Anda di halaman 1dari 6

Definisi Seni

Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.

Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya, beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan idea tertentu melalui simbol dan bentuk (seperti pokok selasih sebagai kekasih)

Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni; sebagai contoh, adakah seseorang itu boleh menghasilkan seni, sekiranya ia tidak bertujuan sebagai hasil seni? Adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang? Ada kah hasil seni dianggap seni hanya apabila ia sempurna?

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.Manakala seni, II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan, dan hasil daripada sesuatu ciptaan

Seiring dengan perjalanan sejarah dan perkembangan waktu, seni memiliki peranan dan juga tidak lepas dari ritual mahupun spiritual , yang berubah dari waktu ke waktu. Namun, definisi seni bervariasi sesuai dengan waktu dan budaya .Pada zaman Renaissance di Itali akhir abad kelima belas, seni mula dibezakan Klasifikasi digunakan di Yunani kuno termasuk enam mata pelajaran dalam seni: dalam arsitektur , tari , patung , musik , lukisan dan puisi (sastra). Kemudian, mulai memasukkan film sebagai seni ketujuh. Karya lain yang juga dimasukkan dalam seni adalah foto sebagai seni kelapan (walaupun hal itu sering dianggap bahwa itu adalah perpanjangan dari lukisan) dan komik sebagai kesembilan (pengkritiknya menunjukkan bahwa sebenarnya sebuah jembatan antara lukisan dan bioskop) .

TV, fashion, iklan dan video game adalah disiplin lain yang kadang-kadang dianggap sebagai seni. Selain itu definisi seni pun juga tergantung dengan konteks dimana hal itu berkembang, misalnya di Jepun, seni juga berupa mempertahankan diri, misalnya ninja. Seni yang lain misalnya wushu, karate, ukiran kayu atau pahat dan lain lain.

Seiring waktu, karya artistik cenderung mengalami perubahan yang signifikan. Oleh karena itu, sebilangan individu melakukan serangkaian proses yang didedikasikan untuk pelestarian aset budaya ini untuk masa depan. Hal itu sering dikenal sebagai konservasi dan restorasi karya seni.

Definisi Budaya

Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).

Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.

Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat

Koentjaraningrat (2002) -mendefinisikannya sebagai seluruh total dari fikiran, karya & hasil karya manusia yang tidak berakal kepada nalurinya & yang hanya dicetuskan oleh manusia

sesudah proses belajar. Koentjaraningrat (2002) memecahnya kpd 7 unsur; Sistem kepercayaan dan upacara keagamaan, Sistem dan organisasi kemasyarakatan, Sistem pengetahuan, Bahasa, Kesenian, Sistem pendapatan hidup dan Sistem teknologi & peralatan

Rujukan
y

Mohd Johari AB. Hamid,2004. Falsafah dan Kritikan Seni; Universiti Pendidikan Sultan Idris.

y y

www.seni/org/wikipedia.com Zakaria Ali,1989. Seni dan Seniman Esei -Esei Seni Halus; Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai