Anda di halaman 1dari 26

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN DI KALANGAN

MASYARAKAT ISLAM SEMAKIN MERUNCING

Jun 10, 2013


dari ChangkatNingkeBTP
Sumber: http://haziqinthehouse.blogspot.com/2010/11/keruntuhan-institusi-kekeluargaan-
di.html

Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan oleh ahli keluarganya
sendiri. Keharmonian kekeluargaan dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli
keluarga. Perhubungan spiritual seperti agama, emosi seperti kasih sayang , sikap hormat –
menghormati dan bertanggungjawab.  Oleh itu institusi kekeluargaan  adalah institusi yang
terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pada
zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang
permasalahan dan isu seperti  keruntuhan masyarakat . Sebagai contoh kes pebuangan anak
luar nikah, kes penderaan kanak-kanak, kes penceraian dan sebagainya. Kekeluargaan
merupakan salah satu aspek kehidupan manusia yang perlu diambil perhatian oleh syariat
Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita untuk mencari kedamaian dan
kebahagiaan hidup bersama serta melahirkan zuriat bagi menyambung kehidupan dari satu
generasi ke satu generasi. Kepentingan tentang kekeluargaan boleh dilihat melalui isu-isu
tentang mendapat tempat yang luas dalam al-Quran dan al-Sunnah.  Ibnu Mas'ud RA berkata,
''Aku bertanya kepada Rasulullah saw, dosa apakah yang paling besar? Beliau bersabda,
''Engkau membuat sekutu bagi Allah, padahal Dia lah yang menciptakanmu.'' Aku bertanya
lagi, ''Kemudian apa? Beliau bersabda, ''Engkau membunuh anakmu karena takut ia akan
makan bersamamu.'' Aku bertanya lagi, ''Kemudian apa? Beliau bersabda,''Engkau berzina
dengan isteri rumahtanggamu.'' Hadis Muttafaqun'alaih.

Antara salah satu contoh kesan keruntuhan masyarakat institusi kekeluargaan di kalangan
masyarakat. jika sesebuah keluarga mengalami masalah seperti penceraian, anak mereka yang
akan banyak mengalami kesan buruk. Seperti  jiwa mereka akan tergangu dan akan menjadi
trauma apabila dewasa , lagi – lagi apabila ingin mendirikan rumahtangga. Selain itu juga,
anak – anak akan kehilangan kasih sayang dari ibu atau bapa mereka. Disamping itu juga
mereka akan hilang tumpuan pelajaran dan sedikit sebanyak menghancurkan masa depan
mereka. Rasulullah bersabda “Sesuatu yang halal tetapi paling dibenci Allah adalah
perceraian”. Ini menunjukkan di satu sisi bahwa terkadang perceraian itu tidak bisa dihindari
sehingga jika ada satu pasangan yang memang tidak ada kecocokan masih dipaksakan untuk
terus, itu akan merugikan semua pihak. Maka dibolehkan perceraian, tetapi diingatkan bahwa
perceraian itu halal tapi paling dibenci Allah. Karena itu, kalau masih bisa hidup bersama
tanpa perceraian, maka pertahankan perkahwinan.

Selain itu juga masalah keruntuhan masyarakat juga banyak berlaku kepada remaja masa
kini. Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular dan merebak dalam
masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang
diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan
vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes
melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain
kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam
bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah
rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%).
Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya
krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini. Ternyata bahawa pendidikan
moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan
jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kemerosotan dalam bidang ini.
Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari
kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan ,
bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya lebih berpengaruh dari
asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.
Pertumbuhan emosi atau tekanan jiwa memainkan peranan yang penting untuk lebih
terpengaruh dari pemikiran kerana perubahan fizikal memberi keperluan kekuatan
diri.Perkembangan akhlak seseorang boleh di bahagi kepada tiga tahap. Peringkat pertama
ialah, Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi
keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga
dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam
sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap
ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan
lebih kecil dari umurnya yang sebenar. Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-
kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula
membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya
sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak
tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan berkurangnya
keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba
kekurangan.terhadap dirinya dan kurang yakin dengan kemampuannya.

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri
cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal
seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat
umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan
kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin
yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan
kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan
menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar
serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak. Ibu
bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti
kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana
kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu.
Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah
S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan
pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu ‘Asr. Beliau
bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku’, beliau meletakkan dan
apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya
Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti
segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal
sembahyang itu adalah ibadah yang s
Antara punca lain ialah buli. Kes buli di sekolah telah meningkat kerana terdapat banyak
faktor yang memberi perangsang buli. Buli terbahagi kepada dua, iaitu buli pada emosi serta
mental seseorang individu. Ia memberi kesan yang buruk terhadap mangsa buli dan pembuli
itu sendiri. Terjadinya kes ini kerana pelajar kurang mendapat kasih sayang yang sempurna
oleh ibubapa kerana suasana persekitarannya yang tidak selesa, kehidupan yang teralu bebas,
terpengaruh rakan sebaya, ketidak sempurnaan ibu bapa menjaga mereka. Oleh itu,tindaka
mereka diluar kawalan ini cuma ingin menunjukan perhatian yang lebih oleh kedua
ibubapanya. ibubapa perlulah membimbing anaknya supaya berkelakuan baik terhadap orang
lain. cara lain adalah ibubapa sepatutnya tidak terlalu manjakan anaknya kerana ia mungkin
memijaknya kita balik.

Islam adalah agama yang benar dan sempurna. Agama ini sangat suci dan memberi
ketenangan jiwa dan rohani seseorang. Selain itu juga, ia banyak memberi jalan penyelesaian
atau langkah seperti isu sebegini. Jika kita belajar lebih mendalam tentangnya kehidupan kita
lebih bermakna,  jiwa dan rohani kita insyallah akan bebas dan terhindar daripada melakukan
perkara yang dilarang oleh islam. Oleh itu, kita wajib mengenal islam lebih mendalam jika
kita inginkan kesempuranaan hidup dan diredhai allah s.w.t. di sini terdapat banyak langkah
dan cara untuk mengelakkan kita melakukan kes seperti ini. Antara langkah penyelesaiannya
ialah perbentukan keluarga MADANI. Keluarga madani adalah satu istilah yang mengajak
ahli keluarga supaya menghayati kehidupan cara hidup islam dengan contoh perjuangan
rasulullah dan para sahabatnya dalam menegakan islam. Konsep ini sangat tepat dan
menyusun keluarga dan membina tamadun menurut islam. Selain itu, membangun keluarga
madani bermaksud membangunkan aqidah,akhlak dan berdisplin tinggi, ukhuwah dan kasih
sayang yang sempurna dan sebagainya sebagaimana dituntuti oleh agama islam.

Seterusnya ialah seseorang individu perlulah membersihkan segala dosa kepada allah jika
ingin ketenangan jiwa dan rohani. Jika kita dapat mendekatkan diri kepada allah insyallah
keimanan kita akan bertambah dan ini dapat membersihkan diri kita daripada segala
kejahatan yang di larang oleh islam. Oleh itu, ibubapa khususnya bapa sebagai ketua keluarga
perlu memimpin ahli keluarganya ke jalan yang benar (islam). Cara ini dapat meningkat
akhlak yang mulia. Selain itu juga, keimanan yang dimiliki oleh pasangan institusi ahli
keluarga dapat memutik akhlak anak – anak.  Kehidupan dalam  rumah tangga adalah hasil
daripada akhlak yang mulia dan terpuji. Selain itu juga, kita perlulah bertakwa kepada yang
maha Esa iaitu allah s.w.t. pembinaan institusi kekeluargaan islam perlulah diasas rasa takwa
kepada allah untuk mencari keredhaan. Tanpa takwa dan keredhaan Nya institusi
kekeluargaan tidak dapat berjalan di atas landasan yang benar.kewujudan institusi
kekeluargaan adalah ibadah disisi allah. Jika kita leka dan alpa pada konsep takwa ini
kemungkinan besar risiko yang tidak di ingini akan berlaku, seperti cerai, keruntuhan akhlak
anak – anak, kehidupan sering kucar - kacir dan sebagainya. Hadis Rasulullah bersabda
Mereka benar meyakini makna sabda Rasulullah “Orang mukmin yg paling sempurna
imannya adl yg paling baik akhlaknya.”

