Anda di halaman 1dari 2

3.

1 Produk

3.1.1 Deskripsi Produk

Produk yang dihasilkan oleh Four Square Unique Company ialah pakaian iaitu baju T-
shirt. Rekaan baju t-shirt Four Square Unique Company adalah sangat terhad dan eksklusif. Hal
ini dikatakan demikian kerana, Four Square Unique Company hanya menghasilkan rekaannya
yang tersendiri sahaja. Rekaan baju t-shirt Four Square Unique Company sangat unik berbanding
rekaan t-shirt yang lain kerana kami mengunakan pilihan warna yang tidak terlalu banyak dan
menonjol bagi memperlihatkan gaya yang berbeza dan eksklusif mengikut gaya kesukaan para
remaja pada masa kini.

Selain itu, Four Square Unique Company menggunakan kain yang mengandungi 100%
cotton untuk menghasilkan baju yang selesa apabila dipakai. Rekaan baju t-shirt ini
menggunakan teknik silkscreen printing. Kaedah ini dipilih kerana ianya lebih cepat, kemas dan
cantik berbanding kaedah lain. Proses menghasilkannya juga lebih mudah dan cepat serta dapat
memproses kuantiti yang banyak dalam jangka masa yang singkat. Sebagai contoh, kaedah
sulaman memerlukan penelitian untuk menyulam rekaan tersebut dan memakan masa yang
panjang untuk menghasilkan rekaannya.

3.1.2 Aplikasi Produk


Produk yang dihasilkan oleh Four Square Unique Company ialah baju t-shirt. Kegunaan
baju t-shirt ini adalah sesuai untuk dipakai oleh semua lapisan masyarakat. Biasanya, baju ini
sesuai dipakai oleh para mahasiswa atau mahasiswi dalam pelbagai jenis aktiviti yang disertai
oleh mereka. Contohnya, bersukan, beriadah dan sebagainya. Hal ini kerana baju ini direka khas
berserta logo Universiti Utara Malaysia. Tetapi, baju ini juga boleh dibeli oleh orang luar atau
bekas mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Baju ini ditawarkan untuk semua lapisan
masyarakat bagi semua peringkat umur. Hasil baju dan rekaanya adalah rekaan terbaru yang
masih lagi tiada dalam pasaran terutama sekali kepada golongan sasaran iaitu warga Universiti
Utara Malaysia.

3.1.3 Kebaikan Produk

Baju t-shirt ini dihasilkan sesuai untuk dipakai oleh semua lapisan masyarakat
terutamanya bagi golongan mahasiswa dan mahasiswi. Baju t-shirt ini dihasilkan dengan satu
jenis rekaan dan warna yang seragam. T-shirt ini bukan sahaja boleh dipakai pada hari biasa
ianya juga boleh dipakai ketika menjalani aktiviti sukan kerana ia memberikan keselesaan
kepada si pemakai. Produk yang dihasilkan adalah unisex. Oleh itu, produk ini boleh dipakai
oleh kedua-dua jantina tidak kira lelaki ataupun wanita dan kami juga menyediakam baju ini dari
saiz kecil iaitu XS sehingga saiz besar iaitu 5XL. Produk ini berkualiti tinggi dan harganya
murah.

Anda mungkin juga menyukai