasi, sosial dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah
rendah. Selain itu, program ini juga merupakan asas kepada pembangunan dan perkembangan
domain kognitif, afektif dan psikomotor selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Awal Matematik peringkat prasekolah membekalkan pengalaman awal matematik kepada


kanak-kanak. Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya
merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.
Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna
dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari
matematik. Pengalaman ini termasuklah konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang
mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.

Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan


pembelajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Asas perkembangan matematik bermula

daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan
kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkat bergambar (pictorial) dansimbolik.
Dalam pembelajaran awal matematik, kanak-kanak berfikir secara konkrit. Kanak-kanak mesti
diberi peluang untuk mengalami perhubungan matematik melalui manipulasi objektif konkrit.
Kanak-kanak juga mesti bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun.
Menurut Ahmad Ismail (2009), penguasaan konsep matematik tidak datang daripada
latihan yang diberikan.. Kanak-kanak membentuk pengetahuan matematik dan mengembangkan
kemahiran matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life. Kanak-kanak perlu
dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian
yang konkrit bagi membantu membina keyakinan pelajar dalam kemahiran matematik yang amat
berguna kepada mereka apabila dewasa kelak.

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KONSEP DALAM


MATEMATIK PRASEKOLAH

Bagi menerangkan proses pembelajaran dalam pendidikan awal matematik di peringkat


prasekolah, pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli psikologi sejak zaman Socrates dan Plato
lagi. Perkembangan teori kognitif kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai paras pengetahuan
dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pelbagai pengetahuan tersebut untuk memahami
dunia sekitar mereka. Perkembangan kognitif menekan proses pembentukan konsep, penaakulan
dan penyelesaian masalah ketika menimba ilmu dengan menggunakan pelbagai rangsangan dan
media. Perkembangan kognitif merangkumi proses pengelasan, konsep ruang, konsep nombor,
proses sains dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif melalui
interaksi sebenar menggunakan pelbagai bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka.

2.1 Teori pembelajaran kognitif Piaget


Jaen Piaget berasal dari Neuchatel, Switzerland. Beliau dilahirkan pada 9 Ogos 1896 dan
merupakan anak sulung kepada Arthur Piaget dan ibunya, Rebecca Jackson. Piaget merupakan
seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat ijazah Doktor
Falsafah (Biologi) pada usia 25 tahun. Seterusnya, beliau menumpukan perhatiannya kepada
kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Melalui kajian dan pemerhatian Piaget, beliau
mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui
empat peringkat mengikut perubahan umur mereka.

2.1.1 Peringkat Deria Motor


Peringkat ini bermula dari masa lahir hingga ke umur dua tahun. Kanak-kanak
mengetahui alam sekitarnya melalui kesan deria dan gerak balasnya. Mereka mengetahui bendabenda wujud dalam alam persekitaran mereka secara fizikal dan bukan fizikal, tetapi tidak
berfikir langsung kenapa benda itu wujud. Misalnya, kanak-kanak tahu ibu akan
mendampinginya jika dia menangis. Dia juga mengetahui adanya perhubungan antara bendabenda. Misalnya, jika dia berasa lapar, dia menangis; jika hendak menaiki meja, dia akan
menggunakan kerusi.

2.1.2 Peringkat Pra-Operasi


Peringkat ini bermula dari umur dua tahun hingga keenam tahun. Pada peringkat ini,
kanak-kanak lebih sosial dan menggunakan bahasa serta tanda untuk menggambarkan sesuatu
konsep. Mereka masih tidak dapat membuat perbandingan antara benda, tidak mengetahui
padanan satu dengan satu antara objek dan hubungan antara objek; tidak dapat mengelaskan
objek-objek mengikut saiz, warna dan sebagainya. Tambahan pula, pemikiran mereka dipengarui
oleh apa yang diamatinya.
2.1.3. Peringkat Operasi Konkrit
Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mempelajari lebih daripada dua perkara pada
satu masa dan dapat menguasai konsep keabadian. Dalam eksperimen menuangkan kuantiti air
yang sama ke dalam dua silinder berukuran berbeza, kanak-kanak menyimpulkan bahawa
kuantiti air tidak berubah walaupun bentuk berubah. Selain itu, kanak-kanak mempunyai
kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek. Mereka dapat juga memahami
aritmetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan proses matematik. Tetapi pembelajaran berkesan
masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
2.1.4

