Anda di halaman 1dari 17

KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1. Kata Pengantar 2
2. Objektif 2
3. Daftar Istilah 3
4. Latar belakang 3
5. Tindakan Perusahaan 4
5.1 Piket 4
5.2 Mogok 6
5.2.1 Prosedur Mogok 7
5.2.2 Larangan Untuk Mogok 8
5.2.3 Hukuman Bagi Mogok Haram 9
5.3 Tutup Pintu (Lock-Out) 9
6. Peranan Jabatan, Majikan Dan Kesatuan 10
Sekerja Dalam Menangani Isu-Isu Tindakan
Perusahaan
6.1 Peranan Jabatan 10
6.2 Peranan Majikan dan Kesatuan 10
Sekerja
7. Penutup 11
Rujukan 12
Jadual 13
1. KATA PENGANTAR

Jabatan Perhubungan Perusahaan adalah bertanggungjawab


dan memainkan peranan utama dalam membendung kejadian
tindakan perusahaan seperti mogok, piket dan tutup pintu bagi
memupuk dan memelihara keharmonian perusahaan negara demi
mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif.

Tindakan perusahaan adalah sah dalam keadaan dan bagi tujuan


tertentu seperti dinyatakan di atas dan juga seperti yang telah
diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan dalam contoh kes antara
HM Shah Enterprise Sdn. Bhd. dan National Union of Hotel Bar
& Restaurant Workers (Award 148 tahun 1988) dan kes antara
Syarikat Perjalanan Terus Butterworth-Kuala Lumpur Sdn. Bhd.
Dan Transport Workers Union (Award 279 tahun 1988).

Penerbitan buku panduan ini diharap akan menambahkan


lagi pengetahuan semua pihak dalam memahami tindakan-
tindakan perusahaan yang dibenarkan oleh undang-undang dan
dapat mengelakkan daripada wujudnya pertikaian yang boleh
menjejaskan keharmonian di antara majikan dan pekerja.

Ketua Pengarah
Perhubungan Perusahaan Malaysia

2. OBJEKTIF BUKU PANDUAN

2.1. Memberi kefahaman dan meningkatkan pengetahuan


mengenai piket, mogok dan tutup pintu.

2.2 Menjelaskan prosedur-prosedur mengenai piket, mogok


dan tutup pintu yang perlu dipatuhi.

2

3. DAFTAR ISTILAH

“Tindakan Perusahaan” adalah merujuk kepada tindakan piket,


mogok atau tutup pintu.

“Mogok” ertinya tindakan memberhentikan atau enggan


melakukan kerja oleh sekumpulan pekerja yang bertindak
secara bersatu atau menyekat, mengurang, menangguh atau
menamatkan perlaksanaan mana-mana tugas berkaitan dengan
pekerjaan mereka.

“Piket” ertinya berdiri atau berarak di hadapan premis perniagaan
atau pejabat bagi tujuan mendedahkan kepada orang ramai
tentang rungutan pekerja atau apa-apa bentuk bantahan. (Legal
Dictionary – Sinha & Dheeraj ILBS: 1996)


4. LATAR BELAKANG

Apabila sesuatu pertikaian antara kesatuan sekerja dengan majikan


gagal diselesaikan secara damai, pihak yang bertikai akan cuba
mendesak menggunakan cara yang lebih agresif bagi menunjukkan
rasa tidak puas hati mereka yang mana tindakan ini boleh dianggap
sebagai tindakan perusahaan. Terdapat tiga jenis tindakan
perusahaan yang dibenarkan oleh undang-undang iaitu:

• Piket;
• Mogok; dan
• Tutup Pintu.

3
Di Malaysia, mogok terawal dalam konteks tindakan perusahaan
dilaporkan apabila Parti Komunis Malaya berjaya menyatukan
pekerja-pekerja bukan mahir menubuh pergerakan bawah tanah
(underground movement) serta mengadakan mogok beberapa kali
dalam tahun 1930an. Berikutan itu pihak kerajaan memutuskan untuk
memperkenalkan Trade Union Enactment pada tahun 1946.

