Anda di halaman 1dari 2

Jawapan untuk soalan 2

Kes yang berkaitan:

Kes Zulkefly Ibrahim v Airport Limo (M) Sdn Bhd [2007] 2 LNS 1844 adalah berkaitan dengan
perbuatan yang membiarkan salah laku. Menurut kes ini, pekerjanya tidak hadir bekerja pada
25.9.2001 hingga 8.11.2001 tanpa memberi surat atau memaklumkan sebab ketidakhadiran
kepada majikannya. Dengan itu, majikan terus mengambil pekerja tersebut untuk bekerja
sehingga 26.11.2001. Mahkamah Perusahaan memutuskan bahawa majikan telah memaafkan
kesalahan pekerja yang didakwa dan oleh itu, tidak dapat, kemudian, menggunakan kesalahan
tersebut sebagai alasan untuk pemecatan. Menurut Mahkamah Perusahaan dalam kes United
Traction Co. Sdn. Bhd., Butterworth lwn Kesatuan Pekerja Pengangkutan (Award No. 282 tahun
1986) menjelaskan prinsip pengakuan seperti berikut:

“Condonation umumnya digambarkan sebagai izin yang diberikan kepada pekerja secara
retroaktif untuk menutup kesalahan atau pelanggaran tugas sebelumnya. Dan peraturan yang
seragam adalah bahawa majikan yang terus menjaga pekerja dengan pengetahuan penuh bahawa
yang terakhir telah melakukan pelanggaran tugas mengizinkan pelanggaran tersebut, dan
pengabaian atau kebenaran retroaktif tersebut menghalang majikan daripada kemudian
menghukum pekerja atasnya. Setelah tuan telah memaafkan salah laku yang boleh dibenarkan
pemecatan atau denda, dia tidak boleh setelah pengesahan itu kembali pada pemilihannya untuk
memaafkan dan menuntut hak untuk memberhentikan hamba atau menjatuhkan denda atau
hukuman lain berkenaan dengan kesalahan yang dia telah diselesaikan juga bahawa
membenarkan pekerja untuk kembali bekerja setelah ketiadaan yang dibenarkan adalah suatu
pengampunan daripadanya. "

Sebab kepada kes di atas adalah apabila pekerja tidak hadir bekerja pada tarikh tersebut
hendaklah memaklumkan sebab atau alasan ketidakhadiran kepada majikannya terlebih dahulu.
Menurut Seksyen 15(2) Akta Kerja 1955, seksyen ini telah menjelaskan bahawa jika pekerja
tidak hadir ke tempat kerja lebih daripada dua hari berturut-turut tanpa memperoleh kebenaran
terlebih dahulu daripada majikannya iainya dianggap telah melanggar kontrak perkhidmatannya
pekerja. Bukan itu sahaja, sekysen ini juga menerangkan bahawa jika seseorang pekerja tidak
datang untuk bekerja pada tarikh tersebut perlulah memaklumkan atau mendapatkan kebenaran
atau memberi sebab ketidakhadiran terlebih dahulu kepada majikannya.
Aplikasinya, adalah wajar bagi majikan untuk berkomunikasi dengan jelas kepada pekerjanya
setiap kali pekerjanya melakukan ketidakhadiran tanpa cuti. Majikan harus mendapatkan
penjelasan dan bukti dari pekerja yang tidak hadir dan selepas itu memutuskan mengenai sekatan
yang sesuai yang akan dikenakan ke atas pekerja tersebut. Ini akan memberi contoh kepada
semua pekerja lain dan menunjukkan bahawa majikan tidak memandang rendah mengenai
ketidakhadiran. Berbalik kepada kes di atas, pekerjanya tidak hadir pada tarikh berikut iaitu
25.09.2001 hingga 8.11.2001 tanpa memberi surat atau alasan ketidakhadiran terlebih dahulu
kepada majikan dan majikan terus mengambil pekerja tersebut untuk bekerja sehingga
26.11.2001. Dalam hal ini, sebagai seorang pekerja sepatutnya memberi surat atau notis dengan
alasan atau sebab ketidakhadiran pada tarikh tersebut kepada majikannya. Menurut Seksyen
15(2), Akta Kerja 1955 telah menerangkan bahawa apabila pekerja tidak hadir bekerja berturut-
turut tanpa memperoleh kebenaran terlebih dahulu daripada majikan dianggap telah melanggar
kontrak perkhidmatan dan pekerja perlulah memberitahu terlebih dahulu kepada majikannya
tentang ketidakhadirannya.

Kesimpulannya, apabila seseorang pekerja melakukan tindakan salah laku seperti cuti tanpa
mendapatkan kebenaran daripada majikannaya seperti kes di atas, majikan perlulah
menanganinya dalam tempoh secepat mungkin. Jika majikannya dengan membiarkan salah laku
yang sama berterusan, majikan akan kehilangan hak untuk mengambil tindakan terhadap pekerja
terbabit kemudiannya.

Anda mungkin juga menyukai