Anda di halaman 1dari 23

AG20503 : HIDROLOGI DAN SUMBER AIR

TUTOR : EN.MOHD KHAIRUL NABIL


KELAS/MASA/HARI: BTG5/9AM-10AM/ISNIN

SOALAN 9.
HOW DOES MOBILIZATION THEORY EXPLAIN WHY STRIKES OCCUR
@
BAGAIMANA TEORI MOBILISASI MENJELASKAN MENGAPA MOGOK
BERLAKU
NAMA

NO.MATRIK

RIYANA BINTI JAMAL

BA12110427

NUR FAUZILIANA BINTI TUMIRAN

BA12110289

ABDUL RAZAK BIN DATU LAJABITI

BA13110545

Gerakan buruh atau tindakan industri yang dilakukan adalah


bagi menjamin kepentingan pekerja dalam sesebuah organisasi.
Keseimbangan kuasa antara majikan dengan pekerja sangat
penting dalam menjaga keharmonian hubungan organisasi.
Justeru komunikasi memainkan peranan yang penting dalam
konteks pengurusan yang baik dalam organisasi bagi mencapai
matlamat bersama.
Kegagalan komunikasi yang baik akan mnyebabkan wujud
tindakan industri dalam melakukan bantahan bagi
menyuarakan ketidakpuasaan hati.

PENGENALAN

Menurut Steen Scheuer, teori mobilisasi ini merujuk kepada pergerakan


oleh seorang pekerja dan juga kesatuan sekerja dengan mengandaikan
bahawa penyertaan dalam pertikaian industri akan memberi kesan kepada
para pekerja.
Secara mudahnya, teori mobilisasi ini menerangkan berkenaan bantahan
atau tunjuk perasaan yang dilakukan oleh pekerja bagi mendapatan
mobilisasi sumber yang lebih baik.
Beliau turut menyatakan bahawa teori mobilisasi ini akan membawa kepada
pertikaian industri seperti mogok, piket dan lockout.
Teori mobilisasi ini berlaku disebabkan ketidakpuasaan hati yang membawa
kepada bantahan bagi menjamin kepentingan para pekerja dan diketuai oleh
kepimpinan organisasi yang akan menentukan kejayaan sesebuah
organisasi.

TEORI MOBILISASI

Di negara Eropah pertikaian industri yang dibawakan oleh teori


mobilisasi biasanya dipengaruhi oleh unsur politik justeru
penglibatan kesatuan sekerja adalah kurang dalam
membangkitkan tindakan industri.
Pendekatan radikal yang wujud telah dipengaruhi oleh teori
mobilisasi dimana wujud pergerakan buruh yang ditindas
dalam menyuarakan sesuatu pandangan secara terus berkenaan
sistem kapitasis yang dijalankan.

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, mendefinisikan mogok


sebagai tindakan memberhentikan atau enggan melakukan kerja oleh
sekumpulan pekerja yang bertindak secara bersatu atau menyekat,
mengurangkan, menangguh atau menamatkan pelaksanaan manamana tugas berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Tindakan mogok ini biasanya dilakukan dengan melambatkan kerja,
bekerja mengikut peraturan dan enggan membuat kerja lebih masa.
Tindakan mogok ini dikawal dibawah Akta Perhubungan Perusahaan
1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

DRFINISI MOGOK

1. Kelulusan mogok perlu mendapat undian majoriti 2/3


melalui pengundian sulit yang dijalankan dengan
melibatkan majikan dan semua anggota yang terlibat
dalam pertikaian.
2. Semua kertas undi mesti dihantar kepada Jabatan Hal
Ehwal Kesatuan Sekerja tidak lebih daripada 14 hari
selepas pengundian dijalankan.
3. Tunggu sekurang-kurangnya 7 hari selepas kertas undi
dihantar sebelum memulakan mogok.