Peringkat Operasi Formal

Peringkat ini bermula daripada umur dua belas tahun. Kanak-kanak memasuki peringkat
pemikiran abstrak. Mereka mempunyai kebolehan berfikir tanpa pengalaman konkrit, membuat
kesimpulan dengan menstrukturkan situasi secara mental, misalnya, membuktikan teori-teori
matematik. Selain itu, ia dapat menggunakan simbol-simbol matematik dan mengulas idea
abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain, memanipulasikan konsep secara
mental dan menggunakan logik dalam menyelesaikan masalah.

2.2 Teori Pembelajaran Kognitif Bruner

Seymour Jerome Bruner atau lebih dikenali sebagai J. Bruner dilahirkan di New Tork
pada 1 Oktober 1915. Beliau merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Beliau merupakan
seorang yang istimewa kerana telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti
katarak sewaktu beliau masih bayi. Sebagai seorang tokoh kognitif yang berjaya, beliau telah
menerima banyak pencapaian atas penghasilan penulisan dalam bidang falsafah pendidikan,
teori-teori pembelajaran dan proses pengajaran . Jerome Bruner (1966), menyatakan bahawa
pembelajaran merupakan proses yang aktif. Ini bermaksud pelajar membina pengetahuannya
sendiri atau konsep baru berasaskan pengalaman. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar
berhadapan dengan tugasan atau masalah yang telah biasa ditemui. Pelajar akan memahami dan
mengingati sesuatu konsep dengan mudah serta kekal melalui pembelajaran yang bermakna
(Abu Hassan Kassim, 2003).
Teori Perkembangan Kognitif oleh Bruner berpendapat bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat
simbolik

Peringkat Enaktif

Peringkat ini adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu untuk memahami
berinteraksi dengan persekitarannya. Banyak aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan kepada
pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak mudah mempelajari apa sahaja pada
peringkat ini. Pada peringkat ini, kanak-kanak haruslah diberi pengalaman yang kukuh tentang
sesuatu pembelajaran supaya semua aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam jangka masa
yang panjang. Sebagai contoh kanak-kanak belajar menggunakan alat muzik lebih pantas
daripada orang dewasa (Richard, 2004).

Peringkat Ikonik

Peringkat ikonik pula merupakan peringkat seterusnya dalam perkembangan kognitif


kanak-kanak. Kanak-kanak belajar memikirkan sesuatu melalui imej dan gambarajah. Menurut

Richard Overbaugh (2004), kanak-kanak dapat menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan.
Sebagai contoh, nombor 3 dikaitakan dengan objek yang mempunyai nilai 3.

Peringkat Simbolik

Peringkat simbolik pula kanak-kanak boleh memahami dan belajar melalui simbol dan
konsep yang lebih meluas. Bruner (1966) berpendapat bahawa ketiga-tiga peringkat
perkembanagan kognitif itu tidak boleh terpisah antara satu sama lain, tetapi terus berkembang
dalam kehidupan seseorang itu.

2.3 Teori Pembelajaran Robert Gagne


Robert Gagne seorang profesor di Florida State University adalah pakar dalam psikologi
pembelajaran dan terkenal dengan penerbitan-penerbitannya dalam bidang ini. Beliau
menyatakan wujudnya berbagai-bagai proses dalam fikiran murid ketika pembelaran berlaku dan
proses-proses ini dipengaruhi oleh faktor-faktor luar. Menurut beliau lagi, pengajaran ialah
penyusunan faktor-faktor ini semula untuk menggalakkan dan menyokong proses-proses dalam
fikiran supaya pembelajaran dilicinkan. Disamping itu, pembelajaran adalah berperingkatperingkat kesukarannya, iaitu daripada yang mudah kepada yang susah dan pembelajaran
bermula daripada apa yang diketahui oleh murid. Jadi, tugas guru adalah menentukan sejauh
mana pengetahuan yang sedia ada pada murid supaya pengajaran dapat didasarkan kepadanya.
Selepas itu, rancangan pengajaran guru disusun mengikut urutan pengajaran., iaitu peringkat
mudah dan asas didahulukan sebelummenempuh pembelajaran seterusnya.
Robert Gagne membahagikan pembelajaran kepada lapan peringkat apabila kesukaran
pembelajaran bertambah dari peringkat ke peringkat. Lapan peringkat pembelajaran adalah
seperti yang berikut;