Penggubalan undang-undang berkenaan pada ketika itu adalah


bertujuan mengekang penglibatan Parti Komunis dalam kesatuan
sekerja, menghadkan saiz dan kuasa kesatuan sekerja dengan
menghalang penubuhan kesatuan sekerja bagi pekerja am, dan
mengawal serta memantau pergerakan mereka dengan mewajibkan
pendaftaran kesatuan sekerja.

5. TINDAKAN PERUSAHAAN

5.1 Piket

Piket merupakan bentuk tindakan perusahaan yang kerap
diambil oleh para pekerja. Seksyen 40 Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 membenarkan seorang atau lebih pekerja,
hadir di tempat atau berhampiran tempat mereka bekerja
secara aman bagi tujuan:

• mendapatkan atau menyampaikan maklumat.


• memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya
bekerja atau tidak bekerja apabila wujudnya pertikaian
perusahaan.

Walau bagaimanapun piket tersebut mestilah dilakukan:



• Secara aman;
• Tidak mengancam mana-mana orang;

4
• Tidak menghalang jalan/pintu masuk dan keluar ke
premis majikan oleh pekerja yang terlibat secara
langsung dalam pertikaian tersebut; dan
• Pegawai atau pekerja kesatuan sekerja boleh hadir
hanya bagi maksud mengekalkan ketenteraman dan
disiplin serta memastikan bahawa pekerja-pekerja itu
mematuhi peruntukan berkenaan.

Piket merupakan tindakan perusahaan yang dilakukan oleh


pekerja di luar waktu kerja mereka iaitu:

• pada waktu makan tengahari,


• sebelum, atau
• selepas waktu kerja.

Piket kebiasaannya merupakan usaha kesatuan untuk


mendesak majikan menurut kehendak pekerja
memandangkan terdapat beberapa syarat yang
menyukarkan pekerja melancarkan tindakan mogok secara
sah.

Menurut seksyen 40(3) Akta Perhubungan Perusahaan


1967, mana-mana orang yang bertindak bertentangan
dengan syarat-syarat dan tujuan berpiket seperti yang
dinyatakan di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman seperti
berikut:

• Penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu


tahun, atau
• Denda tidak melebihi satu ribu ringgit, atau
• Kedua-duanya.


5
Tindakan piket dibenarkan dengan syarat ianya tidak
dilakukan di luar batas undang-undang. Tujuan piket itu
dibenarkan adalah untuk memberi peluang kepada pihak-
pihak yang terlibat menyuarakan rasa tidak puas hati
mereka. Walau bagaimanapun hubungan industri yang
harmoni dan kompetitif perlu dipelihara dan diberi
keutamaan kerana ia secara tidak langsung boleh
membantu pertumbuhan ekonomi negara dalam
merealisasikan Wawasan 2020.

5.2 Mogok

Tindakan mogok adalah di bawah kawalan Akta Perhubungan


Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Terdapat beberapa jenis tindakan perusahaan yang tergolong


dalam definisi mogok seperti:

a. Melambatkan kerja (go slow);


b. Bekerja mengikut peraturan (work to rule); dan
c. Enggan membuat kerja lebih masa.

Menerusi tindakan tersebut di atas, walaupun pekerja terus


bekerja tetapi akan berlaku pengurangan dalam pengeluaran
dan pengurangan pengeluaran dengan sengaja adalah
dianggap sebagai mogok. (Award Mahkamah Perusahaan
bilangan 28 tahun 1975 menyatakan “A slow-down or go-
slow and work-to-rule by workers are forms of strike under the
Industrial Relations Act”)

6
Keengganan bekerja lebih masa oleh sekumpulan pekerja
juga dianggap sebagai tindakan mogok dalam Perkhidmatan
Perlu (Essential Services) kerana dalam organisasi
sedemikian pekerja boleh diperlukan untuk kerja lebih masa
oleh majikan.

5.2.1 Prosedur Mogok

Sesebuah kesatuan yang hendak melancarkan mogok


hendaklah mengikut peraturan-peraturan di bawah Akta
Kesatuan Sekerja 1959. Bagi perkhidmatan yang
ditakrifkan sebagai perkhidmatan perlu di bawah Akta
Perhubungan Perusahaan 1967, selain daripada mematuhi
peraturan-peraturan di bawah Akta Kesatuan Sekerja
1959, kesatuan juga dikehendaki mematuhi peruntukan-
peruntukan di bawah Seksyen 43 Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 seperti berikut,

• memberi notis kepada majikan selama 42 hari


sebelum melancarkan mogok;
• tidak melancarkan mogok dalam tempoh 21
hari selepas memberi notis itu;
• tidak melancarkan mogok sebelum luputnya
tarikh yang ditetapkan dalam notis itu.

Untuk melakukan mogok secara sah, selain daripada


mematuhi Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan
Peraturan-peraturannya, sesebuah kesatuan sekerja juga
perlu mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Akta
Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-peraturan Kesatuan
Sekerja berkenaan.

7
“Wildcat Strike” ialah tindakan mogok yang biasanya
dilakukan oleh:

• pekerja-pekerja yang tidak berkesatuan; atau


• kesatuan sekerja tetapi tidak mematuhi prosedur
ditetapkan.

Pada amnya mereka yang tidak berkesatuan tidak
dibenarkan untuk melancarkan mogok.

Menurut Seksyen 45 Akta Perhubungan Perusahaan 1967,


mogok itu dianggap sebagai mogok haram sekiranya:

• Ianya melanggar peruntukan Seksyen 43 Akta yang


sama atau mana-mana undang-undang bertulis;
• Ianya mempunyai objektif lain selain daripada
perlanjutan kepada pertikaian perusahaan yang
melibatkan pekerja yang mogok dengan majikan;
• Dilakukan oleh pekerja-pekerja yang bukan ahli
kesatuan sekerja.

5.2.2 Larangan Untuk Mogok

Seksyen 44 Akta Perhubungan Perusahaan 1967


melarang tindakan mogok dalam situasi seperti berikut:-

• Dalam tempoh di mana Lembaga Penyiasat dilantik


menurut Seksyen 34 Akta Perhubungan Perusahaan
1967 menjalankan penyiasatan dan dalam tempoh 7
hari selepas penyiasatan itu selesai;

8
• Berkaitan dengan sebarang perkara yang diliputi
perjanjian bersama yang telah diambil perhatian oleh
Mahkamah Perusahaan atau perkara yang diliputi
oleh keputusan (award) Mahkamah Perusahaan;

• Berkaitan dengan hak majikan (management’s


prerogatives) di bawah Seksyen 13(3) Akta
Perhubungan Perusahaan 1967;

• Dalam tempoh tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan


sedang dikendalikan.

5.2.3 Hukuman Bagi Mogok Haram

Seksyen 46 Akta Perhubungan Perusahaan 1967


memperuntukkan seseorang pekerja yang melibatkan diri
dalam mogok haram, jika disabitkan kesalahan boleh:

• dipenjarakan tidak melebihi satu tahun; atau


• denda tidak melebihi RM1,000.00; atau
• kedua-duanya.

5.3 Tutup Pintu (Lock-Out)

Tutup pintu (lock-out) adalah tindakan yang boleh diambil oleh


majikan bagi mendesak atau menekan kesatuan sekerja
supaya menerima syarat-syarat atau peraturan yang
ditawarkan oleh majikan kepada pekerja.

9


6. PERANAN JABATAN, MAJIKAN DAN KESATUAN

SEKERJA DALAM MENANGANI ISU-ISU TINDAKAN
PERUSAHAAN

6.1 Peranan Jabatan

Sekiranya dimaklumkan mengenai tindakan perusahaan oleh


mana-mana pihak yang bertikai, Jabatan akan membawa
kedua-dua pihak ke meja rundingan bagi tujuan penyelesaian.