Selain itu juga, ikatan institusi kekeluargaan adalah melalui perkahwinan yang sah dimana
kasih sayang akan terjalin diantara satu sama lain. Kasih sayang harus wujud pada setiap
manusia untuk melahirkan zuriat manusia yang  bahagia, .hormat – menghormati, tolong –
menolong dan lain – lain.konsep ini penting pada setiap ahli keluarga demi mengeratkan
hubungan ahli keluarga yang bahagia dari segi akhlak dan  kasih sayang sebagainya. Sifat
yang mulia seperti bertolak ansur, lemah lembut dan sebagainya adalah kunci untuk
kebahagian rumah tangga, dan adalah bayang dari iradah allah yang mengkehendaki kebaikan
kepada seseorang hambanya. Hadis rasulullah bersabda Orang yang mempunyai keberkatan
hidup akan sentiasa sayang menyayangi sesama insan. Jika dia orang kaya dia adalah orang
kaya disayangi jiran tetangga sekalipun si jiran orang miskin kerana dia sering bersedekah
dan membantu mereka, malah tidak sombong pula.

Walaubagaimana pun, pergaulan dan kehidupan bersama secara baik yang diredhai allah
adalah amat penting bagi setiap umat islam. Kelakuan seperti maksiat, kezaliman dapat
dihindari kerana mengikut perkara yang diredhai allah s.w.t. pergaulan dalam rumah tangga
perlulah tidak bertentangan dengan perkara yang dilarang oleh Nya, batas – batas pergaulan
adalah amat penting bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang dilarang oleh islam.
Zaman permodenan ini kita telah banyak mendengar berita buruk tentang kes pembuangan
bayi dan sebagai nya. Ini adalah contoh bahawa konsep ini kurang digunakan dikalangan
umat islam kini. Sehubungan itu allah ada menyebut bahawa pergaulan perlulah diredhainya
kerana kesan buruk banyak  berlaku sekiranya kita tidak patuh pada perintahnya.

Seterusnya bapa khususnya perlulah membimbing ahli keluarganya pergi ke majlis ilmu
seperti, ceramah, membaca al- quran dan sebaginya. Cara ini memberi banyak kesan yang
baik kepada kita. Jika kita sering mendekatkan diri kepada allah insyallah kehidupan dan
amalan kita akan diredhai allah. Mendalami ilmu agama ini penting untuk diri kita malah
dapat menjauhkan kita daripada melakukan perkara yang bercanggah oleh islam. Jika kita
sering mengamalkan perkara ini insyallah keluarga kita akan diberkati oleh allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang
yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih
sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak
suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia
mempunyai keluarga yang ramai

Mempertangkaskan reformasi pendidikan hendaklah berteraskan sistem pendidikan yang


bersepadu. Pendidikan perlu menerapkan banyak ilmuan islam di dalam pelajaran kerana
dapat memberikan banyak pendidikan yang berguna kepada diri sendiri, bangsa dan tanah air.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi respon yang positif unutk mengadun sistem
pendidikan  islam dalam aliran pendidikan kebangsaan yang sedia ada dengan lebih
mendalam. Cara ini juga dapat menyedarkan pelajar bahawa pentingnya pembelajaran agama
islam. Ia bukan sahaja meberi pendidikan kepada kita bahkan menghindarkan kita melakukan
perkara yang dilarang oleh islam. Perkara negetif seperti maksiat, lumba haram, buli dan
sebagainya dapat dikurangkan apabila anak – anak menghayati dan mematuhi segala
peraturan di dalam islam.

Bagi anak- anak yang bermasalah dan sukar didik perluhlah menghantar ke pusat kebajikan
yang kini banyak terdapat di Malaysia ini. Cara ini membolehkan anak – anak kembali ke
pangkal jalan daripada terbiar di merata tempat. Cara ini dapat menyedarkan bahawa
kehidupan di dunia adalah sementara sahaja.

Menyegarkan fungsi kepimpinan juga adalah salah satu faktor dimana kredibiliti kepimpinan
dan peranan pemimpinan dalam membenteras gejala sosial dan keruntuhan akhlak.
Kepimpinan tidak boleh dipisahkan daripada aspek moral. Tanpa kepimpinan moral akan
hilang kewibawaannya. Dan ini mengakibatkan banyak kes keruntuhan akhlak berlaku. Oleh
demikian pemimpin keluarga wajib meminpin ahli keluarganya berteraskan unsur – unsur
agama islam. Para pemimpin ahli keluarga perlu memimpin ahlinya supaya kes – kes yang
tidak diingini insyallah tidak berlaku.

Seterusnya ibubapa perlulah menjadi model contoh kepada anak – anak supaya mereka tidak
dipengaruhi oleh rakan sebaya. Perkara yang wajib ibubapa perlu lakukan ialah mengenali
rakan – rakan anaknya dengan lebih rapat supaya ibubapa dapat mengawal anzk mereka
dengan lebih mudah. Contohnya seperti sering mengajak kawan anaknya datang ke rumah
dan sebagainya. Selain itu juga, media massa baik pun media cetak perlulah
bertanggungjawab ke arah pembinaan masyarakat berakhlak. Mereka  juga telah banyak
menyiarkan keburukan mempengaruh rakan sebaya yang negetif. Penglibatan sektor swasta
dan sektor  Kerajaan juga kini telah banyak menyediakan program – program pembinaan
keluarga bahagia. Dengan tindakan ini keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat dapat di
kurangkan di Negara ini.

Selain itu, langkah lain bagi mengatasi masalah kerunuthan masyarakat adalah amanah dan
tanggungjawab ahli keluarga. Pembinaan institusi kekeluargaan merupakan amanah dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, ikhlas dan jujur. Keluarga
adalah amanat dari allah ke atas mereka dan hendaklah diperlihara amanah itu dengan sebaik
mungkin. "Daripada Abdullah bin Umar berkata ia, aku telah mendengar Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Seorang lelaki adalah pemimpin dalam urusan
keluarganya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya. Dan seorang
isteri adalah pemimpin dalam mengurus rumahtangga suaminya dan dia akan diminta
bertanggungjawab dalam kepimpinannya". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhar

Ibubapa haruslah sentiasa berada di sisi anak kerana anak memerlukan kasih sayang yang
secukupnya. Bagi mereka ibubapalah segala –galanya. Anak – anak akan memberontak dan
akan berasa kurang kasih sayang sekiranya ibubapa sering sibuk dengan kerjanya. Kita sedia
maklum bahawa kes seperti ini telah banyak berlaku di media massa mahupun media cetak.
mereka akan kekurangan kasih sayang, tiada tempat mengadu dan sebagainya serta mereka
terlalu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. Ini akan menyebabkan banyak
perkara negetif berlaku seperti buli, merempit, terlibat dalam pergaduhan dan lain – lain lagi.
Pemantauan ibubapa adalah sangat penting untuk memastikkan anak mereka selamat dan
terhindar daripada melakukan aktiviti seperti ini. Menurut Imam al-Ghazali, anak-anak
adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan
menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelasnya, ibu bapalah
yang akan menentukan sama ada anak-anaknya `menjadi' atau tidak. Dalam proses mendidik
anak-anak, Islam menekankan konsep kasih sayang, penghormatan dan ketegasan. Ini penting
agar keperluan fitrah, potensi diri dan nilai-nilai mulia dapat dibangunkan dalam jiwa anak-
anak.

Kesimpulannya,  setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting untuk
menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Secara keseluruhannya tugas ketua keluarga
khususnya ibu dan bapa sangat berat jika mereka tahu ianya merupakan amanah untuk
melahirkan insane dan seterusnya melansungkan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.
Secara tidak langsung segala ancaman yang boleh merosakkan aqidah, keruntuhan akhlak,
pergaulan bebas di kalangan remaja, pernyalahgunaan dadah, perlakuan zina dan sebagainya
dapat dielakkan.
Keruntuhan institusi kekeluargaan di kalangan
masyarakat Islam semakin meruncing.

      Keruntuhan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat islam masa kini


