Anda di halaman 1dari 4

1.

TAJUK KAJIAN

 Sumbang Mahram Di Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia

2. PENYATAAN MASALAH

 Peningkatan kes-kes sumbang mahram yang dituduh di mahkamah


meningkat pada 2019 berbanding kes pada tahun 2018.

 Institusi kekeluargaan yang rapuh menjadi di antara faktor yang


menjejaskan pemikiran waras seseorang individu itu.

 Tahap ekonomi yang rendah menjadi menjadi salah satu punca perlakuan
sumbang mahram ini.

3. PERSOALAN KAJIAN

 Bagaimana untuk membendung perkara ini dari terus berleluasa dengan


menerapkan nilai-nilai keagamaan yang sebenarnya.

 Bagi membendung Perkara ini terjadi, menjaga aurat dikalangan keluarga amat
penting
 Menjaga batas-batas pergaulan
 Membimbing diri agar Lebih dekat Allah s.w.t
 Menerapkan nilai-nilai keagamaan yg tinggi bermula Drpd peringkat akar umbi

 Apakah tindakan yang seharusnya dilakukan bagi memastikan ia tidak lagi


berlarutan.

 Lapor kpd pihak Yg berkaitan dgn berkuasa jika terjadi lagi, perlu mengadakan
Ceramah Dan program berkaitan bahayanya sumbang mahram bg masyarakat
tahu, Mengenakan tindakan undang-undang yg Lebih berat kpd pelaku tersebut

 Bagaimana meningkat kesedaran individu akan kesan yang terpaksa


dihadapi oleh mangsa sumbang mahram ini.

 Mengadakan kempen Dan program yg banyak agar masyarakat tahu Dan sedar
akan Kesan yg terpaksa diterima Oleh mangsa Dan individu² Yg lain akan Lebih
Peka terhadap keadaan dikeliling.
4. OBJEKTIF KAJIAN

 Mengkaji perkaitan institusi kekeluargaan yang rapuh dan tahap ekonomi


yang rendah menjadi faktor yang menyumbang kepada sumbang mahram.

- Kejadian sumbang mahram menunjukkan tanda-tanda kepincangan institusi


kekeluargaan dalam masyarakat dan negara sedang mengalami kemelut gejala
sosial yang meruncing.
- Masalah ini wujud akibat didorong sikap golongan dewasa yang membina
institusi keluarga atas nilai yang rapuh, kemudian melahirkan anak-anak dalam
bahang kepanasan pergolakan rumah tangga.
- Kes sumbang mahram kebanyakannya membabitkan keluarga yang mempunyai
tahap ekonomi yang rendah.

 Memastikan nilai keagamaan diterapkan di dalam diri setiap individu agar


dapat menjadi pegangan dan amalam yang dipraktikkan.

- Islam memandang sumbang mahram sebagai haram dan zina yang paling dikeji
kerana seseorang yang sepatutnya melindungi keluarga menganiaya ahli
keluarganya sendiri.
Contoh: Bapa adalah ketua keluarga berperanan dalam menyara keluarga dan
memimpin sesebuah rumahtangga supaya aman, tenteram dan selesa dengan
mengikut ajaran Islam khasnya dan begitu juga bagi agama-agama lain tetapi
sebaliknya yang telah berlaku.
- Akar umbi yang menyebabkan berlakunya kes haruan makan anak adalah
kerana tiadanya iman dan didikan agama dalam diri.
- Islam menetapkan bahawa menjadi kewajipan oleh ibubapa untuk
menerangkan dan seterusnya menanamkan pengertian kepada anak-anak
mereka tentang siapakah sebenarnya yang harus digauli secara baik dan siapa
yang harus dihindari pergaulannya kerana syariat.
- Islam mensyariatkan supaya bilik untuk anak gadis diasingkan dengan bilik anak
lelaki apabila mereka akil baligh, serta menekankan batas aurat, pergaulan
antara ibu bapa dengan anak dan adik beradik berlainan jantina.
- Islam juga mengajar batasan bagi anak-anak untuk tidak boleh masuk ke bilik
ibu bapa mereka sesuka hati apabila sudah mumayyiz apatah lagi setelah
baligh.
- Pengukuhan institusi keluarga juga perlu ada bagi menyemai kasih sayang
antara seisi keluarga.

 Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kesan sumbang


mahram terhadap mangsa perlakuan tidak bermoral ini.

- Masyarakat melabelkan kejadian sumbang mahram sebagai “Haruan Makan


Anak”.
- Kebanyakannya melanda kaum Melayu memberi kesan yang tidak baik kepada
pandangan masyarakat kaum lain. Keruntuhan moral dan akhlak yang berlaku
ini akan menyebabkan masyarakat kita menjadi tidak ada nilai peribadi yang
baik.
- Mangsa perlu berani melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Contoh: All Women's Action (AWAM), Woman's Aid Organisation, Women's
Centre for Change (WCC) Penang dan sebagainya sentiasa memainkan peranan
dengan memberi pendedahan kepada orang awam secara berkala dan
beterusan.
- Ramai mangsa tidak melaporkan kejadian yang berlaku kerana diancam oleh
pelaku sumbang mahram - Rasa malu kerana masyarakat memandang hina
terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol, mereka juga tidak
tahu bagaimana dan kepada siapa mereka harus melaporkan kejadian itu.
- Majoriti akan melaporkan kepada emak dan jika mereka tidak lagi percayakan
emak, mereka akan pergi kepada orang luar dalam keluarga seperti guru, jiran,
ketua kampung dan kawan. Dengan cara-cara sebegini dan mungkin banyak
lagi, masyarakat dapat menghindari atau sekurang-kurangnya dapat
mengurangkan gejala keji dalam komuniti disamping dapat memperkukuhkan
pelbagai hukuman dalam bentuk undang-undang atau kesedaran dalam sebuah
masyarakat dan keluarga
- Meningkatkan program-program ke arah pendidikan keibubapaan dari semasa
ke semasa di semua peringkat. – Contoh: program yang direncanakan seperti
kursus-kursus tertentu atau melalui penyiaran media massa.
- Penerapan nilai-nilai agama dan moral tidak seharusnya disalurkan hanya
melalui ceramah agama, khutbah di masjid atau forum agama yang diadakan di
seluruh negara tetapi boleh disalurkan melalui papan-papan iklan yang boleh
dipasang merata-merata tempat. Peranan ini boleh diambil oleh agensi-agensi
yang berwibawa dalam hal-hal agama seperti JAKIM, IKIM dan lain-lain.
- Kempen-kempen ini seharusnya dilakukan secara berterusan bukan mengikut
musim sahaja
- Kaunseling merupakan satu pendekatan yang mungkin berkesan untuk
menangani masalah ini kerana ia akan memupuk ketahanan mental keluarga
terutama ibu bapa.
- Masukkan cara-cara mengatasi masalah sumbang mahram ini ke dalam silabus
pelajaran di peringkat sekolah supaya kanak-kanak dapat membezakan yang
mana satu ayah dan yang mana satu payah.
- Usaha-usaha untuk membebaskan persekitaran masyarakat dari jenayah
sumbang mahram memerlukan pembabitan dan sokongan semua pihak seperti
badan kerajaan, pihak swasta, ahli keluarga dan masyarakat setempat. Apa yang
pasti jika permasalahan ini tidak ditangani dengan sewajarnya, ia mampu
meruntuh institusi kekeluargaan dan masyarakat keseluruhannya.
5. HIPOTESIS

 Terdapat atau tidak terdapat perkaitan di antara institusi kekeluargaan


yang rapuh dengan tahap ekonomi yang rendah dalam mempengaruhi
seseorang individu itu melakukan sumbang mahram

 Kesedaran yang rendah atau tinggi mengenai kesan sumbang mahram


tidak dapat mempengaruhi atau boleh mempengaruhi pemikiran
masyarakat islam di Malaysia.

 Penerapan nilai keagamaan dalam diri individu boleh menjadi kaitan dan
tidak menjadi kaitan kepada sumbang mahram ini.

Kesempitan kewangan

-Ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga. Ada sesetengah ibu yang terpaksa bekerja
syiff malam atau lebih masa ini membuka ruang suami untuk berbulan madu bersama anak-
anak

-Kekurangan waktu bersama antara ibu dan bapa disebabkan sibuk bekerja menyebabkan
perasaan yang tidak elok kepada anak-anak demi memuaskan nafsu sendiri setelah lama
tidak bersama pasangan

Rumah yang kecil

- Ramai rakyat malaysia yang menyewa bilik sahaja di bandaraya kerana tidak mampu
menyewa sebuah rumah yang lebih selesa kepada keluarga

- Ruangan yang sempit dan ahli keluarga yang ramai akan mengurangkan privasi antara ahli
keluarga

-Kekuranga privasi antara keluarga itu sedikit sebanyak menimbulkan nafsu sesama sendiri
antara ahli keluarga terutama sekali apabila anak-anak telah akil baligh

Anda mungkin juga menyukai