6.2 Peranan Majikan dan Kesatuan Sekerja

Pihak yang bertikai hendaklah memberi kerjasama kepada


Jabatan dalam perkara-perkara berikut:

a) Memberikan maklumat yang tepat mengenai isu pertikaian;


b) Berbincang dengan pihak Jabatan untuk mencari jalan
penyelesaian;
c) Kedua-dua pihak perlu bersedia untuk bertolak ansur untuk
mencapai penyelesaian secara damai.

10
7. PENUTUP

Piket, mogok mahupun tutup pintu merupakan usaha untuk


mencapai sesuatu matlamat oleh pihak yang terlibat dalam
pertikaian perusahaan. Tindakan tersebut merupakan usaha
untuk mendesak pihak-pihak tertentu agar menuruti kehendak
pihak yang bertikai. Meskipun mogok dibenarkan di Malaysia
tetapi kesannya terhadap ekonomi adalah sangat serius.

Di peringkat syarikat, tindakan perusahaan boleh menyebabkan


kerugian besar kepada majikan. Manakala di peringkat nasional
pula, ianya akan mempengaruhi keputusan pelaburan oleh
syarikat multi-nasional. Justeru itu semua pihak hendaklah
berusaha sedaya upaya untuk mencegah dan menghindar dari
berlakunya sebarang bentuk tindakan perusahaan.

11
RUJUKAN

1. Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Peraturan-


Peraturan Perhubungan Perusahaan 1980.

2. Akta Kesatuan Sekerja 1959

3. Dunston Ayadurai (1998) –


Industrial Relations In Malaysia

4. Maimunah Aminuddin (2006) –


Malaysian Industrial Relations And Employment Law
(5th Edition) McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

12
JADUAL

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN PERLU (Seksyen 2)

1. Perkhidmatan-perkhidmatan bank.

2. Perkhidmatan-perkhidmatan elektrik.

3. Perkhidmatan-perkhidmatan bomba.

4. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan,


labuhan dan lapangan terbang, termasuklah memuat dan
memunggah di kapal, pengangkutan, pengendalian kargo,
penundaan dan penyimpanan atau memukal komoditi-
komoditi.

5. Perkhidmatan-perkhidmatan pos.

6. Perkhidmatan-perkhidmatan penjara.

7. Pengeluaran, penapisan, penyimpanan, pembekalan dan


pengedaran minyak dan minyak pelincir.

8. Perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan awam.

8A. Perkhidmatan pengurusan pembuangan sisa awam.

9. Perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi radio,


termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan penyiaran dan
televisyen.

13
10. Perkhidmatan-perkhidmatan telegraf, telefon dan
telekomunikasi.

11. Perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan melalui


darat, air dan udara.

12. Perkhidmatan-perkhidmatan air.

13. Apa-apa perkhidmatan oleh mana-mana Jabatan


Kerajaan yang berikut :

(i) Kimia;
(ii) Penerbangan Awam;
(iii) Kastam dan Eksais;
(iv) Imigresen;
(v) Marin;
(vi) Meteorologi;
(vii) Percetakan.

14. Perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan,


atau berhubungan dengan, atau yang membantu
kepada, penyenggaraan dan perjalanan tugas-tugas
Angkatan Tentera dan Angkatan Polis Diraja Malaysia.

15. Perniagaan-perniagaan dan industri-industri yang


berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan
Malaysia.

14
16. Mana-mana bahagian dalam apa-apa perkhidmatan,
yang bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerja-
pekerjanya atau pertubuhan yang berhubungan
dengannya.

17. Industri-industri yang diisytiharkan oleh Menteri melalui


pemberitahuan di dalam Warta sebagai industri-industri
perlu kepada ekonomi Malaysia.

15
DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
KUALA LUMPUR, 2008
www.printnasional.com.my
email: cservice@printnasional.com.my
Tel: 03-92366895 Faks: 03-92224773

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan dalam apa-apa jua
cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin
bertulis daripada penerbit Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.

Anda mungkin juga menyukai