Pembelajaran lambang.
Pembelajaran tindak balas ransangan
Rantaian.
Pembelajaran perkaitan lisan.

Pembelajaran perbezaan.
Pembelajaran konsep.
Pembelajaran peraturan.
Penyelesaian

2.4 Teori Pembelajaran Kognitif Gestalt Wofgang Kohler

Ahli teori kognitif yang pertama ialah Gestalt Wolfgang kohler (1881967) . beliau merupakan seorang ahli psikologi Jerman yang telah menjalankna
penyelidikan bersama-sama dengan max Wertheimer dan kurt koffka dalam bidang teori
psikologi Gestalt.Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jermann yang bermaksud
bentuk,organisasi pola atau pun konfigurasi dan menyatakan sesuatu pengalaman
bergantung kepada rangsangan dan susunan pengalaman. Pendekatan ini memfokuskan
kepadacara pemikiran manusia dan ia melibatkan pengamatan,proses pembelajaran
seseorang individu dan proses pemahaman. Proses pemahaman dapat menentukan makna
atau maksud sesuatu fenomena sekiranya individu mengkaji elemen-elemen secara
terkumpul bersama dan menjadikannya sebagai satu kofigurasi atau organisasi yang
menyeluruh. Ini juga dirujuk sebagai pembelajaran celik akal.

Beliau menyatakan proses celik akal tidak bergantung kepada pengalaman


lalu dan tidak berlaku sebagai pemindahan pembelajaran dan melihat kebolehan individu
untuk mengamati atau memahami seusatu masalah secara tiba--tiba setelah berjaya
mengaitkan unsur-unsur yang relevan. Konsep celik akal ini juga perlu diaplikasikan oleh
para guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran dan mereka perlu mendorong
murid-murid untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif, kreatif, kritis
dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang cemerlang juga
akan

sentiasa

memastikan

murid-murid

membina

kebolehan

untuk

membuat

perbandingan antara konsep-konsep yang sukar dan pada masa yang sama, guru-guru
perlu menggalakkan murid-murid untuk membuat pengukuhan sendiri. Dalam hal ini,
murid-murid perlu menyelesaikan kerja rumah secara sendiri tanpa bantuan ibu bapa
mereka

3.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TAJUK


BENTUK DAN RUANG

Konsep Ruang

Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang,

atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam. Kedudukan relatif;

Kedekatan (proximity)

contohnya, kereta itu lebih dekat dengan pokok


berbanding rumah.

Pemisahan (separation)

Contohnya, rumah Abu dipisahkan dengan rumah


Ali oleh sebatang jalan raya.

Susunan / urutan (order)

Contohnya, pensel disusun dari pendek ke panjang.

Lingkungan (enclosure)

Contohnya, rumah itu dilingkungi oleh pokokpokok.

1.

Dua pengalaman utama bagaimana kanak-kanak prasekolah membina dan memahami

perkaitan ruang.

Tindakan ke atas objek


(a) Mengisi dan mengosongkan,
(b) Memasang dan meleraikan objek,
(c) Menukar bentuk dan menyusun objek.

Contoh: meregang getah, melonggokkan buku, melipat kertas, kain dan lain-lain lagi.
Murid menghasilkan bentuk menggunakan papan geo (geoboard).


Rajah : Papan Geo

2. Melibatkan pemerhatian dan tafsiran berhubung dengan ruang.


(a) Memerhati orang lain, tempat dan benda daripada titik pandangan ruang yang
berbeza.
(b) Mengalami dan menerangkan kedudukan, arah dan jarak di dalam kelas prasekolah
dan bangunan di persekitaran.
(c) Mentafsir perhubungan ruang dalam lukisan, gambar dan foto.

Nama Aktiviti: - Melukis Bentuk 2D


Matapelajaran

Matematik

Tarikh

11.11.2014

Hari

Selasa

Masa

8.00 - 9.00 Pagi

Tajuk

Bentuk dan Ruang

Tunjang Utama
Standard
Pembelajaran Utama
Standard
Pembelajaran Yang

ST
ST 11.2.2 Mengecam bentuk segi tiga, bulat, segi
emapat tepat, dan degi empat sama.
KTI 1.26 Melukis rupa geometric iaitu segitiga, bulat,
segiempat dan bujur.

Disepadukan
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Objektif Pembelajaran

1. Mengenalpasti

dan menamakan

bentuk yang telah

dutunjukkan dengan sebutan yang betul.


2. Membuat lakaran bentuk sesuatu objek.
Konsep Utama
Kosa Kata

Mengetahui rupa dan bentuk sesuatu objek


segi tiga, bulat, segi empat tepat, dan segi empat sama.
KlipVideo(https://www.youtube.com/watch?

Bahan Bantu Mengajar

v=Wz0z4l0GCJw)
Bongkah kayu, kad imbas dank ad perkataan

Aktiviti Mengajar:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Murid berkumpul du ruangan perbualan pagi.


Guru memainkan video klip yang berkaitan dengan bentuk.
Murid menyebut bentuk-bentuk yang terdapat dalam klip tersebut.
Guru menunjukkan kad bentuk untuk menamakannya.
Guru mmengeluarkan bongkah bentuk yang sama dengan kad bentuk.
Murid menamakan bentuk berkenaan dengan sebutan yang betul bersama guru.
Murid menekap bentuk yang diberikan di papan putih dan menambahkan bentuk

berkenaan dengan sebutan yang betul.


8. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.

Peniliaian :
Murid menamakan bentuk-bentuk dengan betul.

Alat Bantu Mengajar:


1. Klip Vidoe

2. Bongkah Bentuk

3. Kad Imbas

Segi
Empat Sama

Segi Empat Tepat

Bulat

Segi tiga

4. Lembaran Kerja

4.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TAJUK


WANG

Kanak-kanak

mendapat

banyak

pengetahuan

matematik

melalui

penggunaan wang dalam kehidupan harian mereka. Belajar untuk mengira dan
menggunakannya serta mengecam duit, penggunaan wang syiling adalah kemahiran asas
yang penting untuk dikuasai pada usia murid-murid prasekolah. Penggunaan atau
perbelanjaan duit merupakan cara yang menarik dalam memperkukuhkan kemahiran asas
seperti tambah, tolak, darab dan bahagi selain kemahiran berbahasa. Memahami serta
mengetahui pertukaran nilai wang ketika berbelanja dan pembelian barang adalah sangat
penting.

Nama Aktiviti PdP : Jom Beli Belah

Matapelajaran

Matematik

Tarikh

12.11.2014

Hari

Rabu

Masa

8.00 - 9.00 Pagi

Tajuk

Wang

Tunjang Utama
Standard Pembelajaran Utama

ST
ST 9.1.2. Menyusun nilai wang mengikut
tertib/ urutan
ST 9.1.3. Mengguna jumlah wang (duit
syling) yang tepat dalam simulasi jual beli.

Standard Pembelajaran Yang


Disepadukan

BM 2.5.1. Main peranan mengikut situasi


menggunakan bahasa

yang sesuai untuk

menghidupkan watak tersebut.


Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid dapat:


3. Menyusun nilai wang mengikut urutan dengan
betul.
4. Menjalankan

aktiviti

jual

beli

dengan

menggunakan jumalah wang yang tepat.


Konsep Utama

Nilai Wang

Kosa Kata

Lima Sen, Sepuluh Sen, Dua Puluh Send an


Lima Puluh Sen.