semakin runcing, bagaimanakah islam memberi penyelesaian terhadap perkara
ini. Saya ingin berkongsi bersama anda semua topik hari ini kerana ia amat
penting bagi mereka yang akan melangkah kehidupan perkahwinan dan
berkeluarga.
      Kita sering kali mendengar berita tentang penceraian antara suami dan isteri
yang kini semakin meruncingkan dan semakin berkembang. Sebagai seorang
insan yang mempunyai akal dan fikiran mestilah bertindak dan berfikir cara
menanganinya. Terlebih dahulu saya ingin menceritakan tentang keluarga. Apa
itu keluarga? Keluarga merupakan sebuah institusi yang amat penting keranan
keluarga merupakan masyarakat kecil yang menjadi asas dalam pembentukan
masyarakat. Selain itu, kepentingan institusi ini jelas apabila Allah SWT
mengadakan undang-undang dalam urusan kekeluargaan yang disebut sebagai
munakahat. Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi
individu yang baik kerana dari peribadi yang baik akan terbina keluarga yang
baik, dari keluarga yang baik akan lahir masyarakat yang berdisiplindan
mantap, seterusnya dari masyarakat yang berdisiplin akan tertegak negara yang
cemerlang dan diredai oleh Allah SWT.
Pembentukan keluarga juga amat penting untuk mengekalkan kesinambungan
generasi manusia kerana pengabaian pembentukan institusi keluarga akan
membawa kepada kebenaransesebuah masyarakat. Selain itu, ia juga penting
untuk memelihara akhlak, tata susila dan kemuliaan manusiam melalui ikatan
perkahwinan. Ia juga untuk mencapai kebahagiaan, kehormanian, kebaikan,
kasih sayang sesama manusia, kepuasan rohani serta jasmani dan membentuk
umat yang kuat dan mantap kerana individu yang kukuh dan kuat dibentuk oleh
ibubapa. Selain itu ia juga penting untuk mencetus dan membentuk semangat
pengorbanan, tolong menolong, kerjasam dan perpaduan dalam jiwa setiap
anggota keluarga.
Selain itu, perkahwinan juga penting untuk membina keluarga yang baik.
Perkahwinan bermaksud syarat asas untuk mendidik keluarga. Perkahwinan
juga merupakan satu amalan yang mulia di sisi Allah SWT. Ini kerana
perkahwinan dianggap sebagai hubungan semula jadi yang wujud antara dua
individu yang berlainan, iaitu lelaki dengan perempuan. Ia dilakukan bukan
semata-mata ubtuk mencapai kepuasan nafsu, bahkan untuk mencapai
ketenangan jiwa dan hati. Selain itu, perkahwinan dikategorikan sebagai ibadat.
Malahan, islam menganjurkan perkahwinan dengan tujuan untuk mencari
keredaan Allah SWT, memelihara kesucian diri dan keturanan, mengikut
sunnah Rasulullah SAW, mendapatkan zuriat dan berdakwah. Di dalam Al-
Quran, Allah telah menyerukan kepada manusia untuk mematuhi ketentuan-
ketentuan dan kewajiban-kewajiban yang telah dijelaskanNya.
“tuhan yang telah menciptakan manusia itu dari sebentuk jiwa, yang darinya ia
bentuk pula yang lain sehingga terciptalah apa yang disebut laki-laki dan
perempuan (surah An-Nisa’ ayat 1). Allah telah menciptakan manusia dari satu
jiwa dan dari jiwa itu Ia ciptakan manusia, sebab itu ia (laki-laki) mesti
berusaha dan memberikan perlindungan kepadanya (wanita)”. (surah yang ke7
ayat 107).
Kita biasa mendengar ungkapan ini " Keluarga bahagia, negera sejahtera"
Sebenarnya ungkapan yang nampak ringkas ini mempunyai makna yang amat
besar bagi masyarakat kita khususnya orang-orang Melayu. kemelut
rumahtangga yang melanda masyarakat melayu masa kini amat menyedihkan.
Statistik perceraian yang meningkat,masalah penderaan anak2 dan isteri,
masalah pembuangan bayi, pergaduhan suami isteri, nasib ibubapa yang
dihantar kerumah orang2 tua dan banyak lagi masalah yang berkait rapat
dengan keluarga dan perkahwinan menyebabkan masyarakat berdepan dengan
masalah keruntuhan akhlak yang semakin serius .Malah kelunturan sifat
kemanusiaan sejak kebelakangan ini amat ketara dengan keganasan yang
berlaku hampir setiap hari yang dilaporkan di media.
Selain itu, penderaan anak-anak juga merupakan keruntuhan sebuah institusi
kekeluargaan. Namun yang amat menyedihkan ialah ada segelintir ibubapa yang
hanya mementingkan diri mereka sendiri tanpa dapat memahami perasaan
anak2 yang melihat konflik rumahtangga ibubapa mereka yang tidak
berkesudahan. Anak2 punya perasaan dan ingin melihat ibubapa bahagia dan
sentiasa hidup berkasih sayang. Ada antara para suami yang tidak henti2
mencari cinta diluar rumah sehingga tidak sedar anak2 sudah besar dan malu
terhadap perbuatan ayah dan ibu mereka. Kata orang2 tua..."Jika mahu
bercerai, lihatlah pada mata anak-anak...kerana dimata mereka terpancar
seribu penderitaan"
Perceraian dan konflik rumah tangga memang memeritkan bagi mereka yang
melaluinya. Namun tidak dinafikan adakalanya kesibukan kerja mengejar
kebendaan juga menyebabkan ibubapa mengabaikan tanggungjawab mereka
terhadap anak-anak khususnya remaja yang sentiasa dahagakan kasih sayang.
Justru jika tidak mendapat kasih sayang dirumah mereka akan mencarinya
diluar rumah.
Keruntuhan Institusi kekeluargaan masa kini amat jelas memberi kesan kepada
negara. Ini kerana masyarakat yang kucar kacir akan melahirkan generasi yang
rendah nilai moral dan tidak mampu meneraju negara kearah kesejahtraan dan
pembangunan rohani dan jasmani.Apa akan terjadi jika masalah keruntuhan
institusi dan moral masyarakat kita tidak dibendung dengan segera. Mungkin
kita akan menjadi seperti negara membangun sekarang yang kurang
mengamalkan adap sopan dan menganggap sikap kurang ajar dan moral yang
rendah sebagai satu norma hidup yang diterima pakai dalam masyarakat kita.
Islam telah mengajar kita agar setiap keluarga dalam masyarakat, berusaha
mewujudkan sebuah institusi yang aman, bahagia dan kukuh, kerana ia
merupakan lingkungan atau unit masyarakat yang terkecil dan berperanan
sebagai satu komoniti yang akan menentukan corak serta bentuk masyarakat
Madani yang kita idam-idamkan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu
bapanyalah (yang akan membentuk anak-anak itu) menjadi Yahudi, Nasrani
atau pun Majusi”. - Riwayat Al-Bahari -
Berdasarkan kepada hakikat tersebut, setiap ibu bapa atau pun pasangan yang
bakal menjadi suami isteri wajiblah mengambil inisiatif untuk mempelajari dan
menghayati konsep serta matlamat perkahwinan yang telah disyariatkan oleh
islam. Pengetahuan ini amat penting kerana selain daripada memenuhi
keperluan fizikal dan mengelakkan dari berlakunya kemaksiatan, ikatan
perkahwinan juga bertujuan agar manusia mempunyai keluarga dan keturunan
yang sah serta hidup bahagia didunia dan diakhirat. Perkahwinan adalah satu
tanggungjawab untuk kita menunaikan amanah Allah s.w.t., maka samada
suami mahu pun isteri, niat yang utama dan perlu ada dalam diri adalah
melaksanakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. Kefahaman terhadap perkara
ini boleh mendorong setiap pasangan melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan teknik dan ilmu keibubapaan disamping
mempersiapkan diri dari segi meterial, jasmani dan rohani dalam melayari
bahtera keluarga menempuh gelora alam rumahtangga.
Setiap pasangan mempunyai tanggungjawab yang penting untuk menjaga atau
meghindari keluarga dari runtuh iaitu sebagai suami, dipertanggungjawabkan
membei nafkah zahir dan batin kepada isteri. Selain itu suami perlulah mendidik
isteri sehingga mencapai tahap boleh menjauhkan ahli keluarganya daripada
seksaan api neraka. Dalam ayat 6, surah al-Tahrim, Allah SWT menegaskan
bahawa orang yang beriman hendaklah bukan sahaja memeliahara dirinya
daripada api neraka. Selain itu, isteri juga mempunyai tanggungjawab terhadap
suami adalah dengan mentaatti dan mematuhi perintah seorang suami. Isteri
juga perlu memberi layanan yang baik kepada suaminya. Wanita yang bergelar
isteri juga hendaklah menjaga kehormatan dirinya sebaik mungkin. Isteri juga
perlu menjaga harta benda dan menyediakan makanan dan minuman sebaik-
sebaiknya.
Dalam rangka dan usaha untuk memperkasa atau memperteguhkan institusi
keluarga islam, terdapat beberapa perkara asas yang diutarakan oleh kitab suci
al-quran yang sewajarnya dititikberatkan dan diambil perhatian sepenuhnya
oleh masyarakat kita hari ini.
Antara perkara-perkara tersebut termasuklah:
Pertama - Memastikan bakal suami dan bakal isteri itu mempunyai akidah yang
kukuh. Sesebuah keluarga tidak mungkin merasai kebahagian jika ia dibina
tanpa asas akidah yang kukuh. Justeru, keimanan dan ketakwaan kepada Allah
s.w.t. akan memperkuatkan lagi keazaman dan kesungguhan untuk membina
keluarga yang bahagia, harmoni dan diredhai Allah s.w.t.
Kedua - Setiap pasangan suami isteri atau ibu bapa harus mengetahui dan sedar
tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing. Diantara tanggungjawab
seorang suami adalah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya.
Manakala kewajipan seorang isteri pula adalah menguruskan rumahtangga yang
mencakupi hal-hal seperti menjaga makan minum suami dan anak-anak.
Peranan dan tanggungjawab ini digariskan oleh Allah s.w.t. melalui firmannya
yang bermaksud:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun
genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan
kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut
cara yang sepatutnya….”- Al-Baqarah ayat 233 -
Selain itu, suami dan isteri juga mempunyai tanggugjawab bersama antaranya
ialah suami isteri perlulah berbincang dalam segala hal-hal bersama. Ini amat
penting dalam kehidupan keluarga kerana kadangkala masing-masing
mempunyai pendapatnya tersendiri dan berasa bahawa hanya pendapatnya
sahaja yang betul. Oleh yang demikian, apabila perbincangandijalankan, mereka
akan mendapaqt keputusan yang memuaskanhati semua pihak. Selain itu,
sepasang suami isteri kita perlu saling nasihat-menasihati. Apabila suami atau
isteri membuat perkara yang tidak disukai, suami atau isteri mempunyai hak
untuk menasihati perkara yang dilakukan agar kerukunan rumah tangga sentiasa
dicapai.
Apabila pergaduhan antara suami dan isteri terjebak dalam kesalah-fahaman,
maka perlulah bermaaf-maafan, duduk berbincang, berkomunikasi secara
berkesan kerana setidak-tidaknya dapat menyelesaikan permasalahan diantara
kedua-dua pihak dengan cara yang positif. Selain itu, sebagai pasangan adalah
wajib mempereratkan hubungan bersama keluarga pihak suami ataupun isteri.
Ini kerana masing-masing akan menyebelahi lemuarga masing-masing . Namun,
islam menyarankan agar selepas mereka berkahwin, mereka hendakalh
menjalinkan hubungan yang erat dengan keluarga pasangan masing-masing.
Isteri hendaklah menghormati kelaurga belah suamidan begitu juga
sebaliknya.Selain itu solat berjemaah juag perlu dilakukan. Walaupun solat
dilakukan secaa individu, namun islam amat menggalakkan umatnya termasuk
pasangan suami isteri termasuk juga anak-anak mendirikan solat berjemaah.
Selain pahalanya 27 kali ganda lebih berbanding solat bersendirian, ia juga
boleh mengeratkan hubungan antara suami, isteri dan juga anak-anak.
Tentang anak-anak pula, mereka ini diibaratkan seperti kain putih, terpulang
kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka. Ini bermakna ibu bapa
harus bertindak sebagai teraju utama dalam membentuk sahsiah anak-anak yang
merupakan asa dalam pembinaan masyarakat penyayang. Oleh itu,
pembentukan masyarakat penyayang juga sepatutnya bermula daripada rumah.
Ini bermakna keluarga memainkan peranan awal dan penting dalam membantu
mewujudkan masyarakat penyayang. Kita boleh lihat bagaimana Rasullulah
SAW berjaya membina sahsiah yang baik bagi anak-anak Baginda. Oleh itu,
kita sebagai umatnya perlulah mendidik anak-anak ke arah yang baik dan
sempurna supaya mereka menjadi seorang yang berjaya kelak. Anak-anak juga
perlu melayan ibu bapa dengan baik dan bersopan-santun, tidak melawan kata-
kata mereka dan tidak sekali menyakitkan hati orang-orang tua.
Apabila nilai yang baik ini wujud dalam keluarga, ia juga akan wujud dalam
masyarakat kemudiannya. Ini kerana apa yang berlaku dalam masyarakat
menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga yang ad dalam
masyarakat tersebut. Oleh itu, usaha membentuk masyarakat penyayang perlu
bermula dengan membentuk keluarga penyayang terlebih dahulu supaya
keruntuhan institusi kekeluargaan tidak akan berlaku InsyaAllah.
Saturday, April 6, 2013

KEPINCANGAN INSTITUSI KELUARGA PENYUMBANG GEJALA


SOSIAL REMAJA (HOME PROBLEMS)

Keluarga ialah seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami dan isteri, atau berserta anak-anak
(Kamus Dewan edisi IV, 2005:725) yang wujud menerusi hubungan biologi, perkahwinan atau
keturunan yang sah. Kepincangan pula merujuk kepada keadaan yang tidak seimbang atau tidak
sebagai yang sepatutnya, kekurangan dan cacat cela (Ibid, 1210). Gejala sosial remaja dalam
perbincangan ini membawa maksud tanda-tanda bahawa generasi muda menunjukkan
kecenderungan tingkah laku yang melencong daripada norma masyarakat dan nilai murni.
Kebimbangan tentang hal itu memang wajar kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Isu pergaulan bebas, keruntuhan akhlak, lari daripada rumah, buang bayi dan vandalisme ialah
antara gejala yang dimaksudkan. Semua kesalahan tidak patut diletakkan kepada remaja semata-
mata, bahkan seluruh masyarakat perlu memikul tanggungjawab atas krisis sosial yang semakin
ketara itu.

Keluarga ialah bayangan sebuah masyarakat kecil yang memiliki kepimpinan, kewangan, susun lapis,
komunikasi, permuafakatan dan perbezaan pendapat. Asas pembinaan rumah tangga ialah ikatan
perkahwinan sepasang suami isteri. Hakikatnya, institusi perkahwinan ialah percantuman sejumlah
perbezaan antara dua insan yang bersetuju menjalani kehidupan berumah tangga. Walaupun si
suami dan isteri dilengkapkan dengan input keibubapaan, tetapi perspektif yang berbeza tentang
pengurusan keluarga tidak dapat dielakkan akibat perbezaan latar belakang sebelum bernikah.
Maka, persaingan idea yang unggul dapat diubah kepada bentuk kesepakatan jika wujud tolak ansur
dan saling menghormati.

Suami isteri yang tidak dapat menyembunyikan persaingan idea unggul antara mereka, lalu
mencetuskan pergaduhan terbuka menyebabkan anak-anak menjadi keliru. Perasaan kecewa
bersarang di hati mereka kerana harus menyaksikan orang dewasa yang sepatutnya menjadi teladan
berlaku sebaliknya. Sebagai anak yang dilabel masih mentah, mereka hanya mampu berdiam diri
sambil memendam perasaan tertekan. Keadaan menjadi lebih buruk apabila anak-anak meniru
tingkah laku agresif seperti ibu bapa mereka setiap kali berhadapan dengan perbezaan pendapat di
sekolah. Mereka tidak kisah untuk melanggar peraturan atau dikenakan hukuman. Petanda gejala
sosial remaja sudah bermula di situ.

Kesibukan dengan urusan di luar rumah seperti mencari rezeki, menghadiri pelbagai majlis dan
terperangkap dalam kesesakan jalan raya menyebabkan masing-masing lesu ketika tiba di rumah.
Masing-masing kemudian melayan perasaan menonton televisyen atau menghadap skrin komputer
dan gajet mudah alih yang lain. Kisah seorang anak yang meminta wang RM10 daripada ayahnya,
lalu dimarahi, tetapi akhirnya si bapa terkedu apabila si anak menghulurkan kembali RM20 bagi
membeli masa si ayah selama satu jam. Kisah yang selalu diceritakan oleh penceramah motivasi
keluarga itu membawa erti bahawa ada ibu bapa yang mengabaikan masa berkualiti bersama anak-
anak sehingga mereka berasa tersisih, tidak penting dan kurang kasih sayang. Keadaan itu amat
berbahaya kepada remaja perempuan kerana tempat mereka mendapat perhatian diambil alih oleh
lelaki bukan mahram yang berniat buruk. Apabila si anak gadis dirosakkan, penyesalan sudah tidak
berguna lagi.

Di suatu ekstrem lain, berlebihan kasih sayang atau terlalu memanjakan anak tanpa usul periksa juga
membawa mudarat yang tidak terduga. Segala kehendak dan pujuk rayu si anak diturutkan sahaja.
Gejala rempit atau lumba haram masih berleluasa walaupun pihak berkuasa telah mengambil
pelbagai langkah pencegahan seperti sekatan jalan raya dan menyiasat dalang bengkel ubah suai
motosikal 'kapcai' dan kuasa tinggi. Ibu bapa hanya bertanya sambil lewa tentang tujuan anak
mereka keluar rumah, malah memberi wang belanja yang mewah. Jiran-jiran pula tidak berani
membuat teguran justeru khuatir dikatakan suka menjaga tepi kain orang. Lama-kelamaan, ibu bapa
yang kurang wibawa seperti itu hanya menyumbang terhadap gejala sosial yang lebih berat apabila
si anak berjinak-jinak dengan kegiatan tidak sihat seperti lepak, membuat kacau ganggu, jenayah
kecil, merokok dan mengambil bahan terlarang, terutama arak dan dadah.

Gejala sosial dalam kalangan remaja juga berpunca daripada tahap penghayatan agama yang rendah
dalam sesebuah institusi keluarga. Pengabaian terhadap kewajipan asas agama seperti aurat, solat,
hukum hakam dan pergaulan mengakibatkan seisi keluarga semakin hanyut dengan gaya hidup
hedonisme dan bebas lepas. Anak-anak remaja menganggap tiada salahnya bagi mereka bergaul
bebas dengan bukan mahram sambil mendedahkan aurat kerana ibu bapa mereka juga begitu dan
tidak pernah melarang mereka. Maka, tanpa menghiraukan isbat sosial, segolongan remaja
sebaliknya berasa bangga kerana dapat meniru gaya hidup masyarakat Barat yang kononnya maju.
Jati diri sebagai masyarakat Timur sudah tunggang terbalik. Gejala sosial jelas bermula dari rumah
tangga.

Institusi rumah tangga yang tidak menekankan prinsip pembelajaran sepanjang hayat juga
menyebabkan pengurusan keluarga dilakukan secara cuba jaya.Maksudnya, tiada usaha yang serius
oleh ibu bapa bagi meningkatkan ilmu pengetahuan yang sah tentang hak dan tanggungjawab setiap
anggota keluarga. Hak anak-anak untuk memperoleh kasih sayang dan perhatian ditunaikan secara
sambil lewa. Tanggungjawab sebagai anak yang soleh yang dipelajari di sekolah kurang mendapat
pengukuhan dalam institusi rumah tangga. Anak-anak dibiarkan dalam dilema menghadapi cabaran
persekitaran yang menjurus kepada tarikan gejala sosial secara bersendirian. Ibu bapa lepas tangan,
anak-anak hilang haluan.

Bentuk keluarga nukleus semakin menyerlah, iaitu anak-anak hanya mengenali ibu bapa dan adik-
beradik sendiri sahaja. Ibu jarang-jarang membawa anak menjenguk datuk nenek, ibu bapa saudara
dan sepupu sepapat mereka. Dengan itu, sikap keakuan dan egosentrik semain berkembang dalam
diri anak-anak. Tingkah laku agresif, iaitu mementingkan diri sendiri semata-mata mengungguli sikap
asertif, iaitu menjaga hak diri sendiri dan hak orang lain. Tidak hairanlah gejala vandalisme seperti
laku musnah harta awam dan grafiti di tempat yang dilarang semakin berleluasa. Sebagai bukti,
dinding tandas awam diconteng dengan pelbagai mesej dan ilustrasi yang tidak senonoh. Ibu bapa
tidak kisah, gejala sosial remaja semakin parah.
Tidak semua kepincangan institusi keluarga berpunca daripada kelemahan ibu bapa. Pengaruh
persekitaran yang sangat kuat mengakibatkan anak-anak tidak lagi menjadikan ibu bapa mereka
sebagai rujukan peribadi unggul. Ibu bapa yang tidak berpeluang menikmati pembelajaran terbaik
mungkin mengalami perasaan rendah diri di hadapan anak-anak. Maka, kekurangan yang berlaku
membuka ruang untuk si anak lebih dominan dalam proses membuat keputusan yang kurang
matang. Nasihat dan teguran ibu bapa tidak berbekas. Bibit-bibit derhaka itu merupakan gejala
sosial yang sedang berkembang dalam masyarakat kita.

Kesimpulannya, kepincangan institusi keluarga menyumbang terhadap gejala sosial dalam kalangan
remaja masa kini. Kepimpinan ibu bapa yang terhad, kesibukan mencari rezeki, peningkatan ilmu
yang statik dan amalan agama yang kurang mantap ialah antara punca yang dimaksudkan.
Menyedari perkara berkenaan, semua pihak dalam masyarakat mesti mencari jalan memperkasa
semula institusi keluarga supaya anak-anak tidak terdedah dan seterusnya terjebak dalam gejala
sosial. Dasar-dasar tentang pekerjaan, aktiviti luar rumah dan pengaruh media mesti dikaji semula
supaya ibu bapa mempunyai peruntukan masa untuk masuk semula ke sekolah keibubapaan dan
mengukuhkan hubungan dengan anak-anak. Institusi keluarga perlu meraih sokongan segmen lain
dalam masyarakat luas supaya dapat berperanan sebagai perisai gejala sosial dalam kalangan
remaja.
Monday, August 30, 2010

Keruntuhan Institusi kekeluargaan Amat Menyedihkan.

Kita biasa mendengar ungkapan ini " Keluarga bahagia, negera sejahtera" Sebenarnya ungkapan
yang nampak ringkas ini mempunyai makna yang amat besar bagi masyarakat kita khususnya orang-
orang Melayu. kemelut rumahtangga yang melanda masyarakat melayu masa kini amat
menyedihkan. Statistik perceraian yang meningkat,masalah penderaan anak2 dan isteri, masalah
pembuangan bayi, pergaduhan suami isteri, nasib ibubapa yang dihantar kerumah orang2 tua dan
banyak lagi masalah yang berkait rapat dengan keluarga dan perkahwinan menyebabkan masyarakat
berdepan dengan masalah keruntuhan akhlak yang semakin serius .Malah kelunturan sifat
kemanusiaan sejak kebelakangan ini amat ketara dengan keganasan yang berlaku hampir setiap hari
yang dilaporkan di media. Sebagai pensyarah yang rapat dengan pelajar saya sentiasa membuka
ruang kepada pelajar meluahkan perasaan mereka sekiranya ada sesuatu yang mengganggu jiwa
mereka dan menyebabkan proses pembelajaran menjadi terbantut. Saya benyak mendengar kisah
sedih pelajar yang berhadapan dengan masalah rumahtangga ibubapa mereka. Ada antaranya tidak
dapat menumpukan sepenuh perhatian sepenuhnya kepada pelajaran kerana terlalu sedih
memikirkan nasib keluarga mereka. "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"
Mereka yang merasakan nya lebih tersiksa dari kita yang mendengarnya. Permasaalahan yang
bermula dari keluarga ini kadangkala merebak dan berkait antara satu sama lain sehingga
menyebabkan pelajar terjebak didalam masalah sosial yang lain kerana ingin lari dari masalah yang
membelenggu hidup mereka.Saya tidak nafikn sebagai manusia kita tidak dapat lari dari melakukan
kesilapan. Namun yang amat menyedihkan ialah ada segelintir ibubapa yang hanya mementingkan
diri mereka sendiri tanpa dapat memahami perasaan anak2 yang melihat konflik rumahtangga
ibubapa mereka yang tidak berkesudahan. Anak2 punya perasaan dan ingin melihat ibubapa bahagia
dan sentiasa hidup berkasih sayang. Ada antara para suami yang tidak henti2 mencari cinta diluar
rumah sehingga tidak sedar anak2 sudah besar dan malu terhadap perbuatan ayah dan ibu mereka.
Kata orang2 tua..."Jika mahu bercerai, lihatlah pada mata anak2...kerana dimata mereka terpancar
seribu penderitaan" Perceraian dan konflik rumah tangga memang memeritkan bagi mereka yang
melaluinya. Namun tidak dinafikan adakalanya kesibukan kerja mengejar kebendaan juga
menyebabkan ibubapa mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak2 khususnya remaja
yang sentiasa dahagakan kasih sayang. Justru jika tidak mendapat kasih sayang dirumah mereka
akan mencarinya diluar rumah. Bagi yang perempuan akan cuba mendapatkan kasih sayang seorang
lelaki (teman lelaki) dan jika terlalu taksub dengan kasih sayang teman lelaki tidak mustahil mereka
sanggup bekorban segalanya kepada teman lelaki berkenaan kerana kasih yang dicari dirumah sudah
tiasa. Jika dapat temah lelaki yang baik....alhamdulillah...tetapi jika dapat teman lelaki yang
mengambil kesempatan, terjadi lah masalah sosial yang banyak berlaku masa kini. Keruntuhan
Institusi kekeluargaan masa kini amat jelas memberi kesan kepada negara. Ini kerana masyarakat
yang kucar kacir akan melahirkan generasi yang rendah nilai moral dan tidak mampu meneraju
negara kearah kesejahtraan dan pembangunan rohani dan jasmani.Apa akan terjadi jika masalah
keruntuhan institusi dan moral masyarakat kita tidak dibendung dengan segera. Mungkin kita akan
menjadi seperti negara membangun sekarang yang kurang mengamalkan adap sopan dan
menganggap sikap kurang ajar dan moral yang rendah sebagai satu norma hidup yang diterima pakai
dalam masyarakat kita. Amat lah menyedihkan apabila masalah seperti pembuangan bayi,
pengabaiab ibubapa dan wrga tua, kes penderaan, perceraian semakin meningkat dari masa kemasa.
Seperti kata Ustaz Yahaya dari KEWAJA sebuah pusat perlindungan wanita semasa mendirikan pusat
itu 10 tahun lalu penghuninya hanya lah 10 orang, bagaimanapun sekarang penghuninya sudah
berjumlah seramai lebih 100 orang, Ini amat menyedihkan kata beliau. Ustaz yahya berkata
penambahan ini memberi makna bahawa masyarakat bukan belajar dari kesilapan masa lalu tetapi
meniru perkara tidak baik ini sehingga masyarakat menganggap mengandung luar nikah bukan satu
masalah besar. Fenomena ini amat membimbangkan kata beliau dan seharusnya kerajaan perlu
membuat satu tindakan drastik membendung semua gejala yang tidak baik itu supaya dapat
melahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan bermoral tinggi. Merenung segala
permasaalahan yang berlaku, adakah dunia sedang menghampiri akhir zaman. manusia sudah tidak
segan dan malu berbuat dosa dan salah. Sesuatu yang amat dijaga suatu masa dulu seperti institusi
kekeluargaan dan anak2 serta orang2 tua sudah mula diabaikan. Adakah ini harga yang perlu kita
bayar untuk mengejar kemajuan. Mungkin belum terlewat jika masyarakat bangun berbuat sesuatu
membendung segala masalah sosial yang semaikin berleluasa dan menjadi duri dalam daging
masyarakat kita dan tak ubah juga sebagai kanser yang memakan dan memusnahkan masyarakat
kita secara diam. Jika kita menjelajah internet pelbagai masalah yang boleh kita lihat didalam nya.
Masyarakat Melayu hanya tinggal pada namanya sahaja tetapi sikap, perbuatan, gaya hidup sudah
tidak melambangkan Melayunya lagi. Justru, diharap beberapa pihak yang terlibat khususnya
kerajaan dan masyarakat sendiri perlu lebih proaktif dalam menanggani masalah ini. Keluarga adalah
asas kesejahteraan negara, oleh itu ibubapa diluar sana fikir-fikirkan lah masa depan anak-anak dan
cucu2 kita. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan sehingga mengorbankan masa depan anak2.
hargailah permata hati anugerah Allah ini. Jika anda berbuat baik kepada mereka insyaAllah anak2
tidak tergamak membuang kita apabila kita tua nanti. Jika pada masa ini kitaabaikan ibubapa
kita...tidak mustahil satu hari nanti anak2 kita perlakukan pada kita pula. Life is a circle apa yang kita
buat hari ini kita akan dapat balasannya hari esok. Seperti kata pepatah Inggeris " What U give U get
back"
KERUNTUHAN RUMAH TANGGA DAN JALAN PENYELESAIAN
RUMAH TANGGA
Posted on November 22, 2010 by muhammadnaim90

Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan oleh ahli keluarganya
sendiri. Keharmonian kekeluargaan dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli
keluarga. Perhubungan spiritual seperti agama, emosi seperti kasih sayang ,sikap hormat –
menghormati dan bertanggungjawab. Oleh itu institusi kekeluargaan adalah institusi yang
terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pada
zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang
permasalahan dan isu seperti keruntuhan masyarakat . Sebagai contoh kes pebuangan anak
luar nikah, kes penderaan kanak-kanak, kes penceraian dan sebagainya. Kekeluargaan
merupakan salah satu aspek kehidupan manusia yang perlu diambil perhatian oleh syariat
Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita untuk mencari kedamaian dan
kebahagiaan hidup bersama serta melahirkan zuriat bagi menyambung kehidupan dari satu
generasi ke satu generasi. Kepentingan tentang kekeluargaan boleh dilihat melalui isu-isu
tentang mendapat tempat yang luas dalam al-Quran dan al-Sunnah. Ibnu Mas’ud RA berkata,
”Aku bertanya kepada Rasulullah saw, dosa apakah yang paling besar? Beliau bersabda,
”Engkau membuat sekutu bagi Allah, padahal Dia lah yang menciptakanmu.” Aku bertanya
lagi, ”Kemudian apa? Beliau bersabda, ”Engkau membunuh anakmu karena takut ia akan
makan bersamamu.” Aku bertanya lagi, ”Kemudian apa? Beliau bersabda,”Engkau berzina
dengan isteri rumahtanggamu.” Hadis Muttafaqun’alaih.
Antara salah satu contoh kesan keruntuhan masyarakat institusi kekeluargaan di kalangan
masyarakat. jika sesebuah keluarga mengalami masalah seperti penceraian, anak mereka yang
akan banyak mengalami kesan buruk. Seperti jiwa mereka akan tergangu dan akan menjadi
trauma apabila dewasa , lagi – lagi apabila ingin mendirikan rumahtangga. Selain itu juga,
anak – anak akan kehilangan kasih sayang dari ibu atau bapa mereka. Disamping itu juga
mereka akan hilang tumpuan pelajaran dan sedikit sebanyak menghancurkan masa depan
mereka. Rasulullah bersabda “Sesuatu yang halal tetapi paling dibenci Allah adalah
perceraian”. Ini menunjukkan di satu sisi bahwa terkadang perceraian itu tidak bisa dihindari
sehingga jika ada satu pasangan yang memang tidak ada kecocokan masih dipaksakan untuk
terus, itu akan merugikan semua pihak. Maka dibolehkan perceraian, tetapi diingatkan bahwa
perceraian itu halal tapi paling dibenci Allah. Karena itu, kalau masih bisa hidup bersama
tanpa perceraian, maka pertahankan perkahwinan.

Anak-anak yang dikurniakan kepada pasangan suami isteri adalah suatu amanah daripada
Allah SWT. Sebagai amanah, maka suami isteri atau ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk
mengawasi dan menjaga anak-anak tersebut. Sudah lumrah alam, setiap orang tidak sunyi
dari melakukan silap dan salah. Begitu juga dengan anak-anak, kesalahan demi kesalahan
biasanya dilakukan oleh mereka pada setiap peringkat umur iaitu sejak kecil hinggalah
mereka meningkat dewasa. Jika direnungkan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan boleh
memberi pengalaman dalam mengenal erti baik dan buruk secara beransur-ansur.

Namun kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak itu kadangkala boleh mencabar
kewibawaan ibu bapa. Mereka yang tidak mempunyai sifat sabar dan cekal hati mungkin
akan mengenakan hukuman yang berat ke atas anak-anak sehingga ada yang melampaui
batas-batas kemanusiaan. Walhal kesalahan yang dilakukan itu boleh jadi tidak disengajakan
meskipun ada masanya disengajakan. Kesalahan yang tidak disengajakan mungkin berlaku
kerana:

i) anak-anak belum mengetahui tentang baik buruknya sesuatu perkara.


ii) mereka tidak pasti perbuatan mereka itu merupakan satu kesalahan.
iii) fikiran mereka belum matang sepenuhnya.

Maka menyedari hakikat ini ibu bapa perlu membantu dan membimbing anak-anak dengan
betul. Nasihatlah mereka dengan baik dan penuh kesopanan. Layanan yang sesuai boleh
meyakinkan mereka untuk memperbetulkan keadaan.

Di samping itu ada pula anak-anak yang sengaja melakukan kesalahan atas dorongan tertentu.
Di antara sebab-sebab yang membawa anak-anak sengaja melakukan kesalahan ialah:

i) Mahu menarik perhatian ibu bapa kerana kesibukan ibu bapa dengan
tugas seharian boleh menyebabkan terabainya kasih sayang
terhadap anak-anak.
ii) Ibu bapa tidak berlaku adil dalam memberi layanan terhadap anak-anak.
iii) Perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.
iv) Ibu bapa memberi kongkongan yang ketat ke atas pergerakan anak-anak.
v) Ibu bapa menaruh harapan yang tinggi ke atas kejayaan anak-anak
menyebabkan anak-anak yang kurang berkemampuan
mula bersikap negatif.

Dalam usaha membentuk jiwa anak-anak agar mengikut adab dan peraturan yang ditentukan
oleh agama ibu bapa seharusnya menjadikan diri mereka sebagai cermin dan model yang baik
kepada anak-anak. Mereka tidak seharusnya bersikap seperti ketam yang menyuruh anaknya
berjalan betul, sedangkan ia sendiri masih berjalan tempang. Sungguh mendukacitakan ramai
antara ibu bapa pada hari ini yang gagal berbuat demikian. Bahkan dengan selamba
melakukan banyak kesalahan di hadapan anak-anak.

Ibu bapa seharusnya sedar bahawa sifat semula jadi anak-anak ialah suka meniru tabiat orang
yang sentiasa bersama mereka terutama dalam lima tahun pertama usia mereka. Ibnu Sina,
seorang tokoh islam terkenal mengatakan: “Sudah menjadi tabiat anak-anak bahawa ia suka
meniru apa yang dilihatnya dalam masyarakat di sekitarnya, baik atau jelik, ia meniru segala
sesuatu mengenai orang yang digaulinya secara tidak sedar sedangkan orang itu tidak pula
menyedarinya. Dengan sebab itu, orang yang ditiru hendaklah menjadi pemimpin yang baik
hingga tidak meninggalkan kesan yang buruk di dalam jiwa anak-anak yang menirunya.”.