PROSEDUR MOGOK

1. Mogok Simpati.
.Merupakan mogok yang dilakukan oleh individu yang
tidak menyertai perundingan pertikaian secara rasmi.
.Mogok ini biasanya diikuti oleh masyarakat luar bagi
menunjukkan sokongan dan perpaduan dengan kumpulan
pekerja yang sah bermogok.

JENIS-JENIS MOGOK

2. Mogok Umum @ Mogok Politik.


Mogok yang ditujukan kepada kerajaan dan bukannya kepada majikan.
Mogok dijalankan dengan melakukan pemberhentian kerja secara
serentak untuk mencapai tujuan bersama.
Melibatkan banyak kesatuan dari pelbagai industri, kawasan
perindustrian yang berlainan dan biasanya melibatkan seluruh negara.
Merupakan senjata yang paling berkesan untuk mencapai tuntutan
ekonomi dan menyokong tuntutan yang melibatkan isu negara.
3. Wildcat Strike.
Mogok yang dilakukan tanpa mengikut prosedur mogok yang sah.
Secara mudahnya mogok ini dikenali sebagai mogok haram dan boleh
dikenakan hukuman dibawah akta seksyen 46 Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 iaitu :
- dipenjara tidak melebihi satu tahun @
- denda tidak melebihi RM1000 @
- kedua-duanya.

1. Masalah Gaji.
.Penyelarasan gaji minimum bermula pada 1 Januari 2013 yang dikeluarkan oleh
pihak Kerajaan tidak dipatuhi oleh pihak majikan.
.Menurut laporan Sinar Harian (2013), kira-kira 500 pekerja kilang pengeluaran
komponen komputer di kawasan Perindustrian Senai telah melancarkan mogak
disebabkan oleh pengeluaran notis yang melambatkan pelaksanaan penyelarasan
gaji minimum oleh pihak majikan.
.Selain itu, pemotongan elaun kerja lebih masa yang dilakukan tanpa pemberitahuan
notis yang lebih awal telah menambahkan ketidakpuasaan hati para pekerja.
2. Penindasan di tempat kerja.
.Berlaku apabila seseorang pekerja dipaksa melakukan kerja berat dan diarah
bekerja lebih masa tanpa kadar gaji yang setimpal.
.Selain itu, penindasan golongan pekerja juga berlaku apabila pihak majikan tidak
membayar gaji mengikut masa yang telah ditetapkan.

KENAPA MOGOK BERLAKU

3. Pemberhentian kerja tanpa sebab dan notis daripada


majikan.
Kegawatan ekonomi dunia telah menyebabkan kebanyakan
sektor perindustrian termasuklah syarikat MNCs terpaksa
mengurangkan kos operasi bagi mengelakkan kerugian yang
besar.
Pengurangan kos operasi ini menyebabkan banyak pekerja
diberhentikan.
Terdapat sesetengah majikan yang memberhentikan pekerja tanpa
mengeluarkan notis dan bayaran pampasan yang sepatutnya.
Hal ini menimbulkan kemarahan para pekerja dan akhirnya
membawa kepada demonstrasi jalan yang akan menjejaskan
ekonomi negara.

1. Merugikan ekonomi negara


Amalan mogok atau tuntutan dikalangan pekerja yang tidak terkawal
akan menimbulkan kerugian dari segi pertumbuhan ekonomi dan
peluang pekerjaan.
Hal ini kerana, aktiviti mogok akan mempengaruhi keyakinan para
pelabur dari luar negara untuk melakukan pelaburan dalam negara
yang dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam laporan utusan online
(2011), ketiadaan pelaburan dari luar negara akan mengurangkan
peluang pekerjaan dan ini akan memberi kesan kepada upah yang
diterima oleh seseorang pekerja.

KESAN MOGOK

2. Menjejaskan imej negara


Di Sevilla, Sepanyol berlaku mogok pekerja pembersihan
sampah yang menyebabkan bandar tersebut dicemari dengan
pelbagai pencemaran dan merosakkan pemandangan sekeliling
bandar tersebut.
Mogok ini berlaku apabila syarikat pembersihan
mengumumkan pemotongan gaji 5% daripada setiap pekerja
dan masa bekerja juga turut dipanjangkan.
Hal ini telah menimbulkan kemarahan para pekerja lalu
mengadakan mogok dan membiarkan keadaan bandar dipenuhi
dengan sampah sarap.

Sampah sarap yang tidak di Kutip.

3. Mengganggu keamanan dan keselamatan masyarakat.


Aktiviti mogak yang tidak terkawal akan menimbulkan kesan
yang tidak baik disamping memberi impak negatif kepada
negara dan seluruh masyarakat.
Hal ini kerana tindakan mogok yang dilakukan terutamanya
yang melibatkan demonstrasi jalanan akan menganggu aktiviti
seharian penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan, rasa
takut dan tidak selamat kepada penduduk.
Selain itu, tindakan industri yang berlaku ini akan membawa
perpecahan, perkauman dan perjudis antara masyarakat dan
dapat menganggu keamanan negara. (Utusan Online, 2007).

Mogok tindakan memberhentikan atau enggan melakukan


kerja oleh sekumpulan pekerja yang bertindak secara bersatu
atau menyekat, mengurang, menangguh atau menamatkan
perlaksanaan mana-mana tugas berkaitan dengan pekerjaan
mereka. Tindakan mogok yang dilakukan oleh pekerja atau
kesatuan sekerja tidak boleh dilakukan secara suka hati.
Mogok yang dibuat perlu mengikut peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan dibawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.

PERBEZAAN MOGOK,PIKET DAN SEKAT


MASUK

Piket tindakan yang diambil oleh pekerja atau kesatuan sekerja


untuk berdiri/berarak di hadapan premis perniagaan atau pejabat
bagi tujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang rungutan
pekerja atau apa-apa bentuk bantahan. Dalam seksyen 40 Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 yang membenarkan seorang
pekerja atau lebih untuk hadir di tempat atau berhampiran dengan
tempat mereka bagi tujuan pekerja untuk mendapatkan atau
menyampaikan sumber-sumber maklumat berkaitan dengan
syarat dilakukan secara aman dan damai, tidak mengancam
mana-mana orang, menghalang laluan jalan atau pintu masuk
keluar ke premis/syarikat majikan oleh pekerja yang terlibat.

Samb..

Lock-out adalah satu tindakan yang berlaku dalam


sesebuah organisasi. Tindakan ini merujuk kepada situasi
di mana pekerja ditahan oleh majikannya daripada masuk
ke tempat kerja sama ada pergantungan kerja atau
penutupan tempat kerja yang disebabkan mogok dan
piket yang telah dilakukan oleh seseorang pekerja yang
melibatkan diri dalam tindakan industri tersebut. Para
pekerja akan dilarang untuk masuk bekerja disebabkan
tindakan pekerjanya yang menyertai piket dan mogok

Samb

Mogok
-Tindakan perusahaan yang
digunakan oleh
pekerja/kesatuan sekerja
terhadap majikan.
-Dilakukan oleh di dalam waktu
bekerja.
-Wujud disebabkan rasa
ketidapuasan hati pekerja
terhadap majikan yang
melanggar terma dan kondisi
pekerjaan.
Pekerja berdiri/berarak secara
beramai-ramai berhampiran
premis perniagaan atau pejabat
dengan membawa pelekat
poster, sepanduk yang
menyatakan tuntutan dan
permintaan.

Piket

Lockout

-Tindakan perusahaan yang


digunakan oleh pekerja/kesatuan
sekerja terhadap majikan.

- Tindakan pengurus terhadap


pekerja/kesatuan sekerja untuk
mendesak atau menekan kesatuan
sekerja supaya menerima syarat-Dilakukan oleh pekerja-pekerja di syarat atau peraturan yang
luar waktu kerja mereka iaiti
ditawarkan oleh majikan.
waktu makan tengahari, sebelum
atau selepas waktu kerja.
- Dilakukan dalam waktu bekerja.
-Wujud disebabkan pekerja tidak
puas hati terhadap pihak majikan.
-Menyekat, mengurang,
melambatkan kerja (go slow) dan
enggan membuat kerja atau
tugasan-tugasan yang berkaitan
dengan pekerjaan mereka.

- Wujud disebabkan tindakan


pekerja/kesatuan sekerja yang
menyertai piket dan mogok.
- Para pekerja akan dilarang untuk
masuk bekerja

BAGAIMANA TEORI MOBILISASI MENGGALAKKAN


MOGOK BERLAKU
1)Ketidakpuasan hati
.Wujud ketidakpuasan hati para pekerja berkenaan dengan
gaji yang diterima, keadaan kerja, dan sikap pengurus.
.Hal ini akan membawa kepada pergerakan kolektif para
pekerja dalam melakukan rundingan dan jika rundingan
tidak diterima oleh majikan maka kemungkinan tindakan
mogok akan berlaku.
.Ini kerana tidak semua majikan mempunyai matlamat yang
sama dengan para pekerja, justeru tindakan mogok
dijalankan bagi mendapatkan perhatian majikan dan
masyarakat luar.
.Kebiasaanya, majikan akan akur dengan kehendak para
pekerja bagi menjaga imej syarikatnya.

2) Peningkatan kesedaran.
Peningkatan teknologi telah memudahkan perhubungan antara
kesatuan yang ada. Hal ini dapat mendedahkan para pekerja dan
kesatuan sekerja tentang hak-hak pekerja yang harus mereka perolehi.
Justeru itu, peningkatan kesedaran melalui ergerakan dan
perkembangan teknologi dapat menambahkan pengetahuan para
pekerja berkenaan tindakan yang boleh mereka jalankan.
Peningkatan kesedaran ini juga penting bagi menunjukkan rasa tidak
puas hati pekerja terhadap dasar dan polisi majikan.
3) Konflik sumber.
Dalam hubungan industri, konflik sumber merujuk kepada konflik
jawatan, kewangan, kelengkapan pejabat dan kelengkapan peribadi.
Justeru itu, mogok atau bantahan yang berlaku turut dipengaruhi oleh
faktor sumber dimana terdapat matlamat yang berbeza di antara
pekerja dan majikan dalam sesebuah organisasi.
Malah, konflik sumber akan dijadikan faktor utama dalam membuat
pergerakan bagi mewujudkan sesuatu tindakan yang dapat
mempetahankan keinginan masing-masing.

Secara kesimpulannya, teori mobilisasi ini adalah bersifat


umum dimana kegagalan dalam sesuatu rundingan akan
membawa pergerakan yang radikal dalam
mempertahankan matlamat masing-masing.
Justeru, rundingan kolektif yang baik mampu
mengelakkan kesan daripada berlakunya bantahan akibat
masalah gerakan radikal ini.

KESIMPULAN

1. conell.C & Cohn.S. 2004. Learning From Other Peoples Actions : Environmental
Variation and Diffusion in French Coal Mining Strikes, 1890-1935. The University of
Chicago Press. The American Journal of Sociology, Vol.101,No. 2 (Sep.,1995), 355403.
2. Jenkins.CJ. 1983. Resource Mobilization Theory and The Study of Social
Movement. University of Missouri, Columbia.
3. Tindakan Perusahaan Piket, Mogok dan Sekat Masuk.2013. Jabatan Perhubungan
Perusahaan Malaysia. Kementerian Sumber Manusia.
4. Balakrishnan Parasuraman. 2006. Hubungan Industri di Malaysia. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Scheuer.S. Collective Action Under Globalization, Research Paper no1/5. Roskilde
University, Denmark.
6. Abdul Yazid Alias. 2011. Mogok rugikan Ekonomi Negara. Utusan Online. http://
ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm
(diakses pada 13.12.2014)

rujukan

Anda mungkin juga menyukai