Bahan Bantu Mengajar

KlipVideo
(https://www.youtube.com/watch?
v=cKPE2dxnNu8)
Wang syling, dan Bahan Jualan

Aktiviti Mengajar :

1. Klip video yang berkaitan duit syiling dipaparkan kepada murid.


2. Murid menyanyi lagu tersebut sambil menari menggunakan duit sampel yang diberikan
kepada mereka.
3. Beberapa orang murid diminta mengambil sekeping wang syling yang berlainan nilai
dalam kotak yang disediakan dan menyusun wang syiling tersebut mengikut sainz kecil
ke besar.
4. Guru dan murid membuat perbandingan nilai wang antara 5 sen dengan 10 sen, 10 sen
dan 20 sen.
5. Murid menyusun nilai wang mengikut urutan dari:

a) Kecil ke besar

b) Besar ke Kecil
6. Murid melaksanakan simulasi jual beli menggunakan wang syiling mainan.

Bahan Bantu Mengajar


1. Klip Video
(https://www.youtube.com/watch?v=cKPE2dxnNu8)

2. Wang

Syiling

3. Bahan Jualan

Buah-buahan ini telah dilabel dan disusun supaya murid-murid melakukan stimulasi jual
beli

Lathihan:

5.0 KESIMPULAN

Pembangunan sistem pembelajaran ini merupakan suatu proses yang

memerlukan kemahiran, pengetahuan dalam bidang grafik, disamping kreativiti untuk


menghasilkan suatu sistem yang bermutu. Sistem ini dibina berasaskan pendekatan
permainan yang menerapkan Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai
abungan teks, grafik, audio, dan animasi untuk menarik minat pengguna. Pendekatan ini
juga menjadikan pengajaran dan pembelajaran bersifat dua hala apabila sistem
pembelajaran ini diwakili dengan agen kognitif pada setiap permainan yang akan
bertindak balas terhadap jawapan yang diberikan oleh pengguna.

Pemahaman yang berkesan dan jelas dapat mendidik kanak-kanak

bersedia untuk belajar ilmu matematik, seterusnya ke tahap lebih tinggi.Guru memainkan
peranan penting menanam semangat sukakan matematik kepada murid di peringkat pra
sekolah lagi.Guru juga perlu tahu bagaimana hendak membuat murid minat terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang diberikan.Pendekatan yang sesuai dan dapat
menguasai teori perkembangan kognitf dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
ceria dan kondusif.Murid dapat belajar dengan rasa seronok, manakala guru dapat
mengajar dengan penuh dedikasi.

Oleh yang demikian, guru perlu memastikan minat murid-murid untuk belajar
matematik terus berkembang, bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat
menengah.Terapkan ke dalam diri murid-murid matematik adalah matapelajaran yang
menyeronokan dan gunakan kaedah-kaedah pengajaran yang terbaik bagi menjadikan
matematik satu subjek yang diminati oleh semua murid.

RUJUKAN

Ab. Fatah Hasan. (1994). Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Mara.

Al Hurwitz & Day, M. (1995). Children and Their Art. Harcout Brace Collage Pub.
Texas.

Artheim, R. (1989). Thought On Art Education. Santa Monica: Getty Center.


Chapman, L. H. (1998). Approaches to Art in Education. New York: Harcourt Brace
Jovanovich Inc.

Efland, A. (1997). Planning Art Education in Middle/ Secondary Schools. Ohio: USA.
Elliot, W & David, V. E. (1996). Reading in Art Education. London: Ginn- Blaisdell
Publ. Co.

Feldman, E. (1990). Becoming Human through Art. New Jersey: Prentice Hall.
Jane, B. K. (2000). Becoming an Art Teacher. USA: Towson University Wadsworth
Thomson Learning, USA.
Lowenfwld, V & Brittain. (1957). Creative and Mental Growth (8th edition). New York:
Mac Millan.

Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Prentice, R. (1995). Teaching Art and Design. London & NY: Continuum.
Rohani Abdullah, Nani Menim & Mohd Sharani Ahmad. (2003). Panduan kurikulum
prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan pelbagai: aplikasi dalam pengajaran dan


pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Shahizan Hassan & Ahmad Shahabudin Che Noh. (2005). Panduan merancang aktiviti
prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai