Anda di halaman 1dari 4

MOGOK

Menurut Wu Min Aun dalam bukunya The Malaysian Industrial Relations Law,
Mogok adalah tindakan menarik diri dari bekerja oleh sekumpulan pekerja. Ia
melibatkan keengganan untuk terus bekerja atau menerima kerja yang mana bertujuan
untuk mengurangkan, menghadkan, menyekat, melambat-lambatkan atau
memberhentikan kerja yang sepatutnya mereka lakukan. Tujuan mogok adalah untuk
memaksa atau memujuk majikan supaya menerima atau bersetuju dengan sesuatu
perkara yang beliau tidak dapat terima semata-mata melalui rundingan. Ia adalah
tindakan terakhir pekerja secara berkumpulan dalam usaha berdepan dengan majikan.
Undang-undang yang berkaitan dengan perhubungan perusahaan, kesatuan sekerja dan
pekerjaandinegara ini tidak menyatakan secara jelas tentang pemberian hak kepada
pekerja untuk mogok. Jika kita lihat didalam mana-mana akta kita dapati tidak ada apaapa pun peruntukan dalam akta yang memberi kebenaran kepada pekerja untuk mogok.
Kebenaran untuk mogok hanya diberi secara tersirat sahaja, ia itu, ia di selitkan sahaja
bersama-sama peruntukan lain. Tidak ada satu pun topik khusus dalam mana-mana akta
yang membicarakan tentang mogok Namun dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tindakan
untuk mogok boleh diambil oleh pekerja berdasarkan terdapatnya kebenaran secara
tersirat dalam peruntukan-peruntukan tertentu yang menerangkan tentang mogok.
Peruntukan-peruntukan yang didalamnya tersirat hal-hal tentang mogok adalah seperti
berikut:
a)
b)
c)
d)

Seksyen 2 Ordinan Kesatuan Sekerja.


Seksyen 8, Ordinan Pekerjaan 1955
Seksyen 4(1) Akta Perhubungan Perusahaan; dan
Seksyen 25A Ordinan Kesatuan Sekerja.

Sebagai contoh, Seksyen 25A Ordinan Kesatuan Sekerja menyatakan prosedur tertentu,
termasuklah menjalankan undi sulit, sebelum kesatuan sekerja boleh mengambil tindakan
mogok. Jadi dari peruntukan yang tersirat semacam inilah diandaikan bahawa tindakan
mogok itu benarkan kepada pekerja.
Jika kita lihat hujah hakim dalam kes Kesatuan Sekerja Non-Metallic Mineral Products
Manufacturing & lain-lain lwn South-East Asia Firebricks Sdn. Bhd., hakim telah
menyatakan berhujah bahawa hak pekerja untuk mogok adalah elemen yang penting
dalam prinsip perundingan bersama..Tidak akan wujud keseimbangan dalam
Perhubungan Perusahaan hari ini tanpa kebebasan untuk mogok. Jika pekerja tidak dapat
menangguh kerja (mogok) secara kolektif sebagai jalan terakhir maka mereka juga tidak
dapat berunding secara kolektif.
Pekerja tidak dianggap telah memecah kontrak semasa mereka mogok tetapi sebaliknya
kontrak mereka dianggap tergantung sahaja. Kontrak ini akan bersambung semula sebaikbaik sahaja mogok itu tamat. Jadi majikan tidak boleh menganggap pekerja yang
mengambil bahagian dalam mogok yang sah sebagai melakukan pecah kontrak serta

mengambil tindakan terhadap mereka (Rujuk hujah Lord denning dalam kes Morgan lwn
Fry dalam buku Wu Min Aun dibawah tajuk Trade Disputes).
Walaupun tindakan untuk mogok dibenarkan oleh undang-undang perhubungan dinegara
ini namun ini tidak bererti bahawa mogok boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
Memandangkan mogok boleh mendatangkan kesan yang agak buruk kepada negara,
industri mahupun syarikat maka mogok yang hendak dilancarkan perlulah mengikut
peraturan yang telah ditetapkan. Mana-mana mogok yang tidak mengikut peraturan yang
telah ditetapkan ini dianggap sebagai mogok yang tidak sah dan kesatuan serta ahlinya
boleh dikenakan tindakan undang-undang. Mogok yang sah hanya boleh dilakukan oleh
kesatuan sekerja yang sah berdaftar untuk pertikaian atau sebagai lanjutan kepada
pertikaian diantara pekerja yang mogok dengan mereka atau diantara majikan yang
mengisytiharkan sekat masuk dengan pekerja mereka.
Sekarang mari kita lihat apakah peraturan yang perlu dipatuhi oleh kesatuan sekerja
sekirnya mereka mahu melancarkan mogok. Undang-undang memerlukan kesatuan
memanggil mesyuarat untuk membuat undi sulit dikalangan ahli-ahlinya. Undi sulit yang
hendak dibuat perlulah mengandungi resolusi menerangkan dengan jelas isu-isu yang
membawa kepada cadangan mogok itu dan memperihalkan dengan jelas juga perkaraperkara yang akan dilakukan serta yang tidak akan dilakukan semasa melancarkan mogok
itu nanti. Sekiranya dua pertiga ahli yang layak mengundi bersetuju dengan cadangan
untuk melancarkan mogok maka tindakan seterusnya bolehlah diambil. Jika sebaliknya
maka tindakan itu terhenti di sini sahaja.
Jika majoriti dua pertiga undi sulit diperolehi, langkah kesatuan seterusnya adalah untuk
menghantar keputusan undi sulit itu kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.
Setiausaha kesatuan hendaklah menghantar keputusan tersebut kepada Ketua Pengarah
dalam masa empatbelas hari dari tarikh undi itu dibuat. Ketua Pengharah diberi kuasa
untuk menyemak sama ada mogok yang hendak dilancarkan itu menyalahi Ordinan
Kesatuan Sekerja atau mana-mana unadang-undang bertulis yang lain. Beliau juga akan
memastikan sama ada undi sulit yang telah dibuat itu telah mematuhi undang-undang
atau peraturan kesatuan sekerja. Beliau boleh mengisytiharkan undi sulit tidak sah jika
beliau dapati mana-mana proses semasa membuat undu sulit itu telah melanggar apa jua
peraturan atau undang-undang. Tempoh sah laku setiap undi sulit yang dibuat adalah
selama 90 hari dari tarikh ianya dibuat. Sebarang mogok yang hendak dilakukan selepas
tempoh ini luput perlulah membuat undi yang baru dan menjalankan proses undi itu
semula.
Langkah seterusnya, jika undi sulit itu sah dan mematuhi segala peraturan, adalah
mematuhi tempoh mententeramkan selama tujuh hari selepas menghantar laporan undi
sulit kepada ketua pengarah. Tempoh ini adalah mandatori sebelum sebarang tindakan
mogok bermula. Ini adalah bagi perkhidmatan yang dikategorikan sebagai perkhidmatan
biasa. Bagi perkhidmatan yang dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu (seperti
perkhidmatan bank, elektrik, air, pos, bomba, penjara, radio, tv , telekomunikasi,
pengangkutan dan lain-lain) tempoh mententeramkan ini adalah selama 21 hari.