Selain dari membaiki diri sendiri, ibu bapa juga perlu memikirkan cara-cara yang terbaik bagi
menghadapi anak-anak yang melakukan kesalahan. Di antaranya ialah:

i) mengetahui sedikit sebanyak tentang perkembangan diri anak-anak


serta memahami tabiat dan sifat-sifat mereka.
ii) memperkayakan diri dengan pengetahuan tambahan.
(ini boleh dilakukan dengan pembacaan rencana dan buku-buku
mengenai pendidikan atau mengikut seminar-seminar pendidikan).
Dalam proses mendidik anak-anak ibu bapa tidak seharusnya bersikap kasar dan keras apatah
lagi dalam menghukum anak-anak mempunyai jiwa dan perasaan yang halus. Sekiranya
mereka dilayan dengan kejam dan keterlaluan, dikhuatiri akan timbul sifat-sifat negatif dalam
diri mereka. Sebaliknya ibu bapa seharusnya bersikap lemah lembut dan dengan sopan
memperbaiki kesalahan anak-anak kerana kadangkala nasihat dan dorongan itu lebih baik dan
berkesan pengaruhnya daripada celaan dan hukuman yang menyakitkan. Ini bukanlah
bermakna ibu bapa dilarang langsung daripada menggunakan cara-cara yang tegas dan keras
tetapi buatlah pertimbangan yang adil tentang bagaimana sepatutnya tahap kekerasan yang
diperlukan bersesuaian dengan tahap umur dan kematangan mereka. Jika perlu, pukulan
hanya dilakukan setelah segala peringatan dan nasihat dibuat. Ibnu Khaldun berpendapat
bahawa kekerasan yang dikenakan ke atas anak-anak boleh meningkatkan kesan yang tidak
baik. Di antaranya ialah menghilangkan kerajinan, menjadikan anak-anak itu suka berbohong
dan lambat laun akan menghilang budi pekerti yang mulia.

Oleh itu ibu bapa hendaklah sedar bahawa apa jua tindakan yang diambil hendaklah untuk
mendidik ke arah kebaikan dan bukannya untuk membalas dendam. Imam al-Ghazali
menyarankan supaya setiap anak dilayani dengan layanan yang sesuai dan diselidiki latar
belakang kesalahan yang dilakukannya. Harus juga dibezakan antara anak yang kecil dengan
anak yang besar dalam menjatuhkan hukuman. Sekiranya anak itu dipukul, pukulan itu pula
tidaklah menimbulkan kesakitan, jerit-pekik hingga mereka meraung meminta pertolongan.

Perlakuan anak yang sering melakukan kesalahan juga harus diawasi selalu malah bagi ibu
bapa yang berwibawa, kerlingan mata saja sudah cukup untuk mencegah anak-anak daripada
melakukan kesalahan. Ibnu Maskawaih telah membuat satu panduan dalam mendidik kanak-
kanak iaitu tentang bagaimana cara mengenakan hukuman kepada anak yang bersalah. Pada
pandangannya, kesalahan yang dilakukan untuk kali pertama hendaklah dimaafkan.
Kesalahan yang kedua hendaklah dicela secara tidak langsung manakala kesalahan ketiga
hendaklah dicela secara langsung. Jika ternyata masih tidak berkesan, maka anak itu
hendaklah dipukul dengan pukulan yang ringan.

Hakikatnya, hukuman yang dikenakan ke atas anak-anak yang bersalah itu memang wajar
dilakukan. Tetapi ia hendaklah dijalankan secara bijaksana. Hukuman tersebut bukan sahaja
untuk membaiki sikap tetapi juga untuk melindungi anak-anak tersebut daripada dipengaruhi
dengan kesalahan yang dilakukannya. Sesuatu hukuman itu pula hendaklah tidak sampai
menjatuhkan harga dirinya hingga menimbulkan perasaan rendah diri apabila berada di
kalangan anak-anak yang lain.
Wednesday, November 17, 2010

~Keruntuhan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat islam dan cara


penyelesaiannya~

Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat yang terdiri atas Kepala Keluarga dan beberapa orang
yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat dibawah suatu atap dalam keadaan saling
ketergantungan. Erti kata lain, anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui pertalian
darah adaptasi atau perkawinan (WHO, 1969). Keluarga terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Ibu
bapa berperanan dalam mendidik dan membentuk jiwa dan rohani anak-anak. Mereka selaku ibu
bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap setiap diri anak-anak termasuk berfungsi sebagai
pelindung dalam segala hal di sepanjang usia kehidupan anak-anak. Ini menunjukkan sekiranya ibu
bapa bercita-cita untuk melihat anak-anak mereka menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada
agama, bangsa dan negara, maka didikan dan asuhan yang sempurna merupakan aspek yang perlu
diberi perhatian.

Tetapi, semakin pesat arus pembangunan dan berkembangnya sesebuah negara dengan pelbagai
ciptaan sains dan teknologi, semakin meluas pula keruntuhan akhlak, gejala sosial, jenayah dan
keganasan. Keruntuhan institusi kekeluargaan juga adalah salah satu faktor kewujudan masalah-
masalah moral dan sosial di kalangan remaja di Malaysia kini. Seperti mana yangg terpampar di
mana-mana majalah dan surat khabar mengenai kes buang anak, anak luar nikah, rogol, mencuri,
memukul dan menderhakai ibu bapa dan sebagainya. Disebabkan ini, wujudlah pelbagai persoalan
seperti “di mana salahnya?” dari mana puncanya masalah-masalah ini berlaku?” “siapakah yang
bersalah?”dan sebagainya.

Seperti pepatah “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri” amat sinonim dengan
pasangan yang sudah berkahwin. Sejak kebelakangan ini kes perceraian membabitkan pasangan
baru berkahwin mahupun yang sudah berpuluh tahun hidup bersama amat membimbangkan. Kes
perceraian dalam tempoh perkahwinan yang amat singkat iaitu antara seminggu dan setahun, serta
kes perceraian pasangan yang telah lama berkahwin dan mempunyai cucu jelas memperlihatkan
kepincangan institusi kekeluargaan dalam masyarakat kita yang perlu diberikan perhatian serius.
Konflik rumah tangga dan perceraian memberi impak besar pada struktur institusi kekeluargaan,
masyarakat dan negara.

Keluarga adalah unit asas yang dapat memperkukuhkan sistem sosial dan sekali gus membina
kesejahteraan negara. Keruntuhan institusi kekeluargaan ini secara tidak langsung menambah
masalah kepada negara apabila mereka yang menjadi mangsa perpecahan rumah tangga terbabit
dengan masalah seperti gejala sosial, dadah, pelacuran, ketidakstabilan mental dan jenayah. Kesan
jangka panjangnya ialah masyarakat dan negara akan berhadapan dengan keruntuhan sistem sosial
yang membawa kepada keruntuhan nilai murni dan pembinaan negara bangsa. Dalam hal ini
individu yang paling terkesan apabila berlakunya konflik rumah tangga ialah anak-anak. Selain itu,
Ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar kemewahan dan mementingkan kerjaya sehingga interaksi di
antara ibu bapa dan anak-anak terabai menimbulkan perasaan kecewa dan tertekan dalam jiwa
mereka. Ini membuktikan tanpa kasih sayang yang sempurna, remaja akan mencari jalan keluar
untuk melepaskan emosi mereka melalui kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah dan tidak bermoral

Menurut perangkaan pada tahun 1998, remaja Melayu yang beragama Islam berfungsi sebagai
penyumbang besar dalam keruntuhan akhlak berbanding para remaja daripada kaum lain.
Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47
adalah remaja kaum India. Inilah yang sering menjadi tanda tanya di kalangan cendekiawan dan
ahli falsafah negara ekoran daripada tingginya nilai peratusan keruntuhan akhlak daripada kaum
Melayu sedangkan Islam itu sendiri mendidik umatnya dengan akhlak mulia yang terpuji dan
nilai-nilai keimanan yang tinggi. Hanya Dalam tempoh 10 tahun antara 1998 hingga 2008, kadar
jenayah yang melibatkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35 peratus, remaja perempuan 25
peratus, dan sepanjang tahun 1998 sebanyak 8338 kes baru yang membabitkan remaja telah
dilaporkan. Dalam laporan ini remaja Melayu yang beragama Islam adalah yang paling banyak
terbabit (Berita Harian, 21 Januari 2010).

