Anda di halaman 1dari 2

Topic 1 : Wacana

Aspek Kesinambungan Idea Dalam Wacana :

( a ) Sebab dan akibat

Contoh :

 Wanita itu selalu memarahi anaknya. Anaknya lari dari rumah.


 Pemain itu tidak bersemangat. Dia kalah dengan teruknya.

( b ) Sebab dan hasil

Contoh :

 Budak itu sangat rajin. Dia dapat menjawab semua soalan dengan baik.
 Ayah sentiasa berjimat-cermat. Sekarang dia dapat membeli rumah.

( c ) Sebab dan tujuan

Contoh :

 Kami tidak datang esok. Kami mahu membantu ibu.


 Rosli berlalu lebih awal. Dia takut akan ketinggalan bas.

( d ) Latar dan kesimpulan

Contoh :

 Sungguh bersih kawasan itu. Rupa-rupanya sentiasa dijaga oleh ibunya.


 Enak sekali masakan itu. Rupa-rupanya kuih itu buah tangan chef terkenal.

( e ) Syarat dan hasil

Contoh :

 Kamu harus bekerja keras. Tentu kamu akan berjaya.


 Kita wajib menjaga kebersihan diri. Dengan itu kita akan sentiasa sihat.
( f ) Perbandingan

Contoh :

 Kamu sungguh kaya. Namun, kamu tidaklah sekaya mentua kamu.


 Budak itu memang bijak. Kakaknya lebih bijak.

( g ) Memperkuat isi

Contoh :

 Jiran itu sangat baik hati. Dia sanggup melunaskan hutang kami, dan
menjaga anak kami.
 Anak yatim itu sangat lapar. Dia menghabiskan semua hidangan, malahan
minta ditambahkan.

( h ) Aditif

Contoh :

 Saya sudah menyiapkan kerja saya. Saya sangat penat. Saya perlu tidur
sekarang.
 Kita telah menunggu waktu ini begitu lama. Mari kita nikmatinya sekarang.

Anda mungkin juga menyukai