Selain daripada peraturan diatas, mogok dalam perkhidmatan perlu diperlukan mematuhi
memenuhi beberapa syarat tambahan yang lain seperti berikut:
a)
b)
c)

memberi notis kepada majikan dalam masa 42 hari sebelum mogok


dimulakan
memulakan mogok dalam masa 21 hari dari notis itu di berikan; atau
sebelum luput tarikh notis sebagaimana yang dinyatakan diatas.

Tempoh mententeramkan adalah perlu bagi memberi masa kepada kesatuan mahupun
majikan untuk cuba menyelesaikan pertikaian sebelum tindakan mogok diambil.
Memandangkan mogok mendatangkan kesan yang tidak baik mungkin kesempatan ini
boleh digunakan oleh majikan untuk mengkaji balik tuntutan pekerja dan
mempersetujuinya. Kesatuan juga boleh memikirkan kembali tindakan mereka untuk
mogok kerana mogok memerlukan peruntukan kewangan yang banyak. Disebabkan
pekerja mogok dan tidak pergi kerja mereka tidak dibayar gaji pada hari-hari mogok
dilancarkan. Kesatuanlah yang perlu membantu ahli-ahli yang mogok. Jika kesatuan tiada
simpanan kewangan yang kukuh sudah tentu ia tidak dapat memberi sokongan kepada
ahli-ahlinya yang mogok dengan berkesan.
Perlu diingat bahawa undang-undang untuk tindakan mogok ini dipakai sama kepada
majikan yang mahu mengambil tindakan sekat masuk (lockout) terhadap pekerjanya.
Sekat masuk pula adalah tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang kepada majikan.
Ia adalah senjata majikan pula dalam memaksa pekerja supaya akur dengan syarat yang
telah dipersetujui. Mengikut undang-undang istilah sekat masuk membawa maksud:
a)
b)
c)

tutup tempat kerja; atau


penggantungan kerja; atau
keengganan majikan untuk terus mengambil bekerja apa-apa bilangan
pekerja untuk bekerja dengannya.

Tindakan ini hanya boleh diambil sebagai langkah melanjutkan pertikaian dengan niat
untuk memaksa pekerja-pekerja berkaitan supaya menerima syarat-syarat dan terma
pekerjaan. Tujuannya mestilah untuk melanjutkan pertikaian yang melibatkan pekerja
yang telah dikenakan sekat masuk. Ia adalah senjata majikan untuk memaksa pekerja
supaya menerima syarat-syarat dan terma pekerjaan yang ditetapkan oleh majikan.
Di Malaysia, undang-undang melarang keras beberapa jenis mogok dari dilancarkan oleh
pekerja-pekerja. Diantara mogok-mogok yang dilarang itu adalah seperti berikut:
a)

b)

Mogok simpati mogok yang dilancarkan oleh sekumpulan pekerja yang


tidak bertikai dengan majikan mereka tetapi sebaliknya untuk
menunjukkan rasa simpati dan sokongan mereka terhadap rakan pekerja
terutamanya dalam industri yang sama.
Mogok Politik biasanya dilakukan dalam bentuk mogok umum oleh
sekumpulan pekerja yang pelbagai dan ditujukan kepada kerajaan yang

c)

memerintah. Mereka sebenarnya tiada pertikaian dengan majikan. Mereka


berharap dengan tindakan mogok ini mereka akan dapat menekan kerajaan
supaya mengubah dasar atau undang-undang tertentu. Mogok sedemikian
pada pandangan mereka sudah tentu akan menimbulkan masalah dan
kesusahan kepada rakyat. Keadaan sebegini akan dapat menimbulkan
tekanan pula kepada pemerintah dan seterusnya memaksa mereka
membuat perubahan seperti yang dituntut bagi meredakan ketengangan.
Mogok Kilat (Wildcat Strikes) mogok yang dilancarkan oleh pekerja
dengan tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Tiada
apa-apa amaran atau notis diberikan sebelum tindakan mogok dilancarkan
(Rujuk buku An A-Z of Malaysian Employment Law oleh Maimunah
Aminuddin).

Anda mungkin juga menyukai