Seperti artikel di Utusan Malaysia yang ditulis oleh Rushdi Salleh yang bertajuk “Masalah keruntuhan
sistem keluarga punca gejala bunuh diri”  menyatakan masalah rumah tangga dan keluarga dikenal
pasti sebagai salah satu faktor penyebab kepada kes pembunuhan serta pembuangan bayi yang
semakin berleluasa di negara ini.  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan kes-kes bunuh dan buang bayi tersebut bukan disebabkan oleh
kelemahan undang-undang tetapi kegoyahan institusi kekeluargaan. Katanya:

"Kita tidak boleh pandang ringan kes-kes seperti ini. Saya semakin khuatir kerana keruntuhan
institusi keluarga boleh menjadi penyebab kepada masalah ini. Definisi keluarga itu tidak semestinya
hanya keluarga terdekat tetapi turut merujuk kepada sanak-saudara, jiran tetangga serta masyarakat
setempat,"

Selepas beberapa kes buang bayi, negara sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian seorang
kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Syafia Humairah Sahari. Kanak-kanak malang itu
dipercayai mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Batu 30, Ulu
Yam Lama, Batang Kali. Difahamkan, terdapat kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak
perempuan itu termasuk di bahagian dagu, perut dan bawah telinga. Kes lain, seorang wanita
berusia 21 tahun disyaki membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya dengan melemaskan
anaknya itu dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat. Mayat anaknya itu kemudian
disumbat dalam tangki pam tandas berkenaan sehingga menyebabkan tubuh kecil itu remuk dan
berkecai. Perbuatan itu dilakukan oleh wanita muda tersebut bagi mengelakkan rahsia hubungannya
dengan dua lelaki terbongkar.

Tambahan lagi, isu anak buang ibu bapa pula semakin bercambah kebelakangan ini. Bagaikan tiada
pegangan agama atau pun jahil tentang hukum halal haram. Ada anak yang sanggup meninggalkan
bapa di pusat jagaan bukan Islam kerana tidak sanggup menjaganya.  Seperti kata pepatah, “seorang
ibu atau pun bapa mampu menjaga sepuluh anak, tetapi seorang anak tidak mampu membela nasib
kedua-dua ibu bapanya”.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, mendakwa gejala anak buang ibu bapa adalah berpunca
daripada keruntuhan institusi kekeluargaan yang semakin serius berlaku dalam kalangan
masyarakat. Punca anak hilang pertimbangan atau tidak tahu menghargai kedua-dua orang tua
mereka disebabkan kegagalan ibu bapa untuk memberi pendidikan yang menjadi asas kepada setiap
insan iaitu mengenali Allah serta menghormati kedua-dua ibu bapa. Apabila perkara asas yang
sememangnya sudah jelas diterangkan dalam Islam bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan
dengan memberi didikan agama kepada anak mereka, tetapi gagal dilaksanakan menyebabkan
institusi kekeluargaan kini semakin runtuh sehingga anak tidak tahu untuk menghargai orang tua.

Jadi, bagaimanakah cara penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah sosial di kalangan remaja
dan masalah keruntuhan sistem keluarga dapat dilaksanakan?
Yang pertama adalah memperkuatkan akhlak bagi setiap individu terutama dalam sesebuah
keluarga. “Kekalnya sesuatu umat itu adalah kerana ketinggian dan kesempurnaan akhlaknya.
Apabila lenyap dan runtuh akhlaknya maka runtuh dan lenyaplah umat tersebut”. Kata-kata ini
adalah rumusan yang dapat diambil daripada peristiwa sejarah umat manusia dan tamadunnya
Menurut Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1992:7), akhlak adalah syarat mutlak kepada kemajuan dan
ketinggian umat dan tamadunnya, seterusnya menjadi syarat mutlak pula kepada kekal dan
keterusan umat dan tamadun tersebut.

Setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai dan amanah
Allah S.W.T. kepada setiap ibu bapa agar anak tersebut menjadi insan yang berguna dan berbudi
pekerti dengan akhlak yang mulia. Ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab mendidik,
memelihara, mengasuh, memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Anak ibarat
kain putih yang boleh dicorakkan pelbagai warna oleh ibu bapa mereka. Sesungguhnya di tangan ibu
bapalah terletaknya corak masa depan anak-anak kerana mereka diamanahkan dengan
tanggungjawab ini. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya
Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari).

Keluarga merupakan antara pengaruh utama dalam kehidupan seseorang remaja. Ini adalah kerana
keluarga merupakan penyebar kepada sosialisasi yang pertama ditemui sejak mereka dilahirkan ke
dunia. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka yang
menyebabkan mereka terjerumus kepada keruntuhan ahklak dan tidak mampu untuk membentuk
diri mereka menjadi orang yang berguna dan berwawasan. ibu bapa hendaklah membentuk dan
mendidik dari segi agama kepada anak-anak semenjak mereka kecil lagi kerana anak-anak lebih
mudah dibentuk ketika masih kecil berbanding apabila sudah besar atau remaja. peranan institusi
keluarga amat penting dalam pembentukan peribadi anak-anak bermula daripada peringkat kanak-
kanak sehingga remaja.

Keluarga merupakan sumber dalam pembentukan asas perkembangan diri remaja. Oleh itu
hubungan antara ibu bapa dengan remaja adalah sangat penting dan menjadi penentu kepada masa
depan seseorang remaja. Akhlak merupakan salah satu ajaran asas agama Islam sehingga Rasulullah
s.a.w. pernah mendefinisikan agama itu dengan akhlak yang baik. Hal ini dijelaskan dalam hadis
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, apakah agama
itu?" Beliau menjawab: "Agama adalah akhlak yang baik." (Riwayat Bukhari).

Begitu juga apabila meneliti melalui sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menjadikan baik buruknya
akhlak seseorang sebagai ukuran kualiti keimanannya:

"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya." (Riwayat
Tirmidzi).

Yang kedua, menanamkan sifat toleransi, tanggungjawab dan amanah dalam diri terutamanya

pasangan berkahwin atau ibu bapa supaya masalah penceraian dapat dielakkan.Seperti o rang-orang

tua pernah berpesan “jika mahu bercerai lihatlah pada wajah anak-anak”. Kerana di mata mereka

ada seribu penderitaan dan kesengsaraan jika ikatan perkahwinan itu terputus. Allah amat

membenci perceraian walaupun ia dihalalkan. Dalam hal yang berkaitan, anak-anak inilah yang

menjadi mangsa jika perceraian berlaku. Banyak kajian membuktikan bahawa kesan perceraian akan

meninggalkan kesan yang sangat mendalam di jiwa anak-anak serta pasangan berkenaan. Malah,

bukan saja hidup mereka menjadi kucar-kacir tetapi kesannya menjalar ke beberapa keturunan.

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang sentiasa sempurna. Hidup dalam rumah tangga memang

banyak cabarannya, oleh itu pasangan perlu banyak bersabar, bertolak ansur dan memahami

pasangan masing-masing dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga. Setiap pasangan

mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing justeru titik persefahaman dan keserasian

perlu dicari agar rumah tangga dapat dibina dengan rasa hormat menghormati dan sentiasa aman

dan damai. Untuk menangani masalah perceraian, konsep mencegah adalah lebih baik daripada
mengubati. Dalam menangani masalah ini, komunikasi amat penting dalam menyelesaikan kemelut

yang melanda jiwa dan perasaan mereka. Mereka mestilah meluahkan segala yang tidak berkenan

dari hati ke hati dan jangan memendam rasa. Setiap masalah ada penyelesaiannya jika kedua-dua

pihak boleh berunding. Pasangan yang bermasalah jangan berdendam dan jangan mengungkit

perkara lama. Ini kerana “dendam dan mengungkit perkara lama adalah perkara yang

menyemarakkan lagi api kemarahan,”

Yang ketiga adalah menjadikan Sunnah dan Hadith sebagai pegangan dalam hidup dan sebagai

panduan bagi sesebuah keluarga untuk membentuk keluarga bahagia dan berakhlak mulia. Ibu bapa

haruslah mengajar anak-anak dari kecil dengan mempedekatkan mereka kepada agama iaitu Sunnah

dan Hadith supaya mereka tahu membezakan mana baik dan buruk dan pada masa yang sama

mereka tahu menjaga diri dari terjebak dengan masalah sosial. Pendidikan agama amat penting bagi

anak-anak kecil atau remaja dan ini perlulah dimulakan dari rumah lagi iaitu ajaran daripada ibu dan

bapa. Ini menunjukkan kedua ibu bapa perlulah ada asas pendidikan agama yang kukuh supaya

dapat mengajar anak-anak mereka ke jalan yang benar. Selain itu, ibu bapa perlulah menitik

beratkan keperluan anak-anak dan mencurahkan kasih sayang yang secukupnya supaya anak-anak

ini tidak merasakn dirinya terabai dan kurang kasih sayang.

Kesimpulannya, sistem kekeluargaan yang kukuh dan harmoni amat penting bagi mebentuk generasi

akan datang yang lebih baik dan berakhlak tinggi. Ia akan memberi kesan yang positif dalam diri

masyarakat dan terhadap negara.

Anda mungkin juga menyukai